Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer


Hi bloggers! Finally, baru ada masa nak update my blog. Hhehe, seronoknya dapat menulis kembali tapi susah jugak pujuk hati ni nak menulis. Bila dah lama sangat tinggal, hobi yang dulu kini sudah tidak lagi menjadi hobiku. Terus terang dah masuk junior year ni, blogging aku letak tepi. And i'm so sorry sebab title English tapi, penulisan aku dalam Bahasa Melayu. Aku rasa lagi cepat tulis bahasa Melayu sebab dah lama tak tulis esei dalam bahasa Inggeris.

This winter break sepatutnya aku and Ulfa plan untuk pergi Florida state. Dengan geng roadtrip yang sama, aku, Ulfa, Hasni dan Nazirul. Kitaorang memang dah rancang nak pergi dari bulan 6 lepas balik summer roadtrip lagi, tapinya itinerary tak sediakan lagi pun sampai dah dua minggu lagi nak cuti winter baru kitaorg sibuk-sibuk nak plan. Memang ke laut lahh. Time tu hotel or air bnb dah mahal, flight ticket round trip dah mahal about $350. Dan nak sewa kereta lagi untuk jalan-jalan dalam Florida tu. Florida tu besar dan banyak tempat-tempat menarik untuk visit. Kalau bajet $800, tak cukup rasanya nak cover tempat-tempat menarik kat sana unless you guys tak nak pergi Disneyland and Universal Studio dekat sana. Kat situ dah boleh jimat around $300. So, we canceled our plan.

And I decided to not go anywhere this winter break. Kononnya nak jimat duit lah tak nak pergi mana-mana winter ni. Padahal 3 minggu kot cuti. Memang lonely gila ahh. Takda housemate pulak tu. Seminggu dah berlalu, scroll insta ramai gila update diaorang pergi roadtrip. Haihh, mengeluh dalam hati sebab bosan sangat-sangat. 

Kerja gila jugak la aku buat. Beli tiket yang mahal ke New York. Nasib tempat nak tidur dah ada Ulfa boleh aku tumpang. Dua hari before nak pergi aku beli tiket tu, yang berharga $330. Sepatutnya aku boleh dapat separuh dari harga tu kalau beli awal. Mahal tak mahal, aku beli jugak sebab ada dua minggu lagi dan boyfriend pun tengah family trip.

Jumaat - Dec 21, 2018 

Flight sepatutnya pukul 1 petang tapi delay jadi pukul 3. Nasib dah dapat email awal-awal my flight was delayed, so aku gerak lambat ke airport. Dah sampai airport, flight to delay lagi jadi pukul 5 petang. Masya-Allah penat dah sebenarnya tunggu kat situ je. Tapi sebab cuaca haritu tak berapa nak okay, memang patutlah delay. Tup tup, pukul 7.30 malam pulak flight tu. Memang lama gila la. Makeup pun sudah cair. Hahaha. Sampai sana around 10.30 pm. Then, Ulfah dah tunggu kat aiport with her boyfriend, Hasni. Kitaorg naik train je ke rumah dia dekat Brooklyn. Memang senang sangat, tapi one hour jugak laa nak sampai.

Sabtu - Dec 22, 2018

Yeayy, my first day in New York! Semalam aku dan Ulfah buat itinerary untuk seminggu aku kat sini. Tidur dalam pukul 3 pagi jugak laa sebab dah makan malam semua. It took me two hours nak hadam makanan tu and after that I could sleep. Plan untuk harini adalah nak bergambar di Brooklyn Bridge and misi mencari egg tarts murah-murah dekat Chinatown. Sorry, I don't have pictures for egg tarts. But, I can say it was very cheap kat situ. Satu ketul besar worth $1. Kalau kedai mahal-mahal mahu $3-$4 sebiji tau. Nak pergi satu tempat ke satu tempat memang kitaorg naik train je. Aku beli one week MetroCard which is $32. Kadang kitaorang tersilap naik train dan kena bayar lagi sekali untuk naik. For me, it worth laa sebab unlimited for one week.

Picture with Ulfah at Dumbo, Brooklyn Bridge.

Ni lah tempat famous untuk nampak Brooklyn Bridge dari belakang. Ni first day, mood tengah happy untuk ambil gambar banyak-banyak. Then, kitaorang gerak untuk jalan di atas bridge untuk pergi Chinatown.                                                                                                                                                                             

At Brooklyn Bridge
                                                                                                                                                        


So, this side is Brooklyn. And at the other side is Manhattan. Tengah-tengah jalan tu memang berhenti kejap lah tangkap gambar. Haritu nampak insta Mira Filzah je update gambar kat sini. Hehehe. Kemudian, misi mencari egg tarts bermula. Chinatown tu ibarat pasar pagi kat Malaysia. Sayur yang aku susah nak jumpa dekat Indy ni, mostly ada je kedai kedai cina kat situ jual. Memang banyak orang cina je lah kat kawasan situ rasa macam dah masuk negara China. Serious!

