Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer


With Ulfah Hanif
Hello, hello, hello! So, I visited Ulfah in New York last winter (winter 2018). However, I was so lazy to edit the video. And this winter, I don't have anything to do. Then, I took this time to edit and upload it on my youtube channel!


Hopefully you all enjoy my 2 minutes video in New York with Ulfah! Happy watching! Don't forget to subscribe and click thumbs up button! 😃


  • 9 Comments

Hello! Happy weekend everyone!

Entri kalini hanya sambungan dari entri ini. Sila baca kalau korang belum lagi baca. Heehhee. So, fall break Beeha, dua hari spend time untuk MAASU Leadership programme. Dua hari lagi lepak hotel je banyak. Kitaorang takda plan pun dekat Wichita. Lagipun takda apa yang best area situ. Hmm. Lebih kurang Indianapolis jugak. Kawasan sekolah and banyak perumahan. Tapi dekat Wichita ni banyak Asian punya restaurant. So, takda masalah nak cari Thai, Japanese or Vietnamese cuisine.

On Sunday, October 20, I woke up around 7.30am. Yang lain semua tidur lagi. Aku pun baring je sambil main phone. Scroll twitter, pastu buka instagram pulak. Then, tengok whatsapp pulak even though, takda sapa pun whatsapp waktu tu. Lepas itu, buka twitter semula. Sampailah dah pukul 10.30am, diaorang pun bangun. Geng laki dah keluar hangout dengan members dari universiti lain (kenalan diaorang kenal time MAASU Leadership). Aku dengan girls yang lain masih di hotel. Perut dah lapar sangat ni. Tengok dari tingkap, aku nampak Vietnamese restaurant. So, aku keluar and plan nak beli fried rice and shrimp roll (dah lama nak try makan benda ni). Finally, aku dapat merasa shrimp roll. Nak buat sendiri boleh, cuma aku tak tahu sos cicah tu rasa macam mana. Bila dah rasa, lah rupanya macam kuah rojak or kuah hitam makan dengan yong tau fu. Yeayy, boleh lah buat sendiri lepas ni!

Aku tak makan situ. Aku bungkus je dan makan dekat hotel. Dah habis makan, aku kembali bosan. Girls yang lain sibuk buat homework. Part yang aku rasa menyesal tapi tak menyesal sangat adalah sebab tak bawa laptop. Hahahha. Aku tak menyesal sebab Macbook Pro 15inch ni sumpah berat gilaa! Kalau aku letak dalam hand carry, memang susah nak angkat letak dekat cabin. Sebab tu aku decide tak nak bawak. Dan aku fikir mungkin nak jalan-jalan area sana, so bawa nanti pun tak guna pulak.

Tapi haritu, baru aku sedar aku kena hantar Asian Student Union (ASU) newsletter. Ni dah jadi rutin aku setiap hari Isnin kena update and hantar online newsletter. So, kawan aku aka my ASU president suruh pinjam la laptop dia dulu. Dah petang dalam pukul 2 macam tu, kitaorang yang girls ni decide nak pergi Kung fu Tea dan lepas tu my friend semua singgah Starbucks nak buat assignment.

In front Starbucks
Aku hanya melangut tengok awan dan langit. Hahahahha. Sambil menikmati air Kung Fu Tea. Kitaorang duduk luar Starbucks je even though, waktu tu angin macam kuat laa jugak. Sejuk sampai rasa ke tulang. Tapi, serba salah nak masuk buat kerja kat dalam sebab tak beli air Starbucks.

Pukul 5.00pm, kitaorang gerak pergi Paradise restaurant (Indian cuisine). Ni pun sebab one of my friend dia tak lunch dari tadi. Aku dah lunch tadi. So, perut masih kenyang dan penuh dengan air je sekarang ni. Aku ingat nak order mango pudding tapi diaorang tak jual pulak kat situ. Ingatkan ada las sebab Indian cuisine kat Indy ni ada jual mango pudding. Aku minum air je sambil sembang-sembang dengan kawan. Pukul 7.00pm kitaorang balik ke hotel. Mandi dan rehat. Esok dah flight kitaorang ke Indy.

Esoknya tu, kitaorang check out hotel pukul 11 pagi. Dan terus brunch. Hehehehe. Lepas brunch, kitaorang nak pergi ke Whicita University punya library. Nak lepak-lepak before flight kitaorang pukul 6.30pm. Dah sampai dekat library, diaorang semua buat kerja. Aku duduk dekat kerusi dan main phone je lagi. Hahhahah. Itulah padah tak bawak laptop.

Dalam pukul 1.00pm macam tu, salah sorang kenalan kitaorang masa program MAASU tu ajak join diaorang punya Asian Student Conference (ASC). Ini nama organization Asian student di Whicita University. So, tarik luggage pergi ke hall diaorang buat event tu. Macam lawak jugak laa kitaorang ni. Dari kedai makan tadi lagi asyik heret luggage je. Sampai tuan kedai makan tu tanya just nak stay sini for shelter ke atau nak makan. Hahahha. Itu macam malu je. Nasib kitaorang memang nak makan.

ASC buat pumpkin carving event on that day. That was my first time carved the pumpkin. OMG! Dah tiga tahun kat USA, itu pertama kali aku join event nak carving pumpkin. Event tu habis pukul 3pm. After that, student Wichita aka kenalan kitaorang tu ringan tulang nak hantar kitaorang ke airport. Alhamdulillah... Dan sempat lagi kitaorang singgah kedai Bobba Tea sebelum ke airport. Lepak kat situ sampai pukul 5pm jugak lah. Nasib 20 minit je ke airport. Dan kitaorang pun dah check in online.


Ride Skylink to another terminal

Flight memang tepat pukul 6.30. Dan time boarding tu, aku kena tukar seat. Diaorang bagi aku seat depan tapi bukan business class lah. Huehueehue. Macam dah penat gila waktu ni. Dah sejam lebih dalam flight... Landed pukul 8.15pm macam tu. Next boarding pukul 9 pm wehh. Hahaha. Then, kitaorang ride Skylink sebab nak kena pergi terminal lain. Alhamdulillah sempat je kejar boarding time. Kawan aku sempat beli makanan lagi nak makan dalam flight. Aku tak beli apa-apa sebab tak da apa yang best. Hmmm.

Dah boarding semua, tunggu punya tunggu lambat sangat dia nak depart. So, sampai Indy pun lambat sikit dari sepatutnya... Sekian, Beeha dah sampai Indy and continue study macam biasa. Tak sabar nak cuti lagi. hehehe




  • 2 Comments

Hello my bloggers! Happy Fall Break! (for me)

Beeha baru je habis fall break aka cuti musim luruh. Cutinya kejap je Isnin dan Selasa. Tapi, hari jumaat Beeha takda kelas. So, sambung la weekend and cuti dua hari untuk fall break. What I did during this break??! Feeling excited to share with you all about my experience going to MAASU Leadership Summit event. Ehh MAASU tu apa? MAASU tu stand for MidWest Asian American Student Union.

This is my first time involve in this conference. Actually, almost tiga tahun dekat universiti ni dan baru sekarang Beeha nak explore leadership event ni. Inipun sebab Beeha one of the Asian Student Union (ASU) organization in my university, so I had chance to join this conference. Beeha rasa semester paling sibuk sekali adalah waktu Sophomore (second year). Semester ni banyak sangat nangis sebab subjek susah and rasa masa tak cukup nak buat homework. Untuk subjek biomedical engineering (BME), every class ada project tau. At least dua project every semester untuk setiap kelas BME - individual and group project. Baru-baru ni, aku dapat tahu kelas BME yang aku pernah ambil sebelum ni hanya ada satu project je which is individual. Itupun dia bahagikan project tu kepada dua bahagian. Padahal time aku dulu, kena habiskan dua dua part dalam masa kurang sebulan. T.T

Okay done with my bebelan pasal class project. Berbalik pasal conference aku attend last weekend. Kitaorang gerak hari Jumaat. Flight kitaorang pukul 4.30 petang. Pukul 2.00 petang kitaorang dah gerak pergi airport sebab dari campus ambil masa 20 minit macam tu. Itupun kalau takda traffic jam. Okey, Beeha skip lah part ni. Terus cerita bila kitaorang dah sampai di Wichita, Kansas. Kitaorang sampai di Wichita Airport around 8.30pm. Then, kitaorang ambil uber pergi ke hotel dan sampai dekat hotel pukul 9pm.

Flight to Wichita Aiport, Kansas.
Malam tu kitaorang ada aktiviti dengan family group yang ditetapkan. But, I was too tired. Malas gila nak join and confirm balik 1 or 2 pagi macam tu. So, the boys je yang rajin join. Yang girls semua naik hotel, mandi dan tidur. Get ready for tomorrow morning event!! Event pagi esok dekat Rhatigan Student Center building.

