Trip to Chicago: Part 1




Maaf, GIF saya tak clear sangat. >,<




ASSALAMUA'LAIKUM | Hai orang kampung ! *Nada macam dah setahun tak jumpa* Tapi memang kenyataan pun, dah lama aku tak update blog ni. Setelah seminggu lebih cuti, harini baru aku berkesempatan + mood rajin + excited. Dua hari lepas, aku baru je balik daripada honeymoon vacation dengan kawan-kawan. Trip kami ke CHICAGO! Best memang best sebab dapat pergi state lain dalam US. Beeha memang niat pun kalau cuti, tambah ada duit lebih memang nak melawat state lain. At least, boleh tengok perbezaan antara state dalam US ni.

Sebenarnya, Beeha tak tahu nak start cerita dari mana dulu ni. Nak terus cerita first day trip kitaorang or nak flashback cerita sebelum trip.

OKAY. I've decided. Beeha nak cerita dari seminggu sebelum kitaorang nak pergi trip. Bila diingat balik, memang sumpah lawak. "Tak tipu!". *Tolong lah percaya* Dekat tempat Beeha tinggal ni (Oregon), dah start dah rasa nak masuk Fall. Awal pagi dah start sejuk paling rendah 9 degree celcius. Bapak sejuk! Malasnya nak bangun subuh. (ada sekali terlajak) *aku bagitahu bukan nak riak, tapi ni realiti penah berlaku* "Elehhh, jangan tipulah.. Korang mesti penah.... entah-entah banyak kali enn. Hehheehh."

Nak dijadikan cerita, kitaorang punya la prepare, beli baju sweatshirt, takut di Chicago ni sejuk. Almaklumlah, bila fikir Chicago area-area belah east, then terus laa ingat ehh ni mesti sejuk ni. Hahhhahaa, pastu beli jacket lagi.

Bila malam tengah kemas-kemas barang yang perlu dibawa, baru terfikir nak check cuaca dekat Chicago. Ni buat rasa nak marah dengan diri sendiri, betapa kecoh sangat nak beli baju yang tahan sejuk, rupa-rupanya dekat Chicago masih lagi panas. Suhu 18 - 22 degree celcius. Hmmm. *Pakat bertepuk dahilah aku dengan Ulfa (roommate)*. Masing-masing mengeluh, sebab seronoknyaa shopping baju lawa-lawa nak pakai pergi berjalan, last-last bawa tshirt juga. (Poyo je tshirt, I bawa juga baju lawa-lawa.)

Dah selesai packing barang, semua terus tertidur.

Flight hari Rabu pukul 7.00 pagi dari Portland Airport ke San Francisco, transit kejap. Kemudian ke Chicago. Oregon nak ke Portland Airport tu ambil masa 2 jam laa juga. Ya Allah, dah macam Penang nak pergi Jitra, Kedah. Mulanya ingat nak park kereta dekat airport tu, masalahnya aku serumah (4 orang) ni duit tak ramai sangat. Nasib baik lah, ada kawan senior yang tinggal area Portland. Kami minta nak tumpang kereta dekat rumah diaorang. Lepas tu, naik Uber (taxi) dari rumah senior tu ke Portland Airport. Charge dikenakan mahal $30.40. Tapi disebabkan baru first ride guna apps Uber, dapat diskaun $20. Jadi, dah jimat laa dekat situ.

Kami bertolak petang dalam pukul 5 macam tu. Keluar awal, sebab nak cari sudu plastik, dengan berus gigi untuk travel. Dah beli benda penting tu, terus gerak ke rumah kawan senior. Dekat pukul 8 malam baru kitaorang sampai. Then, terus call Uber nak pegi airport.

Dah sampai airport, usha sikit port mana nak tidur malam ni. Flight esok pagi, lambat lagi ni. Mata aku bukan main susah lagi nak tidur. Baik makan dulu. Kitaorang dah ready dah, nasi goreng dengan roti sebagai bekalan nak tunggu esok pagi..

Sementara makan tu, tengah tunggu juga kawan lagi 5 orang yang baru nak bertolak dari rumah lepas Isya'. 12 pagi juga baru diaorang sampai airport. Mata aku mengantuk dah sebenarnya, tapi rasa segan gila nak tidur. Tiba-tiba ada mamat mana entah boleh pulak join sekali dekat port kami, memang aku tak tido lah. Nak hilangkan bosan, aku call whatsapp dengan adik.

Yeayy, masa dah time! Dah pukul 6 pagi. Kitaorang heret laa beg masing-masing nak check bag semua.


Sempoi gila muka, muka tak tido semalaman. Naik plane, terus aku tido. Itupun tak sampai sejam.



P/S: Setakat ni je Part 1 yang Beeha kongsi. Tunggu sambungannya okay? Ada banyak situasi lagi yang buat kitaorang gelabah. Nak cerita dekat sini, panjang sangat. Esok pulak laa ehh saya sambung. :D











You Might Also Like

7 Comments

  1. bestnya jalan2! Untung dapat study dekat luar, kalau tak balik malaysia boleh jalan2 dekat sana selagi ada masa. hihi

    anyway, salam perkenalan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, manfaatkan peluang yang ada. Salam perkenalan awak. :)

      Delete
  2. Assalam..salam ziarah & follow adik..

    seronoknya bercuti tempat orang... dah lama simpan hasrat nak bercuti jauh2 skit..apakan daya...tabung ayam masih x penuh..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan pelan sis menabung. Beeha pun nasib baik la dapat study dekat sini. Kalau tak, tak dpt peluang nak jalan jalan mcm ni. ^^

      Delete
  3. Bestnyaaa kakbeeha. doakan saya dapat peluang study & travel country orang jugak !

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)