MAASU Leadership Summit Experience


Hello my bloggers! Happy Fall Break! (for me)

Beeha baru je habis fall break aka cuti musim luruh. Cutinya kejap je Isnin dan Selasa. Tapi, hari jumaat Beeha takda kelas. So, sambung la weekend and cuti dua hari untuk fall break. What I did during this break??! Feeling excited to share with you all about my experience going to MAASU Leadership Summit event. Ehh MAASU tu apa? MAASU tu stand for MidWest Asian American Student Union.

This is my first time involve in this conference. Actually, almost tiga tahun dekat universiti ni dan baru sekarang Beeha nak explore leadership event ni. Inipun sebab Beeha one of the Asian Student Union (ASU) organization in my university, so I had chance to join this conference. Beeha rasa semester paling sibuk sekali adalah waktu Sophomore (second year). Semester ni banyak sangat nangis sebab subjek susah and rasa masa tak cukup nak buat homework. Untuk subjek biomedical engineering (BME), every class ada project tau. At least dua project every semester untuk setiap kelas BME - individual and group project. Baru-baru ni, aku dapat tahu kelas BME yang aku pernah ambil sebelum ni hanya ada satu project je which is individual. Itupun dia bahagikan project tu kepada dua bahagian. Padahal time aku dulu, kena habiskan dua dua part dalam masa kurang sebulan. T.T

Okay done with my bebelan pasal class project. Berbalik pasal conference aku attend last weekend. Kitaorang gerak hari Jumaat. Flight kitaorang pukul 4.30 petang. Pukul 2.00 petang kitaorang dah gerak pergi airport sebab dari campus ambil masa 20 minit macam tu. Itupun kalau takda traffic jam. Okey, Beeha skip lah part ni. Terus cerita bila kitaorang dah sampai di Wichita, Kansas. Kitaorang sampai di Wichita Airport around 8.30pm. Then, kitaorang ambil uber pergi ke hotel dan sampai dekat hotel pukul 9pm.

Flight to Wichita Aiport, Kansas.
Malam tu kitaorang ada aktiviti dengan family group yang ditetapkan. But, I was too tired. Malas gila nak join and confirm balik 1 or 2 pagi macam tu. So, the boys je yang rajin join. Yang girls semua naik hotel, mandi dan tidur. Get ready for tomorrow morning event!! Event pagi esok dekat Rhatigan Student Center building.

Hello! Wearing business casual for the morning event.
Sebelum start event tu, kita bergambar dulu! Hehehe. First event adalah keynote speaker from Albert Chanthaboury. Time ni dia cerita latar belakang, apa persepsi anda bila sebut pasal maksud Asian dan juga jenis-jenis leadership. Dia nak tekankan dekat sini as a leader tak bermakna orang tu kena menyerlah, bagi instruction and lead all the way. Sebab ada jenis orang yang dia ada leadership skills tetapi ada introvert personality membuatkan leadership dia tak menyerlah. So, Beeha rasa Beeha jenis yang macam tu. Leadership skills tu ada, tapi jenis yang tak suka nak bercakap banyak. I prefer untuk diam and buat kerja I bagi settle. 

-------

Next activity, energizer!! Time ni everyone dapat satu kertas and kena tulis nama, contact number or social medias. Lepas tu kena lipat kertas tu jadi airplane. Time ni aku dah gelabah kejap sebab tak ingat macam mana nak buat airplane. HAHAHAH. Pastu tanya orang sebelah macam mana nak buat. Dah siap buat airplane, semua orang kena baling airplane tu seberapa banyak kali yang mungkin until the speaker say STOP. Time dia kata stop, Beeha pun tercari-cari lah mana airplane. Takda satu pun yang jatuh dekat aku ni. Jalan sikit ke depan, ada mamat ni bagi la extra airplane kat tangan dia tu. Semua orang kena contact dengan person yang tertera dekat airplane masing-masing and diminta untuk berjumpa selepas aktiviti malam ni.

Dah selesai energizer aktiviti tadi, kitaorang kena bergerak ke tempat lain ikut masing-masing punya family group. So, my Hoot-hoot family kena pergi ke Mckinley building. Kitaorang semua kena duduk dalam bulatan di dalam kelas. So session ni just santai-santai. Kitaorang ada sharing session which is masing-masing bagi opinion, what is leadership? Only an hour session. Lepas tu family group kitaorang decide nak lunch dekat kedai pizza. Dah habis lunch, kitaorang ada workshop session!
My Hoot-hoot family!

Workshop session paling aku tunggu-tunggu sekali. Sebab diaorang ada 10 speakers untuk workshop ni. Seminggu sebelum event ni start, peserta semua kena isi form untuk pilih workshop mana yang nak hadir. Then, diaorang akan susun first and second workshop. Dekat tag nama yang Beeha dapat dah tulis bilik mana workshop tersebut.

