Cara Jimat Untuk Cantik






SELAMAT PETANG semua ! :D

Dekat kawasan rumah Beeha ni hujan.. Rasa mengantuk sangat. Tadi tengah hari sakit kepala lah, mata berair cukup. Nak demam kut.. Tapi takpe, benda ni tak jadi masalah untuk Beeha kongsi sikit petua orang tua-tua. Haaaa... Syok ke tidokk?? Nak kongsi petua kecantikan nihh, jimat pulak tu. *mesti syok, sape tak nak cantik.. hehee


Kadang-kadang orang fikir tak dapat beli produk mahal2 , so tak dapatlah nak jadi cantik. Cuba fikir balik, orang tua-tua dulu mana ada nak beli produk mahal-mahal macam sekarang. Tapi kulit muka cantik jea. Bahkan bukan kulit muka je, anggota yang lain pun pandai mereka jaga. Sebabnya, orang dulu-dulu pandai manfaatkan barang-barang yang ada di rumah. Contohnya, bunga cengkih, kobis, lobak merah, beras, kunyit and so on.

Jadi, hari ni I nak kongsikan bagaimana bahan-bahan tadi berguna untuk cantikkan diri kita.



1. Lembapkan kulit wajah yang kering

Petua ni kita gunakan kubis. Caranya ialah dengan mengisar kubis tersebut. Tapis dan perah kubis tersebt untuk dapatkan airnya sahaja. Kemudian , campurkan dengan sedikit madu lebah. Sapu pada kulit wajah danbiarkan sehingga kering. Selepas itu, bolehlah bilaskan wajah anda seperti biasa. Boleh diamalkan setiap dua hari sekali.




2. Harumkan rambut

Then, you can try this step using 'bunga cengkih'. Rebuskan segenggam bunga cengkih dengan dua cawan air. Sejukkan. Selepas sahaja cuci rambut anda dengan syampu, basuh rambut anda menggunakan air rebusan bunga cengkih tadi. Hasilnya, anda akan rasa segar dan harum.




3. Gebukan kulit tubuh

Ini yang diidam-idamkan oleh perempuan. Say yes! Boleh laa akak2, adik2, ibu2 try this. Parut sebatang lobak merah. Campurkan parutan tadi dengan satu sudu besar tepung jagung dan sebutir kuning telur. Kacaukan hingga sebati okay dan sapukan di kulit tubuh. Biarkan 20 minit atau sampai kering. Kemudian bersihkan dengan air suam. Lakukan dua kali seminggu.





4. Lembutkan tumit kaki

Ini penting kerana majoriti kita yang perempuan akan mengalami masalah tumit retak or kasar macam tu lah sebab pakai kasut tinggi selalu dan jalan banyak pulak kan. Jadikan gunakan kunyit untuk atasi masalah ini. Giling kunyit sehingga lumat bersama sedikit garam bukit. Semasa anda mandi, gosokkan ia pada bahagian tumit kaki secara perlahan-lahan. Bilas dengan air suam. Kalau boleh lakukan setiap kali anda mandi. In shaa allah, tumit kaki akan jadi lembut dan tidak kasar.


So, thats all cara jimat untuk cantik. Bagi yang mengalami masalah seperti di atas boleh laa cuba dan iktiar petua orang dulu-dulu ni. Amalkan selalu, in shaa allah akan menjadi.







You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)