February First Update




Fall 2018 - Belakang NIFS Gym, Indianapolis

February, the month that I've been waiting for! Feeling so excited and sad at the same time. I'm gonna be 22 soon. Pejam celik pejam celik cepatnya masa berjalan. Januari cepat sangat berlalu. Baru nak relax-relax kononnya sebab baru start kelas. Dah ada first exam! Baru sedar dah sebulan kelas.

Sekarang 9.58 malam. Duduk di kerusi, menghadap laptop sambil fikir "apa aku nak buat eh esok?". Harini jumaat, dah cukup Beeha buang masa dari petang habis kelas, pukul 1, sampailah ke isyak (Isyak dekat sini 7.30pm). Niat malam ni nak siapkan satu assignment yang guna Eagle software. Ada satu soalan tu Beeha tak boleh nak jawab. So, I email TA (teaching assistant) tanya pasal soalan tu. Tunggulah esok dia reply, baru Beeha nak sambung siapkan assignment tu.

Berbalik kepada bulan Februari yang Beeha nanti-nantikan. Deep in my heart, "aku tak nak tuaa!!". Hahaha. Kalau boleh nak jadi baby je tak pun zaman tadika pun okey. Masa tu bukan ada masalah sendiri ke apa. Nak murung ke, gaduh dengan boyfriend ke, tak cukup elaun ke and blaaa blaa..

Dah meningkat dewasa ni macam-macam pulak kena fikir. Tambahan, emosi Beeha ni selalu je tak stabil. Kalau tengah bulan penuh tu, lagi lahh double triple tak stabil. Ada je lah benda tak kena. Lepas tu, tak nak luah dekat orang pulak. Nak update dekat blog ni, macam memanjang je Beeha ni murung?! Bila masa laa dia happy eh?

Ada encik B pun, bila kita seronok bercerita, dia reply sebaris je haa. Nampak tak minat dia nak dengar. Baik Beeha bercerita dekat blog je lah kalau gitu. At least, takda nak terasa hati kalau ada orang reply atau tak, dan ada yang sepenuhnya mendengar ke tidak.

Azam tahun ni macam banyak. Tapi Beeha tak nak cerita lagi dekat sini. Heheheh. Al-maklumlah, dah nak masuk umur 22 tahun ni. Macam-macam masa depan yang kita nak rancang. Dan, paling penting nak perbaiki diri sendiri supaya lebih baik dan maju ke hadapan. "Wahh, kalau bercerita dalam blog macam sangat-sangat berwawasan ye Cik Beeha".

------------------------------

Okey guys, my TA already reply my email. Haha. So, I need to settle my assignment now. Bye!

P.S: One thing yang Beeha suka dengan orang sini, diaorang reply email laju je. Beeha baru hantar 20 minit lepas. 😂







You Might Also Like

5 Comments

  1. Hi Beeha! Nice to be here! :) February babies jugak eh? ehehe

    ReplyDelete
  2. all the best beeha!! may Allah ease everything for u!!

    ReplyDelete
  3. Oh my, I envy your age. I wish I could be 22 forever or 25 hahaha

    Honey, you need a private blog or a journal that you can write down everything that you feel at that time. I feel so bad reading that when you feel down, you don't want to express it to anyone. I know that feeling very well. I live with my family but my house is constantly empty. I talk to the walls, trying to write on my blog but takut orang yang tak suka saya will laughed at me so I decided to write it down on my journal.

    Good luck on your exam and may you have a great week.
    Sincerely, your new follower :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)