Ashraf Sinclair Pergi Buat Selamanya
Satu lagi berita sedih pada harini, 18 Februari, pelakon Malaysia yang kini menetap bersama keluarganya di Indonesia iaitu Ashraf Sinclair telah meninggal pada 4.15 pagi tadi akibat serangan jantung.
Al-fatihah untuk Bunga Cinta Lestari (isteri kepada Ashraf) dan sekeluarga.
Pagi tadi bangun terus Beeha buka twitter dan dikejutkan dengan berita ni. Rasa macam baru je minggu lepas dengar berita pasal Abam Bocey meninggal dunia. Harini dengar kisah Ashraf Sinclair pulak. Rasa sayu je tengok muka Bunga Cinta Lestari dan anaknya Noah semasa pengebumian Ashraf. Tapi, Beeha tak nak sharelah gambar tu dekat sini. Rasa macam tak okay je nak share muka orang tengah bersedih. Even though, I'm not married yet.. I can feel how BCL feel right now. Baru je empat hari lepas Beeha tengok instagram mereka upload gambar percutian mereka di New York. Beeha sangat adore dengan pasangan dua sejoli ni, sangat romantis. Nampak sangat bahagia. Harini semuanya tinggal kenangan.
Pagi ni Beeha terfikir, "Ya allah ramainya yang muda-muda dah meninggal". So, rasa macam sedih dengan diri sendiri sebab tak banyak pun kebaikan aku buat kat dunia ni. Banyak lagi dosa rasanya dari pahala. Paling takut sangat kalau mati tak sempat nak buat banyak kebaikan. Mampu berdoa supaya dipanjangkan umur untuk berbakti kepada orang tua dan tersayang.
3 Comments
Betul terkejut sebab serta merta.. Tp itulah dia ajal.. Al Fatihah.
ReplyDeleteAl-Fatihah..
ReplyDeleteInalilah... semiga rihnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
ReplyDelete~kan.. takut sangat.. moga kita semua sempat kumpul pahala sebelum ajal memanggil😭
Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)