Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer





Lima tahun. Lama juga Beeha menghilang dari dunia blogging.

    Banyak benda dah berubah dari post aku yang terakhir tahun 2021! Phewww.. Lamanya aku menyepi. Sekarang dah tahun 2026. Tahun 2021, bermulalah karier aku di Selangor. Masuklah fasa hidup yang kononnya orang kata “welcome to adulthood”. Jadi, sejak dari itu aku dah lama tak update blog. Mula kerja, mula dapat gaji sendiri, mula bayar rumah sewa sendiri – dan mula sedar yang hidup sebagai orang dewasa sebenarnya tak semudah yang aku sangkakan. Aku tak beli kereta je lagi sebab aku cari rumah sewa dekat dengan office. 10 minit je jalan kaki.

    Nasib baik masa awal-awal kerja, aku tak betul-betul seorang. Kebetulan officemate aku tu orang Penang jugak. Hari pertama kenal dah boleh ‘klik’. Banyak habiskan masa bekerja, lepak dekat rumah dan kadang-kadang keluar dengan officemate aka housemate. Sadly, dia pun dah pindah kerja dekat Penang setelah dekat dua tahun kitaorang sama-sama. Dan tinggallah aku seorang. Masa tu rasa sunyinya sebab takda kawan. Balik kerja, buka pintu rumah… senyap. Weekend pun mula rasa panjang.

    Kawan-kawan masa sekolah menengah dulu ada je yang bekerja di KL dan Selangor, cumanya dah lama tak contact.
Selepas itu, barulah contact semula dengan diaorg. Waktu ni, barulah rasa macam hidup semula. Kalau tak, pergi kerja balik kerja. Malam aku akan call adik aku sebab sunyi. Kadang-kadang aku call jugak ex-officemate aku tu tanya khabar. Ada hari yang aku nangis jugak sorang-sorang. Tu lah, boyfriend pun takda time tu nak ajak borak-borak atau share masalah. HAHAAA.

    Di sini lah aku rasa aku perlukan someone untuk bercerita. Dekat siapa lagi aku boleh bercerita? Kena ada boyfriend mungkin? YES! Definitely I need a boyfriend that time. Dan sebab zaman dah moden sangat, aku pun masuklah dunia dating apps – Bumble. Masa ini banyak sangat dating apps yang tengah popular – Omi, Facebook, Baituljannah dan etc.

    Kalau nak dikenangkan semula, rasa kelakar sangat susah payah cari boyfriend kat dating apps. Pagi masuk kerja, malam pulak swipe kiri kanan dengan harapan mereka akan jadi the one. Waktu itu, aku bukan nak cari orang untuk berborak je, tapi menapis juga kalau ada yang boleh jadi pasangan hidup. Umur pun dah nak akhir-akhir 30s. Bila lagi nak mencari kalau tak usaha dari sekarang? Buah takkan jatuh bergolek, ye idok?

    Berbulan-bulan juga aku guna Bumble ni. Mula macam dah selesa chat dekat phone. Tetiba dah kena ‘ghosting’. Katanya nak fokus hidup dan tak nak komitmen lagi. Ada pulak yang terlalu clingy sampai aku rasa rimas. Dan akhirnya, aku putuskan untuk berhenti cari boyfriend dekat dating apps. Penat tau cari jodoh dekat dating apps ni. Sangat memerlukan komitmen ya. Jangan capat fall in love pun penting. Kadang kita rasa dah selesa, rasa he is the one. At the end, dia tinggal macam tu je. Mungkin cara ni bukan untuk aku. Kawan-kawan aku ada dua tiga yang jumpa jodoh melalui dating apps. Berjaya sampai dah kawin. Alhamdulillah.. Tahniah untuk kawan-kawanku. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke Jannah dan bahagia selalu.


And Then, There Was Him


    Lucunya, dalam aku duk sibuk mencari boyfriend waktu itu, tak pernah langsung terfikir yang aku sebenarnya dah jumpa orangnya. Well, techincally, aku pernah kenal dia. Kami pernah satu sekolah, malah satu kelas tau. Tapi, kalau kau tanya aku waktu itu siapa dia, mungkin aku cuma jawab “Ohh, dia tu ke.” Kami tak pernah betul-betul bersembang. Apatah lagi rapat. Tambahan, kami bukan satu homeroom. Untuk yang pernah belajar di MRSM, pasti tahu apa itu homeroom. Kami akan ada guru homeroom yang akan jadi “ibu” kami di sekolah – tempat nak mengadu, minta nasihat dan orang yang akan pantau kami sepanjang berada di MRSM.

    Jadi, memang kami tak pernah betul-betul bersembang. Dia budak pandai dan aktif bersukan. I wouldn’t say I had a crush on him, but I did admire him a little. Jealous tau bila tengok orang pandai and at the same time aktif sukan juga. Nak jugak ada bakat macam tu. Bila teringat semula, takda ada pun cerita sweet-sweet kami masa sekolah.


Yes, nope at all.


He was just someone I knew of from school.


Lepas habis sekolah, masing-masing pun went on with our lives.


Until 2022.


    Tiba-tiba dia DM aku dekat Instagram sebab nampak story post aku pasal kerja dekat office. Aku pun tak ingat masa bila dia follow dekat Instagram. And what did I do? Aku hanya balas mesej dia dua kali je. Kemudian, tak layan sebab aku ingat dia dah ada girlfriend. Looking back now, memang kelakar. If I knew what was going to happen after two years later, maybe I would’ve replied his message longer than that.


Fast forward to 2024.


Dia muncul balik dekat DM Instagram aku. Kalini bukan tanya apa apa berkaitan kerja pun. Dia ucap “Selamat Hari Raya, Nabihah”. Somehow, from that oen Raya wish, we started talking. At first, biasa-biasa ja. Tanya khabar, cerita pasal kerja, hobi dan catch up about old friends. One conversation turned into another, and another.. And slowly, I started to realise that the person I knew from school was actually very different when I got to know him as an adult. Dekat sekolah dulu, dia sangatlah pendiam. So, I didn’t expect him to be talkative like this.

    We were basically two people who happened to go to the same school, knew each other, went our separate ways, and somehow crossed paths again at a completely different stage of life. And the funny part? Aku yang waktu tu sibuk mencari boyfriend through Bumble… Ended up getting to know someone who had actually been somewhere in my life all along. The boy I used to admire a little from afar.