First workshop Beeha tentang 'Workplace and Etiquette'. This session agak bosan sikit. Sebab dia cakap pasal resume and how to apply job. Dekat USA bukan senang nak apply job tambah-tambah macam Beeha, international student. Memang susah. Most of the company, dah siap tulis applicable for US citizens or permanent residents. Hmmphh. Tapi, my second workshop was the best! The topic was 'Seize Your Space'. The speaker is Joseph Shepard. Wahh, Beeha masih ingat lagi nama dia. Dia cerita latar belakang dia. Serious tersentuh gila sebab dia daripada broken family. Dia dah lama tak jumpa mak dia. Dia tinggal dengan ayah selepas parents dia bercerai. Time high school, pernah cuba nak bunuh diri sebab stres. But now, dia dah buktikan dia boleh berjaya. Ada degree, master degree and sekarang university director. This workshop kind of give me positive vibes and moral support to myself. Even though, you di antara kelompok kecil di negara ini.. You still can fight for your space. Workshop ni banyak tekankan pasal hak untuk Asian American di United States. But still, I got something. Phrase yang aku masih ingat, "If you want something, go for it. Don't wait for the permission". So, benda ni macam boleh apply untuk leadership. If you nak organization tu berjaya, as a leader you lah kena gerakkan team tu. Jangan nak tunggu orang lain pulak bagi arahan. Memang takkan berjaya laa satu organization tu. :)

-----------

Dah habis dua jam workshop tadi, kitaorang berkumpul dengan family group masing-masing semula dekat Mckinley building. Topic for this session was pilots and destinations. Masing-masing dapat kertas lagi. Semua kena describe the mentors (pilot) that help us on our journey to higher places (destinations). Dan aku cerita lah tiga orang yang sangat bermakna, yang banyak tunjuk tentang leadership. Even though, diaorang tak ajar, tapi dengar pengalaman diaorang and tengok apa yang diaorang tempuhi banyak ajar aku tentang leadership.

My pilots are my father, my grandma and one of my high school teachers. Tapi paling terkesan sekali, adalah my high school teacher aka Ustaz Salman. Dia lah yang zaman waktu aku kat MRSM, banyak motivate aku untuk jadi Naib Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP). Aku rasa aku memang tak layak pun nak handle jawatan tu. Entahlah, memanglah Beeha jenis yang garang tapi rasa tak sanggup pun nak pikul tanggungjawab as Naib Presiden. Tapi, dia yakin sangat ramai yang akan vote Beeha untuk jadi Naib Presiden BWP. Dan dia jugaklah yakinkan Beeha ada leadership skills tu. Jadi, time tu lah nak cungkilkan bakat Beeha... Berbalik kepada aktiviti kitaorang tadi, masing-masing dah share pilot and destinations. Sebelum semua bersurai, kitaorang kena tulis positive words describe everyone in our families. Tadi kan dah duduk dalam bulatan. Masing-masing kena bangun and rotate untuk tulis positive words dekat kertas setiap orang.

--------------

Yeayy, tonight event﹣Banquet! Kitaorang ada masa dua jam untuk bersiap-siap. Event tersebut start pukul 7pm. Aku hip hip hooray sebab tak boleh solat. So, tak payah fikir laa nak letak makeup tebal-tebal ke apa. Tak perlu nak cuci muka untuk solat maghrib. Hehehe. Tema adalah formal or traditional cloth. Sebab tu, Beeha dengan bangga sekali nak pakai baju kurung. Even though, awal-awal aku rasa malu la sorang-sorang je pakai baju kurung. Orang lain mostly pakai dress tak pun cheongsam. 

Sampai je dekat tempat event tu, terus amik makanan. Menu choices yang ada beef lasagna, chicken pasta and vegetarian option. So, aku amik je laa vegetarian option tu. Itu je yang boleh makan dengan salad. Tapi, not bad laa vegetarian food tu. Ada brokoli, kentang, carrot. Dengar macam bosan tapi rasa dia sedap. Then, Beeha ambil cookies and cake! Ini favorite! Sebab dapat makan chocolate cake. ^^. Closing ceremony started at 7pm. Banyak local performances seperti KDiversity, Priska Musik, Tiffany Day and etc. Event selesai around 9pm macam tu. Kemudian, kitaorang tangkap gambar dengan family group masing-masing.

With my family group again! So proud to wear traditional cloth for banquet.







Dan tak lupa jugak, Beeha sempat jumpa dengan airplane pal! Ini airplane pal yang aku dapat. Siapa yang dapat airplane Beeha pun tak tahu lah. Dia tak contact Beeha pun. Sobss sobss. 

With my airplane-pal

Dah habis event ni, kitaorang pun balik hotel. Dan malam tu diaorang buat party. Tapi Beeha tak join. Hehhehe. Just nak rest and chill dekat dalam bilik. ^^

You Might Also Like

5 Comments

  1. Iterestng nya dapat tahu macam mana program as such berlangsung. You're blessed to be able to attend it and I'm always a fan for small flowers pattern on baju kurung!

    ReplyDelete
  2. seronoknya ada experience macam ni.. being there untuk sambung study dah extraordinary dah and involved with all these kinda thinngs lagi meriah.

    ReplyDelete
  3. I watched your instastories when you were attending this summit, it looks really fun.
    And to see more photos from it makes it even better. Btw, I love your 'baju kurung' :D

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)