Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer

20 Sept - Pagi Ahad husband plan nak stay kat rumah je sebab Sabtu kami dah jalan-jalan dekat IOI Mall Putrajaya. Tapi, aku ajak pulak pagi ni pergi PKNS sebab nak cari baju kaftan or jubah. Bila pregnant nak masuk 6 bulan ni, terasa nak pakai jenis kaftan or jubah je. Rasa lagi selesa. Susah betul nak cari baju blouse for maternity sekarang. Belek jugak apps Shopee or Tiktok, tapi tak jumpa pula design yang berkenan..

**pada mak-mak yang tengah pregnant or pernah pregnant sebelum ni korang beli baju pregnant/ blouse baggy2 dekat mana? Please share dekat komen.. ^^

Pukul 12 tengah hari baru kami sampai PKNS. Jalan-jalan kat bawah tu, aku grab la dua helai baju. Satu jubah emerald green dan kaftan warna hijau. Sejam je aku dah siap shopping! My husband, “Baby, awak lapar tak?” Dan aku pun, “Ye dah rasa lapar.” Husband aku sebelum keluar rumah tadi dah breakfast nasi sup daging.. Aku makan french toast banana jer. So, dia pun ajak hunting cafe yang ada kopi sedap. “I nak cari kopi sedap sebab harini tak minum coffee lagi.” Husband aku sehari kalau tak pekena kopi memang tak ceria hidup dia. 

First kafe kami stop tak banyak pilihan makanan, jadi kami decide ke kafe lain - Mios & Co Cafe di Seksyen 13. Siapa yg duduk Shah Alam mesti tahu Seksyen 13 ni adalah lubuk makanan. Macam-macam ada. Nasib baik kafe yang husband i cari ni ada banyak pilihan makanan nasi dan juga pasta. So win-win situation lah husband aku dapat kopi dan aku nak makan pasta carbonara. 





Lihatlah menu kedai ni, aku rambang mata nak pilih pasta yang mana. Aku try pasta carbonara with chicken ham and poached egg. Husband aku macam biasa Caffe Latte di mana-mana. Lagi pahit kopi tu lagi sedap katanya. Harga untuk pasta not bad RM27 memang range harga kafe.





First impression aku rasa kuah dia cair sikit kurang creamy tapi sebab ada egg poached tu good combination. Kalau kuah dia creamy, memang akan rasa muak. 

Next time datang aku cakap kat husband nak try two face baby octopus pasta pulak. Nama dah nampak fancy nak kena rasa sedap ke idok. Hehe. Dah kenyang, husband ajak nak pergi Amcorp pulak nak tengok jersey Formula 1. Padahal plan kami harini nak duduk rumah je. Ni dah terlajak jauh dah ni. 

Meriah juga Amcorp Mall waktu weekend. Kami pernah pergi sekali on weekday, hari Selasa. Memang tak ramai orang lah dan banyak kedai tutup on that day. Aku cakap kat husband, ni last kita datang lah eh. Creepy laaa tempat ni. Haritu kami terserempak dengan Ryan Bakery, selebriti yang famous kat TikTok tuu.. Dia lepak2 dengan kawan dia berdekatan dengan kedai mainan Anime. Kat sini banyak kedai jual mainan Anime, maybe dia penggemar or pengumpul benda2 macam ni?

Surprsingly, surau kat sini pun agak besar dan bersih. Ramai jugak orang haritu so tak lah sunyi macam weekdays. Sampai ke asar kitaorg jalan-jalan kat situ. Dah aku kelaparan nak makan malam dah. Pukul 6 je perut dah minta untuk diisi. Jadi, husband ajak makan dekat SS15. Dia bagi pilihan nak makan Fowl Boys, Hot Bird atau Big Boss HSP? Laju je aku cakap nak makan dekat Big Boss HSP. 



Husband aku order Signature Hot Snack Pack Beef while me order Rice Plate with Chicken. Mencari nasi untuk dinner sebab dari semalam tak makan nasi. Ni makanan favorite husband aku masa study dekat Aussie. Asalnya HSP in Aussie stands for Halal Snack Pack. So, HSP Malaysia ni bring the authentic taste of HSP from Australia. Husband cakap sauce and meat dekat Aussie rasa lagi padu comapred to Malaysia. But, still okay laa yang ni pun 90% sedap! 

Dah siap makan ni, husband ajak cari dessert pulak. Memang harini hari jalan-jalan cari makan. Dia cakap dah alang-alang datang sini kena cuba jugak dessert dekat Fairymilk.