Hello! Wearing business casual for the morning event.
Sebelum start event tu, kita bergambar dulu! Hehehe. First event adalah keynote speaker from Albert Chanthaboury. Time ni dia cerita latar belakang, apa persepsi anda bila sebut pasal maksud Asian dan juga jenis-jenis leadership. Dia nak tekankan dekat sini as a leader tak bermakna orang tu kena menyerlah, bagi instruction and lead all the way. Sebab ada jenis orang yang dia ada leadership skills tetapi ada introvert personality membuatkan leadership dia tak menyerlah. So, Beeha rasa Beeha jenis yang macam tu. Leadership skills tu ada, tapi jenis yang tak suka nak bercakap banyak. I prefer untuk diam and buat kerja I bagi settle. 

-------

Next activity, energizer!! Time ni everyone dapat satu kertas and kena tulis nama, contact number or social medias. Lepas tu kena lipat kertas tu jadi airplane. Time ni aku dah gelabah kejap sebab tak ingat macam mana nak buat airplane. HAHAHAH. Pastu tanya orang sebelah macam mana nak buat. Dah siap buat airplane, semua orang kena baling airplane tu seberapa banyak kali yang mungkin until the speaker say STOP. Time dia kata stop, Beeha pun tercari-cari lah mana airplane. Takda satu pun yang jatuh dekat aku ni. Jalan sikit ke depan, ada mamat ni bagi la extra airplane kat tangan dia tu. Semua orang kena contact dengan person yang tertera dekat airplane masing-masing and diminta untuk berjumpa selepas aktiviti malam ni.

Dah selesai energizer aktiviti tadi, kitaorang kena bergerak ke tempat lain ikut masing-masing punya family group. So, my Hoot-hoot family kena pergi ke Mckinley building. Kitaorang semua kena duduk dalam bulatan di dalam kelas. So session ni just santai-santai. Kitaorang ada sharing session which is masing-masing bagi opinion, what is leadership? Only an hour session. Lepas tu family group kitaorang decide nak lunch dekat kedai pizza. Dah habis lunch, kitaorang ada workshop session!
My Hoot-hoot family!

Workshop session paling aku tunggu-tunggu sekali. Sebab diaorang ada 10 speakers untuk workshop ni. Seminggu sebelum event ni start, peserta semua kena isi form untuk pilih workshop mana yang nak hadir. Then, diaorang akan susun first and second workshop. Dekat tag nama yang Beeha dapat dah tulis bilik mana workshop tersebut.

First workshop Beeha tentang 'Workplace and Etiquette'. This session agak bosan sikit. Sebab dia cakap pasal resume and how to apply job. Dekat USA bukan senang nak apply job tambah-tambah macam Beeha, international student. Memang susah. Most of the company, dah siap tulis applicable for US citizens or permanent residents. Hmmphh. Tapi, my second workshop was the best! The topic was 'Seize Your Space'. The speaker is Joseph Shepard. Wahh, Beeha masih ingat lagi nama dia. Dia cerita latar belakang dia. Serious tersentuh gila sebab dia daripada broken family. Dia dah lama tak jumpa mak dia. Dia tinggal dengan ayah selepas parents dia bercerai. Time high school, pernah cuba nak bunuh diri sebab stres. But now, dia dah buktikan dia boleh berjaya. Ada degree, master degree and sekarang university director. This workshop kind of give me positive vibes and moral support to myself. Even though, you di antara kelompok kecil di negara ini.. You still can fight for your space. Workshop ni banyak tekankan pasal hak untuk Asian American di United States. But still, I got something. Phrase yang aku masih ingat, "If you want something, go for it. Don't wait for the permission". So, benda ni macam boleh apply untuk leadership. If you nak organization tu berjaya, as a leader you lah kena gerakkan team tu. Jangan nak tunggu orang lain pulak bagi arahan. Memang takkan berjaya laa satu organization tu. :)

-----------

Dah habis dua jam workshop tadi, kitaorang berkumpul dengan family group masing-masing semula dekat Mckinley building. Topic for this session was pilots and destinations. Masing-masing dapat kertas lagi. Semua kena describe the mentors (pilot) that help us on our journey to higher places (destinations). Dan aku cerita lah tiga orang yang sangat bermakna, yang banyak tunjuk tentang leadership. Even though, diaorang tak ajar, tapi dengar pengalaman diaorang and tengok apa yang diaorang tempuhi banyak ajar aku tentang leadership.

My pilots are my father, my grandma and one of my high school teachers. Tapi paling terkesan sekali, adalah my high school teacher aka Ustaz Salman. Dia lah yang zaman waktu aku kat MRSM, banyak motivate aku untuk jadi Naib Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP). Aku rasa aku memang tak layak pun nak handle jawatan tu. Entahlah, memanglah Beeha jenis yang garang tapi rasa tak sanggup pun nak pikul tanggungjawab as Naib Presiden. Tapi, dia yakin sangat ramai yang akan vote Beeha untuk jadi Naib Presiden BWP. Dan dia jugaklah yakinkan Beeha ada leadership skills tu. Jadi, time tu lah nak cungkilkan bakat Beeha... Berbalik kepada aktiviti kitaorang tadi, masing-masing dah share pilot and destinations. Sebelum semua bersurai, kitaorang kena tulis positive words describe everyone in our families. Tadi kan dah duduk dalam bulatan. Masing-masing kena bangun and rotate untuk tulis positive words dekat kertas setiap orang.

--------------

Yeayy, tonight event﹣Banquet! Kitaorang ada masa dua jam untuk bersiap-siap. Event tersebut start pukul 7pm. Aku hip hip hooray sebab tak boleh solat. So, tak payah fikir laa nak letak makeup tebal-tebal ke apa. Tak perlu nak cuci muka untuk solat maghrib. Hehehe. Tema adalah formal or traditional cloth. Sebab tu, Beeha dengan bangga sekali nak pakai baju kurung. Even though, awal-awal aku rasa malu la sorang-sorang je pakai baju kurung. Orang lain mostly pakai dress tak pun cheongsam. 

Sampai je dekat tempat event tu, terus amik makanan. Menu choices yang ada beef lasagna, chicken pasta and vegetarian option. So, aku amik je laa vegetarian option tu. Itu je yang boleh makan dengan salad. Tapi, not bad laa vegetarian food tu. Ada brokoli, kentang, carrot. Dengar macam bosan tapi rasa dia sedap. Then, Beeha ambil cookies and cake! Ini favorite! Sebab dapat makan chocolate cake. ^^. Closing ceremony started at 7pm. Banyak local performances seperti KDiversity, Priska Musik, Tiffany Day and etc. Event selesai around 9pm macam tu. Kemudian, kitaorang tangkap gambar dengan family group masing-masing.

With my family group again! So proud to wear traditional cloth for banquet.







Dan tak lupa jugak, Beeha sempat jumpa dengan airplane pal! Ini airplane pal yang aku dapat. Siapa yang dapat airplane Beeha pun tak tahu lah. Dia tak contact Beeha pun. Sobss sobss. 

With my airplane-pal

Dah habis event ni, kitaorang pun balik hotel. Dan malam tu diaorang buat party. Tapi Beeha tak join. Hehhehe. Just nak rest and chill dekat dalam bilik. ^^

  • 5 Comments


Hello you all!! Tetiba Beeha teringat pasal roadtrip ke Pennsylvania state yang tak di update-update lagi kat blog ni. Benda tu dah berlalu beberapa bulan yang lalu. Lepas tu bukan aku pulak yang drive and bukan aku yang buat itinerary. So, banyak tempat yang aku dah lupa nama dia. The worst Beeha ever. Hahha. 

Spring Break!!


Aku tak pernah macam ni sebenarnya. Selalunya ingat je nama-nama tempat yang aku dah pernah pergi. So, nak diringkaskan. Aku sudahpun membuat compilation of my roadtrip.

You guys should watch it HERE. And do SUBSCRIBE my channel tooo!!! Thank you ^^

P/S: I was recording all the videos. Sebabtu, takkan nampak muka Beeha dalam video tu. Haha

Then, I need your suggestions for my next video. I was thinking to do a pleated shawl tutorial that I bought from Naelofar. Other than that, maybe review about my makeup products and also tutorial of my daily makeup/ to school basic makeup.

  • 2 Comments


Ini sambungan dari entri yang ini - New York Part I

Hi! Biha dah janji dekat entri di atas untuk sambungan seterusnya.

Ahad - Dec 23, 2018

Ini hari kedua Biha jalan-jalan di New York. Plan untuk harini adalah nak pergi Top of The Rock. Basically, boleh laa nampak permandangan New York dari atas. Harga mengikut umur, untuk orang dewasa adalah $36 seorang dan budak-budak berumur 6-12 tahun, $30 seorang.


View from Top of The Rock

Ini ditingkat yang ke 69. Paling atas adalah 70 tapi ruangnya sangat kecil dan ramai pulak orag waktu tu. So, Beeha dan Ulfah pergi ke ruang di tingkat 69. Tapi, yang kurangnya sebab kitaorang sampai tengah hari dan waktu ni memang matahari mencacak atas kepala. Matahari pulak datang dari arah bangunan seperti gambar di atas. Setting lah macam mana pun, muka kau akan nampak hitam lah. Dalam istilah fotografi ia dinamakan backlight.

