Trip to Chicago : Part 2





ASSALAMUA'LAIKUM | Siapa yang masih nak dengar, nak baca cerita Beeha? Cerita I tak de laa hot macam artis-aris punya gosip. Hehhehhee. Ni sambungan untuk part yang kelmarin punya. Sesiapa yang belum baca part 1, sila klik sini --->  PART 1 .




Erm..  semalam dah cerita tentang flight enn. So, harini cerita dah sampai airport Chicago. Kami sampai di Chicago hari Rabu malam. About 6.30 p.m. Kemudian, problem pasal kenderaan pulak dari airport nak pergi motel. Tengok cab mahal pulak, caj lagi tax dekat Chicago,Illinios ni. Aduyaii. Dekat Oregon dah terbiasa takde tax. Bila ada tax ni, berkira-kira kalau nak bayar pun. Then, fikir nak sewa kereta je. Search online, SET! Ada yang murah dan berbaloi. Naik laa bus apa entah nama dia, maksud Beeha mini bas yang akan bawa kitaorang pergi tempat nak pick up kereta sewa. *huishh, nasib free naik bas mini ni.*

Dah sampai dekat nak pick up kereta.. Masalah lagi.. Tapi dah boleh agak dah benda ni. Tengok-tengok ID tak cukup 21 tahun, memang tak boleh sewa kereta lahh makcik -makcik oiii. Mengeluh lagi. Buntu sekejap tak tahu nak buat apa. Nasib baik orang kat situ call someone cab ni untuk pick up kitaorang ke motel.

Tunggu punya tunggu, sampai pun. Lama laa juga.. Dah pukul 8 malam. Dah dekat nak sampai motel tuu, baru driver tu kata kenapa book hotel jauh dari downtown, and mahal pula motel kitaorang tu. Time ni rasa annoying gila. "Nak tahu kenapa?" Dari tadi kitaorang masuk dia tengah on the phone jer, masa bila kitaorang nak cakap dengan dia. Hahhhhaha. Dah laa dari airport ke motel tu, sejam lebih. Kitaorang bertujuh, naik kereta 7 sitter. Sebelah pemandu seorang, tengah dua sit je, belakang tu berhimpit laa empat orang..

Driver tu terus suruh kitaorang cancel motel yang dah di book tu. Lagipun dia cakap area ni berbahaya sikit. Kemudian, dia bawa la kitaorang ke motel yang dekat sikit naik train nak ke downtown Chicago. Dan yang pastinya, motel tu murah sikit dari yang dah di book.

Aku dekat belakang ni, sempat lagi laa nak sambung tido... Then, tengok luar kereta.. Motel yang kitaorang book tu dah area Indiana rupanyaa. Masya Allah, jauh juga motel yang kitaorang dapat last minute tuu. Asalnya, dah book rumah tumpangan macam tu (dekat dengan downtown dan murah) tapi tiba-tiba tuan rumah tu cancel. Tu yang dapat motel yang dah masuk state lain (Indiana). *Syokk laa juga, dah jejak kaki dekat Indiana. Even sempadan pun, ade aku kesah? Hahhhaa*

Okay, almost 11 p.m. kut. Kitaorang baru sampai motel yang baru ni.Motel 6 namanya. Semua dah kepenatan, mandi sikit, tukar baju, gosok gigi, semua tidur.

Esoknya, pukul 5.30 semua dah bangun. Ada yang mandi dulu, ada yang solat dulu. Pukul 7.15 kitaorang dah keluar motel sebab nak naik bas dari situ ke train station (Metra station). Aku dah tak ingat bas nombor berapa. Dah sampai station, pergi laa kaunter nak beli tiket. Pastu ambil masa pulak deka siru fikir nak beli tiket yang mana. Ada yang 10 rides dengan harga $60 something. Ada yang one way-two ride harga $15.50. Dah kira-kira tambah tolak, better kitaorang beli tiket $15.50 untuk pergi,balik hari Khamis, Jumaat. Dari ambil 10 rides tuu rugi pulak sebab mahal. Kitaorang nak naik train tu hari Khamis sampai Isnin pagi je. Tambahan pula, tiket train untuk weekend hanya $8 boleh digunakan sabtu dan ahad. *Pandai-pandai laa korang solve problem maths yang Beeha bagi ni*

Ahhhahh! Aku termiss satu part ni. One of my friend tanya dekat kaunter ni. "Ada tak cara lain untuk kami pergi sana yang murah? (ni aku translate je)" Pastu dia jawab ada. *dengan muka selamba dan toya.* "Ohh really? Apa?" Dia boleh jawab, "DRIVE" Ni aku paling rasa terhibur sekali. Muka confident dan macam bagi harapan ada lagi transport yang berbaloi kami boeh naik. Last-last, itu jawapan mamat ni. >,>




Dah tengah tunggu train tu, apa lagi... Selfie, Boomerang, Candid, semua senjata keluar waktu tuu..

Ni kawan saya, Ulfah. :D Minat pm me. Hahhaa.



Ni nak acah Train to Busan. Ehh, jangan lupa tengok train to busan. Maybe ada yang kata bosan cerita zombi macam tu.. Tapi I give 4 star out of 5. Best cara penyampaian nilai dan pengajaran yang sepatutnya kita kena tahu. But, ending tu buat aku sedih. Hero mati. T.T


Aishehh, ni baru Part 2.. Beeha sekarang sudah pukul 10.00 malam.. Tak boleh nak teruskan lagi. Rasa mengantuk sangat.. Beeha akan buat sambungan yang ketiga.. Tapi, pastinya Beeha akan move on terus tempat-tempat yang Beeha dah pergi dan lawat. Malas lah nak panjang-panjang cerita, pergi sinilah, pergi situlah, masuk toilet lah, mamat muka toya lah. 

Ke, ada sesiapa yang memang nak Beeha cerita detail lagi? Please vote! Nak tahu cerita detailed or baik Beeha cerita sikit, and letak gambar je????








You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)