Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer

Masih ingat Challenge Beeha dua minggu lepas? Jadi, harini Beeha akan lunaskan janji Beeha untuk jawab soalan-soalan yang korang tanya. Even though, ada lima soalan sahaja.. *bunyi macam sedih je ni?* Tidaklah. Hahaaha. Beeha rasa lima soalan ni pun, I bet this will be my long entry than previous.

Jom kita tengok apa soalan daripada korang eh?



Azreen Sofia: How did you gain/have ideas for your blog and how do you manage your time with study & blogging?

Seriously, ini salah satu soalan killer. Kenapa Beeha cakap killer? Sebab Beeha sendiri tertanya-tanya soalan yang sama untuk blogger lain. Tapi, untuk menjawab soalan Azreen.. sangatlah susah to get the ideas for my blog. I remembered for the first time I started blogging, I always post about tutorial for blog, join giveaway and personal life yang kebudak-budakan. As I grew older, takkanlah nak upload cerita pasal cintan-cintun je memanjang kan? What I did to get ideas for my blog, I try to take notes or write any ideas that come out on my mind. So, tak perlu tunggu bila depan laptop, dah buka dashboard blog baru nak cari idea untuk tajuk entri. If you get the ideas to write something or any topic that comes out of sudden, make sure take a note. I do have planner book, so I just scribble anything that I think at that time. Bila rasa ada mood nak menulis, barulah Beeha sign in blog dan mula menaip.

Soalan tentang how I manage my time.. Beeha rasa start tahun ni baru nak fokus betul-betul dalam blogging. Cumanya, risau dah semester baru ni pasti akan sibuk dengan assignment dan sekarang Beeha ada senior projek yang perlu diselesaikan. So, I'm planning to post entry at least 2 times a week. I usually choose on Wednesday, Friday or weekend day. Sebab hari Rabu dengan Jumaat Beeha ada satu kelas je. Dan Beeha rasa itu adalah gap yang sesuai untuk post entry. Apa-apa pun make sure dah ada topik dan subtopik, so bila on laptop kita dah boleh taip apa-apa yang kita dah fikirkan.


Rubiah Kadir: Akak nak tahu, umur Beeha berapa? Study kat mana, dan ambil course apa?

Hai, Kak Rubiah! Alhamdullilah, saya sweet 23 this year ^^. Beeha belajar di United States dan study dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan (Biomedical Engineering).


Ray: How are you doing over there? ^^

Alhamdulillah Ray. I'm doing good over here. But, there is ups and downs. Sometimes, feel happy. Sometimes, stress with the workload aka assignments. Right now, I'm craving something though. Tapi kan maslaahnya tak tahu nak masak apa. Maybe, rindu nak makan makanan Malaysia kot. *cryinggg*


Tqa London: Any dos and don'ts for anyone (ehem..) planning for a road trip in / travel to the states? Do you have any blogger that inspires you?

For the first question, this one based on my experience travel around United States. Untuk do's, benda first kena tahu adalah berapa bajet yang ada untuk travel tersebut. Kemudian, plan trip tu dengan buat itinerary. Dalam itinerary tu masukkan tempat mana nak melawat (letakkan sekali harga jika tempat yang nak dilawati tu perlu bayar), tempat tidur, pengangkutan (kereta/ train/ airplane), insurans kereta dan diri, plan internet (ini jika orang yang luar United States). Untuk plan internet tu Beeha tak sure macam mana sebab Beeha tak pernah travel overseas. Macam Beeha sekarang dah study US, so for sure dah ada plan internet untuk nombor di sini. Jadi, takda masalah dari segi internet. Dan juga, jika bajet Beeha untuk trip $800, Beeha pastikan ada extra $300 or lebih. Ini hanyalah untuk emergency, mana tahu apa-apa terjadi time trip tu. Terakhir sekali, plan juga pakaian yang bersesuaian untuk trip tersebut.

