My First Kuah Kacang

Gambar tak berkaitan dengan tajuk post  >,<

Raya yang kedua, malam tu aku dan Amal nak masak rendang. Raya ketiga baru nak merasa makan rendang dengan lemang itupun instant brand Nona. Nasibla ada jual dekat Saraga International Market. Dalam pukul 7 malam macam tu, aku start basuh ayam dan cuci lebih kurang 15 bahagian boneless thigh. Banyak gila lemak, tiga kali aku cuci sampai hilang bau. Penat gilaa mencuci, lebih kurang sejam baru siap. Amal pulak tugas potong-potong bahan untuk masak rendang.

Sambil duk berdiri tengok Amal masak rendang, Amal pun tanya "Biha tak nak cuba buat kuah kacang ke?" Aku pun cakap, "Nak.. Tapi tak pernah buat, nak telefon maktok laa tanya macam mana nak buat." So, aku pun call laa mak, pastu minta nak cakap dengan maktok. Maktok sekarang, pendengaran makin kurang pulak. Banyak kali jugak laa dia "Haa, apa dia. Haa apa dia? Maktok tak dengaq." Maktok bagitahu bahan-bahan dan cara nak masak. Sangatlah simple je. Cuma itulah first time nak buat benda tu, aku expect takkan menjadi sangat laa. Maktok pun bagi sukatan main agak agak je. Aku pun buat main agak agak je, tak ikut sangat maktok punya sukatan.

Bahan-bahan:

3 biji bawah merah - hiris
1 biji bawang besar - diblend
2 ulas bawang putih - diblend
sedikit halia - diblend
2 sudu cili kering
2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak
3 sudu besar gula merah 
gula putih
garam 
1 titik serai
1 sudu besar asam jawa
asam keping

Cara-cara:

1. Panaskan kuali, goreng kacang tanah tanpa minyak sehingga naik bau. Sejukkan kacang tersebut untuk memudahkan buang kulit kacang. Kemudian, gorengkan cili kering dengan minyak hanya sekejap. 

2. Kisarkan kacang tanah tersebut. Selalunya orang gunakan kisar kering lebih senang. Tapi, sebabkan duduk US ni, aku tak beli lagi pengisar kering. Jadi , aku kisarkan je dalam blender biasa dan masukkan sedikit air supaya pengisar tu boleh bergerak. Letak tepi. Kemudian, kisarkan bawang besar dan cili kering. Tapi, aku asingkan bawang besar dan cili kering yang dikisar tu. Aku lebih suka tumis bawang dahulu dan kemudian baru masukkan cili kering.

3. Dah selesai sediakan bahan bahan yang diperlukan, bolehlah panaskan minyak dan masukkan bawang yang dihiris. Tumis sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang diblend dan setitik serai. Sudah sedikit kekuningan, masukkan cili kering yang diblend. Tunggu sehingga ia pecah minyak.

4. Kemudian masukkan air asam jawa dan juga kacang. Masukkan garam dan gula putih hingga secukup rasa. Akhir sekali, masukkan asam keping. 

Apa-apa pun bahan-bahan seperti asam jawa, gula dan garam kena perlu agak-agak.

Tapi, waktu aku masukkan kacang tu adalah part paling terkejut. Aku dah cuak sebab warna kuah dah jadi tak merah disebabkan kacang yang diblend tu. Selepas dah gaul dengan garam, gula merah, gula putih... Akhirnya jadi laa jugak warna sepatutnya jadi. Cuma terpedas sikit, sebab cili thai yang dijual kat US ni memang laa pedas sangat.


Selamat mencuba, minta maaf sebab Biha terlupa nak ambil gambar kuah kacang tu.



You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)