Signature Creme Brulee Bingsu

Satu mangkuk Fairy Milk Snow dan atas dia ada French Vanilla Custard. Dalam mangkuk kecik tiga tu dia bagi wafer biscuits & vanilla ice cream, buttercrumb dan fruit coulis strawberry flavor. Bila dah sampai order kami, aku tengok mangkuk dia besar juga. Dah la baru lepas makan nasi tadi. Boleh habis ke ni? 



Ingat tak boleh habiskan.. Laju je kami makan. Sedap! Sebab dia tak manis sangat dan tak muak. Dekat dalam bingsu tu ada dried strawberries, sedap sangat rasa masam-masam dengan manis vanilla ice cream. Dah separuh kami makan, baru lah tuang fruit coulis dengan butter crumb dalam mangkuk bingsu tu. Tapi aku tak minat sangat butter crumb tu, agak manis.

Worth to try! Aku bagi 9/10 untuk Bingsu Fairy Milk ni. :D
  • 0 Comments

 

First giveaway of the year yang Beeha join! Al-maklumlah dah lama menyepi dari dunia blogging. Ni pun ternampak entri giveaway ni daripada blog Farhana Jafri. So, cepat-cepat aku join kerana tarikh tutup malam ni.

Syarat penyertaan pun mudah nak follow. Kalau ada rezeki menang, alhamdulillah…


Syarat-syarat giveaway seperti di dalam banner. SA hanya mencari 2 orang pemenang bertuah.

Giveaway bermula : 1 September 2026 

​Tarikh Tutup: 15 September 2026, 11:59 Malam

Pengumuman Pemenang : 17 September 2026

Pemilihan Pemenang : SA akan pilih melalui Wheel Of Names

Ucapan untuk SA dan suami, semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Semoga dipelihara kasih sayang dan berbahagia selalu. Aminnn Ya Rabbal A’lamin..

  • 0 Comments

 

Hi dan Assalamualaikum bloggers yang masih lagi aktif di tahun 2026!

Sejak baru aktif semula blogging, Beeha perasan following Beeha dah ramai tak aktif. Jadi, Beeha berbesar hati nak anjurkan satu segmen untuk mencari blogger yang masih aktif dan pada waktu yang sama nak kenal-kenal bloggers lain. Jom meriahkan lagi segmen ringkas ini, jemputlah join semua! Syarat penyertaan sangat mudah. Anda boleh follow steps di bawah.

Syarat-Syarat Penyertaan Segmen:



1. Follow blog ini Beeha Azman.
2. Buat satu entri ringkas bertajuk: "Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman".
3. Tepek Banner Segmen di atas ke dalam entri anda dan link-kan ke post ini.
4. Tag 2 rakan blogger anda yang masih aktif untuk join sekali segmen ini.
5. Dah siap? Tinggalkan nama dan URL entri penyertaan anda di ruangan komen di bawah!

Yang pasti Beeha akan followback blog anda. Selepas segmen ini tamat, Beeha akan post satu entri baharu untuk listkan semua bloggers yang join segmen ini.

Tarikh tamat: 31 Oktober 2026
  • 1 Comments





Lima tahun. Lama juga Beeha menghilang dari dunia blogging.

    Banyak benda dah berubah dari post aku yang terakhir tahun 2021! Phewww.. Lamanya aku menyepi. Sekarang dah tahun 2026. Tahun 2021, bermulalah karier aku di Selangor. Masuklah fasa hidup yang kononnya orang kata “welcome to adulthood”. Jadi, sejak dari itu aku dah lama tak update blog. Mula kerja, mula dapat gaji sendiri, mula bayar rumah sewa sendiri – dan mula sedar yang hidup sebagai orang dewasa sebenarnya tak semudah yang aku sangkakan. Aku tak beli kereta je lagi sebab aku cari rumah sewa dekat dengan office. 10 minit je jalan kaki.

    Nasib baik masa awal-awal kerja, aku tak betul-betul seorang. Kebetulan officemate aku tu orang Penang jugak. Hari pertama kenal dah boleh ‘klik’. Banyak habiskan masa bekerja, lepak dekat rumah dan kadang-kadang keluar dengan officemate aka housemate. Sadly, dia pun dah pindah kerja dekat Penang setelah dekat dua tahun kitaorang sama-sama. Dan tinggallah aku seorang. Masa tu rasa sunyinya sebab takda kawan. Balik kerja, buka pintu rumah… senyap. Weekend pun mula rasa panjang.

