Hello bloggersku! Siapa rasa Beeha dah lama tak online di blog selama ni?? Last Beeha update pun pasal sambut birthday Beeha yang ke 23. Selepas tu, Beeha memang sibuk dengan exam. Tambah pulak dah start "Stay At Home" ni.. Semakin tiada mood nak update blog. Rasa macam tak boleh nak fikir content apa nak ditulis dekat sini.
Sejak 14 March, Beeha memang start cuti untuk Spring break. Kemudian, ditambah 2 minggu lagi cuti disebabkan Covid-19 ini. Dalam tengah duk cuti tu, dapat news Spring break akan dilanjutkan lagi seminggu dan kelas akan jadi online sehingga habis semester. Jadi, Spring break dah jadi dua minggu dan selepas tu barulah start online class. Sedih sebenarnya.. Macam-macam benda tergendala. Patutnya tahun ni commencement Beeha, tapi terpaksa ditangguhkan. My final design project pun buat setakat termampu je. Barang-barang yang kena guna power supply, mostly tinggal dekat lab dan building sekarang dah tutup. So, tak dapat nak amik barang-barang tu semua. Hanya barang yang ada adalah model kaki, wrap dan probe compartment je yang kitaorang pegang. Dah dapat arahan dari prof, kitaorang masih jalankan project tu setakat yang mampu dan kena record video untuk presentation.
Setakat ni study online kat rumah, banyaknya ke laut lah. Ada satu kelas ni, kitaorang macam kena study sendiri je. Dia takda bagi video lecture langsung. Belajar semata-mata notes yang dia tulis. Pening kepala jugak sebab tak banyak description untuk faham mathematical model dalam notes yang dia tulis tu. Nak buat homework pun tergaru-garu kepala tak faham. And Beeha banyak membebel je sebab tak tahu nak buat. Aku tenung lecture notes tu kat page 56 sampai tembus ke page 100 dah.
Macam gambar kat atas, buat homework sambil layan cartoon tak pun drama Melayu ataupun movie/series kat Netflix. Cakap pasal series kat Netflix, macam macam pulak cerita tengah hot sekarang. Tapi, Beeha masih simpan dan tak start tengok lagi series2 tersebut. Sebab, once aku dah start tengok. Satu kerja tak berjalan. Maklumlah, series tu dah ada episod sampai habis, memang sampai habis episod Beeha akan tengok! Barulah tenang nak buat kerja. Susah nak control diri-sendiri ni💆