The boy who DM-ed me in 2022- and I didn’t even bother about him. And the same boy who came back in 2024 with nothing more than a “Selamat Hari Raya, Nabihah.”


Sometimes, the person you’re looking for isn’t someone new.


Sometimes, they’re someone you’ve already met.


You just haven’t met them at the right time yet.


Little did i know, somewhere along the way, i was about to meet the person who would change the entire direction of my life.

  • 0 Comments

 Selamat petang semua!


Harini tiba-tiba terdetik nak menulis and cerita kisah tentang root canal treatment (RCT) ataupun dalam Bahasa Melayu adalah rawatan akar gigi. Untuk sesiapa yang pernah baca kisah Beeha buat treatment ini, mungkin anda masih ingat ataupun dah terlupa?

Kalau terlupa kisah tersebut boleh check semula link entry di bawah. Untuk yang belum tahu, boleh baca dulu entry Part 1 and Part 2 Beeha sebelum anda teruskan baca entry di bawah.

Root Canal Treatment Part I

Root Canal Treatment Part II

Untuk yang dah baca kisah pertama dan kedua, terima kasih Beeha ucapkan. Hehe. Untuk yang Part 3 ni, jeng jeng jeng. Pasal apa pulak ye? Alkisahnya, gigi RCT Beeha tu sakit semula!!😓Padahal tak sampai 2 tahun Beeha buat treatment tu. Dari hujung Disember 2020, memang ada sakit sakit tu. Tapi rasa macam sakit sakit manja je. Tambah Beeha pulak masih dekat US, so nak pergi rawatan sana pun macam tak berbaloi je. Dah mahal sekali pergi and tak cover under insurance for dental, okay!! 

Memikirkan awal Januari memang nak balik Malaysia for good. So, aku sabar je lah. Sementara tu masih amalkan kaedah lama ﹣kumur air garam yang suam. Better laa dari tahan sakit je. Even dah telan Tylenol (ubat tahan sakit aka paracetamol), tak jalan wehh. Buat kau tidur jer, bangun dari tidur masih sakit.

So, dah balik Malaysia awal Januari and kuarantin bla bla bla. Masa berlalu begitu sahaja. Hujung bulan tiga tu aku sakit gigi balik. Kali ni memang teruk sebab sampai tak boleh tidur malam. Dua hari tak hilang sakit. So, pergi klinik gigi kerajaan. Dia check and tanya semua kat mana aku buat RCT sebelum ni. And then, dia bagi ubat antibiotik and tahan sakit. Ubat tahan sakit tu berasid tinggi jugakla. Sebab Beeha ada gastrik. Bila nak makan memang make sure waktu tu perut memang on the good mood ye. If tak, memang rasa nak muntah and gastrik menjadi-jadi. Orang yang pernah gastrik, for sure akan faham macam perasaan dia.

Lepas seminggu habiskan ubat, datang balik untuk check gigi. Alhamdulillah, kurang lah dan tak sakit dah. Pastu, doktor pesan buat masa ni saya tak boleh nak buat RCT for second time sebab Beeha kata okay, tak sakit sangat macam haritu. Dan dia pulak suggest suruh aku cabut je gigi tu. Dalam hati, "Aishh dah laa mahal buat RCT haritu kat private, last-last nak kena buang terus je ke kan??" Dia kata if sakit semula baru datang sini and diaorang akan refer ke pakar which is kat klinik kerajaan area lain yang ada kemudahan untuk RCT.

Tup tup dua hari lepas jumpa doktor, gigi sakit balik. Aiyooo, dia ni memang mengada eh. Time jumpa haritu happy je tak sakit. Jadinya, Beeha pergi lah lagi klinik. Doktor tekan area gusi, tapi tak bengkak pun. Beeha pun tak mengaduh sakit sangat. Rasa biasa je time dia tekan gusi tu, cumanya memang kat bahagian dalam gigi ni rasa tak selesa and on off je sakit tu. Lastly, doktot bagi ubat tahan sakit lagi and tulis surat untuk refer Beeha ke klinik kerajaan lain untuk set appointment RCT. Doktor kata tunggu je ye call from doktor kat klinik sana, tapi memang lama lah, bukan dalam masa terdekat ni.

Balik rumah dengan keadaan hampa. Sebab sakit tu kejap ada kejap takda. Then, dah seminggu dua minggu gigi macam okay. Lepas je minggu ketiga, gigi sakit balik. Ubat tahan sakit haritu ada, so Beeha makan jer. Lima hari jugak Beeha tahan, sampai dah rasa gusi dah bengkak sangat. Cumanya pipi Beeha tak nampak benjol je dari luar. Bayangkan dari rangka pipi tu sampai ke bawah dekat dengan gigi memang sakit.

Ini lah bahagian pipi yang sakit tu


So, decide untuk pergi private klinik yang Beeha pernah buat treatment pertama haritu. Tunggu klinik kerajaan call sampai sekarang Beeha update pasal ni pun still tak dapat call dari diaorang. Maybe sebab covid ni laa. Diaorang tak boleh nak terima banyak pesakit dalam satu masa. Hari Jumaat pagi, Beeha terus gerak pergi private klinik tu and doktor yang rawat aku tu dah pindah pergi klinik diaorang dekat cawangan lain. Luckily, 10 minutes je dari tempat tu.


Okayy, next Beeha akan cerita my second RCT di Root Canal Treatment Part IV.

  • 11 Comments
Hello again bloggersku!
What's up geng? Hitung-hitung sudah 6 bulan ye Beeha tak update blog. Sejak bulan August haritu start class for my final semester, dah berdesup hilang Beeha di blog. Tak ada benda nak update satu hal. Lepas tu, banyak duduk di rumah je dan class pun mostly online. My routines were so bored. 
Harini update just nak bagitahu satu dunia blog yang Beeha dah malaysia for good. Sedih sebenarnya sebab ada hasrat nak kerja di United States. Tapi, based on my degree ni, agak susah yer dan probability untuk Beeha dapat kerja as a biomedical engineer tu agak tipis. Most of international friends yang apply nak buat internship as biomedical engineer pun tak dapat. Nak kerja tetap apatah lagi dengan experience aku pun kosong jer. Fikir punya fikir, dari bazir duit apply Optional Practical Training (OPT), tunggu nak dapat kerja, elaun MARA pun hanya sampai Dec 2020... So, cukup ke nak bayar duit sewa rumah, elektrik and bil lain lain lagi?? Daripada Beeha serabut kepala, the best option is to go back Malaysia for good.. :)
In shaa Allah, rezeki tu di mana-mana sahaja ada. 


