Beeha Azman

  • Home
  • author
  • tutorials
  • travelog
  • youtube
  • disclaimer
Guess who excited with the latest Urban Decay palette??! - ME!!!



It is already launch on UK website!


For US website, the palette will be launched on June 25th. Can't wait for it!!!

  • 5 Comments

Hi, Assalamua'laikum bloggers.

Bismillahirrahmanirrahim.. Harini Beeha nak share dengan korang semua a happy news! My friend and I just started small business where we sell authentic makeup from USA. For now, we are only taking preorder for Colourpop brand. Glossier and Kylie are coming later.. Whoever interested to buy Colourpop makeup, you guys can check out our instagram, @dmakeuphub! Just DM us if you want to place order. Because this brand is from USA, it takes about 14-20 business days to arrive to your house! It can be delayed due to our situation with COVID19 now.




These are some palettes that we take for preorder. The bottom palettes are the newest collection! If you want to see more, do click @dmakeuphub!
More to come! Do check our instagram frequently. 😁

  • 5 Comments

Sorry for being emotional today.. I am so sorry to whoever left the comment above. Disebabkan tak tinggal comment so dianggap tak visit blog.. I'm being a silent reader this past few months. I feel sorry for other bloggers too. Kalau Beeha ada post entri, looks like I'm active, tapi korang tak pernah nampak pun Beeha visit blog korang. Beeha just jadi silent reader je. Since the end of March lagi (sejak sejak Covid19 and class online), I dah tak aktif comment dekat blog. Banyak blogger yang tinggalkan comment dekat blog, Beeha visit blog korang dan baca sekali lalu je. After this, I may be silent for few weeks until I rasa ada semangat nak aktif blogging ya. By the way, thanks to you all yang visit dan rajin tinggal comments nice nice for me! I really appreciate your efforts and time to visit my blog. Selamat berblogging! 

Love,
Beeha Azman
  • 6 Comments



Siapa yang sedar tentang New Blogger Interface? Apa itu interface? Dalam bahasa mudah adalah paparan. Jadi, blogger dah tetapkan bermula awal Jun semua pengguna akan menggunakan New Blogger interface. Tetapi anda masih lagi ada peluang untuk patah balik (revert) ke Legacy Blogger interface iaitu paparan yang lama sehingga akhir July sahaja. Selepas itu, blogger akan menggunakan New Blogger interface. The reason blogger team ubah benda ni adalah untuk memperbaiki lagi penggunaan blogger dan memudahkan buat pengguna telefon. Lagi mesra pengguna gituww.. 

Beeha perasan benda ni apabila dua post Beeha untuk bulan ni dekat Recent Post widget seperti di bawah. Anda perasan atau tidak? Biha wonder kenapa thumbnail dia begitu leper? hahhaha. Sakit mata memandang, tapi Beeha tiada solution untuk sementara ini. Biha check size image yang Beeha gunakan, sama sahaja. Kalau berbeza image gambar, mungkin itulah penyebab thumbnail tu tak sama macam sebelum ni..




So, dah research sikit mungkin ini effect from interface yang baru barangkali. Beeha pun dah start menggunakan New Blogger Interface. Beeha sarankan sangat untuk blogger yang lain menggunakan yang baru ini. Bukan apa, paparan dia agak janggal jugak untuk blogger yang dah lama dengan paparan yang sebelum ni. Beeha sendiri pun agak kekok dan rasa tak sedap memandang dengan paparan yang baru ni. Tapi, lagi nampak minimalist dan mengikut trend gituu.

Right now, Beeha nak share sikit certain part yang mungkin blogger akan terlepas pandang. Mungkin ada yang cakap interface baru ni tak user-friendly lah.. Kalau tak user-friendly, kenapalah blogger team susah payah untuk improvekan this platform right??

Meh laa kita tengok apa perbezaan interface yang lama dan baru..

Legacy Blogger Interface

New Blogger Interface
Paparan dashboard yang baru Beeha boleh kategorikan as minimalist lah. Di sebelah kiri, masih lagi ada option post, stats, comments and etc. Mereka cuma hapuskan list down untuk setiap option tersebut. Seperti posts option untuk interface lama anda masih boleh lihat listdown of draft and published dekat bawahnya. Tetapi untuk yang baru di mana?? Jangan risau.. Untuk yang baru, perhatikan kotak merah di New Blogger Interface di atas. Anda boleh jumpa draft dan published di situ dengan klik down button tersebut. Untuk view posts, Beeha lagi view Legacy Blogger dari New sebab yang lama takda gambar dan lagi banyak title post you akan nampak. Yang baru ni macam banyak makan ruang pulak sebab ada letak gambar lagi sebelah title post.

