Yeayy! Beli Tudung Naelofar Yang Baru

by - 7/29/2019 06:59:00 AM


Hello! Harini excited sebab Beeha beli tudung Naelofar, design yang baru pulak tu. Sebelum ni ada la satu dua helai tudung Naelofar. Yang lain, pakai yang RM 10 punya je. Kadang-kadang rasa nak tukar taste baru pakai yang mahal sikit. Harini keluar nak hantar dodol kat cikgu MRSM pesan. 

Beeha nak iklan kejap kat sini. Mak Beeha ada jual dodol untuk tempahan kahwin or apa-apa. Sesiapa yang nak order boleh bagitahu Beeha. Yang original punya setengah kilo harga RM 12 dan yang durian harga RM14. Tapi kalau untuk kenduri kahwin, kitaorang akan pack la dalam bekas yang kecik-kecik. Senang nak isi untuk goodies orang datang kenduri. ^^

So, otw nak pergi MRSM untuk hantar dodol tu.. Aku pun singgah kedai Naelofar. Baru tahu ada kedai jual tudung Naleofar dekat situ. Duk aim lama dah nak pi kedai Naelofar ni. Cuma tunggu masa je sebab yang aku tahu kedai yang wujud ni jauh dari rumah. Dah tahu ada yang dekat, memang on selalu lah.

Masuk-masuk kedai tadi, dah rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Kebanyakkan yang ada instant shawl and tudung yang sarung tu je. Yang tudung empat segi pun ada jugak tapi aku tak minat sangat sebab kain dia nampak nipis.

Mata dah terpegun dekat shawl Mocha keluaran terbaru Neelofa. Then, harga dia pulak yang paling murah kat situ, RM 50. Nak beli warna hitam tapi dah habis dah. Banyak jugak warna pastel yang ada. Tapi hijau, biru semua tu aku dah ada. So, aku pilih je yang ala ala grey brown ni. Dalam gambar macam gelap sikit warna dia. Kalau tengok depan mata sepatutnya cerah sikit. Aku tak sure apa nama color ni. Tapi bila dibelek-belek dekat Neelofa punya website, berkemungkinan ni warna Crystal Grey.

Mocha - Crystal Grey
Dah amik shawl ni, aku cari pulak anak tudung yang boleh ikat. Tanya harga, rupanya RM10 je. Nasib dua hari lepas aku tak beli dekat kedai satu ni. Dia jual RM15, dah la takda brand apa-apa pun..


You May Also Like

6 Comments

  1. pernah beli tudung neelofar ni time dia buat promosi kat goshop..hehe

    ReplyDelete
  2. ekin tak pernah ada lagi tudung neelofar ni.. best ke material dia? teringin nak beli tapi takut tak sesuai dengan muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pergi kedai, boleh try di kepala. Tak pun beli yang mana berkenan, kalau tak sesuai boleh buat prelove ^^

      Delete
  3. Wow. saya pun dah lama teringin nak beli tudung naelofar.. maybe oneday..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)