Telemovie Kilas

by - 7/16/2019 05:00:00 AM



Gambar dari Google

Assalamua'laikum bloggers! Harini Beeha nak share telemovie yang bertajuk Kilas. Lakonan Aiman Hakim Ridza. Ternampak telemovie ni dekat insta Kepala Bergetar. Rupa-rupanya cerita ni dah disiarkan tahun lepas lagi.

Terasa nak tengok sebab ada Aiman Hakim berlakon. Minat sangat dengan lakonan dia. Tambah-tambah sekarang pelakon ni tengah hangat bercinta dengan Zahirah. Dan jugak telemovie ni genre lain dari lakonan yang dia pernah bawa sebelum ni. Pastu Beeha pulak dah baca sinopsis cerita ni before tengok telemovie ni. So, dah spoil sikit. Cerita ni pasal Amran (Aiman Hakim) yang bela hantu raya untuk jaga rumah, anak dan isterinya ketika dia outstation. Dan si Amran boleh dikatakan sangat bengis dan suka pukul isterinya.

Beeha ni penakut tapi suka sangat tengok cerita seram-seram ni. Dah berjaga-jaga dah dari awal kot kot terkeluar gambar hantu ke apa. Tapi dah tengok sampai habis tak seram mana pun. Last last tu macam sedih pun ada. Merata jugak Beeha cari link nak tengok cerita ni. Last-last jumpa dekat website ini. Thanks Admin sebab upload cerita ni. ^^




You May Also Like

1 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)