Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer

Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di Slot Akasia TV3

Drama terbaru di slot Akasia TV3, iaitu Nasi Kerabu Untuk Che Abe. Dibintangi oleh Izzue Islam dan Elisya Sandha. Cerita ni sarat dengan loghat Kelantan dan juga sedikit loghat utara. Izzue Islam yang membawakan watak Faizul seorang lelaki yang berasal dari Kelantan. Manakala, Elisya Sandha membawa watak sebagai Syira yang tinggal di Kuala Lumpur. Ayahnya berasal dari Pulau Pinang, jadi sedikit sebanyak dia boleh bercakap bahasa utara. 

Dalam cerita ni, Beeha baru perasan la yang diaorang nak tekankan untuk menghargai loghat negeri masing-masing. Walaupun semangat kenegerian yang tinggi, benda ni bukanlah penghalang untuk dua pasangan yang berbeza negeri ni berkahwin. Tapi, storyline sangat santai dan banyak kelakar! Boleh layan di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.


  • 1 Comments

Selamat tengah hari warga Malaysia! Beeha dekat sini dah malam and about to sleep. But before that, Beeha nak update satu series on Netflix iaitu Locke and Key. Series ni baru je release on February 7, 2020. Beeha ingatkan dah season 2 sebab terperasan dekat twitter my friend tweet pasal cerita ni. Bila google, ada keluar 'Locke and Key 2019'. Tapi bila dah baca, "oh baru season 1 rupanya.." Ulfah dia dah start tengok cerita ni minggu lepas lagi. Dan Beeha pun interested nak tengok cuma tunggu weekend je baru nak start tengok series.

Beeha sejenis yang dah start tengok, I cannot stop watching. I will keep continue sampai habis episod. Nasib lah this series only has 10 episodes. Semua episod pulak kurang dari satu jam. Kalau nak tahu, Beeha start tengok series ni hari jumaat petang dalam pukul 3 macam tu. Non stop Beeha tengok. Bila masuk waktu solat, kita solat dulu.. Bila time makan, kita isi perut dulu. Then, continue again. Pukul 1 pagi macam tu, Beeha dah habis tengok season 1! Bayangkan, plan nak study and buat homework, semuanya tergendala! HAHH. Tapi, berbaloi lah sebab weekdays dah spend buat assignments and attend class. Selalunya, Jumaat petang akan jadi hari Beeha untuk santai-santai.


Sambung balik pasal series ni, Locke and Key. Antara watak utama dalam series ini adalah Darby Stanchfield (Nina), Connor Jessup (Tyler), Emilia Jones (Kinsey), Jackson Robert Scott (Bode). Jackson Robert ni juga berlakon dalam movie It dan It Chapter Two memegang watak sebagai Georgie. Beeha kasi sinopsis sikit lah. Kisah ni menceritakan keluarga Locke yang tinggal di Seattle dan berpindah ke Massachusetts setelah Rendell Locke mati dibunuh oleh Sam Lesser, student kepada Rendell Locke. Jadi, isterinya Nina Locke bersama tiga anaknya Tyler, Kinsey dan Bode terpaksa berpindah ke rumah Key House di Massachusetts iaitu rumah peninggalan Rendell. Semenjak diaorang berpindah dekat sini, anak-anak Rendell jumpa kunci-kunci misteri yang boleh buka pintu magik. Banyak jenis kunci misteri dan setiap kunci tu ada fungsi yang berbeza. Bode (anak paling kecil) cuba untuk guna kunci ni nak jumpa ayah mereka semula. Pada waktu yang sama jugak, ada entiti yang jahat ni nak curi kunci-kunci tu. Ending dia, sudah pasti dan yakin akan ada season 2. Hahahha. Sebab ada benda yang tergantung dan Beeha dah expect ada something wrong dengan watak dalam cerita ni. So, siapa yang curious nak tahu jalan cerita ni, boleh tonton di Netflix!

This is Locke's family. From left Rendell, Nina, Kinsey and Tyler. Bode, the small boy in front of them.

  • 7 Comments

Taken from Google
Ini adalah drama yang menggantikan Kampung People. So, Beeha layan je lah dah memang tak ada benda nak buat pun. Mula-mula macam malas je nak layan sebab tak selawak Kampung People. Memang Beeha tak baca sinopsis dulu pun pasal cerita ni.

