Tadaaa!! Last Wednesday was my birthday and this was birthday muffins I celebrated with my roommate. Thanks to them sebab ingat nak celebrate dengan birthday muffin ni. Actually, tahun ni dah tak kisah pun pasal celebrate birthday ni. Cukup setakat wish semoga panjang umur dan berjaya dunia akhirat, dah cukup bermakna untuk Beeha. Hari Khamis haritu Beeha ada exam. Sebabtu macam tak kisah sangat pasal birthday ada orang wish ke tak. Fokus dekat exam yang penting dulu. Thank you kepada kawan-kawan yang wish birthday Beeha haritu.
Pertama sekali, terima kasih banyak-banyak yang support segmen Beeha sebulan yang lalu. Segmen kali ni agak meriah sebab lebih ramai blogger yang join dari yang Beeha expect. Ramai blogger-blogger baru yang Beeha tak pernah follow pun. So, tercapai aim Beeha untuk follow wajah-wajah baru. Untuk sesiapa yang perasan Beeha tak followback lagi, sila mention ye di ruang komen di bawah ataupun di chatbox Beeha. Takut Beeha terlepas pandang. Tambah-tambah yang baru join segmen ni dua tiga hari lepas maybe Beeha tak sempat lagi nak followback.
Seperti yang dijanjikan, Beeha akan pilih 10 orang untuk dijadikan bloglist Beeha. Happy sangat sebab lebih ramai yang join daripada Beeha jangkakan. Lebih kurang 20 orang wajah baru yang follow Beeha. Then, total semua 40 orang yang join. Seriously, I expected only 20 something yang join segmen ni. Jadi, Beeha pilih 20 orang yang akan ada dalam bloglist Beeha secara random!
Tahniah yang telah terpilih untuk menjadi bloglist Beeha! Bloglist ni takda tempoh masa, memang akan stay dalam box tu sampai bila-bila unless kalau korang dah tak aktif selama dua tahun, Beeha akan singkirkan.
Hola hola hola! Harini terdetik nak buat segmen mencari bloglist untuk blog Beeha. Mungkin musim jugak lah, sebab seminggu dua lepas Beeha ada je join segmen bloglist blogger lain. Tapi harini, Beeha akan buat segmen bloglist untuk blog saya sendiriiiii!! Yeayy!
Why Beeha nak buat bloglist ni? Pertama kerana birthday Beeha bulan 2 ni. Jadi, Beeha akan pilih 10 bloglist untuk diletak di blog pada tarikh tersebut. Kedua sebab Beeha nak tambah kawan-kawan baru di blog ni. Dua hari lepas Beeha dah check blogger yang Beeha follow selama ni. Lebih dari 20 blogger yang Beeha follow dah lama tak aktif. Kurang dari 10 blogger dah delete blog tersebut. So sad.. Sebab hari-hari Beeha refresh blog, tak banyak entri yang diupdate mungkin sebab banyak dah blogger yang aktif. So, Beeha fikir banyak lagi blogger lain yang Beeha masih tak follow lagi.
Why not Beeha buat segmen ni untuk letak 10 bloggers di blog Beeha dan pada waktu yang sama, sesiapa yang join segmen ni Beeha akan followback!!
Syarat-syarat untuk meyertai segmen ini:
1. Follow blog Beeha Azman dan subscribe Youtube Channel.
2. Kemudian tulis title post seperti di atas, copy banner dan backlink ia ke post ini.
3. Tag dua blogger lain.
4. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruang comment
Nanti Beeha akan followback blog korang :D
Segmen ini akan berlangsung lebih kurang tiga minggu sehingga 18 Februari 2020.
Selamat bersegmen!!
Hello! I'm sharing some facts about February babies. Some might be true, some might not. Just sharing this for fun because today is my birthday! Overall, 90% of the facts are related with me.