In the plane, it was compulsory to wear face shield

Flight Beeha 30 Dec 2020. Balik sorang-sorang time tu. Bosan jugak laa bila takda kawan nak sembang dan almost 22 hours total flight. Yang penting, 3 seats sederet tu Beeha conquer. Boleh tidur dengan aman and pergi lavatory banyak kali. First gerak dari Indianpolis to Chicago, it took 1+/- hour. From Chicago to Doha, about 14 +/- hours and lastly, from Doha to KL about 7 +/- hours.. Sampai di KL, terus kena swab test sebab I don't bring any pre-test before departure. So, total quarantine Beeha adalah 10 hari. Untuk yang bawa pre-test, kuarantin mereka hanyalah 7 hari. "It's okayy, I can rest in hotel lama-lama. Huhuu".


Dah tak ingat ni dekat mana, might be Poland..

Dari airport, terus di bawa ke hotel. Beeha dapat hotel area Kajang. But, the worst thing for me bila kena tidur dalam bilik hotel alone. Dia mesti nak terbayang benda yang bukan-bukan. Masih ingat lagi malam hari ke-7 sebabnya, most of people yang dapat bilik berhadapan and tingkat atas Beeha dah balik. They only quarantined for 7 days.. Agak pelik bila terjaga pukul 2-3 pagi, dengar bunyi pung pangg pungg pangg macam orang duk tolak katil. Bunyi kecoh jugak laa. 
Bila fikir pasal jetlag, takkan hari ke-7 masih tak habis lagi jetlag. Even jetlag pun, apa benda yang di buat bising-bising pukul 3 pagi ni. Benda ni jadi time malam ke-8 jugak. Wehh cuak, dah baca banyak ayat dah time tu sambil tutup muka dengan selimut. Bantal kiri kanan kepit sebelah badan. Beeha jenis yang suka tidur dalam gelap, even on TV pun tak suka. Tapi, sepanjang quarantine tu I had too..
Alhamdulillah laa tak kena kacau lebih-lebih.. And hari ke-10 dah boleh checkout!

  • 8 Comments
Assalamua'laikum bloggers! I'm back with new story. Quite interesting! And really want to share my experience doing Pap Smear or it can be called as Pap Test. This is my first time doing the test. Of course, I was very nervous! Luckily, I can sleep the night before the test.

Getting ready for the test?

Before that, I want to share what is the Pap test for? It is actually a screening test for cervical cancer. It tests the presence of precancerous on your cervix. It is recommended for girls/women 21 years old and above to do the test once in three years. If you want to know more, you guys can take a look on this WEBSITE. 

But there is one Q&A that catch my eyes. See below.. So, this test not only for girls yang sexually active. Sesiapa pun disarankan untuk buat test ni tiga tahun sekali. Expecially, 21 years old above! This age has high risk for getting this cancer cervix.

How often do you need a Pap Test? Here the answers ;)


In waiting room.

Macam biasa, ikut procedure Health Clinic di USA kena isi borang, check suhu badan (due to COVID19) and wait for them to call you. Masa Beeha sampai dekat situ, I forgot to wear face mask. So, they gave one for me! After a few minutes waiting outside, they called my name. I was getting nervous! They took weight and measured my height. After that, they brought me to a room. The health clinic employee asked me few questions, such as do I allergic to any medicine? how many siblings I have? do they have health issue? do I have other health issue today? and etc. Then, took my blood pressure reading. The Pap Test was not start yet.

I needed to wait for the doctor. Just now, she was not a doctor maybe a health clinic assistant? About 5 minutes, the doctor came. Again, she asked a lot of questions. How's my day? How's your period cycle? Has normal discharged? Sexually active? Do you active sports? Any allergic you have? Are you feeling good? Do you have depression these few weeks? And I was like... She seemed can read my mind. Hahahha. She told me this was apart of COVID19 questions and also just to ensure I'm good for today test.

So, instead of pakai baju hospital.. Diaorang bagi Beeha pakai gown yang diperbuat ala-ala dari tisu mungkin. Tapi yang tak mudah terkoyak. I think they use this kind of gown sebab situation COVID19 sekarang. Nak elakkan dari share pakaian. So, better use yang pakai buang macam ni. Feeling awkward tho at that time. Paling Beeha cuak, kalau terkoyak macam mana ni. Hahhaha. You guys can see the picture below!


She gave me 5 minutes to undress all my cloth. Then, Beeha terus duduk dekat kerusi baring tu. First, the doctor did physical exam. Checked my ear, nose and mouth. Checked my heartbeat, abdomen and also breast test. This is also my first time did the breast test. AWKWARD again.. But, she reminded me to check the breast every month usually a few days after your period ended. Do not know how to do breast self-exam?? Click HERE. Finally, is it the time for Pap Test! I was anxious and frightened. Beeha sempat lagi tanya, "Is it pain doing this test?" And she answered,"Ermm, I cannot lie. But, I don't want to frighten you either. And you also don't have sexual intercourse experience. What I can say, it causes some pressure in your vagina. Don't worry, I will help you.. I will say when is the right time for you to take a deep breath because it can help you relax your muscle and reduce the pain." 

Okay, I think I'm ready... Doctor asked me to lie down and push forward my butt until I felt I wanted to fall from that chair, but not really fall down. Kiranya, punggung Beeha tu betul betul hujung kerusi tu lah. Then, dia tarik tempat letak kaki and I need to put my leg on that. 