And don'ts, I could not think anything for now. Maybe the best advice, if you trip with your friends (especially more than 2), make sure all the trip members agree with the itinerary/ plan trip. Sebab dari dengar pengalaman orang lain, si K ni dah plan segala bagai sebab dah orang lain yang ikut trip tu serahkan si K ni untuk plan. Tetapi, bila dah start trip ada yang complain itu ini tak kena. So, jangan salahkan orang lain kalau anda sendiri tak participate untuk bagi idea time planning the trip.

For the second question, of course I have some bloggers that inspire to me! ^^ Check below!

1. Lyssa Faizureen
Lyssa ni adalah first blogger yang Beeha inspire since 2011. Tapi waktu tu, Beeha ada blog simple sangat dan tak tahu nak edit bagi lawa. After 3-5 months macam tu, Beeha delete blog tu. Tapi masih lagi mengikuti blog lyssa ni. ;)

2. Cik Epal
Ini memang adore dengan dia. Tengoklah betapa berjayanya Cik Epal ni sekarang. Beeha sangat wonder macam mana dulu dia update blog kerap kali. Wonder macam mana dia dapat idea. Seriously, nak berjaya macam Cik Epal ni dengan blogging!

3. Hanis Zalikha
Untuk yang tak tahu, tapi Beeha rasa mesti semua tahu Hanis ni dulu pun seorang blogger. Tapi sejak dah kahwin ni, dia dah tak update dekat blog. Dulu, story dia update rasa best sangat. Memang rasa nak tahu pasal kehidupan harian dia. Dia update entry pendek-pendek je tapi memang rasa terhibur dengan penulisan Keknis ni.

4. Ombak Bergigi
Kak OM antara blogger yang terkini Beeha inspire. Semenjak Beeha aktif semula dalam dunia blogging pada tahun 2015, blogger Kak OM ni pulak jadi perhatian Beeha. Tak tahu nak describe macam mana. Sebab once follow dia punya penulisan, every update di blog Kak OM ni Beeha pasti baca! Penulisan dia very interesting to me even though, pasal kehidupan seharian.


Aienienka: Pernah share tak macam mana beeha dapat study luar negara. :) Kalau tak, do you mind to share it with us?

Soalan agak berat jugak nih. Beeha memang tak pernah share macam mana Beeha dapat study luar negara kerana experience yang Beeha tempuh sehingga nak sampai sini, sangatlah berat Beeha rasa. Kalau ikut hati macam nak putus asa. Tapi, parents tak pernah berhenti support and keep pushing me untuk sampai ke tahap ni. Dan Beeha rasa rugilah dah dapat opportunity ni, tapi nak give up awal. Basically, program yang Beeha apply ini adalah dari dekat MRSM. Sewaktu form 5, lepas result trial SPM MARA, kitaorang boleh apply program ke luar negara/dalam negara based on result trial SPM MARA. Program yang Beeha apply ni adalah Mara American Degree Preparatory Program (MADPP). Program ni lima tahun which is 10 bulan di KKTM Ledang (persediaan untuk amik TOEFL dan SAT exam), 4 tahun di United States. So, Beeha apply lepas dah tahu result trial MARA SPM. Bila dah habis exam SPM yang sebenar, bulan 12 macam tu dipanggil untuk pergi interview. Rasa bertuah jugak sebab dipilih untuk pergi interview tu. Program ni memang terbuka untuk seluruh MRSM. Kemudian, bulan 1 dapat result. Alhamdulillah, tak sangka Beeha dapat. Rasa berat hati jugak lah, sebab Beeha rasa, I cannot go with English subject. Then, hujung bulan 1 tu daftar diri, dan start kelas. Kitaorang belajar 4 subjek penting je iaitu English, Mathematics, Pendidikan Islam and SOS (tak ingat singkatan untuk apa, tapi more untuk aktiviti luar dan group). Kemudian, bulan 6 macam tu kena amik exam TOEFL dan SAT, pass the minimum score dan boleh fly ke US.



  • 16 Comments
Ask me anything.

Happy Tuesday everyone! Before Beeha start with my Spring semester, I'm going to do this challenge - Ask Me Questions. You all can ask me anything! ^^ Ini untuk mengisi masa lapang Beeha dengan menjawab soalan-soalan dari you all. 