Bila dah tengok episod 1, okay dah boleh tekalah apa yang nak berlaku. Cerita ni mengisahkan 4 orang adik-beradik yang telah kematian ibu dan bapanya. Kemudian, nenek diaorang ni tak nak jaga dan hantar diaorang ke rumah kebajikan. 

Dua episod yang Beeha tengok ni, dua-dua Beeha menangis. Cerita macam ni banyak je pernah tayang dekat televisyen. Tapi, part diaorang berlakon kena marah dengan makcik dengan nenek diaorang, sangatlah kesian. Sudahlah anak yatim piatu, lepastu nenek pun tak nak jaga diaorang. Ada satu part tu memang Beeha menangis.

Semalam baru episod 2, so kena tunggu next week untuk episod seterusnya. Cerita ni bersiaran di TV3 pada pukul 9 malam setiap Rabu-Jumaat. Untuk sesiapa yang tak smepat nak tonton cerita ni, boleh layari di Youtube.

Happy weekend!


  • 6 Comments

Picture from upnd.com.my

Ini antara drama melayu yang Beeha layan sepanjang cuti semester ni. Drama ni pun my friend, Ulfah yang suggest suruh tengok. Mula-mula tak nak tengok, sebab tak minat sangat dengan Mira Filzah. Lepas dah start tengok, macam menarik pulak. Sebabnya, hero ni seorang penagih dadah. 

Beeha membayangkan penagih dadah yang serabut serabai, pakaian entah apa-apa. Tapi, dalam cerita ni lain pulak gayanya. Dengan Fir yang selalu pakai baju putih dalam cerita ni. Terbaca dekat twitter, ramai juga yang tertanya-tanya kenapa Fir ni asyik pakai baju putih je dalam cerita ni?

Beeha sendiri lihat video youtube yang dipost oleh Ungku Ismail Aziz (Fir) dekat channelnya. Jawapannya, dia nak melambangkan sebagai Fir yang ambil dadah. Dan dadah yang diambil tu warna putih. So, itulah sebab dalam cerita ni dia memang banyak pakai baju putih sahaja. Ungku Ismail Aziz ada juga menceritakan tentang skrip asal menyatakan Fir ni hisap dadah jenis syabu dan ganja. Disebabkan dadah jenis ni memerlukan jarum suntik, Ungku Ismail Aziz pun bagi cadangan kepada director untuk ubah skrip tu supaya Fir ni hisap dadah jenis kokain. Dadah jenis hanya perlu sedut dengan hidung sahaja. Sebab tu lah watak Fir dalam cerita ni takda la barai sangat macam selekeh pastu ada guna jarum suntik ke apa. Lagipun, part-part hisap dadah macam ni tak boleh disiarkan di TV.

Ungku Ismail Aziz ada juga menyatakan dia buat research dulu sebelum buat lakonan ni. Dia cakap kokain ini antara dadah yang mahal. So, watak Fir sebagai anak orang kaya ni memang mampu lah nak beli dadah yang macam tu.

Beeha ada baca dekat link SINI pasal jenis-jenis dadah. Memang dahulu kokain ini antara dadah yang mahal sebab sukar nak dihasilkan. Tapi, lepas dah tersebar luas harga dia jatuh. Untuk sekarang, tak tahu lah adakah harga kokain itu masih mahal macam dahulu. Nauzubillah. Tak kira lah, mahal ke murah ke memang dadah ni akan bagi impak yang teruk untuk sesiapa yang dah ketagih dengan dadah ni. 


  • 2 Comments


Kampung People dah last episod harini!! I'm cryingggg. Ini first drama komedi pernah disiarkan dekat Lestary TV3. Selalunya cerita pasal cinta, anak orang kaya dengan orang miskin and so on.. Beeha paling suka watak Jekferrr. Paling kelakar sekali, ada my friend yang minat Jekferr ni sampai join fanclub si Hun Haqeem (Jekfer). 

So, sapa yang peminat Kampung People macam Beeha korang boleh tonton cerita ni malam ni. Untuk yang tak sempat lagi tengok cerita ni, korang boleh tengok cerita ni dekat youtube. Search sahaja 'Kampung People', pop keluar!

Selamat menonton.



