Blogger Challenge: Day 4 - Describe your partner

by - 7/19/2019 11:20:00 PM



Day 4 - Describe your partner | Ehem ehemmm, baru je entri post lepas aku cakap aku tak nak cerita pasal current relationship. Tapi takpa, this one aku just describe macam mana perangai kitaorang. Bagai anjing dengan kucingkah? Tidak mungkin. Tapi pernah laa gaduh-gaduh, kadang dua-dua tak nak mengalah.

Hopefully dia tak baca laa entri aku yang ni. Sebab aku tahu dia rajin juga baca bila dia tahu aku tengah update blog. Tambah-tambah kalau aku ada cerita pasal dia, laju je dia nak baca. Hahahha.

First, partner aku ni dulu merokok. Dia cakap dia start merokok dari zaman SPM. Aku ni memang anti laa jugak dengan laki merokok. Sebab sebelum ni aku tak tahu pun dia kaki merokok. Ingatkan macam try je laa dah lepak dengan kawan-kawan. Rupanya memang perokok tegar. Aku memang cakap aku tak suka. Kalau betul serious dengan aku please stop merokok. Okay dia stop merokok. Lepastu, dia vape pulak. Aduii, kadang geram jugak dengan dia. Dia kata dulu you tak cakap pun vape. So, sekarang I vape laa.. Tak bahaya macam merokok. Hmm, puas jugak aku suruh dia berhenti.

Pastu, dah sembang dengan kawan-kawan perempuan yang ada abang or adik merokok ni, diaorang cakap jangan disuruh stop. Lagi laa diaorang degil. So, aku terima je lah tapi macam tak boleh nak terima jugak. Sebab aku tak suka bau asap tu. Sakit tekak. Pastu bangun esok pagi aku terus berkahak. Macam tak logik, tapi benda tu jadi kat aku. Sebab tu aku tak gemar.

Tapi, aku boleh cakap dia banyak gila bersabar dengan perangai budak-budak aku. Kitaorang banyak gila bergaduh. Kadang macam tak ada persefahaman pun ye jugak. Kadang kalau kamcing, kamcing gilaa pulak. Aku pun confuse. Kadang aku masih tak boleh nak adapt cara dia. Ye lah, aku orang kampung je. Dia pulak orang KL. So, macam langit dengan bumi jugak lah kan bila nak cari chemistry tu. Aku pulak dengan ego aku, dia pulak dengan ego dia.

Pastu, aku suka bila dia tak kedekut. Aku suka bila dia belanja makan ke apa. Sebab aku balas balik dengan masak apa benda yang dia nak makan. Kadang tu aku bising jugak, sebab dia rasa dia dah belanja makan, lepasni aku pulak kena belanja makan. Padahal dia tak perasan, yang aku masak tu aku guna barang dapur aku. Beli pakai duit jugak. Bukan free!


You May Also Like

1 Comments

  1. hari2 baca blogger challenge beeha.. tak sabar nak tunggu next pulak

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)