Hey! Hello semua. Dah sebulan Beeha menyepi. Semenjak COVID 19 ni menular, class pun online jer, maka Beeha pun banyak habiskan masa untuk online class. Semua benda nak online, so blog Beeha terpaksa diketepikan dahulu. Dah habis sem, baru Beeha berjanji nak update blog semula.
Harini dah masuk dua minggu cuti, setelah habis final. Bosan jugak dua minggu ni dekat rumah. Beeha dah laa takda summer class. Memang chill laa summer ni, 3 bulan cuti. Asalnya plan nak balik Malaysia, 20 March ni. Then, flight ticket cancelled! Dah laa Qatar tak email apa-apa. Dah dengar ramai sangat cakap flight cancel.. So, Beeha pun direct message kat twitter Qatar tanya flight Beeha. Lastly, diaorang cakap cancel. Ehhh.. Macam tu jer eh?? Dah laa tak inform kat email. Sakit hati pulak. Tapi, takpe lah jugak sebab parents kata takyah balik buat masa ni. Biar lah flight cancel pun, no need cari tarikh baru. Sedihnyaa.. Raya kat USA lagi tahun ni. T.T
Duk cakap bosan, bosan dan bosan.. Beeha pun start laa tengok drama kat Netflix. Selalu tengok series English je. Tiba-tiba haritu start tengok drama Korea. HAHAHAHA. Beeha ni punya laa susah tahu tak kalau layan cerita Korean ni. Malas nak start, takut nanti tak berhenti tengok. Selagi episod drama tu tak habis, I will keep continue.. Mata bengkak tak tidur pun sanggup, sebab nak habiskan cepat! Tak boleh control kalau dah start tengok satu episod. Hehehe.
My housemate bukak lah drama A Korean Odyssey. Padahal ni drama tahun 2017. Tak pernah tengok lagi. Sekali dah start tengok sampai episod 3, rasa best pulak. Tiap kali sahur, sambil makan kitaorang tengok Korean Odyssey ni. Hahahhaa. Dah tengok, terminat lah dengan Lee Seung Gi ni. Tengok dia berlakon dalam Korean Odyssey ni rasa macam lawak je. Tapi, ending sedih pulak. Ingat nak happy ending together, tapi tak macam disangkakan. Hmm.
Dah minat dengan lakonan dia, terus laa layan Vagabond. Series kat Netflix terbaru dia berlakon. This one, ramai cakap plot cerita slow. Tapi, aku layan jugak sebab ada Lee Seung Gi. Hahahha. Jalan cerita dia not bad, and buat aku curious. Lagi sekali, ending dia buat aku kecewa. Bukan happy ending jugak! Pastu, tergantung pulak tu. Kenapa macam ni... Seriously, Beeha mengharapkan ada Season 2!
Sekarang ni, macam nak start tengok Gu Family Book and King of Two Hearts. Tapi, both ni ada kat drama cool je. Tak best sangat sebab banyak iklan.. Plus, drama tu drama lama. So tak HD sangat laa. Boleh je untuk tengok, still okay. Beeha je cerewet nak HD lah apelah. Hohohoo.
Any suggestion drama Korea yang best2? Sila tinggalkan comment di bawah, okay? ^^