  • 8 Comments


Hello everyone! I'm back to review Ready Or Not Movie. I was excited to watch this movie actually. If you guys know, I really love to watch horror/thriller movie. So, I was expecting this movie gonna be the best thriller movie. After watching this movie, I would give 6/10 only. Emmm so sad..

Synopis: Grace couldn't be happier after she marries the man of her dreams at his family's luxurious estate. There's just one catch -- she must now hide from midnight until dawn while her new in-laws hunt her down with guns, crossbows and other weapons. As Grace desperately tries to survive the night, she soon finds a way to turn the tables on her not-so-lovable relatives.
At the beginning of this movie, kinda excited and felt like wanna cry because Grace need to face this family ritual things. Felt sad also as her husband try to save her and she was very struggle to run away from that house. And for the climax, you guys need to watch this movie okay! I don't want to spoil everything. Ending of this movie kinda simple and mehhhh. Hahhahaa.

After that, I went strolling at the Monument Circle near the cinema with Amal. We bought ice cream and chocolate cake!

Smile always
Picture of me at Monument Circle. Back there, you all can see the capitol building of Indianapolis. I love this place so much. Ni one of places Beeha luang masa lapang, ala macam lepak petang or nak hilangkan sedih.


  • 2 Comments


Gambar dari Google

Assalamua'laikum bloggers! Harini Beeha nak share telemovie yang bertajuk Kilas. Lakonan Aiman Hakim Ridza. Ternampak telemovie ni dekat insta Kepala Bergetar. Rupa-rupanya cerita ni dah disiarkan tahun lepas lagi.

Terasa nak tengok sebab ada Aiman Hakim berlakon. Minat sangat dengan lakonan dia. Tambah-tambah sekarang pelakon ni tengah hangat bercinta dengan Zahirah. Dan jugak telemovie ni genre lain dari lakonan yang dia pernah bawa sebelum ni. Pastu Beeha pulak dah baca sinopsis cerita ni before tengok telemovie ni. So, dah spoil sikit. Cerita ni pasal Amran (Aiman Hakim) yang bela hantu raya untuk jaga rumah, anak dan isterinya ketika dia outstation. Dan si Amran boleh dikatakan sangat bengis dan suka pukul isterinya.

Beeha ni penakut tapi suka sangat tengok cerita seram-seram ni. Dah berjaga-jaga dah dari awal kot kot terkeluar gambar hantu ke apa. Tapi dah tengok sampai habis tak seram mana pun. Last last tu macam sedih pun ada. Merata jugak Beeha cari link nak tengok cerita ni. Last-last jumpa dekat website ini. Thanks Admin sebab upload cerita ni. ^^




  • 1 Comments




My second thai drama. The best remake for Full House drama.

Mula mula aku tak tahu pun Full House thai version ni wujud. Adik aku laa yang perkenalkan. Dia cakap confirm you will fallin love with the hero! Absolutely, I fell in love with his character. Furthermore, this is a romantic comedy genre. 💕 Jadi.. Lakonan mereka sangatlah natural. I loike it!

Salah satu sebab aku suka drama thai ni, of course hero dia handsome sangat. Almaklumlah, yang kacak-kacak ni semua ada kacukan.. Well 💁 Seperti, hero dalam drama ni iaitu Mike (nama pentas) yang menggunakan nama ini juga untuk drama ini. Tiga hari aku habiskan masa untuk tengok 20 episod cerita ni. Asyik gelak jer, tapi bila part sedih tu, aku pun nak menangis.. Aku tak pernah tengok pun lagi Full House dari Korea punya. Tak minat sangat Rain jadi hero Full House untuk versi Korea. Sebab tu aku tak tengok. Hahahhahaa. So, Beeha tak tahu nak bandingkan antara Full House Korea dan Thai, mana satu lagi best atau plot cerita mereka adalah sama atau sebagainya.

Yang thai version ni pun nasib adik aku yang ajak tengok, mula-mula malas lah macam tak best jer. Emmm, tak sempat habis episod satu aku dah terkinja-kinja seronok nak sambung tengok episod seterusnya. Jadi, bila dah habis tengok semua episod, aku dengan rajinnya search behind the scene for this drama, and interview session and so on. Rupa-rupanya, drama mendapat rating yang tinggi jugak lah sehingga ke negara China. Ramai gila fans dari China minat this couple. Salah satu sebabnya, this hero adalah kacukan Cina dan dia fasih berbahasa Mandarin. Memang patutlah boleh famous cerita ni sampai ke sana. Mike juga ada berlakon untuk drama Cina. So, this will be my next drama to watch! (Asalkan ada Mike!)