Kemudian, kitaorang berhenti solat dekat Assafa Islamic Center. Dekat sahaja, 12 minit jalan kaki dari kedai egg tarts kitaorang pergi tu. Dah nak dekat pukul 4 dah, hari pun nak makin gelap sebab winter (so malam panjang). Kitaorang nak gerak ke Times Square.


Suasana malam di Times Square.

Ya Allah, ramai gilaa orang kat sini. Dan time ni suhu 1 degree Celcius. Sejuk dan berangin pulak. Nasib aku bawak winter jacket yang macam ni. Sememangnya, Biha tak tahan dengan sejuk-sejuk ni. I have no idea apahal orang ramai sangat kat sini. Tengok gambar-gambar kat popular post dalam insta pun memang macam ni. Tempat shopping memang banyak, no wonder laa manusia ramai gila kat sini. Time ni aku dah bad mood sikit sebab jalan pakai boot heels, memang sakit kaki lah. Ala kadar je gambar kat sini. Kitaorang berdiri tengok suasana kanan dan kiri. Pastu ada laa show sikit tepi-tepi jalan tu, boleh laa tengok. Dalam pukul 8 macam tu, kitaorang dah gerak balik.

I will continue my story for next entry - New York Part II. Stay tuned!




     
  • 5 Comments


Dah lama sangat tak menulis apa apa kat blog ni. Biha asyik sibuk dengan kelas dan lab. Stressnya lahai semester ni. Dah lamanya pendam dalam hati. Aku sedihla dengan major yang aku ambil sekarang ni. Rasa sangat tough dan aku rasa tak yakin je. Tambahan pula, aku sorang je malaysian dalam kelas tu. Kalau aku tak faham, cikgu je aku boleh refer. Aku takda study group or Malaysian friend yang ambil sama major. Kalau cerita benda ni kat orang lain, maybe diaorang boleh jadi pendengar setia. Tapi, realitinya aku yang kena hadap. Yang pasti, aku tak cerita pun dekat family pasal benda ni. Aku tak nak mak dengan abah risau pasal aku or kecewa kalau aku tak perform.

Sekarang ni, aku betul2 homesick! Punca aku rasa macam ni, tadi baru dapat result exam. Feels bad with my result. I'm stress how I gonna maintain my CGPA 3.0 above kalau setiap exam semua teruk. Ketahuilah, untuk dapat A study dekat US ni, mestilah 93 ke atas. Below 70, you already got D! Aku kena redha je laa dengan result tadi dan fokus final.

Tapi rasa nak BALIK MALAYSIA. Nak peluk mak and abah. Only they are my strength. Kakngah rindu mak.. 😭Kalaulah cuti bulan 12 ni panjang, memang nak balik. Tapi 3 minggu cuti dengan tiket flight mahal, aku rasa tak berbaloi pun. i know I can call them everyday, tapi jumpa depan depan lain rasa dia.

from Google

I'll stop here. I already migraine because I cried a lot today until now. I should take a bath and pray after this. Salam.
  • 10 Comments



Hi bloggers :) Wishing you guys are in good condition and happy always. Suddenly, Beeha rasa nak update my blog sementara tunggu solat Isya'. So, I just finished with my final assignment for Geography class. Yeayy! I'm done. Time for me to rest. ^^


At Indianapolis downtown. ^^



Hari isnin ni Beeha akan start roadtrip dengan Ulfa, Hasni and Nazirul. Yeayy, excited sangat sebab dah lama tak pergi jalan-jalan dan asyik menghadap laptop buat homework je tiga bulan ni. So, harini bermulalah sesi mengemas barang. Paling penting camera and laptop! Ini dua benda wajib yang aku takkan lupakan. Camera sangatlah penting dan laptop aku selalu guna untuk edit gambar. Hehheheh.
Dah kalau nak update gambar on that day jugak, memang kena bawak laptop laa. Kalau tak, memang habis roadtrip la baru Beeha post gambar dekat instagram.

Hey guys, I think I should stop writing for now. Sebab memang kena habiskan pack barang dulu. Beeha memang suka update blog sekejap-sekejap macam ni. Sorry ganggu masa korang untuk baca update blog Beeha. 😉



  • 2 Comments


Hey bloggers! Minggu ni minggu yang paling sakit sangat. I was so stress with my homework and other stuff. Even I keep complaining all these thing to other people (my bestfriend mostly), they might be a good listeners to me. But, I still can't get rid all these stress. All I can do, I can pray to Him. Please Ya Allah, give me the strength to not think all the negative vibes. I hope I can be beside my family right now. Only that, can make me happy. For sure not. I have to go through all these in US. I only have Ulfa that keep cheering me for now. 


