Locke & Key Season 1


Selamat tengah hari warga Malaysia! Beeha dekat sini dah malam and about to sleep. But before that, Beeha nak update satu series on Netflix iaitu Locke and Key. Series ni baru je release on February 7, 2020. Beeha ingatkan dah season 2 sebab terperasan dekat twitter my friend tweet pasal cerita ni. Bila google, ada keluar 'Locke and Key 2019'. Tapi bila dah baca, "oh baru season 1 rupanya.." Ulfah dia dah start tengok cerita ni minggu lepas lagi. Dan Beeha pun interested nak tengok cuma tunggu weekend je baru nak start tengok series.

Beeha sejenis yang dah start tengok, I cannot stop watching. I will keep continue sampai habis episod. Nasib lah this series only has 10 episodes. Semua episod pulak kurang dari satu jam. Kalau nak tahu, Beeha start tengok series ni hari jumaat petang dalam pukul 3 macam tu. Non stop Beeha tengok. Bila masuk waktu solat, kita solat dulu.. Bila time makan, kita isi perut dulu. Then, continue again. Pukul 1 pagi macam tu, Beeha dah habis tengok season 1! Bayangkan, plan nak study and buat homework, semuanya tergendala! HAHH. Tapi, berbaloi lah sebab weekdays dah spend buat assignments and attend class. Selalunya, Jumaat petang akan jadi hari Beeha untuk santai-santai.


Sambung balik pasal series ni, Locke and Key. Antara watak utama dalam series ini adalah Darby Stanchfield (Nina), Connor Jessup (Tyler), Emilia Jones (Kinsey), Jackson Robert Scott (Bode). Jackson Robert ni juga berlakon dalam movie It dan It Chapter Two memegang watak sebagai Georgie. Beeha kasi sinopsis sikit lah. Kisah ni menceritakan keluarga Locke yang tinggal di Seattle dan berpindah ke Massachusetts setelah Rendell Locke mati dibunuh oleh Sam Lesser, student kepada Rendell Locke. Jadi, isterinya Nina Locke bersama tiga anaknya Tyler, Kinsey dan Bode terpaksa berpindah ke rumah Key House di Massachusetts iaitu rumah peninggalan Rendell. Semenjak diaorang berpindah dekat sini, anak-anak Rendell jumpa kunci-kunci misteri yang boleh buka pintu magik. Banyak jenis kunci misteri dan setiap kunci tu ada fungsi yang berbeza. Bode (anak paling kecil) cuba untuk guna kunci ni nak jumpa ayah mereka semula. Pada waktu yang sama jugak, ada entiti yang jahat ni nak curi kunci-kunci tu. Ending dia, sudah pasti dan yakin akan ada season 2. Hahahha. Sebab ada benda yang tergantung dan Beeha dah expect ada something wrong dengan watak dalam cerita ni. So, siapa yang curious nak tahu jalan cerita ni, boleh tonton di Netflix!

This is Locke's family. From left Rendell, Nina, Kinsey and Tyler. Bode, the small boy in front of them.

You Might Also Like

7 Comments

  1. dah stop langgan netflix sebab jarang tengok cite kat situ..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. menarik!

    https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/02/my-books-list-of-year-2019.html

    ReplyDelete
  3. looks interesting but a bit confusing at first. i'm gonna try and continue to watch it when im free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, episod 1 awal awal tu confuse sikit. Tapi, masuk second episod dah boleh follow dah jalan cerita dia.

      Delete
    2. i love this kind of genre tapi i hope that towards the end xde la yang terlalu merepek haha.
      let's see how it goes.

      Delete
  4. wahhh macam besttt je cerita nii! nanti boleh try tengok uehehee. thanks for the suggestion beeha!

    p/s: jangan lupa siapkan assigment homework tuuu! kahkahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome! Hehehhe, ye baru nak start buat assignment ni. ^^

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)