Root Canal Treatment (Rawatan Akar Gigi) Part I

by - 7/17/2019 12:00:00 PM



akar gigi
SmileBay Dental Surgery

Hi bloggers! So, harini Beeha nak share my first appointment for root canal treatment. Appointment tu pukul 4 petang dan aku keluar dari rumah around 3.30 petang. Memang tepat pukul 3.58 petang aku sampai dekat klinik tu. Nama klinik tu adalah SmileBay Dental Surgery. Nak masuk klinik tu siap kena tekan bell lagi, so baru boleh push pintu nak masuk. Mungkin bahaya area situ dan untuk jaga keselamatan.

Kan aku dah buat entri cerita pasal minggu lepas aku pergi klinik kerajaan. Kalau belum baca sila klik SINI. Lepastu, aku datang pulak klinik ni nak buat rawatan root canal tu. So, harini first appointment aku datang untuk dia cuci dan buang saraf gigi aku. Bunyi macam ngeri saja! Memang takda orang pun time ni sebab petang-petang banyak patient yang memang dah ada appointment dengan doktor. Nama aku kena panggil. Aku nak ajak adik aku teman masuk sekali. HAHAHAHAH. Adik aku cakap, "mana laa boleh nak masuk time buat rawatan." Aku pun, "hmm okaylah." Penakut betul Beeha ni.

Dah masuk, duduk semua. Dia tanya sama ada aku sakit lagi ke gigi tu. And yes! Baru semalam sakit tu datang semula. So, dia start dengan buang tampalan dekat gigi aku. Pastu dia suruh kumur sebab nak buang sisa tampalan dalam mulut tu. Okay part ni aku cuak. Dia cakap dia nak bius sikit supaya nanti tak rasa sakit dia nak buang saraf gigi tu. Aku nampak kat dalam tray tu dah ada dua dose suntikan. Pastu, dia cucuk la dekat dengan gusi gigi aku yang sakit tu. Lagi satu tu tahu tak dekat mana? Dekat lelangit mulut. Sakit jugak lah sebab bahagian tu kan macam keras. Kena pulak suntik kat situ.. Terasa cecair tu berjalan.Then, aku kena kumur lagi sekali. A few seconds, aku dah start rasa kebas bibir and pipi. Aku rasa macam bibir aku ni senget je masatu.

Lepas tu dia letakkan something (aku tak tahu apa nama benda alah tu) dekat bahagian gigi kanan supaya mulut aku terbuka je. Senang lah dia nak buat kerja. Pastu aku nampak la dia macam pegang benda halus ala ala jarum macam tu. Tapi memang halus gila lah. Aku yakin benda tu dia nak buang saraf gigi. Apa nama benda-benda tu semua takkan la aku sibuk nak tanya doktor time tu. Hahahaha. Dengan mulut pun terbuka je. Aku tengok jam 30 minit dah berlalu.. Tak habis-habis lagi.

After 10 minutes, dia macam dah selesai cuci dalam-dalam gigi tu. Kemudian, dia tampal gigi aku yang temporary punya je. So, doktor cakap next week aku kena datang lagi. Dia akan check if gigi aku okay, tak kena apa apa infection lagi.. Dia akan tampal semula gigi aku macam sebelum ni.

Pastu dia terangkan dekat proses dia buat treatment tadi. Gambar yang dia tunjuk tu lebih kurang macam gambar di bawah.

Ini dapat dari Google

Tadi, dia dah buat tiga step yang di atas. Maybe, next appointment dia akan teruskan step tiga di bawah. Aku boleh katakan benda ni tak laa sakit sangat. Cuma kena tahan time waktu dia bius ubat kebas dekat lelangit tu je. Terjerit sikit aku.

Gambar aku dah habis treatment

Gambar di atas tu saja aku blurkan sebab muka aku macam sembap sangat. Pastu dengan mulut aku yang aku rasa senget sebelah tu. Bila tangkap gambar tak lah senget mana pun. Doktor pun dah pesan ubat kebas ni maybe akan hilang dalam sejam atau dua jam macam tu. Dia ingatkan aku supaya tak gigit benda keras seperti kacang atau benda liat seperti dodol/ chewing gum pada gigi yang aku buat treatment tadi.

Dah tu, receptionist dah panggil nama untuk ambil ubat dengan buat bayaran. Tapi abah tak datang lagi sebab pergi servis kereta dekat dengan area klinik tu.

Kami dua beradik tunggu la kat sini lagi
 Dalam beberapa minit macam tu pun abah sampai and bayar treatment tersebut. Dia cakap ada diskaun RM 200. Kalau tak kena bayar RM 1200.

Resit bayaran
Nampak tak 'bagi balik Nuraini'. Aku tergelak kecil bila dia bagi balik surat ni. Ini surat doktor dari klinik kerajaan haritu. Dia tulis laa apa yang sebenarnya yang jadi dekat gigi aku ni. Aku buka tengok surat tu, aku pun tak paham tulisan doktor tu tulis apa. Bersambung-sambung. Ada laa dua tiga perkataan yang aku boleh catch up.

So stay tuned for the next treatment.


You May Also Like

5 Comments

  1. seram jugak baca pengalaman pasal gigi nihh 😆 anyway tak sabar nak dengar pengalaman next treatment pulak.. bila tu?

    ReplyDelete
  2. pernah buat RCT..serikk..hahaha..dan lepas tu x berjaya...gigi pecahhhh..ni tggu masa nak cabut jer..huhuh

    ReplyDelete
  3. now anak sulung aida menjalani rawatan pergigian juga, beeha.
    di spital kerajaan, pakar pergigian, sejak dia darjah 3.
    berkaitan akar gigi juga la.
    as at now, aida x dpt nak cantikkan gigi dia lagi di klinik swasta.
    sebab masih dlm rawatan kan. takut2 ada pe pe berlaku, abis lah!
    akibat daripada rawatan dan ubat yg dimasukkan, gigi dia kehitaman :(
    dia sedih la kan. bila senyum, gigi tak cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari darjah tiga lagi? awalnyaa. Kesian dia. Harap-harap dapat settle cepat and cantikkan gigi. Sebab bila perempuan ni, kalau gigi tak okay mesti confident tu akan kurang.

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)