Pretend to be happy even though it hurts inside.

One thing I feel right now, I wanna finish my summer class quickly and get ready for my road trip. I only have one more week for my online class! 😁And I can enjoy for my road trip with Ulfah, Hasni and Nazirul. Hopefully, this trip can stop me from thinking the stress.
  • 7 Comments


Assalamualai'kum.

Harini sudah bertekad untuk start semula berblogging. Kalau boleh hari hari nak update blog. Tapi kadang tak ada idea nak tulis apa. 

Tadi petang, tengah berblogwalking. Lepas itu, Beeha ada terbaca blog Ombak Bergigis pasal naikkan pageview. Then, Beeha ada baca pasal SEO dekat blog Cik Maizan. Rupanya penting ye SEO tu untuk blogger. Benda ni lah boleh menaikkan pageview blog. So, lepas terbaca benda ni, Beeha pun rasa berkobar-kobar nak update balik blog ni dengan lebih kerap. 

Jadi, aku pun search je la SEO checker di google. Beeha check dekat SINI. Ini result yang Beeha dapat.





Terkejut gila. Rendahnya aku punya result. Yang bestnya guna apps ni dia akan explain dan juga bagi tips untuk kita improve blog kita. Ada lima bahagian yang apps ini fokuskan, which is Basic - about title, meta tag and description of our blog, Content, Social, Web Perform and Mobile Performance. I think this is the best apps I tried. Bila dia explain tu, so Beeha tahu laa mana part yang perlu lagi diperbaiki. Contohnya, meta tag Beeha (I think most of the bloggers know about this, if not, just wait for my next entry about this.) tu tak ada langsung dalam blog ni. Selepas ni, Beeha kena susun strategi untuk gunakan tag yang Beeha dah buat. Bila difikir-fikir balik, blogging ni bukanlah semata-mata untuk menulis. Buat bloggers yang suka-suka berblogging ni, SEO mungkin tak penting bagi anda. Tetapi untuk blogger yang serius tentang blogging, korang perlu ambil tahu tentang SEO ni.

Yang paling membuatkan Beeha punya SEO result Beeha ni rendah kerana Beeha dah lama sangat tak berblogging. So, menyebabkan result for social and web performance sangatlah rendah. Kemudian, banyak keywords yang Beeha gunakan tak relate with my blog post title. So, benda ni jadi tak ramai pengunjung yang datang baca blog Beeha. 

So, my next step is I need to find how to optimize my meta tag, title and description. If you guys have any suggestions or you guys are expert about this, please share it with me. Do leave your comment below.


  • 8 Comments
Rutin petang Beeha Azman, berjogging di Canal Walk


Assalamualai'kum.

Almost sebulan juga eh aku tak berblogging. Sungguh bosan. Bersawang dah blog ni. Harini tiba tiba ada aura nak tulis blog. Dua tiga hari lepas aku baru tengok insta blogger Cik Epal. So, ramai followers dia tanya pasal blogging. Cik Epal ni pun cerita la dia start blogging ni dari umur 18, lepas SPM. Dan sampai sekarang laa dia masih aktif lagi berblogging. Macam Hanis Zalikha tu, dia dah lama juga tak update blog dia semenjak dah berkahwin. Tapi, Cik Epal ni aku memang tabik la. Even dah sibuk dengan anak dan suami, tapi masih aktif berblogging. 

Biha ni padahal hari hari ada je masa boleh cari untuk update. Tapi, aku fikir tak ada benda untuk aku cerita dan malas kut sebenarnya ni. Sekarang Biha tengah ambil kelas online, kelas geografi sekadar subjek elektif. Itupun aku malas nak buat. Aku lebih suka kelas tradisional, pergi kelas, ambil nota, dengar cikgu cakap, lepas tu balik dari kelas. Kalau kelas online ni, kau kena rajin buka canvas, check notes yang terbaru, kena dengar video dan baca notes dia bagi. Time dengar video tu, rasa macam berperang je. Berperang dengan diri sendiri tak nak mengantuk. Sangatlah bosan.