Ambitious, daring and stubborn tu memang sangat betul. Beeha sangat degil ye orangnya. Kalau boleh semua nak menang. Dengan ex-boyfriend dulu pun asyik gaduh selagi tak dapat reason yang logik dan muhasabah. Degil betul Beeha ni patut la takda boyfriend! Hahhaha.
Satu lagi berita sedih pada harini, 18 Februari, pelakon Malaysia yang kini menetap bersama keluarganya di Indonesia iaitu Ashraf Sinclair telah meninggal pada 4.15 pagi tadi akibat serangan jantung.
Al-fatihah untuk Bunga Cinta Lestari (isteri kepada Ashraf) dan sekeluarga.
Pagi tadi bangun terus Beeha buka twitter dan dikejutkan dengan berita ni. Rasa macam baru je minggu lepas dengar berita pasal Abam Bocey meninggal dunia. Harini dengar kisah Ashraf Sinclair pulak. Rasa sayu je tengok muka Bunga Cinta Lestari dan anaknya Noah semasa pengebumian Ashraf. Tapi, Beeha tak nak sharelah gambar tu dekat sini. Rasa macam tak okay je nak share muka orang tengah bersedih. Even though, I'm not married yet.. I can feel how BCL feel right now. Baru je empat hari lepas Beeha tengok instagram mereka upload gambar percutian mereka di New York. Beeha sangat adore dengan pasangan dua sejoli ni, sangat romantis. Nampak sangat bahagia. Harini semuanya tinggal kenangan.
Pagi ni Beeha terfikir, "Ya allah ramainya yang muda-muda dah meninggal". So, rasa macam sedih dengan diri sendiri sebab tak banyak pun kebaikan aku buat kat dunia ni. Banyak lagi dosa rasanya dari pahala. Paling takut sangat kalau mati tak sempat nak buat banyak kebaikan. Mampu berdoa supaya dipanjangkan umur untuk berbakti kepada orang tua dan tersayang.
Okay, Beeha tahu gambar tak berkaitan langsung dengan red wine seperti tajuk di atas. Tapi, berkait jugak sebab ini gambar Beeha pergi ke TJMax tadi. Saja lah hilangkan bosan duduk kat rumah. I decided untuk jalan-jalan di downtown Indy. Ini saja-saja je try heels sebab rasa nak beli satu untuk event dinner bulan 4 ni dan juga nak pakai untuk graduation ceremony. Beeha try je tak beli pun. Hahahah. Rasa lawa color ni tapi match ke dengan baju yang warna gold?? Cer bagi komen sikit apa korang rasa. Beeha rasa macam heels hitam la kot yang sesuai nak pakai dengan baju warna gold.
Back to the title above, Beeha sebenarnya nak cari lip mask. Dekat dalam TJMax ni jugak lah Beeha nak cari lip mask tu. Cari punya cari, jumpa paling murah $3 untuk 6 pieces. Then, Beeha belek-belek la barang yang lain such as make up, shampoo, handbag and etc. Dah jalan nak pergi ke kaunter, baru Beeha perasan dekat depan packet lip mask tu dah trangg tang tang tulis ada red wine + collagen. Macam mana tadi belek-belek tak perasan?? Aiyooo!
Silap pulak lupa nak ambil gambar lip mask tu tadi. Brand dia pun Beeha dah tak ingat. Memang lah tak telan pun benda tu, tapi was-was lah nak pakai benda yang berkaitan dengan wine ni. Jadi, Beeha balik dengan tangan kosong. HAHAHAH. Sekian untuk cerita petang tadi.
Selamat tengah hari warga Malaysia! Beeha dekat sini dah malam and about to sleep. But before that, Beeha nak update satu series on Netflix iaitu Locke and Key. Series ni baru je release on February 7, 2020. Beeha ingatkan dah season 2 sebab terperasan dekat twitter my friend tweet pasal cerita ni. Bila google, ada keluar 'Locke and Key 2019'. Tapi bila dah baca, "oh baru season 1 rupanya.." Ulfah dia dah start tengok cerita ni minggu lepas lagi. Dan Beeha pun interested nak tengok cuma tunggu weekend je baru nak start tengok series.