Naik atas ni kejap je. Lepastu kitaorang lunch Halal Guys (food truck tepi jalan). Lepas je kitaorang beli, pusing pusing tengok line makin panjang. Pastu mencari lah tempat duduk tepi-tepi tu. Ala ruginya Beeha tak amik gambar time ni. Even though duk tepi jalan, macam ada tebing diaorang tanam pokok-pokok tu, so ada ruang boleh duduk. Kitaorang bertenggek (hanya sesuai digunakan untuk burung sebenarnya) la kejap. Kemudian, Beeha dan Ulfah pergi The Oculus.

This one kalau korang follow insta Beeha (@beehaazman19), boleh tengok dekat highlight insta story Beeha. Beeha takda gambar ni dalam camera Canon ni, only in my phone. Dalam tu macam macam kedai (i.e. Victoria Secret, Sephora, Kate Spade, Apple Store and etc). Kitaorang tak shopping apa-apa pun, tambah pula Beeha datang dari Indy bawa hand carry je. Itupun dah penuh beg. Kalau shooping memang tak muat nak bawa balik ni. Then, kitaorang jalan ke belakang lagi nak pergi ke Brookfield Place New York. Dia bersambung dengan Oculus ni dan kat tengah tengah tu boleh turun naik train untuk pergi ke New Jersey. Best gilooo! Tapi di site Brookfield Place ni semua kedai mahal-mahal (i.e. Prada, Louis Vuitton, Gucci and etc).

Ulfah nak pergi tengok beg Michael Kors yang dia berkenan, tapi kedai tu dah tutup dah. Sebab harini Ahad so, kedai ni tutup awal. Sebenarnya kitaorang dah penat berjalan seharian harini. Dekat dalam mall tu ada pokok palma yang betul-betul punya diaorang tanam dalam tu sebelum diaorang bina mall tu. Interesting gila bila tahu benda ni daripada Ulfah. Kitaorang duduk kejap dekat bangku bawah pokok tu sampai dah pukul 7 macma tu kitaorang gerak balik rumah Ulfah dekat Brooklyn.


Nantikan sambungan Part III. 😉






  • 8 Comments


Hi bloggers! Finally, baru ada masa nak update my blog. Hhehe, seronoknya dapat menulis kembali tapi susah jugak pujuk hati ni nak menulis. Bila dah lama sangat tinggal, hobi yang dulu kini sudah tidak lagi menjadi hobiku. Terus terang dah masuk junior year ni, blogging aku letak tepi. And i'm so sorry sebab title English tapi, penulisan aku dalam Bahasa Melayu. Aku rasa lagi cepat tulis bahasa Melayu sebab dah lama tak tulis esei dalam bahasa Inggeris.

This winter break sepatutnya aku and Ulfa plan untuk pergi Florida state. Dengan geng roadtrip yang sama, aku, Ulfa, Hasni dan Nazirul. Kitaorang memang dah rancang nak pergi dari bulan 6 lepas balik summer roadtrip lagi, tapinya itinerary tak sediakan lagi pun sampai dah dua minggu lagi nak cuti winter baru kitaorg sibuk-sibuk nak plan. Memang ke laut lahh. Time tu hotel or air bnb dah mahal, flight ticket round trip dah mahal about $350. Dan nak sewa kereta lagi untuk jalan-jalan dalam Florida tu. Florida tu besar dan banyak tempat-tempat menarik untuk visit. Kalau bajet $800, tak cukup rasanya nak cover tempat-tempat menarik kat sana unless you guys tak nak pergi Disneyland and Universal Studio dekat sana. Kat situ dah boleh jimat around $300. So, we canceled our plan.

And I decided to not go anywhere this winter break. Kononnya nak jimat duit lah tak nak pergi mana-mana winter ni. Padahal 3 minggu kot cuti. Memang lonely gila ahh. Takda housemate pulak tu. Seminggu dah berlalu, scroll insta ramai gila update diaorang pergi roadtrip. Haihh, mengeluh dalam hati sebab bosan sangat-sangat. 

Kerja gila jugak la aku buat. Beli tiket yang mahal ke New York. Nasib tempat nak tidur dah ada Ulfa boleh aku tumpang. Dua hari before nak pergi aku beli tiket tu, yang berharga $330. Sepatutnya aku boleh dapat separuh dari harga tu kalau beli awal. Mahal tak mahal, aku beli jugak sebab ada dua minggu lagi dan boyfriend pun tengah family trip.

Jumaat - Dec 21, 2018 

Flight sepatutnya pukul 1 petang tapi delay jadi pukul 3. Nasib dah dapat email awal-awal my flight was delayed, so aku gerak lambat ke airport. Dah sampai airport, flight to delay lagi jadi pukul 5 petang. Masya-Allah penat dah sebenarnya tunggu kat situ je. Tapi sebab cuaca haritu tak berapa nak okay, memang patutlah delay. Tup tup, pukul 7.30 malam pulak flight tu. Memang lama gila la. Makeup pun sudah cair. Hahaha. Sampai sana around 10.30 pm. Then, Ulfah dah tunggu kat aiport with her boyfriend, Hasni. Kitaorg naik train je ke rumah dia dekat Brooklyn. Memang senang sangat, tapi one hour jugak laa nak sampai.

Sabtu - Dec 22, 2018

Yeayy, my first day in New York! Semalam aku dan Ulfah buat itinerary untuk seminggu aku kat sini. Tidur dalam pukul 3 pagi jugak laa sebab dah makan malam semua. It took me two hours nak hadam makanan tu and after that I could sleep. Plan untuk harini adalah nak bergambar di Brooklyn Bridge and misi mencari egg tarts murah-murah dekat Chinatown. Sorry, I don't have pictures for egg tarts. But, I can say it was very cheap kat situ. Satu ketul besar worth $1. Kalau kedai mahal-mahal mahu $3-$4 sebiji tau. Nak pergi satu tempat ke satu tempat memang kitaorg naik train je. Aku beli one week MetroCard which is $32. Kadang kitaorang tersilap naik train dan kena bayar lagi sekali untuk naik. For me, it worth laa sebab unlimited for one week.

Picture with Ulfah at Dumbo, Brooklyn Bridge.

Ni lah tempat famous untuk nampak Brooklyn Bridge dari belakang. Ni first day, mood tengah happy untuk ambil gambar banyak-banyak. Then, kitaorang gerak untuk jalan di atas bridge untuk pergi Chinatown.                                                                                                                                                                             

At Brooklyn Bridge
                                                                                                                                                        


So, this side is Brooklyn. And at the other side is Manhattan. Tengah-tengah jalan tu memang berhenti kejap lah tangkap gambar. Haritu nampak insta Mira Filzah je update gambar kat sini. Hehehe. Kemudian, misi mencari egg tarts bermula. Chinatown tu ibarat pasar pagi kat Malaysia. Sayur yang aku susah nak jumpa dekat Indy ni, mostly ada je kedai kedai cina kat situ jual. Memang banyak orang cina je lah kat kawasan situ rasa macam dah masuk negara China. Serious!

Kemudian, kitaorang berhenti solat dekat Assafa Islamic Center. Dekat sahaja, 12 minit jalan kaki dari kedai egg tarts kitaorang pergi tu. Dah nak dekat pukul 4 dah, hari pun nak makin gelap sebab winter (so malam panjang). Kitaorang nak gerak ke Times Square.


Suasana malam di Times Square.

Ya Allah, ramai gilaa orang kat sini. Dan time ni suhu 1 degree Celcius. Sejuk dan berangin pulak. Nasib aku bawak winter jacket yang macam ni. Sememangnya, Biha tak tahan dengan sejuk-sejuk ni. I have no idea apahal orang ramai sangat kat sini. Tengok gambar-gambar kat popular post dalam insta pun memang macam ni. Tempat shopping memang banyak, no wonder laa manusia ramai gila kat sini. Time ni aku dah bad mood sikit sebab jalan pakai boot heels, memang sakit kaki lah. Ala kadar je gambar kat sini. Kitaorang berdiri tengok suasana kanan dan kiri. Pastu ada laa show sikit tepi-tepi jalan tu, boleh laa tengok. Dalam pukul 8 macam tu, kitaorang dah gerak balik.

I will continue my story for next entry - New York Part II. Stay tuned!




     
  • 5 Comments


Me, Jun and Amal

Happy Eid Mubarak bloggers! Again, I'm celebrating Eid without my family. Missing them so much! Mak nak balik... 😭

Dari pukul 5 pagi lagi aku terjaga dengan sendiri sebab dah terbiasa sahur. Lepastu tak boleh tidur even dah solat subuh. Almost 7 am, aku tertidur balik. 8.30 pagi terjaga dan aku terus mandi dan iron baju kurung. Harini, Biha, Amal dan Jun nak keluar lunch dekat Watami Sushi dan rasa nak bergambar dekat downtown. Awal pagi tu rasa malasnya nak mandi, rasa tak ada mood nak beraya. Bangun pagi tak dengar takbir raya, maktok takda bising2 suruh mandi sebab lepas tu nak pergi solat raya. Aaaa rindunya semua tu tahun ni.