Sekarang pun, asyik tidur lambat. Kadang-kadang dua tiga pagi baru tidur. Aku jenis tunggu buah hati text tulis good morning, kadang tu dia call dulu. Baru aku rasa aku boleh tidur. Rasa macam settle rutin untuk haritu dan boleh tidur. Dia pun selalu bangun lambat. Mahu taknya, kadang lepas subuh baru tidur. Sebelum subuh tu, aku dekat sini petang.. Memang nak laa dia call before dia tidur. Susah laa bila long distance relationship dan waktu pun berbeza. Sorang tidur, sorang bangun. Yang sana dah bangun, sini pulak nak tidur. Kalau macam tu bila laa nak whatsapp, bila la nak call kan? Sebab awal awal dia balik Malaysia haritu, everyday dia call aku. Dia pun tidur lambat sebab jet lag. Tiga empat pagi pun tak tidur lagi, jadi dia call Biha. Biha waktu tu, baru empat petang. Kadang-kadang tu dua tiga kali call sehari. Bila dah sebulan macam tu, memang kalau sehari dia tak buat, aku rasa sunyi. Benda ni pun kitaorang boleh bergaduh. Biha laa mula merajuk dan terasa hati, rasa macam dia tak peduli dah macam sebelum ni.

Stop kejap pasal tadi tu. Sekarang Biha nak share rutin baru dari minggu lepas. Aku seronok dapat teman untuk berjogging. Ulfa laa dia suggest untuk jog sebab kitaorang bosan sangat. Aku memang ON laa sebab itu memang rutin aku sebelum ni. Tapi, sebelum ni aku jog dekat gym dan kena bayar $25 sebulan. Ni, kitaorang jog dekat Canal Walk (sila lihat gambar di atas). Free pun free. Setiap petang ramai juga laa orang pergi jogging dekat situ. Harini dapat jogging dalam 15 minit macam tu. Selebihnya aku dengan Ulfa jalan slow slow. Penat sangat bila dah lama tak jogging. Perlahan-lahan laa kitaorang start balik nak naikkan stamina tu. Hehehehe.


  • 3 Comments


Rindu Mak dan Abah

Miss you, Abah and Mak. I'm missing them so much for this few days. Rasa nak nangis je. I called my sister and told her that I've call mom for a few times, but she didn't pick up the phone. My sister said, "Entahlaa mak dengan abah macam tak larat je dua tiga hari ni. Dua dua tak sihat je." Hmm patutla dah call banyak kali, tapi susah sangat nak angkat telefon. Hmm, rindu sangat... Sampaikan kacau mood aku.

I do not know why this few days, or weeks maybe.. I rasa macam malas nak bercakap dengan sesiapa pun. Rasa nak menyendiri. Cepat sangat terasa dengan orang lain. Sampaikan aku rasa, baik duduk sorang2 kalau dah diri sendiri ni nak cepat terasa sangat dengan orang lain. I feel less confident to talk with others. Kalau aku bercakap pun, betul-betul dengan kawan yang rapat dengan aku. Atau secara spesifik lagi, aku lebih selesa bercakap dengan orang yang bukan talkative sangat. Kadang yang talkative sangat ni, tiba-tiba perkataan diaorang tu buat aku tersinggung. Entahlaaa..

Adakah aku ni selalu sangat banyak fikir negatif sampaikan aku jadi macam ni? Terlalu banyak sangat negatif sehingga aku jadi kurang yakin dengan diri sendiri? Aku rasa orang hanya ambil kesempatan je bila berkawan dengan aku.

Aku tak tahu nak cerita atau nak luah dekat siapa benda ni, kalau cerita dekat orang pun.. Orang yang faham situasi aku pun hanya mampu bagi nasihat suruh aku to be more confident and please stop the negative thinking. Tapi macam mana aku nak build again that confidence?? Sebab makin lama aku rasa makin kurang keyakinan. Rasa dari semua segi berkurang. Kurang pandai, kurang bergaul, kurang bercakap..

Aku risau je benda kecik ni makin lama makin aku buat aku depressed. Orang cakap depression ni disebabkan dia kurang bergaul, kurang bercakap dengan orang lain. Tapi, aku dah sampai satu tahap yang malas nak bercakap dengan orang.

Guys, do you have any tips or advise for me? Please do leave your comments below. :)



  • 4 Comments
Gambar tak berkaitan dengan tajuk post  >,<

Raya yang kedua, malam tu aku dan Amal nak masak rendang. Raya ketiga baru nak merasa makan rendang dengan lemang itupun instant brand Nona. Nasibla ada jual dekat Saraga International Market. Dalam pukul 7 malam macam tu, aku start basuh ayam dan cuci lebih kurang 15 bahagian boneless thigh. Banyak gila lemak, tiga kali aku cuci sampai hilang bau. Penat gilaa mencuci, lebih kurang sejam baru siap. Amal pulak tugas potong-potong bahan untuk masak rendang.