Beeha sejenis yang dah start tengok, I cannot stop watching. I will keep continue sampai habis episod. Nasib lah this series only has 10 episodes. Semua episod pulak kurang dari satu jam. Kalau nak tahu, Beeha start tengok series ni hari jumaat petang dalam pukul 3 macam tu. Non stop Beeha tengok. Bila masuk waktu solat, kita solat dulu.. Bila time makan, kita isi perut dulu. Then, continue again. Pukul 1 pagi macam tu, Beeha dah habis tengok season 1! Bayangkan, plan nak study and buat homework, semuanya tergendala! HAHH. Tapi, berbaloi lah sebab weekdays dah spend buat assignments and attend class. Selalunya, Jumaat petang akan jadi hari Beeha untuk santai-santai.
Sambung balik pasal series ni, Locke and Key. Antara watak utama dalam series ini adalah Darby Stanchfield (Nina), Connor Jessup (Tyler), Emilia Jones (Kinsey), Jackson Robert Scott (Bode). Jackson Robert ni juga berlakon dalam movie It dan It Chapter Two memegang watak sebagai Georgie. Beeha kasi sinopsis sikit lah. Kisah ni menceritakan keluarga Locke yang tinggal di Seattle dan berpindah ke Massachusetts setelah Rendell Locke mati dibunuh oleh Sam Lesser, student kepada Rendell Locke. Jadi, isterinya Nina Locke bersama tiga anaknya Tyler, Kinsey dan Bode terpaksa berpindah ke rumah Key House di Massachusetts iaitu rumah peninggalan Rendell. Semenjak diaorang berpindah dekat sini, anak-anak Rendell jumpa kunci-kunci misteri yang boleh buka pintu magik. Banyak jenis kunci misteri dan setiap kunci tu ada fungsi yang berbeza. Bode (anak paling kecil) cuba untuk guna kunci ni nak jumpa ayah mereka semula. Pada waktu yang sama jugak, ada entiti yang jahat ni nak curi kunci-kunci tu. Ending dia, sudah pasti dan yakin akan ada season 2. Hahahha. Sebab ada benda yang tergantung dan Beeha dah expect ada something wrong dengan watak dalam cerita ni. So, siapa yang curious nak tahu jalan cerita ni, boleh tonton di Netflix!
This is Locke's family. From left Rendell, Nina, Kinsey and Tyler. Bode, the small boy in front of them. |
Hello! Assalamualaikum. Beeha nak share one of my favorite lipsticks yang Beeha pernah pakai. Sekarang ni dah rasa ini je yang paling sesuai dengan bibir Beeha. Rasa sedih sangat. Dua tahun lepas, Beeha guna matte lipstick colourpop. Oppps.. sorry laa tak sensored dah nama produk. Tapi kenapa nak risau kan? Sebab masing-masing ada brand yang sesuai dan tak sesuai untuk bibir. So, tak salah Beeha nak cakap that product not suitable for me. Then, brand Maybelline and drugstore yang lain Beeha pernah pakai pun dah jadi sensitive sekarang. Beeha sedih sangat sebab banyak lipstick Beeha dah buang. Asalkan pakai je, kering sangat-sangat sampai berdarah.
Starting now, I only use this brand Rouge Dior Lipstick. Bau dia pun sedap. Texture yang sangat selesa dan bibir Beeha tak kering bila pakai lipstick ni. Dengan cuaca dekat US yang sejuk dan kering ni, I just apply lip balm and put the lipstick. Easy to go, bibir Beeha tak kering dan berdarah macam dulu lagi.
Rouge Dior Lipstick
Color: Terrific Matte
Color: Terrific Matte
Price: $38 (USD)
Heyyoo! Nampaknya makin hari makin dah kurang update blog ni. Tak boleh jadi ni. Dah makin berkurang pageview. Udahler pageview pun tak banyak everyday. Alahai..