So you girls can see macam picture kat atas tu. I'm not really remember the name of the devices she used for the test. Therefore, I found the picture above from Mr. Google! She did show me all the devices she used and explained to me how she's going to do. Even heard her explanation, I could imagine how's the situation for next minutes. T.T

Doktor tu pun cakap dia ready nak masukkan speculum dalam vagina. She asked me to take a deep breath and blow it slowly. It just last for few seconds onlyyyy!! After that, I said "Argh!" Even though, Beeha dah try to relax tapi tak jadi.. So, my butt contracted and tensed up. I could not bear the pain.. Bukannya nak takotkan korang, tapi ni first time yang rasa macam tak boleh tahan laa rasa nak jerit. Mulut dah kering dah waktu tu. Dengan pakai mask lagi, rasa macam tak cukup oxygen! Tiba-tiba terbayang macam mana la mak-mak melahirkan anak tu. Mesti lagi sakit. Aku yang sikit macam ni pun dah rasa nak nangis.

So, she stopped for a while, and asked me either I'm okay or not for her to continue push the speculum. Dia cakap kena sampai click tu baru okey dia nak amik sample. Lima kali jugak laa dia push the speculum and the last click tu baru success. I did not know how to describe.. Rasa senak and sakit sikit. Dah siap ambil sample, dia masukkan pula dua jari dalam vagina untuk check kedudukan cervix. But, it did not take too much time for the test. Last thing, the doctor took my blood sample for HIV test. The doctor said it took few days to get the result. If the result is good, she will email me. If not, she will call me and setup for the next appointment. 

This Pap Test is covered under my health insurance for every three years. Untuk kat Malaysia, Beeha tak familiar adakah klinik kesihatan adakan free Pap test? Anyone yang tahu boleh comment di bawah. 😁

I just want to create awareness for the girls and women out there. So please, even though you are not married yet, you are recommended to do this test every three years. Better prevent than cure right? Kadang kita rasa kita okey, but dalaman kita tak tahu. So, it worth to take this test. In addition, please do your breast self-exam every month too. Bila dah tahu your breast condition, so it is easy for you to detect any breast cancer symptoms.

P/S: Dah balik rumah tu ada bleeding sikit, but don't worry doctor cakap itu benda biasa. Time nak kencing tu, I was a bit worry and sikit laa rasa ngilu. Sekali jer, after that I'm okay! ^^

  • 7 Comments

Hi, Assalamua'laikum bloggers.

Bismillahirrahmanirrahim.. Harini Beeha nak share dengan korang semua a happy news! My friend and I just started small business where we sell authentic makeup from USA. For now, we are only taking preorder for Colourpop brand. Glossier and Kylie are coming later.. Whoever interested to buy Colourpop makeup, you guys can check out our instagram, @dmakeuphub! Just DM us if you want to place order. Because this brand is from USA, it takes about 14-20 business days to arrive to your house! It can be delayed due to our situation with COVID19 now.




These are some palettes that we take for preorder. The bottom palettes are the newest collection! If you want to see more, do click @dmakeuphub!
More to come! Do check our instagram frequently. 😁

  • 5 Comments

Sorry for being emotional today.. I am so sorry to whoever left the comment above. Disebabkan tak tinggal comment so dianggap tak visit blog.. I'm being a silent reader this past few months. I feel sorry for other bloggers too. Kalau Beeha ada post entri, looks like I'm active, tapi korang tak pernah nampak pun Beeha visit blog korang. Beeha just jadi silent reader je. Since the end of March lagi (sejak sejak Covid19 and class online), I dah tak aktif comment dekat blog. Banyak blogger yang tinggalkan comment dekat blog, Beeha visit blog korang dan baca sekali lalu je. After this, I may be silent for few weeks until I rasa ada semangat nak aktif blogging ya. By the way, thanks to you all yang visit dan rajin tinggal comments nice nice for me! I really appreciate your efforts and time to visit my blog. Selamat berblogging! 

Love,
Beeha Azman
  • 6 Comments

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Beeha ucapkan kepada semua yang menyambut Hari Raya Puasa. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan Beeha di sini. Harini nak kongsikan pengalaman raya di USA untuk kali keempat. Tahun ni sangatlah berbeza dari tahun sebelum ni. Student Malaysia yang study dekat sini majoriti dah balik Malaysia baru baru ni. Diaorang dah habis study. But, the saddest thing we don't have graduation ceremony. I already bought the gown, cap and tassel.. Tapi, ceremony terpaksa ditangguhkan. Sedih laa jugak. Sepatutnya hari yang dinanti-nantikan tu adalah pada tarikh 15 May 2020. Disebabkan Covid-19 yang melanda sekarang, semuanya terpaksa ditangguhkan ataupun dibatalkan. Just pray for the best..

Back to my raya story.. Rasa macam tak raya sangat pun. Tak semeriah tahun lepas. Ramai yang dah balik. Kalau tahun lepas still ada my batch, MARA and Yayasan Tenaga Nasional (YTN). Boleh pergi rumah diaorang sambil bawa kuih raya. Tahun ni masak pun ala kadar je but we still have many choices of food. Hahhaha. Ada rendang ayam, lemang instant from Nyonya brand, sate ayam dan daging, kuah kacang, kuih tart nenas dan cornflakes madu. Most of the food we made from scratch okeyyy!! I'm so proud. Ahhh, Beeha lupa nak snap gambar laa untuk makanan-makanan tu semua. Sorry geng, baru nak show off masakan Beeha dengan roommates. Hahahha. By the way, ni gambar yang kitaorang sempat tangkap for first day Raya!

Dari kiri: Dayah, Amal dan Beeha


All of us tak ready lagi. Betulkan tudung jap. Photographer pun tak kira dulu.


Dua Lipa Malaysia. Hahhahaha


  • 4 Comments

Hello bloggersku! Siapa rasa Beeha dah lama tak online di blog selama ni?? Last Beeha update pun pasal sambut birthday Beeha yang ke 23. Selepas tu, Beeha memang sibuk dengan exam. Tambah pulak dah start "Stay At Home" ni.. Semakin tiada mood nak update blog. Rasa macam tak boleh nak fikir content apa nak ditulis dekat sini.