I open this challenge for a week. You all can drop the questions in the comment box below. Beeha kumpul semua soalan dan Beeha akan post semua jawapan in one blog entry. Hopefully, dapat sambutan hangat. Hehehehe.


  • 5 Comments


Day 10 - If I could have any job in the world, what would it be? | I want to be a millionaire. Hahahha. Is it a job?

This is truly a challenge question because I also don't know what I want to be. Hmmm. Kalau boleh semua pekerjaan aku nak try. Hahah. Tetapi, Beeha punya plan nak jadi lain dari yang lain. Hmm macam mana tu? Kalau aku cakap aku nak jadi doktor, nak jadi polis, nak jadi cikgu, dah macam klishe sangat pulak. Hahhaha.

Aku selalu jadikan Neelofa tu sebagai idola. Aku sangat adore kerana dia jugak bekas pelajar MRSM, di Langkawi. So, I as a former MRSM too, I always proud with Neelofa. Dia sebelum ni amik International Business tetapi famous sejak masuk Dewi Remaja. Dalam senyap-senyap dia ada perniagaan tudung Naelofar. Based on aku tengok video dia sebelum-sebelum ni, dia memang dah start berniaga kecil-kecilan seperti jual kasut. Dah start berlakon semua and at the same time buat business, dari situ dia boleh jadi famous.

Aku rasa Neelofa ni sangat smart buat marketing untuk business dia. Sebab aku rasa sebelum ni takda lah famous sangat tudung Naelofar tapi lepas je dia pakai tudung keluaran baru dia semasa dia berlakon Suri Hati Mr. Pilot, terus dababoom dia punya perniagaan. See, pandai dia susun strategi.

So, my dream right now I still further as engineering student. At the same time, aku berharap aku dapat ada business sendiri. Aminnn.


  • 2 Comments

cara untuk jadi positif

Day 9 - How To Stay Positive | Ini challenge yang betul challenge lah bagi aku. Sebab Beeha lah yang paling kuat cengeng. So, macam mana nak cerita how I stay positive ni? 😅

Tapi tak bermakna yang aku tak pernah try beberapa cara untuk motivatekan diri aku sendiri.

Tiga cara untuk jadi positif:

1. Aku akan menangis atau duduk sorang-sorang fikir pasal masalah / cerita pada parents atau orang yang kita rapat
Ini memang saja aku buat macam ni. Sebab aku suka puaskan hati aku dengan menangis dan buangkan semua geram dulu. Lepastu, akan rasa lega bila dah menangis puas-puas. Ada sesetengah orang lebih selesa untuk kongsi masalah mereka pada orang yang mereka rapat. Cara ini pun bagus juga. At least boleh kurangkan rasa beban korang and mungkin pendengar tersebut akan bagi kata-kata semangat for you to be more positive! ^^

2. Baca quotes yang positif.
Ini aku selalu google je. Banyak je quotes positif. So, bila baca ni confirm akan naikkan balik semangat untuk continue apa-apa yang kita risaukan tadi.

3. Dengar video positif.
Ini pun Beeha Google jugak. Tapi ada one day tu mak and my friend ada kasi video dari sorang ustaz ni. Bila dengar video dari ustaz-ustaz ni, dia punya kesan tu lagi banyak sebab dia selitkan juga pasal akhirat. "Mungkin tak dapat sekarang, Allah akan bagi pada masa akan datang." Everything happens for reasons.

Lain orang lain cara untuk stay positive. So, mungkin korang boleh share cara korang untuk stay positive. I would like to hear your opinions! :)


  • 4 Comments

usaha dan tawakal

Day 7 - Best advice | Seingat aku, nasihat yang paling aku terkesan sekali waktu aku tengah buat preparation ke USA. Kitaorang kena belajar dekat KKTM Ledang selama 10 bulan. Time ni hanya buat persediaan untuk amik test TOEFL dan SAT.