    Kawan-kawan masa sekolah menengah dulu ada je yang bekerja di KL dan Selangor, cumanya dah lama tak contact.
Selepas itu, barulah contact semula dengan diaorg. Waktu ni, barulah rasa macam hidup semula. Kalau tak, pergi kerja balik kerja. Malam aku akan call adik aku sebab sunyi. Kadang-kadang aku call jugak ex-officemate aku tu tanya khabar. Ada hari yang aku nangis jugak sorang-sorang. Tu lah, boyfriend pun takda time tu nak ajak borak-borak atau share masalah. HAHAAA.

    Di sini lah aku rasa aku perlukan someone untuk bercerita. Dekat siapa lagi aku boleh bercerita? Kena ada boyfriend mungkin? YES! Definitely I need a boyfriend that time. Dan sebab zaman dah moden sangat, aku pun masuklah dunia dating apps – Bumble. Masa ini banyak sangat dating apps yang tengah popular – Omi, Facebook, Baituljannah dan etc.

    Kalau nak dikenangkan semula, rasa kelakar sangat susah payah cari boyfriend kat dating apps. Pagi masuk kerja, malam pulak swipe kiri kanan dengan harapan mereka akan jadi the one. Waktu itu, aku bukan nak cari orang untuk berborak je, tapi menapis juga kalau ada yang boleh jadi pasangan hidup. Umur pun dah nak akhir-akhir 30s. Bila lagi nak mencari kalau tak usaha dari sekarang? Buah takkan jatuh bergolek, ye idok?

    Berbulan-bulan juga aku guna Bumble ni. Mula macam dah selesa chat dekat phone. Tetiba dah kena ‘ghosting’. Katanya nak fokus hidup dan tak nak komitmen lagi. Ada pulak yang terlalu clingy sampai aku rasa rimas. Dan akhirnya, aku putuskan untuk berhenti cari boyfriend dekat dating apps. Penat tau cari jodoh dekat dating apps ni. Sangat memerlukan komitmen ya. Jangan capat fall in love pun penting. Kadang kita rasa dah selesa, rasa he is the one. At the end, dia tinggal macam tu je. Mungkin cara ni bukan untuk aku. Kawan-kawan aku ada dua tiga yang jumpa jodoh melalui dating apps. Berjaya sampai dah kawin. Alhamdulillah.. Tahniah untuk kawan-kawanku. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke Jannah dan bahagia selalu.


And Then, There Was Him


    Lucunya, dalam aku duk sibuk mencari boyfriend waktu itu, tak pernah langsung terfikir yang aku sebenarnya dah jumpa orangnya. Well, techincally, aku pernah kenal dia. Kami pernah satu sekolah, malah satu kelas tau. Tapi, kalau kau tanya aku waktu itu siapa dia, mungkin aku cuma jawab “Ohh, dia tu ke.” Kami tak pernah betul-betul bersembang. Apatah lagi rapat. Tambahan, kami bukan satu homeroom. Untuk yang pernah belajar di MRSM, pasti tahu apa itu homeroom. Kami akan ada guru homeroom yang akan jadi “ibu” kami di sekolah – tempat nak mengadu, minta nasihat dan orang yang akan pantau kami sepanjang berada di MRSM.

    Jadi, memang kami tak pernah betul-betul bersembang. Dia budak pandai dan aktif bersukan. I wouldn’t say I had a crush on him, but I did admire him a little. Jealous tau bila tengok orang pandai and at the same time aktif sukan juga. Nak jugak ada bakat macam tu. Bila teringat semula, takda ada pun cerita sweet-sweet kami masa sekolah.


Yes, nope at all.


He was just someone I knew of from school.


Lepas habis sekolah, masing-masing pun went on with our lives.


Until 2022.


    Tiba-tiba dia DM aku dekat Instagram sebab nampak story post aku pasal kerja dekat office. Aku pun tak ingat masa bila dia follow dekat Instagram. And what did I do? Aku hanya balas mesej dia dua kali je. Kemudian, tak layan sebab aku ingat dia dah ada girlfriend. Looking back now, memang kelakar. If I knew what was going to happen after two years later, maybe I would’ve replied his message longer than that.


Fast forward to 2024.


Dia muncul balik dekat DM Instagram aku. Kalini bukan tanya apa apa berkaitan kerja pun. Dia ucap “Selamat Hari Raya, Nabihah”. Somehow, from that oen Raya wish, we started talking. At first, biasa-biasa ja. Tanya khabar, cerita pasal kerja, hobi dan catch up about old friends. One conversation turned into another, and another.. And slowly, I started to realise that the person I knew from school was actually very different when I got to know him as an adult. Dekat sekolah dulu, dia sangatlah pendiam. So, I didn’t expect him to be talkative like this.

