Root Canal Treatment Part II

by - 7/25/2019 10:51:00 AM


Hi! As I promised last week, I wanted to share about my root canal treatment for this week. ^^

Alhamdulillah, it went well. Berjaya juga rawatan akar gigi tersebut. Sesiapa yang masih belum baca Part I, boleh klik SINI.

Actually, Beeha risau jugak untuk rawatan kalini. Sebab untuk part I, Beeha dapat komen dari follower dia pernah buat rawatan ni dan tak berjaya sebab gigi tu pecah. Then, kena cabut jugak akhirnya. Beeha memang tak nak kena cabut. Huhuu. Sebab maktok pernah cerita dia pernah cabut gigi kekal. Bila dah cabut sekali, bila ada gigi lain yang sakit, terus rasa nak cabut jer. Serammmmm!

Gambar dari Google
Beeha masih menggunakan gambar minggu lepas. So, this week punya RCT doktor gigi tu buat macam dalam gambar di atas yang 4 dan 5. Sebelum dia buat tu, dia tanya Beeha sama ada sakit atau tak gigi tu lepas buat treatment minggu lepas. I said no. Doktor tu teruskan cuci root sebersihnya supanya takda lagi saraf yang tertinggal. Kemudian, dia buat x-ray kat gigi nak check sama ada dah cuci betul-betul. 

Lepastu, dia fillkan canal Beeha dan tampal gigi Beeha macam biasa. So, sekarang ni dia pesan tolong elakkan benda keras macam ketam sebab baru lagi buat treatment ni. Dan juga dia pesan untuk buat crowning dan after that baru boleh makan benda keras macam ketam tu. Doktor cakap kalau tak pakai crowning ni, lama-lama gigi tu akan jadi hitam. Ye lah dah takda saraf kat gigi tu, sama macam gigi tu tak sihat lah. Kalau duk guna jugak hari-hari, lama-lama akan hitam lah dia.

Tapi bukan dalam masa terdekat ni lah aku nak buat crowning. Maybe tahun depan bila balik cuti. Harga crowning tu pun around RM 1500-1800. Kalau yang porcelain murah sikit, harganya RM 1000 tapi tak tahan lama sangat la porcelain ni.




You May Also Like

2 Comments

  1. haritu buat jugak RCT ni tapi dekat gov hospital. Tapi stop dekat second appointment lepastu dah tak pergi haha sekarang dah mula sakit

    ReplyDelete
  2. Indah pun ada buat RTC sebab accident

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)