Time tu rasa struggle sangat-sangat nak lepaskan requirement TOEFL dan SAT. Sejujurnya Beeha tak pass untuk first time buat TOEFL. So, kena belajar balik and repeat paper tu. Time tu sedih sangat-sangat sebab classmate ramai dah lepas. Aku risau jugak macam mana nanti tak dapat nak fly US sebab tak pass TOEFL ni. Tak nak sedihkan mak ngan abah. Tapi, memang rasa bodoh gila dengan English. Aku rasa memang tak mampu nak dapat 90 untuk TOEFL time tu.

So, bila dah jadi macam tu, cikgu English kelas aku still bagi semangat untuk aku repeat paper tu. At the same time, she reminded me untuk siap-sedia nak pilih uni apa dalam Malaysia sekiranya aku tak lepas jugak TOEFL tu. Aku memang dah 90% give up dah bila cikgu cakap macam tu. Sebab aku memang rasa tak nak repeat. Bila repeat kena bayar lagi $75 bersamaan dengan RM300+/-. Tapi parents aku cakap boleh je kakngah, try lagi. Sikit je lagi nak dapat 90 tu. Push laa lagi. So, aku on je laa walaupun tak yakin dengan diri sendiri.

Pastu, ada sorang ni bagi surat dekat aku. Dalam tu banyak laa kata-kata nasihat and dia siap quote lagi ayat-ayat dalam Al-Quran. Menangis jugak laa baca benda tu. Balik cuti ni, aku terjumpa surat tu. Rupanya tak buang lagi. Itupun aku lupa sebenarnya siapa yang bagi. Tapi aku rasa seorang budak laki yang bagi surat ni sebab tengok pada tulisan tu.

Bila dah buat challenge macam ni, sebab tu aku rasa nak share pasal surat yang aku jumpa tu. Surat ni pun dah 4 tahun. Tapi, aku boleh lupa siapa yang bagi. Aduhhh.


Dalam surat tu, dia ada cakap "Allah tahu Beeha, Dia tahu segala apa yang hang dah usahakan. Jadi, teruskan usaha sampai saat akhir. Bila dah usaha, tawakkal."

Surah Al-Imran Ayat 159, "Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".

Dia cakap lagi, "Yakin Beeha, Allah Maha Adil. One day, semua usaha tu, Allah akan balas dengan kebaikan. Dia pasti akan balas semua usaha Beeha. Where and when, Allah je yang tahu."


Bukan takat tu je, sebenarnya dua pages dia tulis surat kat aku.. Selang satu advice dia akan selitkan jugak ayat dari dalam Al-Quran. Antara pesanan yang aku ingat sampai sekarang.

Terima kasih sangat-sangat atas peringatan dan nasihat dia bagi tu, akhirnya alhamdulillah sampai jugak aku study dekat USA.


  • 1 Comments

Day 6 - Everyday makeup | Hi! Harini Beeha nak share my every day makeup looks. Kadang malas tak makeup pun. Then, nampak kusam giler muka. Dalam hati, “tak kisah la macam mana pun”. Sebenarnya ada lagi simple. Yang lagi simple tu Beeha tak pakai eyebrow. Cukup sekadar letak foundation, contour and blusher. Lepastu, pakai lip balm. Lipstick pun dah jarang-jarang pakai sekarang.

Everyday makeup looks

  • 6 Comments



Day 5 - Letter to MARA | Should be official letter lah kan? Tapi ni saja saja je. Tetiba rasa nak luah pasal MARA pulak kat sini. Mengenangkan aku ada problem ni. Rasa macam nak hantar surat layang gitu. Hahahha.

--------------

To MARA, tolong lah cepatkan surat pengesahan untuk saya extend belajar. Saya sudahpun hantar application tersebut pada bulan March 2018 lagi tapi sehingga sekarang saya tak dapat maklum balas. Surat perjanjian saya yang lama akan tamat 31 Julai ini. Saya perlu lagi extend sehingga Disember 2020. Saya merayu sangat semoga pihak tuan boleh beri kerjasama.

