Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

Klik banner untuk sertai..


  • Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
Kisahnya bermula di sini.. Pada suatu hari saya termenung di tepi sofa dan mendapat idea untuk berblogging *tinkk - mentol menyala. Hahha. Kay ni serius. Beeha start blogging yang seserius mungkin ni baru tahun ni. Itupun hujung2 bulan November. Sebabnya Beeha tengah cuti sekarang ni sehingga rasa bosan teramat, jadi I decided to start blogging again. Dulu-dulu pernah buat blog, tapi tak pandai nak bermain dengan coding and spesis MALAS nak belajar pasal cantikkan blog... Jadi Beeha delete terus akaun tu.. Bila dah lama-lama terasa nak berblogging semula tapi sebabkan tingal di asrama, so susah tak boleh bawa laptop sendiri. Faham-faham sekolah berasrama ni, peraturan wajib diikut. Sekarang ni, memang niat nak teruskan blogging sebagai hilangkan stress. Bila tengok ada orang hantar pesanan di chatbox tu , its make me feel happy. Sengih sorang-sorang pun boleh. Ni bukannya penyakit sawan ke, gila ke apaa ehh... Ni sebab terharu sangat ada orang sudi nak singgah blog Beeha and tinggalkan jejak di chatbox. Second, niat Beeha memang nak buat tutorial and sharing my freebies

  • Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
Ini soalan killer lah bagi Beeha. Hahaa. Sebabnya Beeha pun baru jea aktif semula berblogging. So, entry yang di update tu tak lah banyak lagi.. Kalau bercakap tentang idea, idea akan datang secara tetiba. Kalau datang tu cepat-cepat Beeha catit kat memo handphone (kalau Beeha dekat luar or kalau tak rasa nak type entry lagi). kadang-kadang idea nak update datang dari pemerhatian Beeha sendiri sebagai contoh tengok something di televisyen ke, terbaca majalah ke.. dari situ datangnya idea and ada laa buat research sikit, semak dulu sebelum publish entry. Bukan apa takut tersalah info, nanti dikecam orang ramai.. Uuuuuu, itu takut.!

  • Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?
Haaa, ini bergantung jugak laa. Kalau entry Beeha post tu sejengkal amik masa 20 minit jugak laa. Yelahh, nak cari gambar yang sesuai dengan entry lagi. Beeha tak suka entry yang penuh dengan tulisan sahaja, tak naik minat nak membaca dan cepat bosan. So, kalau lebih dari sejengkal tu lagi tambah laa minitnya. Kadang-kadang Beeha save dulu, dapat idea ayat menarik baru Beeha sambung balik tulis entry. 



DONE! Selesai sudah jawab tiga soalan dari Encik.Kidal.. Siapa yang bertuah untuk saya tag ??? Rakan blogger yang bertuah malam ini ialah Dira !








You Might Also Like

2 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)