Pengalaman Menyertai Program 'Social Justice'



Hello Februari! Harini adalah entri Beeha yang pertama untuk bulan ini. Cepatnya masa berlalu. Tup tup dah Februari ye. Rasa macam Januari tu tak wujud je.

So, minggu lepas Beeha ada attend satu program yang dianjurkan oleh Multicultural Center (MC) IUPUI. Jadi, Beeha wajib sertai program ini kerana melibatkan fund untuk Asian Student Union (ASU) organization yang Beeha aktif sekarang ini. MC dah letak syarat, sekurang-kurangnya 50% dari ahli organisasi perlu hadir ke program ini untuk dapat fund dari MC. Nak tak nak, Beeha pun join dengan rela hati. *Sebulan sebelum je rela hati, bila tiba hari kejadian rasa malas pulak nak pergi.* Hahahha. Tapi masih kena pergi jugak.



Tema program ini adalah 'Awareness, Advocacy and Action'. Sebelum tu, tahukah anda apa itu 'social justice'? Social justice atau istilah dalam bahasa adalah keadilan sosial. Baca perkataan 'keadilan sosial', pasti korang pun dah boleh faham apa maksudnya. Program ni menerapkan tentang hak dan keadilan dari segi kekayaan, kesihatan dan peluang sesama manusia. Kalau kita perasan, selalunya pihak mana yang selalu ditindas? Pihak mana yang susah nak dapat peluang dari segi pelajaran yang cukup, kesihatan yang terjamin dan macam macam lagi? *fikir sejenak*

Melalui program inilah diaorang nak terapkan supaya pelajar universiti ni cakna dengan masalah seperti ini. Jadi, pelbagai workshop yang diaorang dah aturkan untuk program ni haritu. 


Before Beeha start cerita pasal program ni selanjutnya... Pagi tu, Beeha bangun lambat la jugak. Pukul 7:45 pagi baru bangun nak mandi (nasib baik uzur haritu, so memang tak subuh lerr). Event start pukul 9 pagi dan diaorang sediakan breakfast untuk peserta. 8:30 pagi macam tu Beeha baru siap-siap. Nasib dah gosok baju dan tudung malam tu. Kalau tak memang kalut lah pagi tu. Sampai je dekat event tu, daftar nama dan masuk dalam hall. First thing first, Beeha breakfast dulu. Beeha makan egg tart dan apple pie. Bagels pun ada, tapi tak minat kalau tak toast dulu.




Beeha selfie sekejap before event tu start. Hehehehe. Beeha and members ASU semua pakai business casual. Macam segan jugak lah. Sebab orang lain pakai jeans and sweater je. Hahaha.

First program, kitaorang dengar keynote speaker from Monica A. Medina. Dia adalah seorang Clinical Associate Professor di Indiana University. Dia juga speaker tentang isu Latino dalam keadilan sosial, kesamarataan dan kepelbagaian. Dalam keynote beliau, dia bercakap tentang self-awareness, advocacy dan jugak action masing-masing dengan masalah social justice ini. Mula-mula rasa bosan jugak dengar keynote ni, tapi dalam masa yang sama kita dapat juga ilmu ataupun pada diri sendiri, Beeha dapat meletakkan diri Beeha ni kat tempat diaorang.

Selepas keynote speaker, kitaorang ada tiga session workshops. Untuk workshop pertama dan kedua ada lima pilihan, dan workshop ketiga ada tiga pilihan. Untuk workshop pertama, Beeha pilih ‘Fear of Failure’ dan workshop kedua Beeha pilih ‘The Q Word’. Asalnya yang second workshop tu Beeha nak pergi workshop ‘A Few Things You should Know About Asian American'. Tapi, my coordinator for Multicultural Center 'halau' suruh pergi workshop lain. HAHHAHA. Dia cakap korang dah asian people, so kasilah student yang bukan asian untuk dengar workshop ni. Then, kitaorang pergi bilik workshop yang terdekat. Eventhough, tak suka sangat nak tahu pasal 'Q Word' tu.. Tapi dengar jugak lah untuk workshop yang kedua tu.

Workshop yang ketiga diadakan selepas lunch. Lunch diaorang sediakan sandwich. American sangat. Beeha dah lapar sangat ni dan perut minta nasi jer. Hahahaa. After lunch, Beeha tak pergi pun workshop ketiga. Aiyoo. Serious start sakit kepala. Lagipun workshop yang ketiga bosan sangat. Tak ada choice yang best.

Beeha nak sangat share content yang kitaorang bincangkan dalam workshop pertama dan kedua. Tapi, Beeha akan buat entri yang lain untuk setiap workshop tu. So, nantikan! ^^






You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)