Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer

 Selamat petang semua!


Harini tiba-tiba terdetik nak menulis and cerita kisah tentang root canal treatment (RCT) ataupun dalam Bahasa Melayu adalah rawatan akar gigi. Untuk sesiapa yang pernah baca kisah Beeha buat treatment ini, mungkin anda masih ingat ataupun dah terlupa?

Kalau terlupa kisah tersebut boleh check semula link entry di bawah. Untuk yang belum tahu, boleh baca dulu entry Part 1 and Part 2 Beeha sebelum anda teruskan baca entry di bawah.

Root Canal Treatment Part I

Root Canal Treatment Part II

Untuk yang dah baca kisah pertama dan kedua, terima kasih Beeha ucapkan. Hehe. Untuk yang Part 3 ni, jeng jeng jeng. Pasal apa pulak ye? Alkisahnya, gigi RCT Beeha tu sakit semula!!😓Padahal tak sampai 2 tahun Beeha buat treatment tu. Dari hujung Disember 2020, memang ada sakit sakit tu. Tapi rasa macam sakit sakit manja je. Tambah Beeha pulak masih dekat US, so nak pergi rawatan sana pun macam tak berbaloi je. Dah mahal sekali pergi and tak cover under insurance for dental, okay!! 

Memikirkan awal Januari memang nak balik Malaysia for good. So, aku sabar je lah. Sementara tu masih amalkan kaedah lama ﹣kumur air garam yang suam. Better laa dari tahan sakit je. Even dah telan Tylenol (ubat tahan sakit aka paracetamol), tak jalan wehh. Buat kau tidur jer, bangun dari tidur masih sakit.

So, dah balik Malaysia awal Januari and kuarantin bla bla bla. Masa berlalu begitu sahaja. Hujung bulan tiga tu aku sakit gigi balik. Kali ni memang teruk sebab sampai tak boleh tidur malam. Dua hari tak hilang sakit. So, pergi klinik gigi kerajaan. Dia check and tanya semua kat mana aku buat RCT sebelum ni. And then, dia bagi ubat antibiotik and tahan sakit. Ubat tahan sakit tu berasid tinggi jugakla. Sebab Beeha ada gastrik. Bila nak makan memang make sure waktu tu perut memang on the good mood ye. If tak, memang rasa nak muntah and gastrik menjadi-jadi. Orang yang pernah gastrik, for sure akan faham macam perasaan dia.

Lepas seminggu habiskan ubat, datang balik untuk check gigi. Alhamdulillah, kurang lah dan tak sakit dah. Pastu, doktor pesan buat masa ni saya tak boleh nak buat RCT for second time sebab Beeha kata okay, tak sakit sangat macam haritu. Dan dia pulak suggest suruh aku cabut je gigi tu. Dalam hati, "Aishh dah laa mahal buat RCT haritu kat private, last-last nak kena buang terus je ke kan??" Dia kata if sakit semula baru datang sini and diaorang akan refer ke pakar which is kat klinik kerajaan area lain yang ada kemudahan untuk RCT.

Tup tup dua hari lepas jumpa doktor, gigi sakit balik. Aiyooo, dia ni memang mengada eh. Time jumpa haritu happy je tak sakit. Jadinya, Beeha pergi lah lagi klinik. Doktor tekan area gusi, tapi tak bengkak pun. Beeha pun tak mengaduh sakit sangat. Rasa biasa je time dia tekan gusi tu, cumanya memang kat bahagian dalam gigi ni rasa tak selesa and on off je sakit tu. Lastly, doktot bagi ubat tahan sakit lagi and tulis surat untuk refer Beeha ke klinik kerajaan lain untuk set appointment RCT. Doktor kata tunggu je ye call from doktor kat klinik sana, tapi memang lama lah, bukan dalam masa terdekat ni.

Balik rumah dengan keadaan hampa. Sebab sakit tu kejap ada kejap takda. Then, dah seminggu dua minggu gigi macam okay. Lepas je minggu ketiga, gigi sakit balik. Ubat tahan sakit haritu ada, so Beeha makan jer. Lima hari jugak Beeha tahan, sampai dah rasa gusi dah bengkak sangat. Cumanya pipi Beeha tak nampak benjol je dari luar. Bayangkan dari rangka pipi tu sampai ke bawah dekat dengan gigi memang sakit.