Sambil duk berdiri tengok Amal masak rendang, Amal pun tanya "Biha tak nak cuba buat kuah kacang ke?" Aku pun cakap, "Nak.. Tapi tak pernah buat, nak telefon maktok laa tanya macam mana nak buat." So, aku pun call laa mak, pastu minta nak cakap dengan maktok. Maktok sekarang, pendengaran makin kurang pulak. Banyak kali jugak laa dia "Haa, apa dia. Haa apa dia? Maktok tak dengaq." Maktok bagitahu bahan-bahan dan cara nak masak. Sangatlah simple je. Cuma itulah first time nak buat benda tu, aku expect takkan menjadi sangat laa. Maktok pun bagi sukatan main agak agak je. Aku pun buat main agak agak je, tak ikut sangat maktok punya sukatan.

Bahan-bahan:

3 biji bawah merah - hiris
1 biji bawang besar - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
sedikit halia - diblend
2 sudu cili kering
2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak
3 sudu besar gula merah 
gula putih
garam 
1 titik serai
1 sudu besar asam jawa
asam keping

Cara-cara:

1. Panaskan kuali, goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga naik bau. Sejukkan kacang tersebut untuk memudahkan buang kulit kacang. Kemudian, gorengkan cili kering dengan minyak hanya sekejap. 

2. Kisarkan kacang tanah tersebut. Selalunya orang gunakan kisar kering lebih senang. Tapi, sebabkan duduk US ni, aku tak beli lagi pengisar kering. Jadi , aku kisarkan je dalam blender biasa dan masukkan sedikit air supaya pengisar tu boleh bergerak. Letak tepi. Kemudian, kisarkan bawang besar dan cili kering. Tapi, aku asingkan bawang besar dan cili kering yang dikisar tu. Aku lebih suka tumis bawang dahulu dan kemudian baru masukkan cili kering.

3. Dah selesai sediakan bahan bahan yang diperlukan, bolehlah panaskan minyak dan masukkan bawang yang dihiris. Tumis sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang diblend dan setitik serai. Sudah sedikit kekuningan, masukkan cili kering yang diblend. Tunggu sehingga ia pecah minyak.

4. Kemudian masukkan air asam jawa dan juga kacang. Masukkan garam dan gula putih hingga secukup rasa. Akhir sekali, masukkan asam keping. 

Apa-apa pun bahan-bahan seperti asam jawa, gula dan garam kena perlu agak-agak.

Tapi, waktu aku masukkan kacang tu adalah part paling terkejut. Aku dah cuak sebab warna kuah dah jadi tak merah disebabkan kacang yang diblend tu. Selepas dah gaul dengan garam, gula merah, gula putih... Akhirnya jadi laa jugak warna sepatutnya jadi. Cuma terpedas sikit, sebab cili thai yang dijual kat US ni memang laa pedas sangat.


Selamat mencuba, minta maaf sebab Biha terlupa nak ambil gambar kuah kacang tu.



  • 0 Comments


Me, Jun and Amal

Happy Eid Mubarak bloggers! Again, I'm celebrating Eid without my family. Missing them so much! Mak nak balik... 😭

Dari pukul 5 pagi lagi aku terjaga dengan sendiri sebab dah terbiasa sahur. Lepastu tak boleh tidur even dah solat subuh. Almost 7 am, aku tertidur balik. 8.30 pagi terjaga dan aku terus mandi dan iron baju kurung. Harini, Biha, Amal dan Jun nak keluar lunch dekat Watami Sushi dan rasa nak bergambar dekat downtown. Awal pagi tu rasa malasnya nak mandi, rasa tak ada mood nak beraya. Bangun pagi tak dengar takbir raya, maktok takda bising2 suruh mandi sebab lepas tu nak pergi solat raya. Aaaa rindunya semua tu tahun ni.

Lepas dah mandi tu, Amal yang sepatutnya ada kelas tapi kelas tu dibatalkan. Kitaorang bersiap awal dan gerak ke Watami Sushi pukul 11 pagi macam tu. Masa ni lapar sangat... Tak breakfast lagi sebab tak masak apa apa pun semalam. Biasanya malam raya orang masak rendang ke apa apa. Ini takdanya nak buat. Malam raya tengok movie je. Pastu sayu sangat hati ni. Malam raya facetime adik dua kali. Then, I facetime someone special tu. Memang takda mood sangat laa. Tapi buat buat okey je.

Back to my story, lepas kitaorang makan, call Uber pergi downtown. Arrived around 1.30 pm. Sangatlah panas terik. Mencari angle untuk dapatkan gambar yang cantik. Dah 30 minit pusing-pusing kat situ, penat jugak laa dengan aku pakai heels lagi. Kitaorang singgah Chocolate Cafe dekat situ dan beli asikrim!! My favorite ice cream, chocolate _____. Sorry, I forgot the name of that ice cream. Hmm, kata favorite tapi lupa pulak.

