Chicken Chop Simple!

by - 2/21/2019 07:24:00 PM



Gambar tak berapa proper sangat. Dah makan baru teringat tak ada gambar makanan. Ini pun nasib Beeha save dari Instagram.


Hi bloggers! Harini Beeha masak Chicken Chop dan tambahan nasi goreng kunyit! Tak tahu nak panggil nasi goreng apa sebab main letak je protein yang ada dan teringin nak makan nasi goreng warna kuning, Beeha letak kunyit je. Hehehehe. Sebab selalu sangat masak nasi goreng yang tumis guna cili, so harini tumis bawang merah je and letak sikit kunyit bagi ada warna. Petua kalau masak nasi goreng macam ni, kena letak lada hitam dan lada putih. Baru naik rasa nasi goreng tu. 😉

Every week ada je laa rasa nak masak something yang berlainan. Bosan jugak kalau hari-hari makan makanan yang sama je. Jadi kita cuba makanan yang baru. Minggu lepas beli ayam seekor yang tak potong lagi. Jadi, Beeha potong sendiri. Part ni terpaksa lah google sikit cara nak buang tulang dari ayam tu untuk masak Chicken Chop ni. Tapi nak sediakan tu simple sangat sebab Beeha dah beli ready made punya sos barbeque jenama Knorr. Hehehe. Nak buat sos ni sendiri pun boleh tapi kena cari resepi dekat tempat lain ye bloggerku. Beeha mampu share yang dah siap je. Hanya perlu tambah air dan masak atas api supaya tak berketul.

============

Bahan bahan:

2 bahagian ayam quarter leg
Serbuk cukup rasa Knorr/ Seasoning (brand maggi)
Tepung khas untuk goreng ayam
1 sudu besar cornstarch
Lada hitam
Lada putih
1 biji telur
Kobis
Lobak merah
Mayonis
Garam 
Gula
Blackpepper sauce ready made by Knorr

Cara masak:

Ayam

Buang tulang ayam quarter leg. Caranya, Beeha ketuk sikit tulang dekat bahagian drumstick tu supaya patah. Then, Beeha belah sikit untuk tarik tulang tu. Pastikan tak terpotong terus isi ayam tu. Dah cuci betul-betul, masukkan seasoning atau serbuk perasa dan juga sedikit lada putih. Kemudian, pecahkan telur dan gaul. Ambil pula tepung, cornstarch, sedikit lada hitam dan gaulkan dalam satu bekas. Celup ayam dalam telur dan celup pula ke dalam tepung yang telah digaulkan tadi. Bila minyak dah panas, gorengkan ayam tersebut dengan api yang sederhana.

Coleslaw

Potong kobis dan lobak merah secara halus dan kecil-kecil. Ini mengikut style masing-masing. Selalunya Beeha pastikan 2/3 daripada bahan tu adalah kobis dan 1/3 lagi lobak merah. Kemudian, masukkan garam, gula dan mayonis. Ada sesetengah orang, masukkan susu cair sedikit dalam satu atau dua sudu besar. Tapi, Beeha lepas gaul masukkan dalam peti sejuk. Bila sejuk lagi sedap dimakan! Sebab cloeslaw tu akan berair jugak lepas dah masukkan garam.

Sos blackpepper

Ini sebab Beeha beli yang instant memang sangat mudah! Panaskan kuali dan masukkan air serta serbuk blackpepper tersebut. Kacau hingga tak berketul. Dah okay boleh tutup api.

===========

Yeayyy masa untuk hidang! Kalau jenis yang nak tangkap elok-elok sebelum makan tu boleh la cari pinggan putih yang kosong baru boleh nampak hipster ye idokk?? Hahhahaha. Letak ayam yang digoreng tadi dan tuangkan sos blackpepper atas ayam. Kemudian, letaklah coleslaw yang dah disejukkan dalam peti sejuk tadi. Kalau nak fries, boleh laa jugak hidangkan sekali. Macam Beeha, Beeha hidang dengan nasi goreng. Memang kenyang sangat-sangat sampai tak larat nak jalan.😆














You May Also Like

2 Comments

  1. Ya Allah, why am I on a diet right now?
    Kalau tak diet dah lama serbu kedai western near my house ni.
    Dah almost 2 months tak makan western food, craving melampau.
    I sent this post to my sister sebab dia pernah cakap nak try buat Chicken Chop sendiri.
    I hope she liked it :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan diet..!!! HAHHAHAHA. Hopefully your sister like it. Cuma blackpepper sauce tu lah kalau nak senang macam Beeha mmg beli instant je la. ;)

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)