Warna Cinta Impian







Jarang sekali Beeha membuat review untuk movie. Bahkan, ini merupakan kali pertama Beeha review filem. Walaupun cerita Warna Cinta Impian ini telah ditayangkan pada tahun lepas, tetapi sekarang baru Beeha berkesempatan untuk menonton filem ini. Tiga hari cuti, tiga kali Beeha ulang tengok cerita ini. Tidak tahu mengapa, bagaimana Beeha rasa sedih sangat, dan cerita sangat menusuk ke hati. Perjalanan cerita ni sangat sangat banyak pengajaran yang Beeha dapat.

Apa-apa pun Beeha nak cerita sikit sinopsis Warna Cinta Impian ni. Kisahnya bermula apabila abang kepada Nadia(Syiqin Kamal), Awie ini telah menjodohkan adiknya dengan Danial(Erwin Dawson). Danial adalah seorang arkitek dan Nadia adalah seorang peguam. Masing-masing adalah anak yatim, Nadia tinggal dengan abangnya manakala Danial mempunyai kakak angkat bernama Erra yang bekerja sebagai doktor psikologi di Australia. Masing-masing juga pernah mempunyai kisah silam tentang percintaan mereka. Nadia memang susah nak terima Danial dalam hidup setelah apa yang berlaku padanya dahulu. Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya iaitu, Izzue. Izzue sudah berjanji untuk bernikah dengannya tetapi tidak hadirkan diri sewaktu hari pernikahan mereka. Sejak dari itu, Nadia telah tawar hati. Manakala, Danial sedaya upaya untuk mengambil hati Nadia. Setelah pulang dari berbulan madu yang dihadiahkan oleh abang Nadia, hubungan mereka masih belum baik.

Sehinggalah Danial mengalami kecederaan ringan di tangan kerana hendak menyelamatkan rakannya, Ashraf (Fad Bocey) dari dilanggar kereta. Tetapi, Nadia sedikit pun tidak hairan dengan Danial yang terlantar di hospital. Dan satu malam itu, Ashraf memberitahu Nadia supaya menjada perasaan Danial kerana dia tidak mahu Danial mengalami kemurungan seperti dahulu. Ashraf menceritakan bahawa Danial pernah bersedihan dan murung setelah kekasih hatinya, Maya telah meninggal dunia akibat dilanggar kereta. Sewaktu itu, Danial dan Maya sedang melanjutkan pelajaran di salah satu universiti di Australia. Jadi, Erra yang juga kakak angkat kepada Maya telah merawat Danial sehingga pulih seperti sedia kala dan telah menerima peristiwa itu dengan rela.

Setelah mendengar penjelasan itu, Nadia serba salah dan sedaya upaya untuk mengambil hati Danial kembali. Tetapi, ini satu benda yang pelik bagi Danial kerana Nadia tidak pernah baik dengannya. Kepulangan Kak Erra ke tanah air membawa ketegangan akibat kenangan kisah cintanya yang pernah kecundang bersama Awie. Tetapi, Awie dan Erra mengabaikan masalah mereka yang dahulu, dan berganding bahu untuk menyelamatkan perkahwinan adik masing-masing. Tetapi, rancangan mereka tidak berhasil sehingga Danial ambil keputusan untuk kembali ke Australia semula. Pada hari penerbangan Danial, barulah Nadia sedar bahawa Danial betul-betul menyukainya sejak hari pertama mereka bernikah. Nadia turut pergi ke Australia untuk mencari Danial dan meluahkan sendiri isi hatinya. Mereka bersatu kembali. Tamat.



Secara keseluruhannya, cerita ini memang sangat best! Lagu yang digunakan dalam filem ini sangat mengusik jiwaku. Iaitu :

Kau Masih Mawar Merah (Ronnie Hussien)
Cinta Adalah Anugerah (Nurhairy Abd Rahman)

Pengajaran:

Setiap manusia pernah mempunyai kisah silam masing-masing. Contohnya, macam Nadia yang pernah kecewa kerana ditinggalkan seorang lelaki di waktu hari bahagianya. Kadang-kadang ini membuatkan perempuan itu membenci lelaki dan tidak percaya lagi pada lelaki. Ataupun kata kata yang selalu disebut "Lelaki semua sama." Percaya atau tidak, Beeha pun rasa macam itu. Lelaki semua sama, tapi tidak salah kalau kita memberi peluang pada orang lain mungkin dia akan buat kita lebih bahagia. 😁 Dan Beeha sangat suka apabila Danial menunjukkan usahanya untuk mengambil hati Si Nadia. Bukan senang apabila seorang lelaki itu sanggup tunjukkan usahanya untuk baik dengan wanita itu. Saya sangat emo tengok cerita ni. 😢

Bagi yang belum menonton cerita ini, anda boleh klik link INI untuk menonton full HD filem Warna Cinta Impian.




You Might Also Like

5 Comments

  1. xperna ju dgr film ni, ke ju ktinggalan zaman ?? rasa nya last year ju jarang follow up cerita pangung, tahun ni bru start follw smua

    ReplyDelete
  2. cite nie ade kuar kat astro haritu.. tapi e'in tak sempat nak tengok.. huhu

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)