Lepas dah mandi tu, Amal yang sepatutnya ada kelas tapi kelas tu dibatalkan. Kitaorang bersiap awal dan gerak ke Watami Sushi pukul 11 pagi macam tu. Masa ni lapar sangat... Tak breakfast lagi sebab tak masak apa apa pun semalam. Biasanya malam raya orang masak rendang ke apa apa. Ini takdanya nak buat. Malam raya tengok movie je. Pastu sayu sangat hati ni. Malam raya facetime adik dua kali. Then, I facetime someone special tu. Memang takda mood sangat laa. Tapi buat buat okey je.

Back to my story, lepas kitaorang makan, call Uber pergi downtown. Arrived around 1.30 pm. Sangatlah panas terik. Mencari angle untuk dapatkan gambar yang cantik. Dah 30 minit pusing-pusing kat situ, penat jugak laa dengan aku pakai heels lagi. Kitaorang singgah Chocolate Cafe dekat situ dan beli asikrim!! My favorite ice cream, chocolate _____. Sorry, I forgot the name of that ice cream. Hmm, kata favorite tapi lupa pulak.

Dah habis makan ais krim, kitaorang dah gerak dan ready nak call Uber. Perempuan ni memang lah... Tak jadi balik, tapi kitaorang singgah TJMax dan singgah Circle Centre Mall. Kononnya nak cari sabun mandi dekat Bath and Body Works sebab ada promosi. Tujuan nak singgah situ dulu, tapi nampak pulak Victoria Secret ada promosi bra and panties. Hmm, memang singgah dan beli laa. Hahhahaha. Kemudian baru pergi Bath and Body Works. And that was our last shop. Time to go back home!

Balik rumah kitaorang solat dulu dan rasa nak pergi ambil gambar lagi dekat dengan library IUPUI. Belakang tu ada fountain. I decided not to wear the heels. Sakit kaki gilaa pakai heels ni. Dah 30 minit jugak kitaorang bergambar, ingat nak balik dah laa. Aku fikir homework satu benda pun tak start lagi. Kononnya, nak buat lepas balik makan sushi tu. Dah ada agenda lain pulak. Hehhehe.

Tapi, kitorang tak jadi nak balik lagi. Tiba-tiba terasa nak record at least one minute video pasal raya. We came out with this 2 minutes video. Feel free to watch here.







  • 4 Comments




Hi bloggers! Welcome to my Part 2 in Chicago. So, selepas ke Navy Pier, kami berjalan ke Ohio Street Beach. Biha rasa part ni macam lawak sangat, kiaorang berjalan je tanpa kisah dengan tarik bagasi. Hahhahaha. Dalam pukul 1 macam tu, kitaorang pergi ke Epic Burger untuk lunch. Itu je kedai yang terdekat yang ada zabiha makanan. So, I thought the chicken patty is halal. But, nope! Only beef patty is halal. However, I didn't eat beef. So, I just ordered vege with egg. Sedap weyhh. Nak lagi laa. After that, we went to Hard Rock Cafe. Afina, my housemate suka kumpul baju Hard Rock Cafe. Tapi, Beeha tak minat sangat kumpul-kumpul baju.

Selepas itu, Beeha dan Afina pergi ke satu kedai souvenier, Love from Chicago. Beeha jenis suka kumpul poskad. Murah pun murah. Hahaha. But, I also bought like a plate yang ada lambang Chicago tu. Dah penat sangat jalan, time for us to check in hotel. Kami naik bas pergi ke sana. Mata dah rasa penat sangat, badan pun rasa penat sangat. Rasa heaven sangat boleh landing atas katil. Masya Allah.. Dah solat semua, memang kami berdua tertidur. Yang kononnya nak take a nap 10 mins je. Tapi sampailah pukul 6 baru terjaga. Bersiap semua, keluar lagi untuk mencari sesuap nasi. Hehehe. Kami pergi ke Halal Guys. Itu tempat paling sana nak dapat makanan halal. Dah kenyang, kitaorang berjalan jer sekitar downtown tu. I love the night scenery. Jalan jalan di sekitar Riverwalk Chicago. Tapi malam waktu tu sejuk dengan angin yang mendayu-dayu. Kami berjalan kejap sahaja dan terus balik hotel.

Esok tu, kitaorang keluar lambat sikit. Sebab check out before 12, so saja je nak lengahkan masa menikmati tidur hotel. Hahahha. Sekarang masa untuk brunch. So, kitaorang jalan pergi 7 Eleven cari breakfast. Then, went ahead to Starbucks nak cari White Chocolate Mocha. 😍 Lepak lepak dulu dekat Starbucks almost sejam jugak. Kemudian kitaorang gerak pergi The Giant Bean. Tempat ni Beeha tak masukkan dalam video di bawah. I forgot to take video for this part. Waktu kitaorang pergi tu ramai sangat orang sampai Beeha hilang mood nak ambil video. Kemudian, kitaorang pergi Adler Planetarium. Nak tengok sunset. Bergambar tepi laut. Huhu.

Dah puas bergambar, maka kitaorang rasa nak makan pulak. So, I though I wanna go to Serai restaurant, sebab dekat sini boleh dapat makanan Melayu. Char koew teow, sate ayam halal and so on. So, kitaorang naik uber ke sana sebab jauh dan takda bus untuk ke sana. Boleh naik line (like monorel macam tu) untuk ke sana tapi malas nak purchase ticket. Cara mudah hanya dengan naik Uber. Dah sampai, malangnya kedai tak buka pulak. Haishhh. Check dekat Google, open je kedai tu. So, rasa dah bazir duit dekat situ. Kami naik Uber lagi pergi ke Halal Chicago. This one nasi dia sedap gilaa, menu dia lebih kurang Halal Guys je tapi nasib lagi sedap dari Halal Guys. Heeehee.

Kami lepak lagi dekat Halal Chicago dari pukul 8 malam sampailah pukul 11 malam. Kami anggarkan masa untuk naik MegaBus pada pukul 12 pagi. Then, jalan sikit ke bus tand untuk nak pergi tempat MegaBus. So, on time jugak laa kitaorang sampai. Dalam pukul 11.30 macam tu.

This part aku rasa lawak laa jugak. Ada sorang pak cik dalam umur 50 mungkin jugak. Dia tanya aku, are you Chinese. So aku cakap tak laa. Then, tanya dari mana? Dengan relax aku dari Malaysia. Pastu dia tanya pulak aku Korean ke? Tahu tak sushi, Udon? Aku macam pelik dah.. Tadi aku cakap aku dari Malaysia kut. Dah kenapa Korean pulak, nampak macam Korean sangat ke. Hahhaa. Dah tu dia tanya aku ada boyfriend ke tak dan umur berapa. Aku acuh tak acuh je nak jawab. Tapi Afina cakap umur 21 and single. Pastu dia pandang aku, aku just cakap sama je laa macam Fina. Dah tu duk ajak jadi girlfriend dia pulak. SAH! Dia orang GILA. 😂 Dah rasa dia gila, maka kami pun bergerak ke tempat lain sikit, taknak dekat dekat dengan dia. Nasib laa ada orang yang jaga bas tu cakap dekat that crazy guy, "please behave." Ini pengalaman yang aku akan ingat selalu. Jangan mudah sangat ramah dengan orang, kononnya nak jadi friendly laa. Tiba tiba tertegur orang gila.


Do watch my vlog. ;)


Tomorrow will be my flight to Arizona. Pray for me, semoga semuanya berjalan dengan lancar. ;)


  • 17 Comments


At Adler Planetarium, Chicago, Illinois

Hi! Assalamua'laikum guys. Harini story pasal ke Chicago lagi! Almaklumlah, bukan senang nak jalan jalan pergi Chicago walaupun hanya 3 jam dari tempat Beeha ke sana. So, last week I had 5 days break because of Thanksgiving day start Wednesday until Sunday. Then, my Tuesday class was cancelled. Total, I got 6 days holiday. So heaven guys.. Like I already finished my final exams!

So, my housemate and I already planned this two days trip when we touched down Indiana, about 3 months ago.. Hihiiihhii. So, aku dan Afina berdua jer waktu tu. Kononnya memang nak duo trip je laa, dan tak kisah apa nak jadi kitaorang nak pergi sana jugak. Tapi bukan drive ke sana, naik bas beb. Bas kitaorang pukul 2.30 pagi hari Rabu. Itu waktu yang paling murah. $35 per person. Kami keluar rumah awal, sebelum pukul 6 petang disebabkan aku kena ambil barang di UPS store which is tripod that I used for my video shots. Hahaha. I eager to buy that things because I knew that is the only way we can selfie properly at Chicago. Gigih giler laa kitaorang. Sampai dekat UPS, terus buang kotak tripod tu dekat UPS Store. Dan terus galas tripod tu dekat belakang, sakit bahu jugak lah.