Sejak 14 March, Beeha memang start cuti untuk Spring break. Kemudian, ditambah 2 minggu lagi cuti disebabkan Covid-19 ini. Dalam tengah duk cuti tu, dapat news Spring break akan dilanjutkan lagi seminggu dan kelas akan jadi online sehingga habis semester. Jadi, Spring break dah jadi dua minggu dan selepas tu barulah start online class. Sedih sebenarnya.. Macam-macam benda tergendala. Patutnya tahun ni commencement Beeha, tapi terpaksa ditangguhkan. My final design project pun buat setakat termampu je. Barang-barang yang kena guna power supply, mostly tinggal dekat lab dan building sekarang dah tutup. So, tak dapat nak amik barang-barang tu semua. Hanya barang yang ada adalah model kaki, wrap dan probe compartment je yang kitaorang pegang. Dah dapat arahan dari prof, kitaorang masih jalankan project tu setakat yang mampu dan kena record video untuk presentation.




Setakat ni study online kat rumah, banyaknya ke laut lah. Ada satu kelas ni, kitaorang macam kena study sendiri je. Dia takda bagi video lecture langsung. Belajar semata-mata notes yang dia tulis. Pening kepala jugak sebab tak banyak description untuk faham mathematical model dalam notes yang dia tulis tu. Nak buat homework pun tergaru-garu kepala tak faham. And Beeha banyak membebel je sebab tak tahu nak buat. Aku tenung lecture notes tu kat page 56 sampai tembus ke page 100 dah.

Macam gambar kat atas, buat homework sambil layan cartoon tak pun drama Melayu ataupun movie/series kat Netflix. Cakap pasal series kat Netflix, macam macam pulak cerita tengah hot sekarang. Tapi, Beeha masih simpan dan tak start tengok lagi series2 tersebut. Sebab, once aku dah start tengok. Satu kerja tak berjalan. Maklumlah, series tu dah ada episod sampai habis, memang sampai habis episod Beeha akan tengok! Barulah tenang nak buat kerja. Susah nak control diri-sendiri ni💆


  • 14 Comments


Tadaaa!! Last Wednesday was my birthday and this was birthday muffins I celebrated with my roommate. Thanks to them sebab ingat nak celebrate dengan birthday muffin ni. Actually, tahun ni dah tak kisah pun pasal celebrate birthday ni. Cukup setakat wish semoga panjang umur dan berjaya dunia akhirat, dah cukup bermakna untuk Beeha. Hari Khamis haritu Beeha ada exam. Sebabtu macam tak kisah sangat pasal birthday ada orang wish ke tak. Fokus dekat exam yang penting dulu. Thank you kepada kawan-kawan yang wish birthday Beeha haritu.



  • 11 Comments
Okay, Beeha tahu gambar tak berkaitan langsung dengan red wine seperti tajuk di atas. Tapi, berkait jugak sebab ini gambar Beeha pergi ke TJMax tadi. Saja lah hilangkan bosan duduk kat rumah. I decided untuk jalan-jalan di downtown Indy. Ini saja-saja je try heels sebab rasa nak beli satu untuk event dinner bulan 4 ni dan juga nak pakai untuk graduation ceremony. Beeha try je tak beli pun. Hahahah. Rasa lawa color ni tapi match ke dengan baju yang warna gold?? Cer bagi komen sikit apa korang rasa. Beeha rasa macam heels hitam la kot yang sesuai nak pakai dengan baju warna gold.



Back to the title above, Beeha sebenarnya nak cari lip mask. Dekat dalam TJMax ni jugak lah Beeha nak cari lip mask tu. Cari punya cari, jumpa paling murah $3 untuk 6 pieces. Then, Beeha belek-belek la barang yang lain such as make up, shampoo, handbag and etc. Dah jalan nak pergi ke kaunter, baru Beeha perasan dekat depan packet lip mask tu dah trangg tang tang tulis ada red wine + collagen. Macam mana tadi belek-belek tak perasan?? Aiyooo!

Silap pulak lupa nak ambil gambar lip mask tu tadi. Brand dia pun Beeha dah tak ingat. Memang lah tak telan pun benda tu, tapi was-was lah nak pakai benda yang berkaitan dengan wine ni. Jadi, Beeha balik dengan tangan kosong. HAHAHAH. Sekian untuk cerita petang tadi.


  • 11 Comments

Heyyoo! Nampaknya makin hari makin dah kurang update blog ni. Tak boleh jadi ni. Dah makin berkurang pageview. Udahler pageview pun tak banyak everyday. Alahai..

Harini just nak update pasal myself. Hmm. Sedihnya lahai. Dua hari lepas, Beeha tergigit bibir time makan. Tapi kalini betul-betul teruk. Selalunya dia jadi macma ulcer. So, letak ubat sakit mulut (oral aid) dia makin surut. Tapi, kalini tergigit dia jadi darah beku kat dalam. Dah nak asuk tiga hari dia tak surut. Risau pulak kalau macam ni je selamanya. Tetapi, Beeha letak jugak oral aid macam biasa. Hopefully, dah seminggu nanti okay lah.


Minta maaf ler Beeha blur kan muka. Insecure saya bila tak pakai makeup. Hahhaha.

  • 3 Comments


Hello everyone! Wish you all had a good weekend. I just started my new semester on this week. Everything went well except I don't like my schedule for this semester. The classes I needed to take for this semester, most of them were on Tuesday and Thursday. Started at 10:30am until 6pm. I just have a break between 2-3pm. Letih giler woiii!! Luckily on Monday, Wednesday and Friday, I only have one class! ^^ Because of short time, I just chilling at the library. At the back of the library, there was spot for us to pray. Usually, before I went to class at 10:30am, I would make sure I had ablution. So that, I just can pray after I finished my class at 1:50pm. Sometimes, it was hard though nak jaga wuduk. HAHAHA. Rasa nak kentut semua ada. Kadang-kadang masa ada wuduk lah nak terkencing lagi. If I were unlucky, tersentuh pulak yang bukan muhrim mahram *read: boys*. Opps, it should be mahram okayy. Mahram adalah orang yang diharamkan untuk kita berkahwin. Muhrim pulak yang sedang melakukan ihram haji atau umrah. Sometimes, people tend to misuse those two words.

Take a break at library!
Currently laying on the bed and about to sleep. It's 9.41pm right now. But, I took a few minutes to update this post entry. Dadaaa! 👋I want to sleep because I have one morning class tomorrow. See you guys again. 😁

P/S: I'm going to postpone my challenge on this post entry until next week. *sebab tak dapat sambutan sangat. HAHHAHAA. Chill Beeha tak sedih pun* So, if you guys have any questions about me (fact or funny things I don't mind) or you want to ask something that not relate to my life, you are welcome to doing so! I'm happy to layan you all punya questions!! Happy weekend my blogger friends.