Dah habis makan ais krim, kitaorang dah gerak dan ready nak call Uber. Perempuan ni memang lah... Tak jadi balik, tapi kitaorang singgah TJMax dan singgah Circle Centre Mall. Kononnya nak cari sabun mandi dekat Bath and Body Works sebab ada promosi. Tujuan nak singgah situ dulu, tapi nampak pulak Victoria Secret ada promosi bra and panties. Hmm, memang singgah dan beli laa. Hahhahaha. Kemudian baru pergi Bath and Body Works. And that was our last shop. Time to go back home!

Balik rumah kitaorang solat dulu dan rasa nak pergi ambil gambar lagi dekat dengan library IUPUI. Belakang tu ada fountain. I decided not to wear the heels. Sakit kaki gilaa pakai heels ni. Dah 30 minit jugak kitaorang bergambar, ingat nak balik dah laa. Aku fikir homework satu benda pun tak start lagi. Kononnya, nak buat lepas balik makan sushi tu. Dah ada agenda lain pulak. Hehhehe.

Tapi, kitorang tak jadi nak balik lagi. Tiba-tiba terasa nak record at least one minute video pasal raya. We came out with this 2 minutes video. Feel free to watch here.







  • 2 Comments

 Indianapolis

June 14, 12.23 pm. Last day of Ramadhan.

Aku baru balik dari kelas. Sampai je rumah, sunyi sepi sebab Ulfa dan Amal pergi ambil kereta kat airport. Diaorg terus pergi Bloomington beli ayam. Benda first aku buat bila masuk rumah je, confirm laa buka tudung dan tukar baju. Then, I decided to write a post. 

Lagi sekali aku sambut raya dekat US. Kalini memang lagi sunyi laa. Geng perempuan pun tak banyak dan paling geram sekali next week final exam. Patutnya EM (Embassy Chicago) ada buat sambutan raya hari jumaat ni which is first day raya laa kan. Dari Indianapolis ke Chicago about 3 hours. Mula mula aku memang dah decide nak pergi dengan Ulfa, Amal, Aina dan Farah. 

Tapi, diaorang nak gerak petang ni sampai hari Sabtu baru balik. Aku pun resah laa sebab banyak benda nak study untuk final ni. Kalau balik Jumaat aku boleh consider lagi nak pergi. Ulfa cadangkan untuk hantar aku balik Jumaat tu dan diaorang akan pergi semula Chicago untuk sambut raya kedua dekat rumah EM tu. Bila difikir balik, sangat la bazir minyak, tenaga dan masa. Tambahan pula, Amal pun tak jadi nak ikut sebab ada kelas ganti pada hari Raya pertama. Jadi, dah berbolak balik memikirkan nak pergi atau tidak, aku pun putuskan tak nak pergi. Aku fikir lebih baik aku study dari pergi sambut raya padahal waktu tu otak fikirkan benda yang aku tak study lagi.

Dan sekarang, aku baru je lepas call adik. Ya allah, serius rasa nak nangis. Ni kali kedua aku tak raya dengan diaorang dan ada kelas pulak tu. Nak happy or nangis pun aku pun tak tahu. Errr. 



  • 1 Comments


From pinterest

I'm laying on the bed and thinking Wednesday or Thursday starts Ramadan. Rabu kut kalau ikut US punya islam community. Rindu nak balik Malaysia. Walaupun dah pernah puasa dekat US tahun lepas dan sebelumnya, tapi tak sama dengan tahun ni. Tahun ni I berdua je dengan roommate. Sebelum ni ada Ulfah dan Amalin. Rasa seronok sikit. Hmm, tahun ni macam sunyi je. Pergi kelas pun sorang-sorang. Apa-apa pun, I'm still happy dapat jumpa lagi bulan Ramadhan untuk tahun ni. Terima kasih Ya Allah, panjangkan umurku. Walaupun tahun ni tak dapat nak puasa dan raya dengan family tahun ni, tapi hati kena kental. I ni seorang yang sangat homesick, tapi in Shaa Allah nangis dalam selimut je laa. Meraung sampai satu US dengar pun tak guna jugak, kalau tiket flight tak beli en?

So, Happy Ramadan to all muslims. May the Nuur of this blessed month illuminate your heart, mind and soul, and may all your prayers be answered. 