Then, we went to Circle Center Mall (downtown mall at Indianapolis). Bayangkan bosan jugak laa nak tunggu bas pukul 2.30 pagi. Dan waktu tu baru pukul 7 malam. And that time 7 malam tu sudah sangat gelap. Sekarang, Isya' dekat Indianapolis dalam pukul 6.40 petang. *Sangatlah PISHANGG*
Kitaorang ronda-ronda dalam mall dulu dan kemudian kitaorang makan malam di Bangkok Restaurant. Jalan kaki nak pergi sana dalam 10-15 minit macam tu. Kedai tu tutup pukul 10 malam, jadi kitaorang gunakan masa semaksimum yang boleh. Bila nak dekat pukul 10, baru kitaorang keluar dari kedai tu. 😂😅

So, we searched a 24 hours shop and found a Steak and Shake. Alamakkk, rupanya kitaorang kena patah balik jalan nak pergi kedai tersebut, dan agak jauh dari stesen bas. But, we had no choice, takkan nak mati kesejukan dekat cuaca 0 degree Celcius malam tu. Nak tak nak, kitaorang jalan balik pergi kedai tu. Dan agak bosan lagi, kitaorang masih ada 2 jam setengah untuk tunggu bas tersebut.

Jadi, bila lagi 20 minit anggaran bas nak sampai, kitaorang pun pergi laa cari kat mananya stesen bas tu. I imagined it was a nice station bus with shelter, but it was a bus stand only. HAHHAHAH. We called that Megabus. If kitaorang naik Greyhound, it should be a proper place laa untuk tempat menunggu tu. Tetapi Greyhound usually more expensive than Megabus.

Tunggu bas pulak satu hal, delay! 3.20 pagi baru sampai. Dah masuk dalam bas, pening aku bau weed. I will rate that bus 2.5 out of 5. Suddenly I remembered Fina told me, she rated 4 out of 5. I couldn't believe that!! Serius serabut gila. Tapi memang patutlah, bas tu datang dari Nashville, Tennessee. About 5 hours from Tennessee to Indiana. So, that bus pick up people from Tennesse, Kentucky and Indiana. After that, it will go to Chicago, Illinois. Tapi ni impression untuk bas dari sana ke Chicago. Bus dari Chicago ke sana, I can rate it 4 out of 5. Sebab Chicago as the first stop, so about 10 people like that yang naik. Bas pun masih dalam keadaan tenang. 😂

Yeahh, so we began our trip to Chicago. 3 hours to Chicago. We arrived 6.30 a.m. waktu Chicago. Untuk pengetahuan semua, Illnois state one hour late from Indiana state. Masa tu, -4 Degree Celcius. Sejuk tidak terkata, aku hanya menggigil sebab sweater aku pakai tak tebal sangat. Tangan jangan cakap la, memang kering. Tak bawa losyen pulak! After that, we took Uber to Dunkin Donuts because that was the only shop open early in the morning. And right now, we figured out mana tempat nak cuci muka semua. Sebabnya check in hotel, 3 petang nanti. So sekarang kitaorang cuci muka je and I put some foundation to cover my eyebag. T.T


My housemate, Afina

So, we started our trip by buying bus pass for $30 (2 days pass) and we wanted to buy gloves too. It was freaking cool that morning and I didn't bring mine. So, just got a new one. No choice. After that, we got a bus to Navy Pier. Dekat sini ada ferris wheel and we can see tall building of Chicago from far. Tapi aku dan Afina tak naik pun. The main thing was, kitaorang memang nak jalan jalan tengok surrounding sahaja. Dekat sini, bermulalah operasiku menggunakan tripod. I could see, orang dekat situ semua perhatikan je kitaorang bergambar guna tripod. Rasa macam malu jugaklah mula-mula. But, no hal bro. Aku nak gambar aku lawa. 😛 Lama jugak laa kitaorang dekat situ, about one hour.


To be continued...

Sorry guys, right now already 10.45 p.m. I have class tomorrow morning and turn to cook. I need to wake up early.

Here is the link of my short vlog. Feel free to click the link and watch it. It's only less than 3 minutes video! ;)


My Two Days Trip To Chicago


Please guys, don't forget to thumbs up my video and subscribe it. It is my first time editing the video and post it on Youtube. Still noob, and need to learn more about editing videos. =)



  • 15 Comments


Credit the picture to the owner (I forgot her website tho)

Yeay! We are on the second day challenge. The topic is:

 Somewhere you like to move or visit.


I choose New Zealand as my next future trip (because I dunno when will I go there). But, I really hope I will go there someday. This is one of my dream place that I wanna go there. Since I was in high school, I hoped that I further my study in University of Canterbury, NZ. I dreamed that I could pursue pharmacy major at that university. 

Tetapi, itu hanyalah bayangan Beeha jer dan I kuburkan je mimpi tu. Mungkin bukan rezeki Beeha untuk sambung belajar dekat situ. But, I have a friend yang sambung belajar dekat sana. Her name is Adilah, which is one of my best-friends in high school. We are in the same class in Form 5. Meja pun sebelah-sebelah. She a straight A's student for SPM. But, I'm not. Hmmm. Malu jugak lah sebab tak dapat straight A's in SPM, bila cikgu kau dah target u will get that. The only B that I got was English subject. Yang ni aku mengakui la kenapa aku tak dapat A, sebab aku sendiri tak push hard untuk this subject (because I don't like). Banyak kali Beeha pujuk diri Beeha supaya berusaha lebih sikit untuk subjek ni, tapi sebab rasa tak minat I tak study sangat. Orang lain like, 'petik api' je  ehh no. Petik jari jer. Mostly vocabulary diaorang dah master. Aku susun ayat pun tunggang terbalik, but for Bahasa punya subjek aku SUKA!

Masih ingat lagi buku Komsas yang kita perlu baca? Satu-satunya buku yang aku masih ingat adalah 'Kasut Kelopak Jantung', but this one is for lower secondary (Form 1-Form 3). Untuk Form 4 & 5 aku tak ingat. Maybe this time dah berubah buku komsas yang perlu dibelajar. So, satu hari ni cikgu suruh laa baca dialog dalam buku tu. Sebab aku minat sangat, aku feel watak dalam tu. Cikgu pun puji bagus sebab aku baca ada nada, bukan hanya sekadar baca dengan senada. 

Jadi, berbalik dengan tempat yang paling aku berharap aku akan jejak adalah Queenstown! See the picture above! That one is a Queenstown place in Winter. But, I'm when Spring the place is more beautiful. The flowers start to bloom and you can see a colorful scenery.

I cannot conclude lebih-lebih pasal Queenstown sebab I tak pernah pergi. Tapi dari gambar gambar, memang cantikla and then boleh naik cable car, something like that. 







  • 0 Comments


cc: ashokboghani from flickr


Hello bloggers. I miss blogging so damn much! Dekat sebulan jugak mendiamkan diri. Almaklumlah, seminggu sebelum raya Beeha baru sampai Malaysia. Punya laa penat, bayangkan lebih 10 jam dalam kapal terbang! Bapak kebas punggung..😩

I dunno why this couple week, I'm so lazy to update my blog. Seriously, not only in this few weeks but almost three months I stopped from blogging. Such a lazy girl though. 

So, for this time I gonna sum up my stories from USA came back to Malaysia my beloved country (not the weather tho). #pleasejangankecamsis. Sepatutnya Beeha perlu bersyukur dengan cuaca di Malaysia yang panas lembap. Tak tipu, memanglah di USA cuaca yang sejuk begitu nyaman sekali tetapi kalau dah nama musim 'winter', sejuknya boleh mencecah negatif. Kau rasa? Takkanlah setiap kali salji kau nak pergi main salji, kan? Terperap dalam bilik, nak keluar jalan jalan pun susah dengan jalannya yang penuh dengan salji. Bila musim panas, terlalu panas pulak!💆 Uishh migrain. Matahari mencacak macam satu inci je daripada kepala. Baru dua hari dah nampak 'sunburn'. Dahlaa kita ni kulit sawo sawo matang je, dah kena 'sunburn' tu macam ayam kena panggang.

Jadi berbalik kepada cerita asal, pengalaman saya balik pertama kali ke Malaysia setelah setahun lebih di US. Raya tahun lepas tak balik sebab ada kelas. Jadi, tahun ni try jugak nak balik beraya. Yelah, roommate balik.. Kawan2 yang lain pun balik, takkan aku nak tinggal sorang2. Boleh dilanda kemurungan macam ni. Tiket flight aku 16 Jun. Final exam abis 13 Jun. Memang cun sangat tarikh. Tapi penat Ya Rabbi, because that month is the last for our house lease. So, we need to move out from that house. Dah duduk townhouse, like dua tingkat rumah tapi duk tiga orang je. Penat nak kemas atas bawah, bilik and toilet lagi. Kalau tak cuci betul2, tak dapat pulak deposit rumah nanti. 

Sebelum keluar dari rumah, aku kemas laa jugak apa yang patut. Tapi kesiannya kat dua roommateku, flight diaorang 17 Jun. Satu hari lambat dari aku. So, mostly rumah tu diaorang yang tolong habiskan kemas. Totally, rasa terhutang budi sangat dengan diaorang. Missing you guys, setelah setahun kita tinggal bersama.



Flight Beeha hari Jumaat pukul 5.30 pagi. Airport dengan rumah aku lebih kurang 20 minit. Tapi disebabkan pagi buta punya flight, decided untuk pergi lebih awal. Before 12 a.m lagi aku dah sampai dekat airport. Nasibla Ulfa yang tolong drivekan aku kesana ditemani Amalin. Sumpah sebak. Kalaulah nak sewa taxi malam malam, sumpah cuak jugak. Dah sorang2. Aku nangis diaorang dua ni nak balik tinggal aku kat airport. 😭 Plan awal memang nak balik sekali, tetapi aku orang last dapat tiket 16 Jun. Diaorang tak sempat, terpaksa balik 17 Jun.

