Kenapa Fir Pakai Baju Putih?
Picture from upnd.com.my |
Ini antara drama melayu yang Beeha layan sepanjang cuti semester ni. Drama ni pun my friend, Ulfah yang suggest suruh tengok. Mula-mula tak nak tengok, sebab tak minat sangat dengan Mira Filzah. Lepas dah start tengok, macam menarik pulak. Sebabnya, hero ni seorang penagih dadah.
Beeha membayangkan penagih dadah yang serabut serabai, pakaian entah apa-apa. Tapi, dalam cerita ni lain pulak gayanya. Dengan Fir yang selalu pakai baju putih dalam cerita ni. Terbaca dekat twitter, ramai juga yang tertanya-tanya kenapa Fir ni asyik pakai baju putih je dalam cerita ni?
Beeha sendiri lihat video youtube yang dipost oleh Ungku Ismail Aziz (Fir) dekat channelnya. Jawapannya, dia nak melambangkan sebagai Fir yang ambil dadah. Dan dadah yang diambil tu warna putih. So, itulah sebab dalam cerita ni dia memang banyak pakai baju putih sahaja. Ungku Ismail Aziz ada juga menceritakan tentang skrip asal menyatakan Fir ni hisap dadah jenis syabu dan ganja. Disebabkan dadah jenis ni memerlukan jarum suntik, Ungku Ismail Aziz pun bagi cadangan kepada director untuk ubah skrip tu supaya Fir ni hisap dadah jenis kokain. Dadah jenis hanya perlu sedut dengan hidung sahaja. Sebab tu lah watak Fir dalam cerita ni takda la barai sangat macam selekeh pastu ada guna jarum suntik ke apa. Lagipun, part-part hisap dadah macam ni tak boleh disiarkan di TV.
Ungku Ismail Aziz ada juga menyatakan dia buat research dulu sebelum buat lakonan ni. Dia cakap kokain ini antara dadah yang mahal. So, watak Fir sebagai anak orang kaya ni memang mampu lah nak beli dadah yang macam tu.
Beeha ada baca dekat link SINI pasal jenis-jenis dadah. Memang dahulu kokain ini antara dadah yang mahal sebab sukar nak dihasilkan. Tapi, lepas dah tersebar luas harga dia jatuh. Untuk sekarang, tak tahu lah adakah harga kokain itu masih mahal macam dahulu. Nauzubillah. Tak kira lah, mahal ke murah ke memang dadah ni akan bagi impak yang teruk untuk sesiapa yang dah ketagih dengan dadah ni.
2 Comments
Oh! patutlah memang Fir aka Firaun Mrs. A gelarkan hahahaa... asyiklah nengok dia pakai white tshirt ala-ala pagoda tu
ReplyDeleteKenapa jadi gelaran Firaun?? Hahhahahah
DeleteFeel free to leave your comment here. Thank you. ;)