-------------

So korang, aku tengah bersedih dan susah hati jugak pasal perkara ni. Kalau aku belajar dalam Malaysia aku tak risau sangat. Apa-apa jadi rumah parents ada nak berteduh. Sekarang ni, surat perjanjian yang lama tamat 31 Julai. So, untuk bulan 8 ni aku takkan dapat elaun dan rasanya yuran belajar diaorang takkan bayar sebab ingat aku dah habis belajar. Padahal aku kena teruskan lagi sampai Disember 2020. Bukan aku saja saja nak extend belajar. Aku belajar di college USA selama setahun setengah, aku dah ada 50 jam kredit. Masalahnya kredit transfer dari college di USA ke uni aku sekarang, hanya 16 kredit je weh yang diterima oleh uni. Which is cover satu semester sahaja! Sebab tu, aku kena jugak start dari second semester freshman year. So, aku ada total 7 semester di uni sekarang. Tapi, perjanjian dengan MARA hanya untuk dua tahun di uni which is 4 semester. Sebelum ni, Pengarah Bahagian Penganjuran dah bagitahu untuk student yang kena extend sila buat surat permohonan untuk tambah masa belajar.

Beeha dah prepare dari awal masuk uni lagi. Tempoh aku start belajar di uni pada Ogos 2017 sehingga Julai 2019 (dua tahun). Awal semester 2018 tu aku dah siapkan semua dokumen dan hantar kat orang MARA. So, dah lega laa sebab semua selesai. Aku hanya perlu tunggu maklum balas. Tapi dah masuk 2019, satu habuk pun takda. Yang orang MARA di US suruh aku hantar result terkini. Sampai dah dua semester laa aku tunggu and bagi result.. Still sunyi sepi.

Baru-baru ni aku call orang MARA Malaysia pulak. Dia pulak tanya aku balik Encik Tuutt dah mintak result awak yang lepas dan terkini? Aku cakap lah dah minta and aku dah bagi result tu dari bulan Mei lagi. Result untuk kelas summer yang aku amik baru-baru ni pun aku dah submit. So, sekarang apa cerita? Pastu aku tanya lagi bolehkah dapat tahu keputusan ni dalam masa seminggu? Aduhhh, problem lagi! Dia cakap orang atasan takda minggu ni dan minggu depan. Minggu selepas itu, baru diaorang ada mesyuarat. Dan dia cakap, barulah nak bawa aku punya dokumen tu masuk mesyuarat. Ya Allah.. Aku dah nangis tadi sikit. Geram bercampur risau.

Please kawan-kawan, doakan semuanya berjalan lancar dan diluluskan dengan cepat. Aminnn..


  • 1 Comments


Day 4 - Describe your partner | Ehem ehemmm, baru je entri post lepas aku cakap aku tak nak cerita pasal current relationship. Tapi takpa, this one aku just describe macam mana perangai kitaorang. Bagai anjing dengan kucingkah? Tidak mungkin. Tapi pernah laa gaduh-gaduh, kadang dua-dua tak nak mengalah.

Hopefully dia tak baca laa entri aku yang ni. Sebab aku tahu dia rajin juga baca bila dia tahu aku tengah update blog. Tambah-tambah kalau aku ada cerita pasal dia, laju je dia nak baca. Hahahha.

First, partner aku ni dulu merokok. Dia cakap dia start merokok dari zaman SPM. Aku ni memang anti laa jugak dengan laki merokok. Sebab sebelum ni aku tak tahu pun dia kaki merokok. Ingatkan macam try je laa dah lepak dengan kawan-kawan. Rupanya memang perokok tegar. Aku memang cakap aku tak suka. Kalau betul serious dengan aku please stop merokok. Okay dia stop merokok. Lepastu, dia vape pulak. Aduii, kadang geram jugak dengan dia. Dia kata dulu you tak cakap pun vape. So, sekarang I vape laa.. Tak bahaya macam merokok. Hmm, puas jugak aku suruh dia berhenti.