                                                                                                                                                          Love,
                                                                                                                                                     Nabihah
                       
                                           


  • 6 Comments



Saturday, 1.00 p.m. I'm done with final exams. Yeayyy but not yeayy. :(

Sepatutnya seronok habis exam, tapi aku TAK! Thinking about my result and GPA. Hmmm. Tolonglaa 3.0 above. First semester with BME course was really tough. Rasa tak boleh survive je. Dalam kelas tu, aku rasa aku faham apa aku belajar. Tapi, bila exam, lecturer aku tu bagi soalan yang entah apa-apa. Sampai tak boleh nak fikir otak ni. Dan satu yang aku perasan, aku terlalu takut sangat dengan subjek tu. I always think, I cannot do for BME exam. Always think negative sehinggakan buat aku cuak dan nervous waktu exam. Bila nervous, apa yang aku study selama ni pun jadi tak boleh fikir waktu exam tu.

Nak sangat fikir positif, tapi diri aku. Aku tahu aku tak yakin aku boleh dengan subjek tu. Every subject in degree year is not same as SPM life. Betul la cakap cikgu-cikgu, "dah masuk degree life nanti baru korang tahu. Semua benda yang korang hafal ni, korang tak boleh hafal waktu Degree year nanti." Inilah padanya bila terlalu sangat 'disuap' oleh cikgu dan terlalu banyak sangat menghafal tanpa memahami.

Dalam sebulan ni jugak banyak sangat benda yang aku fikir. Banyak sangat aura negatif tu masuk. Rasa stress sorang-sorang. Dekat-dekat nak exam macam-macam hal pulak yang jadi. Sabar selagi aku mampu.

Yang penting lepas ni kau fokus balik. Aku yakin aku boleh, but negative mind that makes me down. This Tuesday, my summer class begin. Ni satu hal lagi, aku cuti dua hari je - Ahad dan Isnin. Hmmm, bertabahlah wahai Bihaa. Setiap yang jadi aku yakin ada hikmahnya. Cuma mungkin tak nampak sekarang.



  • 9 Comments



Indianapolis, 6.45 p.m.


"Today and always, beyond tomorrow, I need you beside me, always as my best friend, lover and forever my soulmate."

She's finding her soulmate. She's waiting for her soulmate. But, how can she know that he really meant to be with her. Always perhaps he will always be her soulmate and life partner forever. These 10 signs may help a girl that ponder about her soulmate.


10 Signs You Have Connected With Your Soulmate

1.) You feel an instant and strong attraction to the person. Perhaps, you feel like you know or understand each other already.

2.) The relationship, whether romantic or not, has an intensity that can’t really be explained. You may also feel a strong past life connection.

3.) The encounter can often bring many life changes. Perhaps, meeting this person turns your life around in a dramatic way.

4.) Old pains, fears or habits seem to be stirred through meeting this connection. Perhaps, things from your past come up again in order to be released.

5.) This connection may allow you to learn new skills or talents that you didn’t know you had.

6.) If in a romantic relationship, the strong build of energy may cause you to enter into an “on again-off again” cycle.

7.) You meet or exit each other’s lives in somewhat fated circumstances.

8.) You feel a longing or extremely strong attraction to each other, but often once the lesson has been learned, the attraction may fade or change.

9.) Your coming together feels bigger than just the two of you. Perhaps, you both feel as if you are working towards something greater.

10.) You feel very in tune or in-sync with each other, almost like you know what each other are feeling.

credits to: Tanazz Chubb





  • 6 Comments





Hello bloggers!

I'm super-duper excited to finish my final. Tapi, sebenarnya tak nak pun.. Lagi dekat dengan final ni lagi banyak benda nak fikir dan banyak benda lagilah yang aku tak study lagi. "Bila kau nak review semua subjek kau ni Biha?" Dan suara hati pun menjawab, "Pasti esok aku nak bangun awal awal pagi untuk study." Semua tu hanyalah khayalan menjelma. EEEeee, kecewa dengan diri sendiri.

Sorry semua, I memang suka bebel kat blog macam ni. I dah tak rajin nak update pasal makeup or tips-tips ke apa. Biha rasa lebih suka untuk share apa rutin yang Biha buat dekat sini ataupun I buat luahan perasaan dekat blog ni.

My neext week schedule:

Monday: Kelas macam biasa
Tuesday: Kelas macam biasa
Wednesday: Kelas macam biasa
Thursday: Math Exam
Friday: Kelas macam biasa
Saturday: MySA event
Sunday: Masa untuk homework, practice speech, study for exam BME and Chemistry.

Nampak macam tak padat sangat jadual Biha ni, tapi hari-hari rasa tak cukup je 24 jam sehari. Send me help please. Someone, please jawabkan exam Biha. 😓




  • 6 Comments




Assalamua'laikum bloggers sekalian. It's 5.00 p.m. in Indianapolis. Laying on the bed while listening to sad song (basically my malay jiwang song). 😔 Housemates semua dah gerak ke Washington DC. Maka aku keseorangan di rumah. Rasa menyesal pulak buat keputusan taknak ikut sebab fikir minggu depan ada 4 exams berturut-turut. Better menyesal tak pergi jalan daripada menyesal tak study. Kan kan kan? Pleaselaaa sokong Beeha. Hehehhehe.

