Cara Buat Sate Simple




Menu malam ini.

Dari hari Sabtu lepas lagi Beeha teringin nak makan sate. Tapi nak tunggu balik Malaysia lambat lagi. Empat bulan lagi. Lepastu, fikir hari Rabu ada exam. Isnin dan selasa pun banyak kelas dan ada lab, nak study untuk exam hari Rabu lagi. So, lepas exam tu Beeha terus rasa nak buat.

Beeha pergi Krogers aka Tesco, untuk beli timun dan barang keperluan yang lain. Mulanya nak cari lengkuas jugak, tapi ni bukan Asian Market nak ada bahan macam tu. After beli barang-barang, terus balik rumah dan lunch sambil tengok drama. Bahan-bahan seperti cili kering dan kacang Beeha dah sediakan dah.

Pukul 5 petang macam tu Beeha start masak dan siap dalam pukul 8 malam. Di bawah ni Beeha akan share bahan-bahan dan cara masak sekali. Cumanya bahan seperti lengkuas dan jintan manis je yang Beeha tak ada. So, kalau boleh masukkan dua bahan ni baru lah wangi and naik rasa sate tu. Beeha hanya buat sate ayam je sebab Beeha tak boleh makan daging. Tak tahu lah allergic ke macam mana tapi tak naik bintik-bintik merah pun kalau makan. Tapi, akan demam dan muntah balik.


Bahan-bahan untuk perap sate ayam:

1 setengah ekor ayam bahagian breast
2 biji bawang besar (Beeha guna bawang holland)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas 
2 batang serai 
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil kunyit (untuk bagi warna kuning)
Seketul gula merah
Sedikit garam
Lidi sate

Cara-cara perap ayam:

Potong ayam bentuk dadu mengikut saiz yang anda suka. Blend semua bahan-bahan lain dan masukkan ke dalam bekas untuk digaul bersama ayam yang sudah dipotong tadi. Perapkan ayam tersebut selama 1 jam dan lebih bagus jika semalaman. Kemudian, rendam juga lidi sate tersebut di dalam air. Ini petua supaya mudah untuk cucuk ayam dan lidi sate tak patah sewaktu bakar atas api.

Bahan-bahan untuk kuah sate:

2 biji bawang besar (Beeha guna bawang holland)
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering (tambah jika nak kuah pedas)
1 batang serai
1/2 inci lengkuas
2 genggam kacang yang telah dipanggang
1 keping asam keping
Gula putih
Garam

Cara-cara membuat kuah sate:

Kacang yang telah dipanggang tadi hendaklah ditumbuk atau blend kering. Boleh jugak gunakan blend basah, cuma nanti masih tinggal kacang-kacang yang tidak pecah. Kemudian, blend bawang-bawang. Lengkuas dan serai tidak perlu dipotong kecil-kecil, biarkan masuk sebatang serai dan seketul lengkuas. Sebab ini hanya untuk naik bau bukan untuk rasa serai tersebut. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bawang yang sudah di blend. Setelah kekuningan, masukkan pula cili kering dan masak sehingga pecah minyak. Pastikan api hanya medium. Setelah itu, masukkan secawan air dan masukkan kacang, serai dan lengkuas. Perasakan dengan gula dan garam. Akhir sekali, masukkan asam keping dan tunggu hingga mendidih. Beeha pastikan kuah tersebut tak terlalu pekat ataupun cair.


Sate ayam yang telah dicucuk dengan lidi.

Takda pemanggang masak atas pan pun boleh. Hehehe.

Kuah kacang yang telah siap dimasak.

Dah siap sediakan semua bahan, bolehlah masak nasi impit yang instant tu dan juga start bakar sate. Beeha takda tempat panggang ayam tu so, masak atas pan leper je. Bila pan dah panas, sapukan sedikit minyak. Kemudian baru letak sate ayam yang dicucuk dengan lidi di atas pan tersebut. Beeha guna batang serai nak sapu minyak dekat sate. Sambil tu, Beeha alih-alihkan sate ayam tersebut dan kadang-kadang spray dengan air supaya sate tersebut tidak terlalu kering.

Done! Jom makan. 😜





You Might Also Like

2 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)