Ini lah bahagian pipi yang sakit tu


So, decide untuk pergi private klinik yang Beeha pernah buat treatment pertama haritu. Tunggu klinik kerajaan call sampai sekarang Beeha update pasal ni pun still tak dapat call dari diaorang. Maybe sebab covid ni laa. Diaorang tak boleh nak terima banyak pesakit dalam satu masa. Hari Jumaat pagi, Beeha terus gerak pergi private klinik tu and doktor yang rawat aku tu dah pindah pergi klinik diaorang dekat cawangan lain. Luckily, 10 minutes je dari tempat tu.


Okayy, next Beeha akan cerita my second RCT di Root Canal Treatment Part IV.

  • 8 Comments

 

Sedikit iklan, untuk sesiapa yang berminat nak beli set Fragrance Mist with Lotion from Victoria Secret 75 ml ni boleh contact Beeha di 013-2796689. Harga RM80 dan free postage untuk Semenanjung Malaysia. Ready stock Beeha beli from USA. Dijamin 100% authentic okayy! ^^ Yang berminat boleh terus contact Beeha okayy? Boleh buat dua kali bayaran and after that baru Beeha post ke rumah korang. 


Stock yang tinggal 1 - love spell and bare vanilla dan 2 - pure seduction.




  • 1 Comments

 

My journal. Washi tape and stickers sponsored by @anisnabilah

Sejak kuarantin haritu dekat hotel, Beeha habiskan seminggu tu layan kdrama di Netflix. Semuanya lakonan Ji Chang Wook. Start boleh suka dia sebab tengok drama Backstreet Rookie (2019). Ni pun layan after habis final exam December haritu. First drama, tengok dia berlakon dalam Lovestruck In The City in Netflix. Tapi drama tu just 30 minutes and macam boring jugak at first because it likes a documentary drama. 

So, time quarantine layan Suspicious Partner, Healer, K2 and balik rumah sambung pulak layan Empress Ki 51 episodes.. For the first time layan kdrama yang long episod macam tu. And turned out, semua drama dia berlakon best best. Watak dia dalam semua cerita tu best sangat! Sampaikan sekarang tak boleh move on lagi dengan drama Empress Ki. The ending of the drama really made me cry because the heroes died.. T.T

OST drama Empress Ki pun I could not move on yet. See below..


And Ji Chang Wook ada nyanyi lagu CN Blue - I'm a Loner. Tak sangka suara dia best jugak! Uarghhh..


Yang mana tak layan drama dia lagi, cepat cepat layan. Sebab best sangat. Beeha rasa Beeha laa paling ketinggalan, padahal dia dah lama famous. Tapi Beeha baru nak tahu. Before this pernah tengok Fabricated City, one of movie dia main role. Tapi, tak perasan pulak kewujudan dia tu. Just layan that drama because of action movie.


  • 2 Comments

Hello again bloggersku!

What's up geng? Hitung-hitung sudah 6 bulan ye Beeha tak update blog. Sejak bulan August haritu start class for my final semester, dah berdesup hilang Beeha di blog. Tak ada benda nak update satu hal. Lepas tu, banyak duduk di rumah je dan class pun mostly online. My routines were so bored. 

Harini update just nak bagitahu satu dunia blog yang Beeha dah malaysia for good. Sedih sebenarnya sebab ada hasrat nak kerja di United States. Tapi, based on my degree ni, agak susah yer dan probability untuk Beeha dapat kerja as a biomedical engineer tu agak tipis. Most of international friends yang apply nak buat internship as biomedical engineer pun tak dapat. Nak kerja tetap apatah lagi dengan experience aku pun kosong jer. Fikir punya fikir, dari bazir duit apply Optional Practical Training (OPT), tunggu nak dapat kerja, elaun MARA pun hanya sampai Dec 2020... So, cukup ke nak bayar duit sewa rumah, elektrik and bil lain lain lagi?? Daripada Beeha serabut kepala, the best option is to go back Malaysia for good.. :)

In shaa Allah, rezeki tu di mana-mana sahaja ada. 