Seterusnya, marilah kita fokus kepada Posts. Paparan yang baru mungkin nampak lagi simple dari yang lama.

Legacy Blogger Interface
New Blogger Interface
Dekat post ni Beeha nak highlightkan part yang penting seperti size image dan juga url link. Awal-awalnya Beeha ingatkan interface yang baru dah tak kasi untuk set image kepada original size. Rupa-rupanya selepas diteliti, masih ada lagi option ini. Lihat di New Blogger Interface, kotak merah. Yang pensil itulah untuk korang ubah image kepada original size, small, medium or large. Manakala sebelah pensil itu adalah untuk letak caption. So, jangan pening-pening or gelabah cakap takda option nak letak caption atau ubah size okeyyy..

Kemudian, korang perasan tak Beeha ada bulatkan tiga titik di New Blogger Interface? Dekat situ, korang boleh jumpa option untuk buat strikethrough, format as code dan boleh format line spacing lagi! Rasa macam menulis dekat Microsoft Words je. Hahhaha. Format as code tu untuk sesiapa yang nak menulis dalam HTML. Sebab untuk Legacy Interface, compose or HTML. Untuk interface baru, option format as code telah menggantikan HTML.

Untuk URL link pulak, ini sedikit sedih.. Untuk interface baru, tidak lagi default untuk "open this link in new window". Tapi, untuk Beeha ini bukanlah masalah besar.. Apa susah, kalau tidak tick, tickkan sahaja di kotak tersebut sebelum korang publish post korang. 😉😉

Legacy Blogger Interface
New Blogger Interface
Sesiapa yang anda info baru tentang perubahan interface ini, silalah komen di bawah ataupun korang boleh share post korang di blog. Make sure tag Beeha or send me your link okey? Sebab Beeha nak baca!! Thank you yang sudi luangkan masa untuk baca entri Beeha kali ni. Stay safe you all. Walaupun PKPB, tapi berhati-hati lah dan jaga jarak anda. Make sure sanitize tangan dan pakai face mask di tempat yang ramai orang. Untuk lagi selamat, mandi setelah anda pulang ke rumah.
  • 10 Comments

Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe di Slot Akasia TV3

Drama terbaru di slot Akasia TV3, iaitu Nasi Kerabu Untuk Che Abe. Dibintangi oleh Izzue Islam dan Elisya Sandha. Cerita ni sarat dengan loghat Kelantan dan juga sedikit loghat utara. Izzue Islam yang membawakan watak Faizul seorang lelaki yang berasal dari Kelantan. Manakala, Elisya Sandha membawa watak sebagai Syira yang tinggal di Kuala Lumpur. Ayahnya berasal dari Pulau Pinang, jadi sedikit sebanyak dia boleh bercakap bahasa utara. 

Dalam cerita ni, Beeha baru perasan la yang diaorang nak tekankan untuk menghargai loghat negeri masing-masing. Walaupun semangat kenegerian yang tinggi, benda ni bukanlah penghalang untuk dua pasangan yang berbeza negeri ni berkahwin. Tapi, storyline sangat santai dan banyak kelakar! Boleh layan di TV3 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.


  • 1 Comments

Assalamualaikum.. Selamat Hari Raya Beeha ucapkan kepada semua yang menyambut Hari Raya Puasa. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang penulisan Beeha di sini. Harini nak kongsikan pengalaman raya di USA untuk kali keempat. Tahun ni sangatlah berbeza dari tahun sebelum ni. Student Malaysia yang study dekat sini majoriti dah balik Malaysia baru baru ni. Diaorang dah habis study. But, the saddest thing we don't have graduation ceremony. I already bought the gown, cap and tassel.. Tapi, ceremony terpaksa ditangguhkan. Sedih laa jugak. Sepatutnya hari yang dinanti-nantikan tu adalah pada tarikh 15 May 2020. Disebabkan Covid-19 yang melanda sekarang, semuanya terpaksa ditangguhkan ataupun dibatalkan. Just pray for the best..