Harini just nak update pasal myself. Hmm. Sedihnya lahai. Dua hari lepas, Beeha tergigit bibir time makan. Tapi kalini betul-betul teruk. Selalunya dia jadi macma ulcer. So, letak ubat sakit mulut (oral aid) dia makin surut. Tapi, kalini tergigit dia jadi darah beku kat dalam. Dah nak asuk tiga hari dia tak surut. Risau pulak kalau macam ni je selamanya. Tetapi, Beeha letak jugak oral aid macam biasa. Hopefully, dah seminggu nanti okay lah.
Minta maaf ler Beeha blur kan muka. Insecure saya bila tak pakai makeup. Hahhaha.
Favorite lagu Beeha untuk this week. This song is from drama Seadanya Aku di TV3.
Ku terima segalanya yang di takdir
Aku yakin pasti ada yang terbaik
Munculnya bidadari penjaga hati
Kan menemaini hari hariku seterusnya
Walau engkau bukan yang pertama
Tiada yang lain lagi
Kembali dalam hidupku
Sayang dengarlah
Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna
Engkaulah cintaku kan hidup selamanya
Kan menemani hari-hariku seterusnya
Walau engkau bukan yang pertama
Tiada yang lain lagi kembali dalam hidupku
Sayang dengarlah...
Aku yakin kita kan bersama
Seperti waktu waktu aku yang dahulu
Karena aku tak kan melupakan kamu
Percayaku sempurna
Kau ulangkan apa ku lalui
Kau olah segala yang ku beri
Kau dustakan cinta
Oh no!! Etude House buat collaboration dengan Hershey's chocolate? This is my favorite chocolate though!!
I just watched youtube video from Jeffree Star. He made review on Hershey's Chocolate makeup. If anyone interested to watch his video, you can click HERE. Ini pun sebab Beeha terasa nak tengok channel dia, so dapat tahu pasal Etude House X Hershey's Eyeshadow. They are so tempting, look at those eyeshadow palettes. Small and convenient nak bawa pergi mana-mana.
However, out of stock dekat Etude House website. One set includes two eyeshadow palettes, 2 shades of matte lipsticks and 2 eyeshadow brushes worth $66.30. If it does not include brushes, the price will be $58.24. This is the price in US dollar. Convert to MYR, the price is about RM 265 and RM233 respectively.
Left: Original eyeshadow palette and right: Cookie Cream eyeshadow palette. |
But, I do not satisfied with these palettes as Jeffree Star mentioned the palettes did not smell chocolate at all. I imagined, it should smell chocolate and felt like want to eat those palettes. Hahahah.
Hello Februari! Harini adalah entri Beeha yang pertama untuk bulan ini. Cepatnya masa berlalu. Tup tup dah Februari ye. Rasa macam Januari tu tak wujud je.
So, minggu lepas Beeha ada attend satu program yang dianjurkan oleh Multicultural Center (MC) IUPUI. Jadi, Beeha wajib sertai program ini kerana melibatkan fund untuk Asian Student Union (ASU) organization yang Beeha aktif sekarang ini. MC dah letak syarat, sekurang-kurangnya 50% dari ahli organisasi perlu hadir ke program ini untuk dapat fund dari MC. Nak tak nak, Beeha pun join dengan rela hati. *Sebulan sebelum je rela hati, bila tiba hari kejadian rasa malas pulak nak pergi.* Hahahha. Tapi masih kena pergi jugak.
Tema program ini adalah 'Awareness, Advocacy and Action'. Sebelum tu, tahukah anda apa itu 'social justice'? Social justice atau istilah dalam bahasa adalah keadilan sosial. Baca perkataan 'keadilan sosial', pasti korang pun dah boleh faham apa maksudnya. Program ni menerapkan tentang hak dan keadilan dari segi kekayaan, kesihatan dan peluang sesama manusia. Kalau kita perasan, selalunya pihak mana yang selalu ditindas? Pihak mana yang susah nak dapat peluang dari segi pelajaran yang cukup, kesihatan yang terjamin dan macam macam lagi? *fikir sejenak*
Melalui program inilah diaorang nak terapkan supaya pelajar universiti ni cakna dengan masalah seperti ini. Jadi, pelbagai workshop yang diaorang dah aturkan untuk program ni haritu.