Pastu, dah sembang dengan kawan-kawan perempuan yang ada abang or adik merokok ni, diaorang cakap jangan disuruh stop. Lagi laa diaorang degil. So, aku terima je lah tapi macam tak boleh nak terima jugak. Sebab aku tak suka bau asap tu. Sakit tekak. Pastu bangun esok pagi aku terus berkahak. Macam tak logik, tapi benda tu jadi kat aku. Sebab tu aku tak gemar.

Tapi, aku boleh cakap dia banyak gila bersabar dengan perangai budak-budak aku. Kitaorang banyak gila bergaduh. Kadang macam tak ada persefahaman pun ye jugak. Kadang kalau kamcing, kamcing gilaa pulak. Aku pun confuse. Kadang aku masih tak boleh nak adapt cara dia. Ye lah, aku orang kampung je. Dia pulak orang KL. So, macam langit dengan bumi jugak lah kan bila nak cari chemistry tu. Aku pulak dengan ego aku, dia pulak dengan ego dia.

Pastu, aku suka bila dia tak kedekut. Aku suka bila dia belanja makan ke apa. Sebab aku balas balik dengan masak apa benda yang dia nak makan. Kadang tu aku bising jugak, sebab dia rasa dia dah belanja makan, lepasni aku pulak kena belanja makan. Padahal dia tak perasan, yang aku masak tu aku guna barang dapur aku. Beli pakai duit jugak. Bukan free!


  • 1 Comments



Day 3 - Handwriting | Harini nak share handwriting aku sewaktu sekolah rendah dengan sekarang. Time sekolah menengah pun tulisan aku lain jugak tapi takda pulak buku-buku time sekolah menengah.

Ini tulisan sewaktu sekolah rendah
 Teringta pulak zaman sekolah rendah suka sangat ambil biodata kawan-kawan. Konon-konon takut tak berjumpa dah. So, ada alamat and no. telefon untuk contact nanti. Yang lain-lain macam kenangan manis dan pahit tu, aku tak tahu lah kenapa nak tahu sangat. Hahhaha. Sekarang bila baca balik, rasa lawak pun ada.

Ini tulisan sekarang

Bagi sapa-sapa yang nak join challenge dari sis Rrai ni, boleh je copy and paste banner yang dia dah buat tu. Kemudian, korang boleh bagitahu dia korang join jugak challenge ni. So, boleh laa kita sama-sama berblogwalking and baca experience masing-masing.

  • 7 Comments



Day 2 - Current relationship | Hmm, current relationship... Jeng jengg jenggg.. Biarlah rahsia. Hahahaha. Ada lah berkawan rapat dengan laki ni. Maybe aku ada post satu dua entri yang ada pasal dia dalam blog ni. Beeha malas nak cerita banyak pasal ni. Hehehhe.

  • 6 Comments





Hai, Assalamualaikum semua! I'm blessed bila Kak Rrai buat challenge ni. So, Beeha pun ada laa idea nak menulis hari hari. Kalau tak memang berhabuk laa Beeha punya blog ni. Dah dua tahun slow je pageviews. Mana taknya, sebulan sekali je nak post entry. Pastu nak bising-bising and sedih pageview tak banyak. HAHAAHHA.

Lagi satunya, aku sedih sebab ramai dah blogger yang aku selalu visit dua tahun lepas banyak yang dah tak aktif and ada yang kurang post tapi masih lagi bukak blog. Almaklumlah, semua dah busy kerja and dah kahwin. Confirm-confirm tanggungjawab bertambah. Iye idokk?? Yang paling lama aku dah ta nampak antaranya Leya Yeolly, Aisyah Nyais. Kak Rrai pun aku sedar dah ada anak dah, rasa zaman aku awal awal blogging dulu masih single. Hehehe.

So, today I will start with the first challenge which is "Introduction and recent photo".