Back to my raya story.. Rasa macam tak raya sangat pun. Tak semeriah tahun lepas. Ramai yang dah balik. Kalau tahun lepas still ada my batch, MARA and Yayasan Tenaga Nasional (YTN). Boleh pergi rumah diaorang sambil bawa kuih raya. Tahun ni masak pun ala kadar je but we still have many choices of food. Hahhaha. Ada rendang ayam, lemang instant from Nyonya brand, sate ayam dan daging, kuah kacang, kuih tart nenas dan cornflakes madu. Most of the food we made from scratch okeyyy!! I'm so proud. Ahhh, Beeha lupa nak snap gambar laa untuk makanan-makanan tu semua. Sorry geng, baru nak show off masakan Beeha dengan roommates. Hahahha. By the way, ni gambar yang kitaorang sempat tangkap for first day Raya!

Dari kiri: Dayah, Amal dan Beeha


All of us tak ready lagi. Betulkan tudung jap. Photographer pun tak kira dulu.


Dua Lipa Malaysia. Hahhahaha


  • 4 Comments

Hey! Hello semua. Dah sebulan Beeha menyepi. Semenjak COVID 19 ni menular, class pun online jer, maka Beeha pun banyak habiskan masa untuk online class. Semua benda nak online, so blog Beeha terpaksa diketepikan dahulu. Dah habis sem, baru Beeha berjanji nak update blog semula.

Harini dah masuk dua minggu cuti, setelah habis final. Bosan jugak dua minggu ni dekat rumah. Beeha dah laa takda summer class. Memang chill laa summer ni, 3 bulan cuti. Asalnya plan nak balik Malaysia, 20 March ni. Then, flight ticket cancelled! Dah laa Qatar tak email apa-apa. Dah dengar ramai sangat cakap flight cancel.. So, Beeha pun direct message kat twitter Qatar tanya flight Beeha. Lastly, diaorang cakap cancel. Ehhh.. Macam tu jer eh?? Dah laa tak inform kat email. Sakit hati pulak. Tapi, takpe lah jugak sebab parents kata takyah balik buat masa ni. Biar lah flight cancel pun, no need cari tarikh baru. Sedihnyaa.. Raya kat USA lagi tahun ni. T.T



Duk cakap bosan, bosan dan bosan.. Beeha pun start laa tengok drama kat Netflix. Selalu tengok series English je. Tiba-tiba haritu start tengok drama Korea. HAHAHAHA. Beeha ni punya laa susah tahu tak kalau layan cerita Korean ni. Malas nak start, takut nanti tak berhenti tengok. Selagi episod drama tu tak habis, I will keep continue.. Mata bengkak tak tidur pun sanggup, sebab nak habiskan cepat! Tak boleh control kalau dah start tengok satu episod. Hehehe.

My housemate bukak lah drama A Korean Odyssey. Padahal ni drama tahun 2017. Tak pernah tengok lagi. Sekali dah start tengok sampai episod 3, rasa best pulak. Tiap kali sahur, sambil makan kitaorang tengok Korean Odyssey ni. Hahahhaa. Dah tengok, terminat lah dengan Lee Seung Gi ni. Tengok dia berlakon dalam Korean Odyssey ni rasa macam lawak je. Tapi, ending sedih pulak. Ingat nak happy ending together, tapi tak macam disangkakan. Hmm.

Dah minat dengan lakonan dia, terus laa layan Vagabond. Series kat Netflix terbaru dia berlakon. This one, ramai cakap plot cerita slow. Tapi, aku layan jugak sebab ada Lee Seung Gi. Hahahha. Jalan cerita dia not bad, and buat aku curious. Lagi sekali, ending dia buat aku kecewa. Bukan happy ending jugak! Pastu, tergantung pulak tu. Kenapa macam ni... Seriously, Beeha mengharapkan ada Season 2!

Sekarang ni, macam nak start tengok Gu Family Book and King of Two Hearts. Tapi, both ni ada kat drama cool je. Tak best sangat sebab banyak iklan.. Plus, drama tu drama lama. So tak HD sangat laa. Boleh je untuk tengok, still okay. Beeha je cerewet nak HD lah apelah. Hohohoo.

Any suggestion drama Korea yang best2? Sila tinggalkan comment di bawah, okay? ^^


  • 12 Comments
Newer Posts Older Posts Home
View mobile version

About me

a

"The most important thing is to enjoy your life — to be happy — it’s all that matters.”