  • 10 Comments


Assalamualaikum bloggerku! Wah dah hampir sebulan Beeha tak update sangat blog. Traffic blog pun dah turun mendadak. Huarghhh!! (nangis banyak-banyak). Makin hari makin busy sampai tak sempat nak uruskan blog Beeha ni. Tapi, untuk tahun 2020 ini, azam untuk update blog dengan lebih banyak semestinya termasuk dalam list azam Beeha untuk 2020! Every year, I kept saying the same thing.. Tapi, hampeh jugak. Hahahha.

Throwback di Santa Monica, California

Disebabkan winter kalini tak pergi mana-mana, Beeha saja update gambar dekat Santa Monica. I miss roadtrip and travel. T.T. It's okay. I'm good.


Untuk blog kalini, rasanya macam nak share azam-azam Beeha untuk tahun 2020. I'm hoping, apa yang Beeha tulis ni akan tercapai untuk tahun baru ini. In Shaa Allah, kita start slow-slow, and at the end of the year.. Hopefully, all the wishes come true!

Wishlist Beeha:

1. Semoga study berjalan lancar dan grad pada hujung tahun 2020.
2. Berharap GPA akan maintain 3.5 above untuk dua semester yang terakhir ini.
3. Bercadang untuk start business kecil-kecilan.
4. Saya nak travel ke Europe!
5. Semoga dapat peluang untuk internship dekat Malaysia/USA.
6. Harap sangat dapat buat part-time kerja time study ni.
7. Nak happykan family.
8. Priority myself first.
9. Nak tambah keyakinan diri from blogging to vlogging too.
10. Nak tambahkan traffic blog untuk tahun 2020.
11. Nak belajar bahasa French.

Ini adalah antara-antara benda yang besar Beeha nak achieve untuk tahun 2020. Dan yang lain-lain tu, berharap tahun ni Beeha akan jadi seorang yang lebih kuat, tak mudah mengalah dan menangis, banyak bersabar dengan sikap negatif disekeliling (wahhh, macam ada something wrong je ni kann??). Ehh tak lah. Memang Beeha rasa Beeha kena banyak bersabar lagi. Jangan mudah cepat melenting dengan benda yang remeh-temeh. 

Korang pun share lah one of your wishlist for 2020 in the comment below! And at the same time Beeha boleh blogwalking ke blog korang semua. ;)


  • 13 Comments

Credit to Morgan Rapp

Hello dan assalamualaikum. Selamat pagi Malaysia! Beeha baru je start winter break sabtu lepas. So, harini baru rasa nak update my blog after a month I did not update anything.

Berkenaan dengan tajuk dekat atas tu, and yes Beeha tengah cari kat mana tempat nak print design tudung. Bila difikir-fikirkan balik, bukan senang ye kalau nak start business ni. Antara benda- benda penting yang kita perlu fikirkan adalah :-

1. Business apakah yang kita nak buat?

2. Berapakah modal yang diperlukan?

3. Di mana tempat nak dapatkan supplier?

4. Apa nama brand produk kita?

5. Berapa lama masa diperlukan untuk bermula berniaga?

6. Siapakah target pembeli kita?

Inilah diantara perkara-perkara yang Beeha fikirkan sekarang ini. Soalan pertama mungkin dah selesai. Beeha dan kawan bercadang untuk start perniagaan tudung. Dan kitaorang akan mulakan dengan printed tudung yang di designkan oleh kitaorang sendiri. Tapi masalahnya, MANA NAK CARI TEMPAT YANG BOLEH PRINT DESIGN TUDUNG??

Beeha rasa macam dah kena tipu dah dengan sorang kedai printing tudung ni. Dia tanya Beeha design apa yang Beeha nak print tu. Beeha pun kasi je lah design yang kitaorang plan tu. Tapi dua hari dah dia tak reply pun message Beeha. Dia senyap macam tu je. Padahal sebelum ni boleh je reply dalam masa sehari.

So, for this posting... Beeha sebenarnya nak tanya sesiapa yang tahu kat mana tempat boleh printing design tudung, sila lah share dekat komen di bawah. Beeha appreciate sangat kalau korang boleh suggestkan mana-mana kedai or kawan korang yang ada buat business printing tudung, sila lah share dengan Beeha.



  • 0 Comments

Test anxiety or anxiety test?? Test anxiety maksudnya anxiety sewaktu nak ambil test dan anxiety test maksudnya anda ambil test untuk check tahap anxiety.. 

Sebelum tu, tak pelik ke tiba-tiba Beeha cakap pasal ni? Siapa jawab pelik tu, meh sambung baca story Beeha. Well... Siapa je tak pernah rasa resah dan risau bila nak hadap exam mahupun kuiz. Inilah yang terjadi dekat aku (rasa nak guna aku pulak dalam entri kali ni). Ye, aku tahu orang lain pun resah jugak bila nak jawab exam. 

Tapi, benda ni bukan biasa-biasa bila aku kena amik online test dan masatu dalam kelas pulak. Lagi membuak-buak rasa gelisah aku tu. Ni bukan pertama kali atau kedua. Ni dah banyak kali. Dari awal aku masuk uni lagi. T.T. Aku update pasal ni harini, sebab aku baru je habis online quiz untuk Organic Chemistry lab tadi. Ni kali kedua kitaorang kena bawa laptop masing-masing dalam kelas dan akan buat online quiz tersebut 10 minit before kelas tamat.

Before this, kitaorang buat kuiz on paper je. Dan tahun sebelum-sebelum ni, prof tu bagi je permission buat online kuiz dekat rumah. This semester je dia ubah pulak. Stress tahu tak. Sebab aku memang ada masalah kalau buat kuiz dengan time limit 10 minit dan lepastu hujung-hujung masa kelas pulak tu. Aku dapat 1/5 je tadi. Minggu lepas punya kuiz pun sama. Yang aku pelik bila buat on paper, aku boleh je betul semua or kadang salah satu. 

