Powered by Blogger.

Ubat Baru .

by - 1:18 AM





Okay ni sambungan entry Beeha yang bulan lepas, Jumpa Pakar ENT?  Tiga empat hari lepas, which is 22 January, Friday Beeha pergi lagi jumpa doktor ENT. Cukup sebulan setengah doktor bagi ubat untuk Beeha makan and kelmarin check lagi okay ke tidak tekak Beeha ni.


Ni ubat yang doktor bagi untuk kurangkan rasa tak selesa di tekak tu, sekali gus hilangkan rasa tersumbat di hidung and baru Beeha rasa puas bila dapat tarik nafas. Kalau tak , rasa tersumbat jea..
*gambar-gambar kat bawah ni berbeza sikit dari yang Beeha dapat , maklumlah google jea tak sempat nak upload dalam laptop.*

Ni ubat Cetirizine Hydrochloride which is function dia nak kurangan runny nose, gatal-gatal dalam hidung tu. Bila makan ubat ni, jadi ok pulak hidung Beeha ni, kalau tak pagi pagi nak bersin, pastu gatal ya amat2. Tapi Beeha ada baca artikel side effects yang ringan, seperti mudah rasa letih, mengantuk, mulut kering, sakit kepala dan sakit tekak. Erm, memang terasa pun effects ni. Nak update blog pun jadi malas...



Ubat yang ni adalah beclomethasone nasal spray, ni doktor bagi waktu first2 Beeha pi check tekak tu.



Kemudian, bila sebulan guna yang atas tu, baru baru ni doktor bagi yang lain sikit iaitu apo-beclomethasone nasal spray. 


Ni botol apo-beclomethasone nasal spray. Dia punya yang lurus tu panjang sikit dari yang biasa, beclomethasone nasal spray. Tapi bila sekali spray, sedut ubat tu, rasa cepat je sampai ke tekak.


Penggunaan nasal spray:

  • Goncang botol ubat tersebut , dan spray untuk cuba dahulu liqiud dalam tu keluar atau tidak.
  • Kemudian, tutup hidung sebelah kiri, dan masukkan hujung spray ke dalam bahagian dinding hidung kanan.
  • Spray sekali dan terus sedut ubat tersebut.
  • Kemudian, tukar ke sebelah kiri pula. 
  • Dua kali spray untuk kanan dan kiri.

So, macam tu laa Beeha hari-hari bila dah dapat ubat macam tuu, Pagi and malam kena gunakan. Dah laa kadang2 termiss pakai ubat tu.. =='



After doktor masukkan endoscope, dia kata kurang dah biji-biji yang di tekak Beeha tu, tekak pun dah merah macam biasa. Tapi, yang peliknya kenapa tekak Beeha ni still rasa tak selesa. Kalau makan nasi tu rasa macam tersekat jea. Nasib laa makan makanan yang bersup, smooth tu okay.

Nanti ada lagi appointment dengan doktor.. Disebabkan Beeha rasa tak selesa dengan tekak ni... Doktor sarankan Beeha buat ujian esophagram or barium swallow. So, nantikan entry Beeha seterusnya.. 






You May Also Like

0 Comment(s)

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)