Kedai Makan Sedap Ikan Bakar Anjung Kuala, Kuala Kedah

by - 7/31/2019 12:30:00 AM


Hi bloggers! Harini Beeha nak cerita pasal semalam punya aktiviti. Semalam kan cuti untuk Hari Pertabalan Agong yang ke-16. So, abah ajak jalan-jalan makan kat luar. Mula-mulanya plan kitaorang nak makan di D'Perapi Tebengau. Makan tepi laut. Meja dia buat betul-betul atas air, pastu ada pokok-pokok, maybe pokok bakau yang hidup dekat dengan air laut tu kot. Tapi kedai tu tutup. 

Perut ni dah lapar gila. At that time, dah pukul 3.30 petang. Tengah hari saja tak makan sebab nak pergi makan dekat sini. So, cari kedai makan yang terdekat. Kedai kitaorang nak pergi ni dah pernah pergi sekali sebelum ni. Memang sedap!

Before that, aku ada buat video 40 saat pergi ke kedai makan ni. Hahha. Just for fun only. Tapi macam tak complete jugak video tu sebab takda gambar makanan. You guys can watch it here.


kedai makan
Bahagian depan Restoran Ikan Bakar Anjung Kuala
So, inilah tempatnya..!! Yang kat sini pun dekat jugak dengan tepi laut. Boleh tengok gambar di bawah. Besar jugak kedai dia. Yang belah depan tempat makan dalam kedai. Kalau nak yang santai-santai rasa angin laut, boleh cross ke belakang.

Bahagian ke belakang kedai 
See! Cantiknya makan menghadap laut. Sebenarnya ada titi boleh cross nak pergi ke laut belakang. Pukul 5.30 macam tu baru orang kedai ni buka pagar untuk cross pergi ke laut.
Ni tempat makan di bahagian belakang

Belakang Beeha tu lah titi nak cross pergi ke laut.
Hello, I wore tudung Naelofar that I bought last day. Hahha

Then, abah order set untuk 6 orang makan yang berharga RM 150. Kalau yang 4 orang punya set harganya RM 100. Untuk yang 6 orang set dia ada dua ekor ikan while yang 4 orang punya set hanya seekor ikan. So, ikan ni kita boleh pilih nak masak tiga rasa, bakar or steam. Abah pilih yang tiga rasa dan bakar. 

Hidangan untuk set 6 orang tapi gambar di atas ni tak complete lagi makanan yang dihantar.
Based on gambar dekat atas tu tak complete lagi set yang kitaorang order. Sebenarnya, masih ada tomyam dengan ayam masak paprik. So, tak menyesal order set ni sebab you guys boleh dapat ikan tiga rasa, ikan bakar, telur goreng, sotong goreng, sayur campur dan nasi disediakan satu bekas. Beeha and Kak Chik tak makan banyak sangat. Kitaorang lagi suka ratah-ratah lauk ni.

Tapi, itupun lauk ikan bakar tak habis di makan. Ayam paprik and tomyam pun tak habis jugak. So, kitaorang suruh bungkus sebab sayang banyak lagi tak habis. Kalau dekat US, waiter dah tanya "you need boxes?" Diaorang alert kalau tengok tak habis makan terus tanya nak bawak balik tak makanan tersebut. Kalau orang Malaysia ni, malas sangat nak bungkus bawak balik. Tak tahu la apa yang renyah sangat. Padahal boleh je minta orang kedai bungkuskan. Balik nanti kalau lapar boleh sambung makan lagi.

So, sesiapa yang datang Kedah, korang boleh singgah dekat kedai ni. Ada yang nak melawat Muzium Kuala Kedah, memang dah dekat dengan kedai makan ni. ^^



You May Also Like

4 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)