3 Produk Skincare Pulihkan Breakout Beeha


Assalamualaikum and good morning! Hello, hello, hello! Harini nak share 3 jenis skincare yang Beeha gunakan untuk pulihkan breakup breakout di muka. Satu je kurang untuk entri ni sebab Beeha tak buat before and after makeup. 😔So, awal-awal Beeha nak clarify yang muka Beeha bukanlah breakout jadi merah-merah satu muka or jadi macam jerawat batu ke apa. Tapi jadi jerawat di bahagian T-zone. Tahukah T-zone tu di mana? Ia di bahagian dahi, hidung dan dagu. Jerawat tu kerap naik di bahagian ni. Dekat pipi Beeha memang takda langsung! Tapi paling obvoius naik kat hidung dengan dagu.

Sebenarnya dah jadi macam ni dari awal tahun lepas. Tapi, Beeha tak tahu pulak yang ni tanda-tanda breakout. Bila balik cuti ni Beeha pergi kedai The Body Shop sebab nak beli pencuci muka. Beeha memang sengaja tinggal pencuci muka dekat US sebab botol-botol Body Shop ni semua besar-besar dan berat. So, I decided to leave it and buy a new one in Malaysia.

Bila pergi dekat Body Shop Malaysia, akak yang jaga kedai tu tanya "nak cari apa harini, dik?" So, aku ceritalah dari A to Z. Aku nak mencari facial wash and toner yang sesuai dengan kulit aku sekarang. Aku cerita yang sebelum ni aku pakai Body Shop jugak tapi jenis lain. Facial wash yang aku gunakan ialah Tea Tree Facial Wash dan Seaweed Toner.

Then, akak tu tanya jenis skin aku. Aku tahu aku jenis combination. Akak tu hairan jugak sebab jenis facial wash and toner yang aku gunakan tu memang bersesuaian untuk jenis skin combination. Tapi, kenapa muka aku breakout macam tu. Beeha terkejut jugak bila dia cakap ni breakout. Time aku pergi Body Shop tu, aku memang tak pakai bedak apa-apa pun sebab senang nanti orang jaga kedai nak tahu condition kulit muka aku macam mana. Aku dah tak hairan muka sembap gila. Hahahha. Dengan confident jalan-jalan dalam mall dengan adik dan maktok.

Dia tanya lagi ada pakai produk apa-apa tak selain ni. Dan aku "haaa, ada ada. Saya ada try produk Korea ni. Saya beli facial wash tea tree, essence mist, serum" Brand kita rahsiakan ekk. So, akak tu cakap maybe sebab produk tu tak sesuai dengan kulit aku. Dan aku pulak campur-campur skincare brand lain-lain. Sebab ada certain orang okay je pakai facial wash brand lain, toner brand lain. Tapi yang pastinya, anda kena tahu jenis skin anda untuk tentukan jenis skincare apa yang anda perlu pakai. Ada facial wash and toner untuk hydrating, sensitive, aging lah and macam-macam lagi. Pastikan combination yang korang buat tu betul. Bila tak betul, mula muka nak buat hal. Tambah lagi stress, tambah lagi laa jerawat dekat muka.

Aku dah agak menyesal. Masih ada AGAK ye Beeha ni. Tak serik lagi agaknya. Hahahha. Rupanya setahun aku duk stress pasal muka aku ni, rupa-rupanya breakout. Then, akak tu suggest untuk guna Aloe Calming Foaming Wash. Dia cakap yang ni boleh neutralkan balik muka. Sesiapa or apa-apa jenis kulit pun boleh guna facial wash yang Aloe ni. Kemudian, aku minta nak toner jugak. So, dia suggestkan untuk aku amik Vitamin E Hydrating Toner untuk neutralize jugak skin muka aku. Both ni good combination untuk orang yang nak pulihkan breakout korang. Then, aku minta nak moisturizer dan dia suggest untuk amik Tea Tree Mattifying Lotion. Yang ini bagus untuk orang yang kulit muka berminyak di bahagian T-zone macam Beeha. Yang moisturizer tu Beeha saja beli brand ni jugak. Kalau korang nak pakai facial wash and toner dua tu pun sudah memadai. Moisturizer maybe boleh cari brand lain yang murah lagi dari ni pun takpe.

hilangkan jerawat
Skincare dari The Body Shop
Inilah tiga produk yang Beeha guna setakat ini. Beeha start guna awal Julai ini. Beeha guna seminggu tapi dah menunjukkan hasil yang sangat bagus! Sebab tu Beeha yakin sangat dengan produk The Body Shop ni. Tak pernah mengecewakan. Alangkah bagus kalau Beeha ada gambar before and after breakout tu. Sebab dari ada jerawat-jerawat kecil dekat hidung dengan dagu, sekarang ni dah kurang. Dah jadi normal balik. Jerawat pun tumbuh sebiji je sebab dah nak dekat datang bulan. Kalau tidak seminggu before datang bulan naik, lepas seminggu habis datang bulan naik lagi jerawat. Bukan satu, tapi dua tiga. Setiap bulan tak berhenti la jerawat tu naik.

Lepas start pakai produk-produk ni, dua tiga hari dia jadi jerawat besar and merah. Tapi, jangan sentuh or main jerawat tu. Akak tu ada bagi trial Tea Tree Oil. Kecik je yang dia bagi tu, boleh la enam kali pakai. Yang ini digunakan untuk mengecutkan jerawat. Aku dah pernah guna benda ni and tahu ianya berkesan. Dah akak tu nak bagi free yang trial punya, aku on je. Kalau nak tengok bentuk botol yang dia jual, boleh klik SINI. Yang ini ada dua jenis kecil and besar. Kalau botol kecil 10ml dan yang besar 20ml.

Harga-harga Skincare The Body Shop:

Aloe Calming Foaming Wash ---> RM 60
Vitamin E Hydrating Toner ---> RM 66
Tea Tree Mattifying Lotion ---> RM 66
Tea Tree Oil (10ml) ---> RM 42.50
Tea Tree Oil (20ml) ---> RM 65

Facial wash dan toner selalunya Beeha pakai tahan sampai 3 bulan. Ikut masing-masing cara pemakaian, ada yang jimat maybe boleh tahan lagi lama. Macam Beeha, facial wash selalunya sekali pam dan dua kali sehari Beeha cuci muka.

Anda boleh juga entri Beeha tentang produk untuk combination skin.

You Might Also Like

2 Comments

  1. Dulu guna b.s punya skin care...tapi dah 30 series ni mcm tak sesuai dah dgn skin... huhu.

    ReplyDelete
  2. aaaa baru je usha produk the body shop ni semalam! sbb tgh buat research utk beli skincare yg baru HAHA lol thank you for this post :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)