First day duk rumah sorang2. Bangun pagi tadi, punyalaa sunyi rumah ni. Nak bangun masak pun malas. Last2, makan kat luar je.

My First Day Spring Break:

Sabtu (March 10, 2018)

Indiana Games at Purdue University. Aku jadi penonton je. Almaklumlah student perempuan Malaysia dekat IUPUI ni boleh kira dengan jari je. So, ikut je lahh. Orang kata buat ramai je. HAHAHHA. Gerak pukul 8.30 dari rumah. Konon je la janji Melayu.. 9 lebih baru nak gerak. 10 lebih baru sampai. Games ni habis about 6 p.m. jugak laa. Lunch pun tak proper. Serius lapar gila and perut dah masuk angin. Gastric pain datang lagi! Grrr. Tak senang duduk aku. Balik tu, kitaorang singgah makan dekat Tin's House, which is a thai cuisine and yang penting HALAL!

Ahad (March 11, 2018)

Pukul 5 pagi kitaorang gerak ke Loiusville, Kentucky. Tapi naik public transport(Megabus) je. Senang and murah! Dalam pukul 8.30 pagi kitaorang sampai and terus breakfast dekat McD. So, mampu makan hot chocolate with hash brown. :) Jalan jalan downtown and tengok bridge. Lepas itu, kitaorang check-in hotel. Masuk bilik, aku terus capai laptop and siapkan homework sebab due date dia malam ni. Amal and Afina dah tidur. Dah siap homework aku pun tido sekali. Bangun2, dah pukul 5 macam tu. So, kitaorang bersiap and keluar dinner. Kemudian, singgah Hard Rock Cafe sebab Afina memang suka kumpul baju Hard Rock... Aku tak minat sangat. Tolong temankan je. Hiihiii.

Isnin (March 12, 2018)

Okay, pukul 10 baru bangun. Breakfast kat hotel pun kitaorang terlepas. HAHHAHA. Bersiap semua, pukul 11 check-out. Pergi breakfast dekat Osaka Restaurant. Apa lagi, sushi je laa jawabnya. Hahhahah. Lepas makan, kitaorang jalan jalan lagi downtown tu.. About 1 p.m. macam tu, kitaorang gerak ke tempat tunggu Megabus. Takda lah jauh mana, 10 minutes walking from downtown. Sementara tu, kitaorang masuk Walgreen kejap cari makanan and air untuk diminum dalam bas. 2.10 macam tu bas pun sampai. Dan bertolak pulang ke Indianapolis semula.

Sekian, itulah cerita Spring Break Beeha tiga hari lepas. I will update for the next few days.. 😇




  • 6 Comments

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

Banner spot

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ►  2021 (4)
    • ►  Jun 2021 (1)
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ▼  2018 (15)
    • ▼  Dec 2018 (1)
      • New York Part I
    • ►  Nov 2018 (1)
      • I wish I can be strong
    • ►  Aug 2018 (1)
      • Time To Pack Stuffs
    • ►  Jul 2018 (3)
      • Plan For Summer Trip?
      • Kenapa SEO Di Blog Rendah?
      • Rutin Petang
    • ►  Jun 2018 (4)
      • Miss You, Abah & Mak
      • My First Kuah Kacang
      • First Syawal 2018
      • Last Day Ramadhan
    • ►  May 2018 (2)
      • Ramadan Kareem
      • #DoneFinalExams
    • ►  Apr 2018 (2)
      • Find Your Soulmate?
      • 3 Weeks To Go!
    • ►  Mar 2018 (1)
      • A Sad Spring Break 2018
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • DANA
    WW SARAPAN KAT LUAR
  • Drawing the Words
    Durian dan Photodumps
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Oh My Blog Berhabukkk!!
  • Sii Nurul
    Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!
  • Farhana Jafri
    ‘BIG STAGE ALPHA’ LAKAR DETIK BERSEJARAH SEBAGAI KUMPULAN LELAKI PROGRAM REALITI TEMPATAN PERTAMA BERAKSI DI PAVILION KL
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Naim Kembali Dunia Blogging
  • ♪izzati 멜로디♪
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Mei 2025
  • Lady In Red Planner
    Hilang Landyard di KTM, Komuter Seremban
  • OMBAKBERGIGI
    Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • sayidahnapisahdotcom
    60++ Template Kad Raya Digital 2024 Baru
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Hanna's Hamlet
    Definisi Operasional: Pengajaran
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top