Before Beeha start cerita pasal program ni selanjutnya... Pagi tu, Beeha bangun lambat la jugak. Pukul 7:45 pagi baru bangun nak mandi (nasib baik uzur haritu, so memang tak subuh lerr). Event start pukul 9 pagi dan diaorang sediakan breakfast untuk peserta. 8:30 pagi macam tu Beeha baru siap-siap. Nasib dah gosok baju dan tudung malam tu. Kalau tak memang kalut lah pagi tu. Sampai je dekat event tu, daftar nama dan masuk dalam hall. First thing first, Beeha breakfast dulu. Beeha makan egg tart dan apple pie. Bagels pun ada, tapi tak minat kalau tak toast dulu.
Beeha selfie sekejap before event tu start. Hehehehe. Beeha and members ASU semua pakai business casual. Macam segan jugak lah. Sebab orang lain pakai jeans and sweater je. Hahaha.
First program, kitaorang dengar keynote speaker from Monica A. Medina. Dia adalah seorang Clinical Associate Professor di Indiana University. Dia juga speaker tentang isu Latino dalam keadilan sosial, kesamarataan dan kepelbagaian. Dalam keynote beliau, dia bercakap tentang self-awareness, advocacy dan jugak action masing-masing dengan masalah social justice ini. Mula-mula rasa bosan jugak dengar keynote ni, tapi dalam masa yang sama kita dapat juga ilmu ataupun pada diri sendiri, Beeha dapat meletakkan diri Beeha ni kat tempat diaorang.
Selepas keynote speaker, kitaorang ada tiga session workshops. Untuk workshop pertama dan kedua ada lima pilihan, dan workshop ketiga ada tiga pilihan. Untuk workshop pertama, Beeha pilih ‘Fear of Failure’ dan workshop kedua Beeha pilih ‘The Q Word’. Asalnya yang second workshop tu Beeha nak pergi workshop ‘A Few Things You should Know About Asian American'. Tapi, my coordinator for Multicultural Center 'halau' suruh pergi workshop lain. HAHHAHA. Dia cakap korang dah asian people, so kasilah student yang bukan asian untuk dengar workshop ni. Then, kitaorang pergi bilik workshop yang terdekat. Eventhough, tak suka sangat nak tahu pasal 'Q Word' tu.. Tapi dengar jugak lah untuk workshop yang kedua tu.
Workshop yang ketiga diadakan selepas lunch. Lunch diaorang sediakan sandwich. American sangat. Beeha dah lapar sangat ni dan perut minta nasi jer. Hahahaa. After lunch, Beeha tak pergi pun workshop ketiga. Aiyoo. Serious start sakit kepala. Lagipun workshop yang ketiga bosan sangat. Tak ada choice yang best.
Beeha nak sangat share content yang kitaorang bincangkan dalam workshop pertama dan kedua. Tapi, Beeha akan buat entri yang lain untuk setiap workshop tu. So, nantikan! ^^
Workshop yang ketiga diadakan selepas lunch. Lunch diaorang sediakan sandwich. American sangat. Beeha dah lapar sangat ni dan perut minta nasi jer. Hahahaa. After lunch, Beeha tak pergi pun workshop ketiga. Aiyoo. Serious start sakit kepala. Lagipun workshop yang ketiga bosan sangat. Tak ada choice yang best.
Beeha nak sangat share content yang kitaorang bincangkan dalam workshop pertama dan kedua. Tapi, Beeha akan buat entri yang lain untuk setiap workshop tu. So, nantikan! ^^