Based on apa yang aku tengok dekat Youtube, Mike cakap mostly perwatakan dalam cerita ni memang diri dia sendiri. Seorang yang kadang nampak serious, padahal suka menyakat and suka buat lawak. Memang nampak real and natural sangat lakonan Mike(hero) dan Aom(heroin) dalam drama ni.

Cerita ini pada awalnya adalah berkaitan dengan Aom yang ingin meneruskan hajat bapanya yang mahu melihat dirinya sebagai seorang penulis buku. Dalam pada waktu itu, kakaknya dan teman lelaki memerlukan duit sehingga mereka ingin menjual rumah yang diduduki oleh Aom dan kakaknya. Untuk merahsiakan hal ini, mereka hantar Aom ke Korea dengan alasan dia memenangi tiket percutian ke sana. Jadi, mereka boleh selesaikan penjualan rumah tersebut kepada orang lain tanpa pengetahuan Aom. Di Korea, dia bertemu dengan Mike. Dari detik inilah, timbul pelbagai masalah.

Beeha tak nak cerita banyak, sebab nanti akan cerita sebijik2 apa yang berlaku. Memang satu hari Beeha typing takkan habis. Kalau korang semua nak tahu, boleh ke website Kissasian.

Sila klik Full House 2014 untuk menonton semua episod.

Full House 2014


  • 8 Comments






Jarang sekali Beeha membuat review untuk movie. Bahkan, ini merupakan kali pertama Beeha review filem. Walaupun cerita Warna Cinta Impian ini telah ditayangkan pada tahun lepas, tetapi sekarang baru Beeha berkesempatan untuk menonton filem ini. Tiga hari cuti, tiga kali Beeha ulang tengok cerita ini. Tidak tahu mengapa, bagaimana Beeha rasa sedih sangat, dan cerita sangat menusuk ke hati. Perjalanan cerita ni sangat sangat banyak pengajaran yang Beeha dapat.

Apa-apa pun Beeha nak cerita sikit sinopsis Warna Cinta Impian ni. Kisahnya bermula apabila abang kepada Nadia(Syiqin Kamal), Awie ini telah menjodohkan adiknya dengan Danial(Erwin Dawson). Danial adalah seorang arkitek dan Nadia adalah seorang peguam. Masing-masing adalah anak yatim, Nadia tinggal dengan abangnya manakala Danial mempunyai kakak angkat bernama Erra yang bekerja sebagai doktor psikologi di Australia. Masing-masing juga pernah mempunyai kisah silam tentang percintaan mereka. Nadia memang susah nak terima Danial dalam hidup setelah apa yang berlaku padanya dahulu. Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya iaitu, Izzue. Izzue sudah berjanji untuk bernikah dengannya tetapi tidak hadirkan diri sewaktu hari pernikahan mereka. Sejak dari itu, Nadia telah tawar hati. Manakala, Danial sedaya upaya untuk mengambil hati Nadia. Setelah pulang dari berbulan madu yang dihadiahkan oleh abang Nadia, hubungan mereka masih belum baik.

Sehinggalah Danial mengalami kecederaan ringan di tangan kerana hendak menyelamatkan rakannya, Ashraf (Fad Bocey) dari dilanggar kereta. Tetapi, Nadia sedikit pun tidak hairan dengan Danial yang terlantar di hospital. Dan satu malam itu, Ashraf memberitahu Nadia supaya menjada perasaan Danial kerana dia tidak mahu Danial mengalami kemurungan seperti dahulu. Ashraf menceritakan bahawa Danial pernah bersedihan dan murung setelah kekasih hatinya, Maya telah meninggal dunia akibat dilanggar kereta. Sewaktu itu, Danial dan Maya sedang melanjutkan pelajaran di salah satu universiti di Australia. Jadi, Erra yang juga kakak angkat kepada Maya telah merawat Danial sehingga pulih seperti sedia kala dan telah menerima peristiwa itu dengan rela.