Menunggulah aku dari pukul 12 sampai 4 pagi baru kaunter nak check-in buka. Punya laa berdoa sebab max berat per bag hanyalah 25kg. Dan aku punya beg memang lebih muatan, itupun sebelum Ulfa balik tadi aku sempat buangkan sikit barang minta tolong Ulfa yang bawa balik nanti. Doa punya doa, terlepas jugak akhirnya.. Alhamdulillah, kalau tak melayang laa $100 aku.. Dah duk fikir kat Malaysia confirm kena bayar ni dah lebih. Dah settle yang tu, boarding pass pulak punya hal. Aku sorang je yang tak dapat boarding pass time kat kaunter tu. Orang tu suruh aku minta kat dalam nanti. Jadi, dah time for boarding, beraturlah aku bawa beg galas belakang satu, hand carry satu. Ni part yang paling malas sekali, kasut nak kena buka, laptop lagi nak bawa keluar. Dengan aku bawa pulak bantal leher, tak menang tangan. Bila dah sampai kat gate, tunggu dalam beberapa minit macam tu aku dengar "Miss Azman, Miss Azman." Aku baru terperasan, la nama ayah aku tu.. So, pergi dekat kaunter, rupa-rupanya dia nak bagi boarding pass yang aku tak dapat tadi. Tapi, aku cuak. Kenapa tiketku hanya dari Eugene sampai Singapore je ni? Mana dari Singapore ke KL? Dah tanya, dia cakap sebab dari Singapore ke KL guna airline lain, dia tak dapat bagi boarding pass tu. Aku kena minta lain waktu dekat Singapore airport nanti. Fuhh, lega dengar.

So this was my iterinary:

Eugene --> Seattle --> Narita, Japan --> Changi, Singapore --> Kuala Lumpur --> Penang

Bila totalkan semua, lebih kurang 20 jam jugak dalam flight itu tidak termasuk waktu transit lagi. Bosan tu, tak payah cerita banyak laa. Sampai tak tahu nak buat apa. Tambah-tambah flight Seattle ke Narita 10 jam, dah puas layan movie dalam flight. Then, tukar pulak main game. Perut pun meragam rasa ak muntah lah apalah, aku ingatkan gastrik lah sebab waktu makan tak proper. Puas aku paksa nak muntah sebab nak bagi lega. Tapi tak jugak okay. Duk senyap2 and tertidur. Terjaga, pramugari hantar makanan. Disebabkan aku musafir, so aku tak puasa. Solat still macam biasa. Cuma kalau nak puasa tu, mungkin 20 jam lebih kena tahan lapar. Waktu berubah2, contohnya macam dekat Seattle tengah hari berlepas, tapi dah sampai dekat Japan pun still siang lagi pukul 2 petang macam tu even flight dah 10 jam. So, dari menahan lapar macam tu, diharuskan untuk tidak berpuasa.

Okay, dah transit di Japan selama 3 jam. Dari Japan ke Singapore mengambil masa 7 jam. Dalam flight aku sempat berbual dengan penumpang disebelah kanan (aku dapat sit tengah). Agak tak suka bila dapat sit tengah ni, susah betul kalau nak keluar pergi tandas. So, kitaorang borak2 kosong dan masa tu tangan kiri aku ada henna. He asked me, "Is it your tattoo? So nice!" and I replied to him, "This is not tattoo, this is henna like a temporary tattoo maybe. Hhahha". He laughed at me. 😂 Hilang kejap bosan aku. Kalau flight sebelum ni, kiri kanan aku semua pandang atas bawah je. Aku dalam hati, apehal kau ni.. Aku ada buat masalah ke apa?

Stop pasal tadi tu, sekarang sambung setelah aku sampai di Singapore. Agak lama transit di Singapore lebih dari 5 jam. Sampai-sampai terus cari password. Geram jugak rasanya sebab nak minta password kena tunjuk passport. Wifi pulak boleh guna 3 jam je. So, guna sorang je passport untuk tunjuk bukti dan minta minta lima password. Sebenarnya aku termiss nak cerita yang aku balik ni, bertemankan empat orang perempuan dan tiga lelaki. Jadinya, orang lain pulak yang tunjuk passport and password Wifi tapi kitaorang pergi dekat kaunter lain laa. Bijak kan? Hahahaha. Then, time for us untuk cari spot untuk tunggu pukul 6 for boarding time for the next flight. Kitaorang punya lah cari terminal sepatutnya, alamak! Jauh giler. 20 minit kitaorang jalan dalam airport tu sahaja. Punyalah hujung terminal kitaorang tu.

So, dah jumpa spot baik punya. Semua pakat lepak kat tepi kerusi and nak tido. Penat sangat. So, only me yang susah nak tido. Akhirnya, aku baru terfikir "ehh, boarding pass aku dari Singapore ke KL mana ada lagi kak oiii!". Yang namanya Beeha ni memang cepat cuak. Pergi laa ke kaunter pertanyaan, minta Anis(one of my friends) temankan. Kaunter pulak tutup sebab dah pukul 12 pagi, 5.30 pagi baru dia buka semula.😓 So, hati ni agak tak tenteram. Boarding time dah pukul 6 pagi, dari gate aku tu ke kaunter ada jugak 10 minit jalan. Tunggu punya tunggu, dan yang lain pun nampak gaya dah tido nyenyak. Tiba-tiba dalam pukul 3 lebih ada polis Singapore ni berjalan-jalan area tu dan gerak kitaorang dengan nada yang macam marah2. "Hey guys, wake up! wake up! Show me your passport and boarding pass." Kali kedua aku senyap bila dengar boarding pass, sebab aku takda boarding pass. Nasib baik dia tengok sorang ja.

Sampailah jam aku dah menunjukkan pukul 5 pagi, yang lain pun dah bangun. Dah ready semua. Aku pun get ready jugak nak pergi kaunter lagi sekali. 5 minit lagi sebelum pukul 5.30 pagi, aku pun ajak Anis lagi sekali temankan aku ke sana. So, dah sampai kaunter pertanyaan, dia suruh aku pergi ke kaunter check-in. Dah tunjuk passport semua, dia minta pulak tagging bag. Disebabkan luggage aku to one way dari Eugene ke Kuala Lumpur, sebab tu lah dia nak semak semula tagging bag aku tu.. Aaaa sudah.. Tagging bag tu dah aku tinggal dekat hand carry aku. Terpaksa aku berlari pergi sana, semput jugak lama tak berlari ni. Dah jauh. Nasib aku suruh Anis yang tunggu dekat kaunter tu. Memang waktu cukup-cukup ja. Dah dapat boarding pass, terus pergi gate semula and beberapa minit lepas tu kitaorang pun boarding. Nasib tak lama flight ke KL.

Dalam hati tak sabarnya nak dapat tidur yang puas kat rumah. Chopp! Aku baru sampai KL. Dah amik luggage semua dan bergegas nak keluar dari tempat pick up luggage tu, ada la mamat polis tahan aku kejap. Yang peliknya aku sorang je yang kene? Ke sebab aku pakai tudung putih ni menyerlah sangat? Hahaha. Macam tak logik. Then, dia minta passport dan tanya dari mana nak kemana. Aku denagn selamba jawab je lah dari US balik cuti raya. Ni nak check-in flight pergi Penang pulak. Ohh, mamat polis ni pun dari Penang jugak, orang Bukit Mertajam.. So, aku pun pergi laa cari kaunter mana nak check-in flight MAS ni. Dah sebab tak pernah, tercari cari jugak laa kaunter. Dah aku pergi bahagian hujung kanan G, H rupanya kaunter dia di B. Patah laa balik ke sana.

Dalam hati tak sedap dah ni, rasanya macam kena bayar je ni. Tup tup betul la tu. Bodoh jugak aku masa tu, terlalu nerd jugak. Aku pergi soal dulu lebih kena bayar berapa? Dan orang yang jaga dekat kaunter tu pun tanya balik awak nak bayar ke? Pastu, takkan aku nak jawab laa tak nak. Baik aku buat dekk je dari tadi. Kalau dia minta baru bayar. Disebabkan domestic flight hany 30kg max, so satu beg lepas laa.. Lagi satu beg tu dah berat 25kg, memang kena bayar lah. Nak marah juga, sebab syarat baru sekarang, jika lebih berat untuk penerbangan domestik akan dikenakan cas sebanyak $8 untuk 1kg. You know what, $1 almost RM 4.30. Kalau dah $8, kau rasa? Melayang RM900. Dah dengan takda duit ringgit Malaysia langsung. Nasib dia bagi aku guna debit card.