Hi, my blogger name is Beeha Azman. I started blogging since 2015. Memang waktu tu sangat berkobar-kobar nak menulis. Dua tahun terawal tu, post entry aku sampai 100 lebih jugak untuk setahun. Tapi dua tahun baru-baru ni, less than 20 beb! Aiyooo, merudum teruk sangat ni. Sebab tu memang excited gila nak join blogger challenge dari Kak Rrai ni. Beeha masih lagi student, degree in Biomedical Engineering di IUPUI, USA. Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi peluang untuk study luar negara dan in shaa Allah pengajian akan habis setahun lebih lagi. Doakan semuanya lulus dan berjalan lancar ye!

Blogging ni menjadi hobi aku sebab waktu MRSM dulu, aku sangat suka akan subjek Bahasa Malaysia! Bukan nak riak, tapi aku dapat A+ untuk SPM (rasanya patut consider riak jugak ni). Jangan kecam aku macam mana Cik Epal kena. Jkjkjk. Aku rasa itu subjek yang paling aku suka, aku tak minat sangat subjek Bahasa Inggeris. Aku tak tipu, aku selalu dapat B or C- dalam exam-exam. Sebenarnya malu jugak nak mengaku. Iyelah.. Sekolah MRSM, tapi subjek BI kau hampehh. Rasa malu sangatttt. Cikgu target aku straight A tapi English aku kecundang. Sipi sipi nak A. Sebenarnya ada trajedi dekat sekolah rendah yang buatkan aku tak minat English. Itu aku cerita lain hari lah eh. 

So, masa dapat keputusan tu aku sedih gila. Sebab kawan-kawan yang cikgu dah target straight A tu memang dapat straight A lah. Aku ni English tu the only subjek yang mencacatkan aku punya result. Tapi aku still bersyukur sebab masa tu aku dah start program MADPP. Program ni dipilih mengikut result percubaan SPM MARA. Orang cakap exam ni susah laa dari budak-budak kementerian punya exam percubaan. Wallahualam... So, aku a little bit lega sebab aku tak perlu risau macam mana impian aku nak dapatkan pinjaman mana-mana sebab aku tak dapat straight A. Time aku pun dah banyak pinjaman yang memang requirement nak at least 8A and wajib English A.

Beeha stop kejap cerita pasal lepas SPM, kalau ada sapa-sapa berminat nak tahu boleh laa comment. Nanti aku cerita apa jadi lepas SPM or experienced menghadapi SPM untuk adik-adik yang belum menduduki SPM.

Currently, goyang kaki je kat rumah ni. Nak buat intern pun at least kena tiga bulan. Tapi Beeha cuti pulak less than 2 months. Tak cukup requirement. Aku share sikit gambar aku time Spring Break haritu.


This is my current photo. Taken by Irfan Zulfadhli on March.

Aku saja malas nak share gambar sekarang ni sebab tak pakai makeup. Confident tu kurang sikit tambah-tambah aku baru tahu muka aku ni breakout. Aku ingat hormon yang buatkan jerawat-jerawat aku naik dengan subur.



  • 11 Comments



ASSALAMUA'LAIKUM | 5 things that I love! Hi bloggers. Sorry for late updating my entry.

This time nak jawab soalan yang penah post di entry INI. Beeha dah janji akan jawab top 5 questions yang diminta oleh bloggers. But tak ramai pun yang respond seperti Beeha harapkan. Hehhehh. Sokay, semua busy sekarang ni.


Beeha akan jawab soalan 20.

5 THINGS I LOVE.

1. Saya suka blogging! I know this is too cliche. Since 2015, this is my favorite thing to do. Even though, I just get active back in blogging (Sept 2015), rasa macam dah lama sangat suka blogging ni. "Saya rasa macam dah 10 tahun blogging, padahal baru setahun lebih"

Image result for love blogging gif



See the picture above. Yes, I love blogging! Blogging is the best part, the best diary in my life. Beeha sangat introvert. Percaya atau tidak? *Aku sendiri confuse dengan diri sendiri* Dalam diri ada sifat kepimpinan and semangat kesukanan, tapi sebabkan introvert ni aku jadi tak yakin dengan diri sendiri. Satu je, sebab rasa malu kalau tak berjaya. Malu tu mengawal segalanya. Beeha jenis yang pendiam dan lebih suka sendiri melainkan kalau betul-betul geng aku, baru aku talkative. Sebab tu, aku lebih suka luahkan perasaan di blog. Yang comment or judge mostly tak kenal or face to face. Dan yang penting, kalau luahkan perasan di blog always get a positive comment yang dapat naikkan semangat aku. That why I love blogging! :D If luah perasaan pasal my problems, I only have two people yang betul betul aku percaya. My sister, ANIS, and my best friend since Form 1, AINAA.