From google ^^
Ini dah teruk sangat aku rasa. Time kuiz tadi pun, dah kena kira-kira semua. Lepastu ada gambar rajah dalam soalan tu, tapi gambarnya tak appear. Benda tu jadi gangguan. Dah kena tunggu instructor lukis gambar kat whiteboard pulak. Masa 10 minit tetap berjalan. Tangan sebelah pegang kalkulator pun dah basah teruk. Boleh nampak air meleleh dari tangan.

Aku tak tahu tips apa nak buat untuk aku hilang rasa bimbang ni. Sebelum kelas, dah prepare baca buku and fahamkan topik tu. Dalam kelas pun, instructor dah terang balik topik tu. Time nak jawab test, aku jadi blank balik. Bila dah habis and dapat result, aku tengok balik soalan tu.. Then, dalam hati "wehh benda ni kenapa aku tak terfikir tadi." "Kenapa aku tukar jawapan, padahal jawapan yang awal tadi kau pilih dah betul dah." Sedih tahu tak.. Ini bukan careless dah bagi aku. Sebab aku tahu kelemahan aku adalah tak boleh jawab test on computer-based. Soalan Organic Chemistry ni, bagi aku kena conteng-conteng kat gambar rajah tu baru ada feel nak jawab.. Pastu terpaksa laa minta permission nak guna kertas. Dah tu aku terhegeh-hegeh pulak cari kertas dalam beg. Aku rasa dah bazir masa 2 minit dekat situ. 

Paling geram jugak tadi.. Tak tahu laa masalah canvas aku ke apa, soalan last aku tak jawab pun tadi sebab memang aku tengok takda pun. Bila keluar result tunjuk jawapan kita yang salah, dia tulis "you leave it blank". Whatttt.....!! 

Aku cerita dekat Ulfah, dia je tempat aku duk mengadu hari-hari. Dia pun mesti dah bosan sebab every week, aku mention benda yang sama jadi. Hahaha. Kalau Ulfah baca entri ni, thanks sebab jadi pendengar setia Beeha.  :)

Please anyone yang ada tips untuk hadap benda ni? Aku rasa aku tak leh control anxiety setiap kali jawab test on computer-based. Berpeluh-peluh tangan and mulut kering, pastu takut rasa nak nangis je. Bila ada perasaan takut tu, terus buat aku jadi blank.







  • 7 Comments
Hello everyone! Happy weekend!


This weekend, my roommates and I were not busy as last week. We already have our first midterm. So, this weekend we had a potluck with junior YTN (Yayasan Tenaga Nasional). On weekdays, kitaorang sebenarnya jarang masak. Sometimes, masak untuk dua hari makan. Uhhh. Masak simple simple jer asal hilang lapar. Then, one of my roommates bagi idea untuk buat makan-makan dan ajak junior YTN. Okey, Beeha on jer. Seronok bila jamu orang makan. Penat masak pun terus hilang bila tengok orang makan. Kitaorang pun macam tak kenal sangat junior baru. Harini ajak makan boleh lah borak-borak lebih.

Menu kitaorang harini adalah masakan ala ala kampung. Asalnya nak buat nasi kerabu, masalahnya bahan tak cukup. Satu hal lagi sebab tak pernah masak nasi kerabu. Sesiapa yang ada resepi nasi kerabu tu boleh laa share dekat Beeha. Sila tinggalkan link di komen bawah. Heheh. So, takut tak jadi kesian pulak nak jamu orang makan. Kitaorang masak la ayam berempah, pajeri nenas, sotong goreng tepung, sambal belacan dan sambal tempe ikan bilis. Wahhh, banyak kan menu kitaorang. Pukul 9 dah bangun siapkan bahan-bahan. Beeha handle ayam goreng berempah, Amal masak pajeri nenas dan sambal tempe ikan bilis, dan Dayah goreng sotong.

Almost 1pm, Beeha baru siap goreng ayam berempah. Menu yang lain, semua orang dah siap masak. Cun cun dah habis goreng ayam, diaorang pun sampai sambil bawa buah tangan. Nasib diaorang bawakan minuman. Kitaorang ada air masak je kat rumah. 😅

So, sambil ambil makanan, kitaorang perkenalkan diri masing-masing. Dan aku masih confused dengan nama diaorang. Tanya asal dari mana and what surprised me, ada dua orang asal dari Kulim, Kedah. Lahh dekat gila dengan rumah Beeha dalam 20 minit drive. So, excited laa sebab jumpa dengan orang yang kita tahu asal mana. Ada la benda nak borak. Paling kitaorang duk gelak, diaorang nak panggil Kak Beeha and Kak Amal. Memang we said "No, no". Beza setahun je, kenapa nak panggil kakak. HAHAHAH.

Dalam pukul 3 petang macam tu, diaorang pun nak balik dah. Ni pun kelakar jugak. Malaysian tak pernah berenggang dengan selfie. So, kitaorang turun apartment dan ambil gambar dekat bawah.. Lepas ni nak buat menu apa pulak eh? Sila suggestkan menu apa yang best!

Dari kiri: Aqil, Haoyee, Dayah, Me, Amal, Darwish, Priya, Aliah, Yosh and lagi tiga orang aku lupa. T.T

  • 4 Comments

Gambar 2018
Wahh.. Gambar macam happy jer masuk semester baru ni. Tidak.. Beeha berlindung di balik kaca mata tersebut. Hahahha. Masuk semester ni cabaran jugak lah. Dah nak hampir final year. Subjek makin susah.

Tambahan aku baru break up. Aku rasa macam diawang-awangan jer. Baru je dua tiga minggu lepas aku buat challenge cakap pasal partner. Aku tak sangka dalam seminggu ni kena tinggal tanpa reason yang kukuh. Totally mental abuse. Itulah, jangan mudah sayang 100% selagi tak kahwin. Inilah padahnya. Aku yang susah nak move on. Hari-hari mesti aku nangis sampai sakit kepala and terpaksa tidur awal.

So, my main thing sekarang aku kena move on. Lupakanlah kenangan aku tu sebab dia sendiri cakap feelings faded. Kenapa aku nak berharap lagi kan? Aku dah cuba pujuk untuk kitaorang fix balik apa yang tak okay, tapi dia tak nak buat effort pun.