Dah tu, kena pergi kaunter lain pulak untuk buat pembayaran guna debit card. Baik jugak la pakcik yang jaga tu. Dia cakap minta maaf laa dik sebab syarat baru ni. Kalau tak dulu 5 kg RM45. Takde laa mahal sangat. Dan waktu tu jugak aku tanya dia, ada tak booth celcom kat sini. Nak minta orang keratkan sim card aku yang besar tu untuk masukkan dalam IPhone. Itulah, sebelum ni bukan pengguna IPhone. Jadi, berlari-lari anak jugak aku ni pergi tingkat 3 nak cari booth celcom. Yeaayy, finally boleh guna dah sim card Malaysia. Waktu tu jugak call mak, bagitahu dah ada kat KL. So, get ready nanti ambik kakngah kat Penang Airport.

Dekat sejam jugak aku tunggu untuk boarding time. Sekarang baru aku sorang2. Hati ni uhh ahh uhh ahh jugak risau sebab hand carry bag aku berat. Sebab aku letak pinggan mangkuk corelle yang aku beli kat US. Before this, nasib orang American tolong angkatkan beg aku letak kat atas cabin tu. Ni sapa nak tolong aku. Aku acah acah kuat, angkat sorang2 beg tu. Sumpah, nak terjatuh beg tu kat muka tapi aku tahan dengan pipi. Ini lawak gila dan aku malu. Nasib laa ada pak cik yang duduk dekat sit tu, tolong tahan beg aku dengan tangan dia. Sempat jugak aku kumpul tenaga nak tolak lagi beg tu. Hahaahhaa. Ready take off to Penang. Alhamdulillah, sampai pukul 12 tengah hari di Penang pada hari Ahad.




  • 14 Comments

Holla Bloggers!



Me and my roommate Ulfah. Sorry, I always not ready in my photo and do an ugly face. 😆 Gonna share with you guys a few pictures of tulip trip (international program) last weekend. I'm glad to get a chance to visit there. I'm fallin' in love with the tulips tho. Before this, I used to love roses. Now, I'm currently like tulips more than roses. Their colors are very attractive to me. Can I just lay and sleep with the flower? 😓



Which color do you like the most? Do comment on my entry! 😉


Looking to your eyes, my heart beating so fast. *HAHA* Happy to visit here actually. Last year, the international program didn't do this trip because of some reasons. Maybe of inclement weather at that time.







One two three! Change your pose please. *typical Beeha to make this pose* Seriously, I'm not a photogenic girl. But, I do really like to take photos. *still noob yeah. I need to learn more about tips and tricks to take photos.* I dunno when is it I like photography. I'm very sure, this kind of activity can release my stress! 😌




  • 5 Comments




Good evening bloggers!

Assalamua'laikum | This entry is about a trip to Oregon Coast. This is not my first time to go there. Actually, this is the second time for me. Tapi saje je lah nak update juga entry pasal Oregon Coast.

First time kitaorang pergi tak sempat nak tengok sunset. Perjalanan ke sana mengambil masa dua jam. Trip ini adalah dengan international program dari kolej aku. So sepatutnya kitaorang kena berkumpul di Titan Court 11.30 pagi untuk register nama setiap orang. Dan pukul 12 bertolak ke Florence.

Masalahnya kitaorang malam tu keletihan sebab buat makan makan. Dekat pukul 12 malam baru selesai, dan pukul 1 pagi baru aku nak tidur. Hmmm... Ape korang rasa? Dah tentu lepas subuh aku tidur balik. Hahhha. Pukul 9.30 baru nak bangun. Mandi lagi. Nasib sempat breakfast. Nak makeup lah bagai. Padahal tak tebal mana pun aku makeup, still cannot cover my flaws. 😓

11.30 pagi baru kitaorang nak gerak dari rumah  pergi Titan Court. Nak naik kereta takde tempat nak parking pulak. Hah, jalan kaki lah beramai-ramai. 11.50 rasanya kitaorang sampai sana. Penat! Selalu manjakan diri tak jalan jauh-jauh macam ni.

Dah settle register nama, semua naik van ikut yang telah ditetapkan. Kitaorang tak pergi terus ke Oregon Coast, tapi stop sekejap di Florence untuk beli makanan tengah hari.


Ini dia orang Melayu, tepi tepi jalan pun boleh buat port tempat makan ramai-ramai. Anis and her roommates bawa nasi goreng. Aku, ulfa, Amalin kitaorang beli je makanan dekat kedai situ. Then, berkendurilah kitaorang. Makan berjemaah di tepi jalan. Hahah. Segan pun ada sebab bukan adat Americans makan tepi tepi jalan ni. 😆

So, dah sejam kitaorang dekat Florence. Continue journey to Oregon Coast. 20 minit dah sampai.
Matlamat kali ini adalah nak tengok sunset. Tapi cuaca kali ni sangat baik. Matahari terpacak, tapi angin kuat membuatkan tubuh yang kerdil menahan kesejukan. 🌴

Aktiviti yang pasti kitaorang buat adalah misi membakar sosej dan marshmallow. Wuhuu! Aku tolong bakar sosej untuk diri sendiri dan bagi dekat orang lain makan, sebab aku tak makan sosej. Kat Malaysia okey je aku makan, datang sini aku tak lalu nak makan. 😑

Hey you guys! Dah pukul 7 malam dah. Get ready for a beautiful view.


 Ini satu-satunya gambar yang ada dalam phoneku. Aku time ni memang takde feeling nak ambil gambar ke apa. Dengan bateri kamera dah habis (nazak gila, blink2 merah).


Ini sahaja family foto yang kitaorang ada. Tapi sayangnya tak semua Malaysian student yang join this trip. So, tak cukup lengkap sangat lah gambar di atas ni.

Ada certain yang nak balik dah Malaysia sebab nak transfer universiti. Good luck to all of you. Aku harapkan perjalanan aku di sini dipermudahkan.



  • 9 Comments





Hello bloggers! Happy One Year to myself. 💖 Ya Allah, pejam celik pejam celik, 18 March 2017 genaplah setahun aku di tanah USA. Bila teringat setahun yang lepas, rasa sedih gembira semua ada. Baru tadi aku facetime dengan Fatin Nurain (one of my bestfriends). "Beeha tak rindu Malaysia ke, tak nak balik sini ke raya tahun ni?" Aku cakap,"Sapa yang tak nak balik Ain, rindu nak balik tapi tiket mahal sangat.😓" 

Dah lama aku tak jumpa Ain. Waktu ambil result SPM tiga tahun lepas pun aku tak sempat nak jumpa Ain. *Chopp! Dah tiga tahun? Lagi sekali aku terkejut. Cepatnya masa berlalu* Ain ni lah tempat aku selalu luahkan perasaan selain Ainaa. Ada je masalah cinta monyet waktu zaman sekolah dulu, Ain ni laa aku cari untuk mengadu. 




Tiba-tiba Ain tadi nak minta tolong nak buatkan blog untuk dia. I'm so excited, bila dia pun nak berblogging juga macam aku. Yelah, mana taknya.. Sekarang kalau nak harapkan kawan untuk cerita masalah, sangatlah susah. Masing-masing ada kerja yang perlu disiapkan. Friends and bestfriend are totally different for me. Friends, kau boleh buat kawan, kawan untuk makan, borak-borak kosong. But, bestfriends selalunya lebih dari kawan. Kau mungkin dah kenal dia lebih dari lima tahun. Mimik muka kau pun dia boleh baca, tambah2 kalau kau tengah bersedih. Jadi, bagi aku blog adalah tempat yang sesuai untuk aku cerita experience aku atau kisah sedih aku. Public kan aje account blog kau, ada yang nak baca or komen, anggaplah diaorang yang pendengar setia kau every post kau.

Jadi Ain or Ainaa, kalau Beeha tak sempat nak dengar luahan korang, ada masa korang tulis blog.. Then, I will read it (walaupun lambat).




Back to my story, I missing my family right now. 😭 Seriously, aku dulu seorang yang homesick bila kena balik asrama. Padahal rumah dengan MRSM lima minit je naik kereta. Sewaktu preparation sebelum fly, aku dapat dekat Johor. Abah rajin datang Penang-Johor ulang alik. Sebulan sekali mesti akan datang. *Bila call, aku asyik nangis. Mananya diaorang tak risau.* Sorrylah, kalau ada yang rasa aku ni manja terlebih or tak sekental korang. Yes, memang aku tak pandai nak berjauhan dengan keluarga.

Sekarang, aku dah buktikan pun! Dah setahun jauh dari Malaysia, tapi aku tak menangis macam dulu-dulu. Telefon family pun, even aku tahu aku rasa nak balik, air mata tak pernah menitis lagi.
GOOD JOB Beeha. *macam budak-budak la kau ni*



Sekarang tengah musim bunga! Gambar photoshoot kelmarin kononnya. *Photoshoot laa sangat eh, jangan bajet retis laa sangat Beeha oi 😅*



EEEEEEE, hahaha. Gambar candid yang buruk. Teruskan menatap mukaku. 😂



  • 18 Comments



Image result for holiday gif


ASSALAMUA'LAIKUM | Happy Holiday Bloggers!! Pretty sure, every student gonna excited for this holiday. Having a break, staying at home, sleeping, watching TV, playing around with siblings, or going vacation with family. Am I right?  I'm so excited too! *even though, far from family in Malaysia😙 But, still worry about my final exam last day. How is it my grade for physic? Physics id the toughest subject ever in my life. I wanna cry. Please do pray for me, at least I get B or C. This is a must and prerequisite for me to continue the next Physics, if not I need to retake that class. Ohmaiiigadd, I don't want!

