Padah Tak Peka Dengan Adwords




Tak pasal pasal dah kena bayar banyak ni, dalam US dollar pulak. 😓😭


Wahhh tajuk macam marah je dengan AdWords ni. Ye memang Beeha marah, tapi marahkan diri sendiri yang tak peka pasal kegunaan Adwords (Google Ads). Beeha ingatkan Google Ads dan Google Adsense benda yang sama lah sebab tu tak hairan haritu duk godek godek Google Ads. Haritu tengah main Youtube Channel dan gatal tangan nak linkkan account tu ke Google Adwords. Tapi Beeha ni tak tahu macam mana caranya Adwords (Google Ads) ni beroperasi. Bila dah aktifkan account AdWords, dia macam linkkan ke Google Ads account. Ni Beeha ingatkan account Google Adsense laa. Sebab nama lebih kurang je.

So, Beeha pun dah buat campaign semua lah. Letak keywords bagai. Tapi Beeha ingatkan akan buat payment kalau kita setuju nak jalankan campaign tu ke apa. Macam ada bayaran tetap untuk every month. Rupanya-rupanya based on berapa ramai orang click campaign kita tu, dan kita kena bayar per click tu. Semalam Beeha baru sedar kena bayar bila dapat email card yang Beeha letak tu tak boleh buat transaction. Card debit tu Beeha tahu dia tak aktif sebab dah lama tak guna dan buat transaction. Rasa bersyukur jugak la. Nasib jadi macam tu dan Beeha sedar nak check Google Ads tu.

Tengok-tengok Beeha dah kena bayar $50.28!!!!! Wehh kalau convert duit Malaysia dah RM200 lebih Beeha kena bayar. Semalam tak tahu nak nangis ke apa. Beeha terus call adik, pastu dia cakap "Itulah aku dah rasa macam tu dah. Mesti kena bayar ni kalau AdWords ni." Beeha cakna jugak apa yang dia cakap tu, tapi tak terfikir pulak yang Beeha dah buat campaign dan benda tu terus aktif. Dari hasil klik pengunjung, Beeha yang kena bayar. Macam Beeha cakap tadi, Beeha ingatkan kena bayar harga terhad based on berapa campaign kita buat.. Serabut jugak laa jadi macam ni. Lepas google-google semua, Beeha boleh delete all the campaign and deactivate account Google Ads. Tapi this account cannot be deleted. Lepas deactivate ni Beeha harap tak naik laa apa apa yang perlu dibayar. Serabut jugak sebenarnya. Takkan tak bayar kan. Pastu nanti kalau lagi naik ke apa, atau tak bayar dikenakan tindakan. Lagi haru beb!

Nasi pun dah jadi bubur. Payment tetap kena buat even benda tu Beeha tak sengaja dan salah diri sendiri sebab tak peka pasal benda ni. Pasal duit jangan buat main. Boleh untung boleh bawa padah macam ni. Lambang Google Ads dan Google Adsense pun lebih kurang je, sebab tu Beeha ambil remeh sangat benda ni.


Image result for google ads
Ini lambang Google Ads.

Image result for google adsense
Ini lambang Google Adsense yang most of the bloggers use as income platform.

So, lepas ni ingat ye. Google Ads tu platform untuk kita buat iklan yang linkkan ke account blog atau apa apa website yang kita buat untuk berniaga. Jadi setiap iklan yang kita buat dan diklik oleh pengunjung akan di chargekan kepada kita kerana telah menggunakan perkhidmatan Google Ads untuk raih banyak pengunjung ke website kita.


P/S: Pengajaran buat Beeha, jangan sesekali mencuba sesuatu benda sesuka hati tanpa bertanyakan kepada orang yang lebih expert ataupun buat research dan fahamkan dulu konsep perniagaan tersebut. Baru lah boleh cuba. Bukan main-main cuba!




You Might Also Like

14 Comments

  1. Wow! Kalau saya kena pun, saya rasa nak menangis juga.

    ReplyDelete
  2. thanks for the info..kak pun baru tau beza tu

    ReplyDelete
  3. alala. tak pasal2 kena bayar pulak. tp echa kalau google adword ni mmg tak tahu byk. tp yang pasti dia berbayar kalau nak guna. ingatkan untuk cari keyword yang tepat je. rupanya lain pulak.

    ReplyDelete
  4. saya tolong klik iklan google ad sense ye!

    ReplyDelete
  5. Kaella tak pernah try lagi. Tapi beeha log in google ad ni dekat mana. Takut2 kaella pun ada buat pula huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biha log in google adwords ni masa nak setup youtube channel biha.

      Delete
  6. ooh mai.. macam mana nak check eh ? macam tak tahu jugak benda2 ni. main tibai je kadang2 tu. Google Words tu macam penah dengar dan bukak tapi tak pasti how..

    ReplyDelete
  7. if people click iklan kita kat utube bukan kita dapat duit ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lain kut, ni sebab guna campaign dekat adwords. campaign kat adwords ni kita yang bayar bila pengunjung klik link website kita. Kira macam kita bayar kat adwords sebab promote website.

      Delete
  8. nasiblah teringat nak check kan adoiii.
    kira ni more like kita upah advertiser la kan so kita yg bayar dia.
    adsense mcm kita yg advertiser n google bayar kita.

    ReplyDelete
  9. Nsb sempat batal.. mau auto renew lg parah jdnya..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Adoi.. takut pulak kita baca.. mujur sedar awal..

    ReplyDelete
  11. alaa.... seram pulak dengar berita ni... pasti ada hikmah atas apa yang dah berlaku ni.. terima kasih share info ni. semoga pahala buat mu sis utk sharing ni. dan semoga Allah permudahkan urusan sis utk perkara ni.. aamiinn... dah nama n logo pun nak dekat2.. mana tak kelirunya sis...

    btw, boleh bw kt blog saya.. https://semut-senyum.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Me myself pun confuse between the two. mujur ray sblm ni tanya dulu and baca bebetul pasal adsense and adwords. so now i'm aware of it. this one boleh jadi pengajaran and tempat org lain boleh rujuk. so fightinggg!!!!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)