In the plane, it was compulsory to wear face shield

Flight Beeha 30 Dec 2020. Balik sorang-sorang time tu. Bosan jugak laa bila takda kawan nak sembang dan almost 22 hours total flight. Yang penting, 3 seats sederet tu Beeha conquer. Boleh tidur dengan aman and pergi lavatory banyak kali. First gerak dari Indianpolis to Chicago, it took 1+/- hour. From Chicago to Doha, about 14 +/- hours and lastly, from Doha to KL about 7 +/- hours.. Sampai di KL, terus kena swab test sebab I don't bring any pre-test before departure. So, total quarantine Beeha adalah 10 hari. Untuk yang bawa pre-test, kuarantin mereka hanyalah 7 hari. "It's okayy, I can rest in hotel lama-lama. Huhuu".

Dah tak ingat ni dekat mana, might be Poland..

Dari airport, terus di bawa ke hotel. Beeha dapat hotel area Kajang. But, the worst thing for me bila kena tidur dalam bilik hotel alone. Dia mesti nak terbayang benda yang bukan-bukan. Masih ingat lagi malam hari ke-7 sebabnya, most of people yang dapat bilik berhadapan and tingkat atas Beeha dah balik. They only quarantined for 7 days.. Agak pelik bila terjaga pukul 2-3 pagi, dengar bunyi pung pangg pungg pangg macam orang duk tolak katil. Bunyi kecoh jugak laa. 

Bila fikir pasal jetlag, takkan hari ke-7 masih tak habis lagi jetlag. Even jetlag pun, apa benda yang di buat bising-bising pukul 3 pagi ni. Benda ni jadi time malam ke-8 jugak. Wehh cuak, dah baca banyak ayat dah time tu sambil tutup muka dengan selimut. Bantal kiri kanan kepit sebelah badan. Beeha jenis yang suka tidur dalam gelap, even on TV pun tak suka. Tapi, sepanjang quarantine tu I had too..

Alhamdulillah laa tak kena kacau lebih-lebih.. And hari ke-10 dah boleh checkout!
  • 8 Comments

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

Banner spot

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2021 (4)
    • ▼  Jun 2021 (1)
      • Root Canal Treatment (RCT) Part III
    • ►  Feb 2021 (3)
      • RM 80 Victoria Secret Fragrance Mist
      • Obses Ji Chang Wook Pulak!
      • Back in Malaysia
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (17)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (4)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (3)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • DANA
    WW BUAH TANGAN DARI TAWAU
  • ♪izzati 멜로디♪
    Learning Task 2b: Determine The Given Statements If They Are Do\S Or Don\Ts In Social Dancing 1. Tak
  • Farhana Jafri
    Starbucks | Strawberry Pie Cream Frappucino
  • aienie.nka
    Tahniah Cadbury dan Mydin pecah rekod, Kuih Raya dari Hati
  • Lady In Red Planner
    Ragam Permulaan Persekolahan Sesi 2023 / 2024
  • Sii Nurul
    Gaxodus Supplement Bantu Mengurangkan Masalah Sembelit
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Tiara Sapphire
    Resepi Sambal Ikan Bilis dan Kentang
  • OMBAKBERGIGI
    Buffet Ramadhan Restoran Pretty Event & Planner di Stulang JB
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Doakan Ustaz Azhar Idrus
  • Atul Hamid
    Duit raya awal dari Shaklee
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Mac 2023 : Berpuasa Dengan Sihat Dan Bertenaga
  • Blog Safeni Feni
    Salam Nisfu Syaaban Untuk Semua
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pencarian Blogger Aktif Untuk Bloglist
  • Hanna's Hamlet
    RPH: Aktiviti Origami Kucing
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • HATI KENTAL
    KEDAI PAKAIAN SAIZ BESAR XXXXXXXXXL
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • M O O N
    NCT 2021 #Universe
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top