2. Saya suka MAKE-UP. Ni tak payah cakap la, majority women in the world love this thing. Habit aku, suka sangat beli barang make-up, collect, dan simpan (beli je rajin, pakai tak rajin). Ni lah salah satu pembaziran yang terbesar yang Beeha tahu dan selalu buat. Come on, I bukan saja nak bazir, tapi TERbuat. Hehhehhe. Kadang2 pakai juga, tapi satu masalah malas nak cuci. Then, satu hal nak ambil wudhuk nak kena cuci. Better tak pakai make-up. Easy. Tak perlu touch-up kalau dah bersihkan. But, its normal to woman, girl nak nampak cantik *FLAWLESS*


Image result for love makeup face gif




3. I love hockey. 

Image result for hockey turf gif

Because hockey is SEXY! Hahhhaa. Tidak tidak, tidak sama sekali itu sebabnya Beeha suka hockey. Walaupun, sekarang ni memang jarang main, memang tak main langsung! Tapi HOKI KAU TETAP DI HATIKU. Game hoki ni, game paling puas bagi aku. For the first time, terbongkok-bongkok main sampai sakit pinggang, percayalah sehari ja sakit. "Yea, satu hari je Beeha rasa sakit-sakit belakang. Then, esok hari training rasa semangat!" Game ni paling mencabar bagi Beeha antara sukan-sukan yang lain. Bahaya dia berkali kali ganda. Ada pernah sekali tu, my friend tersilap pukul bola and I tak sempat nak mengelak, bola tu terkena dekat lutut. seminggu lebih lebam warna ungu. Gila takut ingat tak nak baik. I pegang position wings, dengan best friend aku. Wehuuuu, kitaorang selalu ada persamaan dan citarasa yang sama. :)


4. Suka dengar satu lagu sampai boring. Ni satu benda lagi yang Beeha suka buat. Baru baru ni lagu Aiman Tino - Ku Rela Dibenci. Masya Allah, Beeha ulang sampai banyak kali sehari tuu. Habis je, ulang lagi dan terus ulang. Seminggu kian berlalu, dan sekarang saya dah bosan dengan lagu tu. Then, Beeha akan gelak sorang-sorang kenapa aku suka lagu ni. Tak best pun!! *Ni namanya kau dah muak dengar lagu tu Beeha* 


5. Love to check my instagram. Ni laa habit orang ada instagram. Mungkin aku sorang je kut. Everyday scroll up and down, looks again my gallery a.k.a insta feed. Ala ala throwback apa gambar yang aku dah post. 



Ada banyak lagi rasanya benda yang Beeha suka buat, but lima je ehh I boleh bagitahu, Hihi. Nantikan jawapan untuk soalan seterusnya. ^^





Image result for sleepy lee jong suk gif



P/S: Selamat malam dari Oregon, US. 11.03 p.m. Esok ada kelas. Sleep tight Beeha. ZzzZZzzz..

















  • 9 Comments
Older Posts Home

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2021 (4)
    • ▼  Jun 2021 (1)
      • Root Canal Treatment (RCT) Part III
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (3)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • Farhana Jafri
    Tonton Trailer Rasmi CHELOT Sekarang!
  • DANA
    NASI DAGANG ATAS TOL
  • Hanna's Hamlet
    Upgrade Diri Menjadi Suri Rumah
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Julai 2026
  • Drawing the Words
    Hadiah Untuk Malaikat Kecil
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • OMBAKBERGIGI
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Lady In Red Planner
    Officially Moved: Lady in Red Planner Kini Daily Bliss Journal
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • ♪izzati 멜로디♪
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top