Follow Us

  • bloglovin
  • pinterest
  • instagram
  • facebook
  • twitter
  • youtube

chatbox

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  Sep 2026 (1)
      • Dear Old Diary, Beeha is Back!
  • ►  2021 (4)
    • ►  Jun 2021 (1)
    • ►  Feb 2021 (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Jul 2020 (1)
    • ►  Jun 2020 (7)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  Apr 2020 (1)
    • ►  Feb 2020 (12)
    • ►  Jan 2020 (17)
  • ►  2019 (42)
    • ►  Dec 2019 (1)
    • ►  Nov 2019 (1)
    • ►  Oct 2019 (3)
    • ►  Sep 2019 (5)
    • ►  Aug 2019 (2)
    • ►  Jul 2019 (22)
    • ►  Jun 2019 (1)
    • ►  Mar 2019 (1)
    • ►  Feb 2019 (5)
    • ►  Jan 2019 (1)
  • ►  2018 (15)
    • ►  Dec 2018 (1)
    • ►  Nov 2018 (1)
    • ►  Aug 2018 (1)
    • ►  Jul 2018 (3)
    • ►  Jun 2018 (4)
    • ►  May 2018 (2)
    • ►  Apr 2018 (2)
    • ►  Mar 2018 (1)
  • ►  2017 (53)
    • ►  Dec 2017 (2)
    • ►  Nov 2017 (1)
    • ►  Oct 2017 (3)
    • ►  Sep 2017 (7)
    • ►  Aug 2017 (4)
    • ►  Jul 2017 (7)
    • ►  Jun 2017 (1)
    • ►  May 2017 (5)
    • ►  Apr 2017 (5)
    • ►  Mar 2017 (7)
    • ►  Feb 2017 (4)
    • ►  Jan 2017 (7)
  • ►  2016 (198)
    • ►  Dec 2016 (9)
    • ►  Nov 2016 (10)
    • ►  Oct 2016 (3)
    • ►  Sep 2016 (7)
    • ►  Aug 2016 (8)
    • ►  Jul 2016 (4)
    • ►  Jun 2016 (9)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  Apr 2016 (10)
    • ►  Mar 2016 (28)
    • ►  Feb 2016 (46)
    • ►  Jan 2016 (58)
  • ►  2015 (99)
    • ►  Dec 2015 (65)
    • ►  Nov 2015 (25)
    • ►  Oct 2015 (6)
    • ►  Jul 2015 (2)
    • ►  Jun 2015 (1)

My Blog List

  • Farhana Jafri
    Pengalaman Naik Tren LRT Hangit
  • DANA
    ROMBONGAN BERTANDANG MAJLIS ZAMAN DAN ATIKAH
  • Hanna's Hamlet
    Fritter Nasi Telur Lobak Untuk Icha
  • Shima Jelani | Pengedar Shaklee Shah Alam
    Promosi Shaklee Ogos 2026
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • sayidahnapisahdotcom
    Tips Lulus Ujian JPJ 2026
  • OMBAKBERGIGI
    Pengalaman Umrah Kali Pertama Bersama Andalusia
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Lady In Red Planner
    Officially Moved: Lady in Red Planner Kini Daily Bliss Journal
  • Blogbabyshambles.. ♥
    Pengalaman Dua Minggu Pertama Bekerja
  • ♪izzati 멜로디♪
  • Blog Safeni Feni
    Done Training E-Invoice Untuk Import & Eksport
  • aienie.nka
    2024 will end too....
  • Atul Hamid
    Playing Games Simpler, Now You Can Top Up PUBG Anywhere
  • Tiara Sapphire
    Sinopsis Telapak Waktu (TV9)
  • HATI KENTAL
    ARAHAN BERTUGAS DI SABAH
  • Blusher Merah
    Sinking Fund Malaysia
  • AIMI SYAHIRAH || MarvelousMisya
    Pemenang Wallet Giveaway by Misya 2021
  • n s m s
    Giveaway : Teka Harga Stationery by Redza Channelz
  • M O O N
    Wanted : A New Blog List for March-July 2020

Labels

Beauty Blog Challenge Food GiveAway Movie Review Outfit Personal Segmen Self Reflection Songs Travelog

instagram

Template Created By : ThemeXpose Distributed BY: Blogger Templates

Back to top