Image result for pray for me

Do pray for me, pray for my physic, pray for my grades, pray for my healthiness. 😌


And, do you guys have any suggestion for me to do in this winter break? I think I wanna read a book. *is it only one book you wanna read this three weeks holiday? Huh?* I do not prefer novel right now, I want a different genre. Maybe 'ilmiah' or like bussiness management, leadership personality which  can motivate me to be an independent girl, be more successful girl. Kinda like that.



Image result for suggestions gif

So, if you have suggestions, please comment below. Put the title of the book, and I'm very happy to find out at the bookstore near my house or just online shopping.😇











  • 3 Comments




ASSALAMUA'LAIKUM | Sambungan yang ketiga. Disebabkan takde yang mengaku nak Beeha cerita detailed atau post gambar je.. So, Beeha nak post gambar je laa banyak2. Malas pulak rasanya nak cerita panjang2. Sampai Part 10 pun belum tentu boleh habis cerita Beeha pergi bercuti.

Bagi yang belum baca Part 1 dan Part 2, boleh klik yang di bawah :

Part 1
Part 2

Dari motel yang kami tinggal, kena naik bas ke Waukegan Station. Waukegan tu kami naik train ke OTC (Ogilvie Transportation Center). Ambil masa satu jam lebih. Jadi dari OTC tu kitaorang boleh naik Blue Line, Green Line, Orange Line, Red Line, etc, untuk nak pergi tempat2 yang kitaorang nak lawat.  "Apa Beeha sebut Blue LIne bagai nih?" Blue Line ni ala ala monorel, LRT, macam tu laa..

Day 1 :


Berdekatan dengan OTC. First impression, seronok laa dapat tengok city macam ni. 



Ni gambar Beeha tangkap sementara tunggu Blue Line.



Sebelum jalan nak pergi Shedd Aquarium, singgah dulu dekat Giant Legs ni. 



Yeayy, dah berjalan 10 minit dari Giant Legs tu, sampai pun di Shedd Aquarium.



Tak banyak pun gambar Beeha tankap dekat aquarium. Tapi this is the only one yang menarik perhatian Beeha. hihi. Cantik sangat udang ni. Warna biru dia menawan. ^^



Kemudian, jalan dalam 5 minit macam tu kitaorang singgah di museum ni. Tempat yang kami pergi ni semuanya based on City Pass yang kitaorang beli. City Pass tu harganya $98.






Ni gambar dalam museum. Sorry la gambar dia macam tak clear sangat. Amik panaroma guna phone.







  • 1 Comments




ASSALAMUA'LAIKUM | Siapa yang masih nak dengar, nak baca cerita Beeha? Cerita I tak de laa hot macam artis-aris punya gosip. Hehhehhee. Ni sambungan untuk part yang kelmarin punya. Sesiapa yang belum baca part 1, sila klik sini --->  PART 1 .




Erm..  semalam dah cerita tentang flight enn. So, harini cerita dah sampai airport Chicago. Kami sampai di Chicago hari Rabu malam. About 6.30 p.m. Kemudian, problem pasal kenderaan pulak dari airport nak pergi motel. Tengok cab mahal pulak, caj lagi tax dekat Chicago,Illinios ni. Aduyaii. Dekat Oregon dah terbiasa takde tax. Bila ada tax ni, berkira-kira kalau nak bayar pun. Then, fikir nak sewa kereta je. Search online, SET! Ada yang murah dan berbaloi. Naik laa bus apa entah nama dia, maksud Beeha mini bas yang akan bawa kitaorang pergi tempat nak pick up kereta sewa. *huishh, nasib free naik bas mini ni.*

Dah sampai dekat nak pick up kereta.. Masalah lagi.. Tapi dah boleh agak dah benda ni. Tengok-tengok ID tak cukup 21 tahun, memang tak boleh sewa kereta lahh makcik -makcik oiii. Mengeluh lagi. Buntu sekejap tak tahu nak buat apa. Nasib baik orang kat situ call someone cab ni untuk pick up kitaorang ke motel.

Tunggu punya tunggu, sampai pun. Lama laa juga.. Dah pukul 8 malam. Dah dekat nak sampai motel tuu, baru driver tu kata kenapa book hotel jauh dari downtown, and mahal pula motel kitaorang tu. Time ni rasa annoying gila. "Nak tahu kenapa?" Dari tadi kitaorang masuk dia tengah on the phone jer, masa bila kitaorang nak cakap dengan dia. Hahhhhaha. Dah laa dari airport ke motel tu, sejam lebih. Kitaorang bertujuh, naik kereta 7 sitter. Sebelah pemandu seorang, tengah dua sit je, belakang tu berhimpit laa empat orang..

Driver tu terus suruh kitaorang cancel motel yang dah di book tu. Lagipun dia cakap area ni berbahaya sikit. Kemudian, dia bawa la kitaorang ke motel yang dekat sikit naik train nak ke downtown Chicago. Dan yang pastinya, motel tu murah sikit dari yang dah di book.

Aku dekat belakang ni, sempat lagi laa nak sambung tido... Then, tengok luar kereta.. Motel yang kitaorang book tu dah area Indiana rupanyaa. Masya Allah, jauh juga motel yang kitaorang dapat last minute tuu. Asalnya, dah book rumah tumpangan macam tu (dekat dengan downtown dan murah) tapi tiba-tiba tuan rumah tu cancel. Tu yang dapat motel yang dah masuk state lain (Indiana). *Syokk laa juga, dah jejak kaki dekat Indiana. Even sempadan pun, ade aku kesah? Hahhhaa*

Okay, almost 11 p.m. kut. Kitaorang baru sampai motel yang baru ni.Motel 6 namanya. Semua dah kepenatan, mandi sikit, tukar baju, gosok gigi, semua tidur.

Esoknya, pukul 5.30 semua dah bangun. Ada yang mandi dulu, ada yang solat dulu. Pukul 7.15 kitaorang dah keluar motel sebab nak naik bas dari situ ke train station (Metra station). Aku dah tak ingat bas nombor berapa. Dah sampai station, pergi laa kaunter nak beli tiket. Pastu ambil masa pulak deka siru fikir nak beli tiket yang mana. Ada yang 10 rides dengan harga $60 something. Ada yang one way-two ride harga $15.50. Dah kira-kira tambah tolak, better kitaorang beli tiket $15.50 untuk pergi,balik hari Khamis, Jumaat. Dari ambil 10 rides tuu rugi pulak sebab mahal. Kitaorang nak naik train tu hari Khamis sampai Isnin pagi je. Tambahan pula, tiket train untuk weekend hanya $8 boleh digunakan sabtu dan ahad. *Pandai-pandai laa korang solve problem maths yang Beeha bagi ni*

Ahhhahh! Aku termiss satu part ni. One of my friend tanya dekat kaunter ni. "Ada tak cara lain untuk kami pergi sana yang murah? (ni aku translate je)" Pastu dia jawab ada. *dengan muka selamba dan toya.* "Ohh really? Apa?" Dia boleh jawab, "DRIVE" Ni aku paling rasa terhibur sekali. Muka confident dan macam bagi harapan ada lagi transport yang berbaloi kami boeh naik. Last-last, itu jawapan mamat ni. >,>




Dah tengah tunggu train tu, apa lagi... Selfie, Boomerang, Candid, semua senjata keluar waktu tuu..

Ni kawan saya, Ulfah. :D Minat pm me. Hahhaa.



Ni nak acah Train to Busan. Ehh, jangan lupa tengok train to busan. Maybe ada yang kata bosan cerita zombi macam tu.. Tapi I give 4 star out of 5. Best cara penyampaian nilai dan pengajaran yang sepatutnya kita kena tahu. But, ending tu buat aku sedih. Hero mati. T.T


Aishehh, ni baru Part 2.. Beeha sekarang sudah pukul 10.00 malam.. Tak boleh nak teruskan lagi. Rasa mengantuk sangat.. Beeha akan buat sambungan yang ketiga.. Tapi, pastinya Beeha akan move on terus tempat-tempat yang Beeha dah pergi dan lawat. Malas lah nak panjang-panjang cerita, pergi sinilah, pergi situlah, masuk toilet lah, mamat muka toya lah. 

Ke, ada sesiapa yang memang nak Beeha cerita detail lagi? Please vote! Nak tahu cerita detailed or baik Beeha cerita sikit, and letak gambar je????








  • 0 Comments
Older Posts Home
View mobile version

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  Sep 2026 (1)
      • Dear Old Diary, Beeha is Back!
  • ►  2021 (4)
    • ►  Jun 2021 (1)
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (3)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • Farhana Jafri
    Pengalaman Naik Tren LRT Hangit
  • DANA
    ROMBONGAN BERTANDANG MAJLIS ZAMAN DAN ATIKAH
  • Hanna's Hamlet
    Fritter Nasi Telur Lobak Untuk Icha
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Ogos 2026
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • OMBAKBERGIGI
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Lady In Red Planner
    Officially Moved: Lady in Red Planner Kini Daily Bliss Journal
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • ♪izzati 멜로디♪
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top