Aku harap sangat in these few days, aku boleh remove him from my mind. I want to stay focus on my study. Ya Allah, bantuin Nabihah Ya Allah. Hopefully, everything will go smoothly.


  • 9 Comments

Hi! As I promised last week, I wanted to share about my root canal treatment for this week. ^^

Alhamdulillah, it went well. Berjaya juga rawatan akar gigi tersebut. Sesiapa yang masih belum baca Part I, boleh klik SINI.

Actually, Beeha risau jugak untuk rawatan kalini. Sebab untuk part I, Beeha dapat komen dari follower dia pernah buat rawatan ni dan tak berjaya sebab gigi tu pecah. Then, kena cabut jugak akhirnya. Beeha memang tak nak kena cabut. Huhuu. Sebab maktok pernah cerita dia pernah cabut gigi kekal. Bila dah cabut sekali, bila ada gigi lain yang sakit, terus rasa nak cabut jer. Serammmmm!

Gambar dari Google
Beeha masih menggunakan gambar minggu lepas. So, this week punya RCT doktor gigi tu buat macam dalam gambar di atas yang 4 dan 5. Sebelum dia buat tu, dia tanya Beeha sama ada sakit atau tak gigi tu lepas buat treatment minggu lepas. I said no. Doktor tu teruskan cuci root sebersihnya supanya takda lagi saraf yang tertinggal. Kemudian, dia buat x-ray kat gigi nak check sama ada dah cuci betul-betul. 

Lepastu, dia fillkan canal Beeha dan tampal gigi Beeha macam biasa. So, sekarang ni dia pesan tolong elakkan benda keras macam ketam sebab baru lagi buat treatment ni. Dan juga dia pesan untuk buat crowning dan after that baru boleh makan benda keras macam ketam tu. Doktor cakap kalau tak pakai crowning ni, lama-lama gigi tu akan jadi hitam. Ye lah dah takda saraf kat gigi tu, sama macam gigi tu tak sihat lah. Kalau duk guna jugak hari-hari, lama-lama akan hitam lah dia.

Tapi bukan dalam masa terdekat ni lah aku nak buat crowning. Maybe tahun depan bila balik cuti. Harga crowning tu pun around RM 1500-1800. Kalau yang porcelain murah sikit, harganya RM 1000 tapi tak tahan lama sangat la porcelain ni.




  • 12 Comments


Day 10 - If I could have any job in the world, what would it be? | I want to be a millionaire. Hahahha. Is it a job?

This is truly a challenge question because I also don't know what I want to be. Hmmm. Kalau boleh semua pekerjaan aku nak try. Hahah. Tetapi, Beeha punya plan nak jadi lain dari yang lain. Hmm macam mana tu? Kalau aku cakap aku nak jadi doktor, nak jadi polis, nak jadi cikgu, dah macam klishe sangat pulak. Hahhaha.

Aku selalu jadikan Neelofa tu sebagai idola. Aku sangat adore kerana dia jugak bekas pelajar MRSM, di Langkawi. So, I as a former MRSM too, I always proud with Neelofa. Dia sebelum ni amik International Business tetapi famous sejak masuk Dewi Remaja. Dalam senyap-senyap dia ada perniagaan tudung Naelofar. Based on aku tengok video dia sebelum-sebelum ni, dia memang dah start berniaga kecil-kecilan seperti jual kasut. Dah start berlakon semua and at the same time buat business, dari situ dia boleh jadi famous.

Aku rasa Neelofa ni sangat smart buat marketing untuk business dia. Sebab aku rasa sebelum ni takda lah famous sangat tudung Naelofar tapi lepas je dia pakai tudung keluaran baru dia semasa dia berlakon Suri Hati Mr. Pilot, terus dababoom dia punya perniagaan. See, pandai dia susun strategi.

So, my dream right now I still further as engineering student. At the same time, aku berharap aku dapat ada business sendiri. Aminnn.


  • 2 Comments

cara untuk jadi positif

Day 9 - How To Stay Positive | Ini challenge yang betul challenge lah bagi aku. Sebab Beeha lah yang paling kuat cengeng. So, macam mana nak cerita how I stay positive ni? 😅

Tapi tak bermakna yang aku tak pernah try beberapa cara untuk motivatekan diri aku sendiri.

Tiga cara untuk jadi positif:

1. Aku akan menangis atau duduk sorang-sorang fikir pasal masalah / cerita pada parents atau orang yang kita rapat
Ini memang saja aku buat macam ni. Sebab aku suka puaskan hati aku dengan menangis dan buangkan semua geram dulu. Lepastu, akan rasa lega bila dah menangis puas-puas. Ada sesetengah orang lebih selesa untuk kongsi masalah mereka pada orang yang mereka rapat. Cara ini pun bagus juga. At least boleh kurangkan rasa beban korang and mungkin pendengar tersebut akan bagi kata-kata semangat for you to be more positive! ^^

2. Baca quotes yang positif.
Ini aku selalu google je. Banyak je quotes positif. So, bila baca ni confirm akan naikkan balik semangat untuk continue apa-apa yang kita risaukan tadi.

3. Dengar video positif.
Ini pun Beeha Google jugak. Tapi ada one day tu mak and my friend ada kasi video dari sorang ustaz ni. Bila dengar video dari ustaz-ustaz ni, dia punya kesan tu lagi banyak sebab dia selitkan juga pasal akhirat. "Mungkin tak dapat sekarang, Allah akan bagi pada masa akan datang." Everything happens for reasons.

Lain orang lain cara untuk stay positive. So, mungkin korang boleh share cara korang untuk stay positive. I would like to hear your opinions! :)


  • 4 Comments
Older Posts Home
View mobile version

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  Sep 2026 (1)
      • Dear Old Diary, Beeha is Back!
  • ►  2021 (4)
    • ►  Jun 2021 (1)
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (3)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • Farhana Jafri
    Pengalaman Naik Tren LRT Hangit
  • DANA
    ROMBONGAN BERTANDANG MAJLIS ZAMAN DAN ATIKAH
  • Hanna's Hamlet
    Fritter Nasi Telur Lobak Untuk Icha
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Ogos 2026
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • OMBAKBERGIGI
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Lady In Red Planner
    Officially Moved: Lady in Red Planner Kini Daily Bliss Journal
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • ♪izzati 멜로디♪
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top