Sakit Gigi Lagi?

by - 7/16/2019 10:57:00 PM



Aduhai, ni dah kali ke berapa entah aku sakit gigi. Sejak dua tahun lepas aku tukar tampalan yang baru, sakit gigi makin menjadi jadi! Makan benda manis jer, terus dia rasa sakit gigi. So, I was thinking maybe sensitive la dengan benda-benda manis ni. Kadang tak makan benda manis pun sakit jugak. Bila sakit tu sampai demam jugak and sakit kepala.


Gambar yang aku jumpa dari Google. Dia sakit gigi belah kanan while me sakit sebelah kiri

Cara-cara yang aku buat nak hilangkan sakit gigi tu dengan makan ubat tahan sakit. Tapi sekali je jalan. Kali kedua aku kena, ubat tu macam dah immune. So, it didn't work! T.T

Cara-cara traditional yang Beeha cuba:

1. Kumur dengan air garam. Aku masukkan air suam dan campurkan garam satu sudu. Lepastu, aku kumur tiga kali. Bertahan dalam 10 minit macam tu jer. Pastu, datang balik sakit gigi tu. Berdenyut-denyut haaa.

2. Kemudian, aku try pulak cara kedua. Ni abah yang bagi petua ni. Dia jumpa dekat Google rasanya. Tumbuk bawang putih 2 ulas macam tu bersama secubit garam. Sapulah benda tu dekat gigi yang sakit selama lebih kurang 5 minit. Alhamdulillah, ini yang aku rasa paling berkesan. Aku buat before nak tidur. So, malam tu memang tidur nyenyak and bangun dah rasa tak sakit.

Dua tahun tak balik Malaysia, dua tahun jugak lah aku tahan sakit gigi ni. Hanya amalkan cara tradisional jer nak hilangkan sakit gigi. Kenapa aku tak pergi klinik or hospital dekat sana?? Dekat United States bukan macam kat Malaysia. Kita ada klinik kerajaan, murah. Itupun kena bayar seringgit je sekali dia nak check. Ubat dapat pun free! Dekat sana tu punya la payah nak cari klinik-klinik biasa ni. Pergi hospital yang daily care tu, dia siap bagi tarikh appointment minggu depan pulak datang. Kalau dah sakit sangat jenuh nak menunggu minggu depan. Nak masuk emergency, beribu-ribu duit Malaysia lah melayang. Memang ada insurance, tapi insurance cover berapa jer. At least 100 USD = RM 400++ dah wajib kena bayar. Lagi satu, US ni tak cover insurance untuk dental care and optometrist. Sebab tu, aku bertahan jugak tunggu balik Malaysia baru nak jumpa doktor.

Dah balik Malaysia ni, aku pun pergi ke Klinik Kerajaan nak check gigi. Bagitahu doktor yang aku still sakit gigi kat tempat yang tukar tampalan dua tahun lepas. Doktor check sama ada aku sensitif ais atau bila ketuk tu sakit tak? Both aku okey je. Dia check pulak tampalan tu dah hilang ke? Tak pun, still okey je. So, dia minta nak buat x-ray dekat gigi. Ini experienced lagi bagi aku. Selalunya x-ray badan je. Ni dia x-ray bahagian gigi je and lagi cepat dari x-ray badan. Nak kena buang pakaian itu inilah, takleh pakai barang kemas lah.

Beeha perasan jugak lah doktor tu duk pasang film tu dekat satu benda alah ni. Aku memang tak tahu apa nama benda tu. Tapi benda tu dimasukkan ke dalam mulut. Bawah ni aku tunjuk gambar benda alah tu.

Lebih kurang macam ni lah benda alah tu.

Mulut aku ni kecik jugak lah. Dua kali doktor tu try masukkan dalam mulut, baru lah aku boleh tutup mulut elok. X-ray tu kejap je, kurang seminit. Then, aku tengok nurse tu cuci-cuci sikit film tu and bagi dekat doktor. Pappp! Rupanya aku kena infection.

sakit gigi
Ni lah gambar x-ray gigi Beeha

Yang bulat tu bekas tampalan gigi. Kalau tengok dekat hujung gigi tu (tunjang) macam ada warna hitam. Sebab dekat gigi lain nampak putih-putih constant je. Dekat gigi tampal tu nampak obvious tompok hitam. Doktor cakap itulah infection. Bakteria masuk dalam saraf gigi tu. Pastu doktor cakap ada dua pilihan je. Sama ada nak buang terus gigi tu atau buang saraf dan tampal semula macam biasa. So, Beeha memang no lah buang gigiku. HAHAHHAH. Nanti nak senyum pun malu. So, I choose second choice. Hehehhe.

Satu lagi masalah pula.. Dah hospital kerajaan ni, confirm-confirm laa ramai sangat patient. Jadi, bulan 9 baru boleh buat appointment nak buang saraf gigi. Time tu aku dah balik US and start class. Doktor cakap boleh je dia buat surat and bawa pergi klinik gigi di US. Macam aku cakap tadi insurance sana tak cover gigi-gigi ni. Lagi mahal lah nanti. Huhuuhu. Pastu aku minta doktor buat surat untuk aku refer ke private clinic. Dia cakap kalau pergi private clinic at least RM1000 tu kena ada lah. Aku macam omaigodd mahalnyaa. Ohh tidak, tapi fikirkan balik.. Untuk nak hilangkan rasa sakit takpa lah. Bukan nak bazir buat benda-benda tak berfaedah. Nak tunggu klinik kerajaan, appointment semua dah penuh sampai hujung August.

So, petang ni my first appointment di private clinic. Esok dia nak buang tampalan and cuci saraf gigi. Takutnyaa sayaa. 😖



You May Also Like

2 Comments

  1. tgh sakit gigi jugak ni...dulu buat rct x berjaya..gigi pecah masa dentist buat rct kali ke-2 tu..last2 doc ckp nnt kalau rasa cam sakit2, dtg utk cabut..ohmaiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tidak, harapnya saya punya berjaya lah. ><

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)