The Best Bubble Tea In Indy
Pernah try Chatime, Tealive, Tiger Sugar, Daboba and etc?? Mesti pernah kan.. Rakyat Malaysia pantang aje benda yang viral, mesti terus cuba. Betul tak? Tapi, sungguh sedih sekali sebab Beeha pernah try Tealive and Chatime jer. Daboba ke, Tiger Sugar ke atau yang lain-lain tu tak pernah lagi.
Harini Beeha nak share bubble tea yang berdekatan dengan rumah Beeha iaitu LaTea. Kedai ni baru je buka tahun lepas. Dan air dia Beeha rasa lagi padu dari bubble tea yang lain. Antara sebabnya, boba (pearl hitam tu) dibuat sendiri di kedai ni. So, boba tu lagi lembut walaupun kenyal sikit. Macam layan je nak gigit boba tu. Berbeza dengan instant boba, kenyal yang liat. Banyak kali nak kunyah baru boleh telan.
Green Tea Milk Drink |
Yang gambar dekat atas tu adalah Green Tea Milk Drink. My second favorite drink. First, Beeha suka Tiramisu/Chocolate Milk Drink. Memang paling paduuuu..!! Sebab rasa susu and coklat memang pekat giler. Bukannya letak susu and coklat nak jimat-jimat atau cair asal ada rasa coklat dan susu. Sebab tu Beeha rasa lagi sedap dari mana-mana bubble tea yang Beeha pernah cuba. Dia ada choice sama ada nak milk drink or milk tea. Kalau milk tea, dia akan tambahkan tea dalam air. So, sapa yang gemar tea boleh pilih yang itu. Harga pun setanding Chatime yang dijual kat sini. Jadi, Beeha rasa berbaloi lah untuk cuba. Nak usha menu diaorang? Sila KLIK sini.
7 Comments
kami dok kat kampung, jarang nak dapat makan minuman viral. melainkan ada orang yg buat jual. haha. nak ke bandar besar dalam 2 jam perjalanan jugak. jadi takda lah nak pi sangat. huhuhu
ReplyDeletenampak sedaaaaaaaaap! ;')
ReplyDeletemust try
ReplyDeleteNi kalau my sister tengok mesti dia teringin sebab dia tak suka anything green tea but when it comes to green tea milk tea or bubble tea, dia hantu.
ReplyDeletebelum pernah jumpa yang ni.. nampak cantik dia buat green tea tu..
ReplyDeleteskrang da kurang sket la hunt boba ni. pegi tealive ke chatime ke tak order yang boba da.. order benda lain hehe..
terbaek.. nampak sedap :)
ReplyDeleteTengok pun nampak sedap. Dahlah peminat green tea. Dapat rasa ni best ni.
ReplyDeleteFeel free to leave your comment here. Thank you. ;)