    We were basically two people who happened to go to the same school, knew each other, went our separate ways, and somehow crossed paths again at a completely different stage of life. And the funny part? Aku yang waktu tu sibuk mencari boyfriend through Bumble… Ended up getting to know someone who had actually been somewhere in my life all along. The boy I used to admire a little from afar.

The boy who DM-ed me in 2022- and I didn’t even bother about him. And the same boy who came back in 2024 with nothing more than a “Selamat Hari Raya, Nabihah.”


Sometimes, the person you’re looking for isn’t someone new.


Sometimes, they’re someone you’ve already met.


You just haven’t met them at the right time yet.


Little did i know, somewhere along the way, i was about to meet the person who would change the entire direction of my life.

  • 0 Comments

 Selamat petang semua!


Harini tiba-tiba terdetik nak menulis and cerita kisah tentang root canal treatment (RCT) ataupun dalam Bahasa Melayu adalah rawatan akar gigi. Untuk sesiapa yang pernah baca kisah Beeha buat treatment ini, mungkin anda masih ingat ataupun dah terlupa?

Kalau terlupa kisah tersebut boleh check semula link entry di bawah. Untuk yang belum tahu, boleh baca dulu entry Part 1 and Part 2 Beeha sebelum anda teruskan baca entry di bawah.

Root Canal Treatment Part I

Root Canal Treatment Part II

Untuk yang dah baca kisah pertama dan kedua, terima kasih Beeha ucapkan. Hehe. Untuk yang Part 3 ni, jeng jeng jeng. Pasal apa pulak ye? Alkisahnya, gigi RCT Beeha tu sakit semula!!😓Padahal tak sampai 2 tahun Beeha buat treatment tu. Dari hujung Disember 2020, memang ada sakit sakit tu. Tapi rasa macam sakit sakit manja je. Tambah Beeha pulak masih dekat US, so nak pergi rawatan sana pun macam tak berbaloi je. Dah mahal sekali pergi and tak cover under insurance for dental, okay!! 

Memikirkan awal Januari memang nak balik Malaysia for good. So, aku sabar je lah. Sementara tu masih amalkan kaedah lama ﹣kumur air garam yang suam. Better laa dari tahan sakit je. Even dah telan Tylenol (ubat tahan sakit aka paracetamol), tak jalan wehh. Buat kau tidur jer, bangun dari tidur masih sakit.

So, dah balik Malaysia awal Januari and kuarantin bla bla bla. Masa berlalu begitu sahaja. Hujung bulan tiga tu aku sakit gigi balik. Kali ni memang teruk sebab sampai tak boleh tidur malam. Dua hari tak hilang sakit. So, pergi klinik gigi kerajaan. Dia check and tanya semua kat mana aku buat RCT sebelum ni. And then, dia bagi ubat antibiotik and tahan sakit. Ubat tahan sakit tu berasid tinggi jugakla. Sebab Beeha ada gastrik. Bila nak makan memang make sure waktu tu perut memang on the good mood ye. If tak, memang rasa nak muntah and gastrik menjadi-jadi. Orang yang pernah gastrik, for sure akan faham macam perasaan dia.

Lepas seminggu habiskan ubat, datang balik untuk check gigi. Alhamdulillah, kurang lah dan tak sakit dah. Pastu, doktor pesan buat masa ni saya tak boleh nak buat RCT for second time sebab Beeha kata okay, tak sakit sangat macam haritu. Dan dia pulak suggest suruh aku cabut je gigi tu. Dalam hati, "Aishh dah laa mahal buat RCT haritu kat private, last-last nak kena buang terus je ke kan??" Dia kata if sakit semula baru datang sini and diaorang akan refer ke pakar which is kat klinik kerajaan area lain yang ada kemudahan untuk RCT.

Tup tup dua hari lepas jumpa doktor, gigi sakit balik. Aiyooo, dia ni memang mengada eh. Time jumpa haritu happy je tak sakit. Jadinya, Beeha pergi lah lagi klinik. Doktor tekan area gusi, tapi tak bengkak pun. Beeha pun tak mengaduh sakit sangat. Rasa biasa je time dia tekan gusi tu, cumanya memang kat bahagian dalam gigi ni rasa tak selesa and on off je sakit tu. Lastly, doktot bagi ubat tahan sakit lagi and tulis surat untuk refer Beeha ke klinik kerajaan lain untuk set appointment RCT. Doktor kata tunggu je ye call from doktor kat klinik sana, tapi memang lama lah, bukan dalam masa terdekat ni.

