Berapa Gaji Youtuber Sebulan?

Hello, hello my followers! Beeha kebosanan di sini. Satu minggu lagi before semester baru nak start. Jadi harini terdetik nak update tentang 'Berapa Gaji Youtuber Sebulan'. Soalan ni selalu je bermain difikiran Beeha. Sangat wonder berapa ye diaorang dapat every month. Kadang ada yang pilih untuk jadi full time youtuber. Difikir balik, tak menyesal ke diaorang ni buat pilihan untuk jadi full time youtuber? Iyelah.. Kalau kerja di pejabat kerajaan atau swasta, atau apa-apa je lah pekerjaan tetap, pasti akan menjamin gaji setiap bulan. Jadi, bagaimana gaji untuk seorang youtuber ni?

Berapa gaji youtuber untuk setiap bulan???


Ada juga kawan-kawan yang dah jadi youtuber 5-6 tahun dan subscribers dia pun boleh tahan ramai. Jadi, lagi ramai subscriber lagi masyukk laa jawabnya. Tapi, takkan la Beeha tetiba nak tanya diaorang berapa eh kau dapat sebulan untuk jadi youtuber ni? Tak proper pulak rasanya. So, kalau korang nak tahu berapa youtuber dapat sebulan, korang boleh teruskan membaca entri Beeha.

Tetapi, ini hanyalah anggaran gaji sahaja ye. Dan Beeha menggunakan seorang youtuber yang famous untuk contoh Beeha di bawah. Ini hanyalah contoh sahaja ye. Beeha bukanlah bermaksud nak korek rahsia berapa gaji youtuber ni. Tapi, just semangat untuk orang yang nak start jadi youtuber. Takut pulak Beeha, nanti kena kecam ke apa pulak. Hahahha.

-----------------

Step 1: Korang search socialblade.com di Google search. Kemudian, akan keluar macam website di bawah. Di kotak kuning sebelah kanan atas, korang boleh search nama youtuber yang korang nak tahu anggaran gajinya sebulan.


Macam Beeha, Beeha search Atisha Khan. Siapa yang tak kenal Atisha Khan adik Neelofa. Beeha adore sangat dengan Atisha ni, sebab subscriber dia pun ramai dan content yang dibuat semua best-best!! So, Beeha ambil dia sebagai contoh.


Step 2: Bila dah search nama youtuber, ia akan keluar seperti di bawah. Kemudian, klik nama youtuber yang cari seperti di kotak kuning di bawah.



Step 3: Kotak kuning di bawah menunjukkan anggaran wang yang didapat untuk youtuber ni untuk tiap bulan. Bayaran dalam USD okay. Masyuk masyukkk..



Tapi perlu diingat, ini hanyalah anggaran sahaja.. Apa-apa pun ia perlu bergantung kepada berapa banyak viewers yang tonton video kita untuk tiap bulan. Makin ramai subscribers dan jumlah tontonan, makin tinggilah bayaran yang akan dapat untuk setiap bulan..

So, ada siapa-siapa yang nak start vlogging dan jadi youtuber? Korang bolehlah tengok macam idola korang/ famous youtuber ni upload video diaorang. Content yang macam manakah korang nak untuk youtube korang. Dengan melihat gaji youtuber-youtuber yang famous ni, semoga korang dapat inspirasi untuk menjadi youtuber yang bagus dan lagi bersemangat!!


You Might Also Like

14 Comments

  1. buntang mata nengok gaji nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi ramai subscribers, lagi tinggi lah gaji diaorang. ;)

      Delete
  2. Akak pun selama ni tertanya2 jugak sendiri berapa yang depa dapat.

    Tapi terkubur macam tu jelah soalan tu tanpa jawapan. Hehehe.

    Ouh, boleh cari kat situ.

    Masyukk aihh yang youtuber² ni dapat ek. Fuhhh 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la macam beeha sebelum ni. Lepas dapat tahu ada satu web boleh check berapa gaji youtuber ni. Rasa macam nak berjinak-jinak jadi youtuber pulak. heheh

      Delete
  3. Dorang ikut subscribers & berapa yang view dorang punya video. ada gak berangan nak jadi you tuber tapi content tak tau nak sharing psal apa?lagipun tak konfiden, ada ke yang nak tgk kita yang tak famous amos ni..haha

    ReplyDelete
  4. Ramai dah jadi Youtuber sekarang ni. Mungkin video adalah satu medium yang orang ramai suka tengok instead of baca blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis, zaman sekarang orang lagi suka mendengar and melihat visual. Lagipun, youtube tu medium yang mudah untuk search. Kalau blog, kena ada blog dulu baru kita tahu nak blogging ke blog mana and entry apa yang following kita update.

      Delete
  5. nie rse nk gerak aktif kt youtube kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza, boleh je Fiza start berjinak-jinak dengan youtube sekarang heheh

      Delete
  6. I love Atisha's videos too.
    Ever since I watch Lenny Jung's channel, I was inspired to start my own and to vlog.
    Her videos are genuine and funny (especially when she fight with her friends and her brother) and I love how she edited her videos too.

    Nice to know the estimate payment of our fave youtubers. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  7. Good info babe!! Suka betul i baca blog you..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)