Setelah mendengar penjelasan itu, Nadia serba salah dan sedaya upaya untuk mengambil hati Danial kembali. Tetapi, ini satu benda yang pelik bagi Danial kerana Nadia tidak pernah baik dengannya. Kepulangan Kak Erra ke tanah air membawa ketegangan akibat kenangan kisah cintanya yang pernah kecundang bersama Awie. Tetapi, Awie dan Erra mengabaikan masalah mereka yang dahulu, dan berganding bahu untuk menyelamatkan perkahwinan adik masing-masing. Tetapi, rancangan mereka tidak berhasil sehingga Danial ambil keputusan untuk kembali ke Australia semula. Pada hari penerbangan Danial, barulah Nadia sedar bahawa Danial betul-betul menyukainya sejak hari pertama mereka bernikah. Nadia turut pergi ke Australia untuk mencari Danial dan meluahkan sendiri isi hatinya. Mereka bersatu kembali. Tamat.



Secara keseluruhannya, cerita ini memang sangat best! Lagu yang digunakan dalam filem ini sangat mengusik jiwaku. Iaitu :

Kau Masih Mawar Merah (Ronnie Hussien)
Cinta Adalah Anugerah (Nurhairy Abd Rahman)

Pengajaran:

Setiap manusia pernah mempunyai kisah silam masing-masing. Contohnya, macam Nadia yang pernah kecewa kerana ditinggalkan seorang lelaki di waktu hari bahagianya. Kadang-kadang ini membuatkan perempuan itu membenci lelaki dan tidak percaya lagi pada lelaki. Ataupun kata kata yang selalu disebut "Lelaki semua sama." Percaya atau tidak, Beeha pun rasa macam itu. Lelaki semua sama, tapi tidak salah kalau kita memberi peluang pada orang lain mungkin dia akan buat kita lebih bahagia. 😁 Dan Beeha sangat suka apabila Danial menunjukkan usahanya untuk mengambil hati Si Nadia. Bukan senang apabila seorang lelaki itu sanggup tunjukkan usahanya untuk baik dengan wanita itu. Saya sangat emo tengok cerita ni. 😢

Bagi yang belum menonton cerita ini, anda boleh klik link INI untuk menonton full HD filem Warna Cinta Impian.




  • 5 Comments



Satu lagi drama baru yang berjudul Sha Dan Shah yang di adaptasi dari sebuah novel. Penulisnya ialah Sha Ibrahim.




Watak utama ataupun hero dalam drama ini ialah Kamal Adli dan digandingkan dengan Syatillah Melvin. Turut membantu terdiri daripada Azwan Kombos, Nina Iskandar danlain lain lagi. Drama telah ditayangkan dari 4 Januari 2016 menggantikan drama yang mendapat hashtag tertinggi pada episod akhir drama tersebut iaitu Tersuka Tanpa Sengaja.




Malam ni episod ketiga. Sesiapa yang bosan-bosan , tak nak tido awal boleh kita tonton ramai di Astro Ria pada pukul 10-11 malam. Bagi sesiapa yang terlepas menonton episod sebelum-sebelum ini, Beeha cadangkan korang tengok online DI SINI.  :)







  • 0 Comments
Older Posts Home

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2021 (4)
    • ▼  Jun 2021 (1)
      • Root Canal Treatment (RCT) Part III
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (3)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • DANA
    PHOTO DIARY # 28/2025
  • Sii Nurul
    Healing: Sebuah Perjalanan Memulihkan Luka
  • Farhana Jafri
    Set Ayam Gepuk Crispy, Warung Prima Kunyit, KLCC
  • Drawing the Words
    Kursus Pelbagai Frozen Food, Pembungkusan dan Perlabelan
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Senarai Harga Produk Shaklee Terbaru 2025
  • Lady In Red Planner
    Bagaimana Tukang Rumah Boleh Membantu Naik Taraf Rumah Anda
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Kacau Bubur Asyura Di Masjid Kampung Naim
  • ♪izzati 멜로디♪
  • OMBAKBERGIGI
    Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • sayidahnapisahdotcom
    60++ Template Kad Raya Digital 2024 Baru
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Hanna's Hamlet
    Definisi Operasional: Pengajaran
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top