Balik rumah dengan keadaan hampa. Sebab sakit tu kejap ada kejap takda. Then, dah seminggu dua minggu gigi macam okay. Lepas je minggu ketiga, gigi sakit balik. Ubat tahan sakit haritu ada, so Beeha makan jer. Lima hari jugak Beeha tahan, sampai dah rasa gusi dah bengkak sangat. Cumanya pipi Beeha tak nampak benjol je dari luar. Bayangkan dari rangka pipi tu sampai ke bawah dekat dengan gigi memang sakit.

Ini lah bahagian pipi yang sakit tu


So, decide untuk pergi private klinik yang Beeha pernah buat treatment pertama haritu. Tunggu klinik kerajaan call sampai sekarang Beeha update pasal ni pun still tak dapat call dari diaorang. Maybe sebab covid ni laa. Diaorang tak boleh nak terima banyak pesakit dalam satu masa. Hari Jumaat pagi, Beeha terus gerak pergi private klinik tu and doktor yang rawat aku tu dah pindah pergi klinik diaorang dekat cawangan lain. Luckily, 10 minutes je dari tempat tu.


Okayy, next Beeha akan cerita my second RCT di Root Canal Treatment Part IV.

  • 11 Comments

 

Sedikit iklan, untuk sesiapa yang berminat nak beli set Fragrance Mist with Lotion from Victoria Secret 75 ml ni boleh contact Beeha di 013-2796689. Harga RM80 dan free postage untuk Semenanjung Malaysia. Ready stock Beeha beli from USA. Dijamin 100% authentic okayy! ^^ Yang berminat boleh terus contact Beeha okayy? Boleh buat dua kali bayaran and after that baru Beeha post ke rumah korang. 


Stock yang tinggal 1 - love spell and bare vanilla dan 2 - pure seduction.




  • 1 Comments

 

My journal. Washi tape and stickers sponsored by @anisnabilah

Sejak kuarantin haritu dekat hotel, Beeha habiskan seminggu tu layan kdrama di Netflix. Semuanya lakonan Ji Chang Wook. Start boleh suka dia sebab tengok drama Backstreet Rookie (2019). Ni pun layan after habis final exam December haritu. First drama, tengok dia berlakon dalam Lovestruck In The City in Netflix. Tapi drama tu just 30 minutes and macam boring jugak at first because it likes a documentary drama. 

So, time quarantine layan Suspicious Partner, Healer, K2 and balik rumah sambung pulak layan Empress Ki 51 episodes.. For the first time layan kdrama yang long episod macam tu. And turned out, semua drama dia berlakon best best. Watak dia dalam semua cerita tu best sangat! Sampaikan sekarang tak boleh move on lagi dengan drama Empress Ki. The ending of the drama really made me cry because the heroes died.. T.T

OST drama Empress Ki pun I could not move on yet. See below..


And Ji Chang Wook ada nyanyi lagu CN Blue - I'm a Loner. Tak sangka suara dia best jugak! Uarghhh..


Yang mana tak layan drama dia lagi, cepat cepat layan. Sebab best sangat. Beeha rasa Beeha laa paling ketinggalan, padahal dia dah lama famous. Tapi Beeha baru nak tahu. Before this pernah tengok Fabricated City, one of movie dia main role. Tapi, tak perasan pulak kewujudan dia tu. Just layan that drama because of action movie.


  • 2 Comments
Older Posts Home

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Sep 2026 (4)
      • Dari Kopi Sedap ke Creme Brulee Bingsu
      • Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 ...
      • Segmen: Mencari Blogger Aktif 2026!
      • Dear Old Diary, Beeha is Back!
  • ►  2021 (4)
    • ►  Jun 2021 (1)
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (3)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • DANA
    PHOTO DIARY #32/2026
  • Farhana Jafri
    YB DATO’ SERI FAHMI FADZIL LUANGKAN MASA SAKSIKAN FILEM ‘CHELOT’
  • Hanna's Hamlet
    Fritter Nasi Telur Lobak Untuk Icha
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Ogos 2026
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • OMBAKBERGIGI
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Lady In Red Planner
    Officially Moved: Lady in Red Planner Kini Daily Bliss Journal
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • ♪izzati 멜로디♪
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top