Who Gonna Believe You?




February 25, 2017 | Assalamua'laikum. As usual, I'm not totally using full English in this post. Always, always and always blog is the best diary for me. Even though, it is a public diary, I don't mind. As long as I feel good when I could tell and express my feelings here. Kepada siapa lagi aku mesti berharap untuk luahkan segala masalah. Yes, Allah is the best place for us and for you to complain and confide, but at least I need a person for me to count on. And of course I will find one of my family members to confide my problems. Among them, my grandma is the best person I can rely on. 

Baru-baru ini, aku menghadapi exam Engineering. Bukanlah satu kesusahan bagi aku. Apa yang kita belajar itulah yang disoal dalam exam. Tetapi akibat kerisauan aku yang begitu tinggi, membuatkan aku stres sewaktu menjawab exam. Sehinggakan soalan yang keluar lebih kurang sama seperti latihan yang aku buat, tetapi bukan rezeki aku, kerana aku hampir tidak ingat cara nak jawab. Ya Allah, padahal senang. Lagilah bertambah stress apabila exam ini membabitkan program komputer dan aku yakin error yang aku buat sewaktu exam itu akan menyebabkan lecturer tidak dapat baca coding yang aku buat. Masa hanya tinggal lima minit untuk aku upload file tersebut untuk di hantar kepada lecturer. Berpeluh-peluh tangan aku, dan memikirkan cara apa yang aku perlu buat. Finally, I just highlight my code and delete all of them!😞

I dunno, maybe the readers will say I'm stupid to delete all of that. But, aku hanya tinggalkan dua tiga baris yang aku yakin betul. At least, I believe I will get 2 marks for that line. 😖 

Just now, I called my grandma and told this problem. I cried. I felt so stupid and bad. "How could I cannot remember those things that I have learned?" My grandma said,"Kakngah, you always buat perangai macam ni. Maktok tak sukalah. Suka sangat gelabah sebelum exam. This is a negative minded. Lain kali yakin, benda you dah study. Kenapa mesti tak yakin pada Dia? Cuba jadi macam adik. Kakchik kalau exam, dia yakin je, jawab lah apa yang boleh jawab. At least, she tried to fill in the answers. Salah ke betul lain kira."

Kadang-kadang dalam hati aku, aku rasa tak layak pun nak study overseas kalau dengan sikap aku yang macam ni. Never believe myself. Myself confident totally drop since Form 5. Sejak aku pernah dapat B untuk English for my SPM. Sejak aku pernah tidak lepas markah TOEFL yang ditetapkan MARA. Padahal semua ini dugaan. Kenapa mesti sebab pernah sekali kau tak dapat apa yang kau nak, kau dah mengalah? Kau belum lagi gagal Nabihah? 

Sebelum tidur, aku ada juga muhasabah diri sendiri. Aku perasan satu benda ni. Aku jenis yang bila dapat markah tak berapa okay in exam, I will frustrated. Dissappointed aku tu melampau-lampau sehinggakan aku jadi takut nak buka buku tengok subjek tu. I fell like, is it a phobia? A phobia or I do not forgive myself and cannot accept my weakness? Tapi sebab aku pernah rasa kecewa dalam exam, aku jadi takut bila nak menghadapi exam, aku takut kalau aku kecewa lagi dengan keputusan yang aku akan dapat selepas exam.



Enough Beeha, you are not childish anymore. Be professional! Wake up! Where's the old Nabihah? Where's your love towards challenges and do not give up easily? 




  • Share

Warna Cinta Impian







Jarang sekali Beeha membuat review untuk movie. Bahkan, ini merupakan kali pertama Beeha review filem. Walaupun cerita Warna Cinta Impian ini telah ditayangkan pada tahun lepas, tetapi sekarang baru Beeha berkesempatan untuk menonton filem ini. Tiga hari cuti, tiga kali Beeha ulang tengok cerita ini. Tidak tahu mengapa, bagaimana Beeha rasa sedih sangat, dan cerita sangat menusuk ke hati. Perjalanan cerita ni sangat sangat banyak pengajaran yang Beeha dapat.

Apa-apa pun Beeha nak cerita sikit sinopsis Warna Cinta Impian ni. Kisahnya bermula apabila abang kepada Nadia(Syiqin Kamal), Awie ini telah menjodohkan adiknya dengan Danial(Erwin Dawson). Danial adalah seorang arkitek dan Nadia adalah seorang peguam. Masing-masing adalah anak yatim, Nadia tinggal dengan abangnya manakala Danial mempunyai kakak angkat bernama Erra yang bekerja sebagai doktor psikologi di Australia. Masing-masing juga pernah mempunyai kisah silam tentang percintaan mereka. Nadia memang susah nak terima Danial dalam hidup setelah apa yang berlaku padanya dahulu. Lelaki yang pernah bertakhta di hatinya iaitu, Izzue. Izzue sudah berjanji untuk bernikah dengannya tetapi tidak hadirkan diri sewaktu hari pernikahan mereka. Sejak dari itu, Nadia telah tawar hati. Manakala, Danial sedaya upaya untuk mengambil hati Nadia. Setelah pulang dari berbulan madu yang dihadiahkan oleh abang Nadia, hubungan mereka masih belum baik.

Sehinggalah Danial mengalami kecederaan ringan di tangan kerana hendak menyelamatkan rakannya, Ashraf (Fad Bocey) dari dilanggar kereta. Tetapi, Nadia sedikit pun tidak hairan dengan Danial yang terlantar di hospital. Dan satu malam itu, Ashraf memberitahu Nadia supaya menjada perasaan Danial kerana dia tidak mahu Danial mengalami kemurungan seperti dahulu. Ashraf menceritakan bahawa Danial pernah bersedihan dan murung setelah kekasih hatinya, Maya telah meninggal dunia akibat dilanggar kereta. Sewaktu itu, Danial dan Maya sedang melanjutkan pelajaran di salah satu universiti di Australia. Jadi, Erra yang juga kakak angkat kepada Maya telah merawat Danial sehingga pulih seperti sedia kala dan telah menerima peristiwa itu dengan rela.

Setelah mendengar penjelasan itu, Nadia serba salah dan sedaya upaya untuk mengambil hati Danial kembali. Tetapi, ini satu benda yang pelik bagi Danial kerana Nadia tidak pernah baik dengannya. Kepulangan Kak Erra ke tanah air membawa ketegangan akibat kenangan kisah cintanya yang pernah kecundang bersama Awie. Tetapi, Awie dan Erra mengabaikan masalah mereka yang dahulu, dan berganding bahu untuk menyelamatkan perkahwinan adik masing-masing. Tetapi, rancangan mereka tidak berhasil sehingga Danial ambil keputusan untuk kembali ke Australia semula. Pada hari penerbangan Danial, barulah Nadia sedar bahawa Danial betul-betul menyukainya sejak hari pertama mereka bernikah. Nadia turut pergi ke Australia untuk mencari Danial dan meluahkan sendiri isi hatinya. Mereka bersatu kembali. Tamat.



Secara keseluruhannya, cerita ini memang sangat best! Lagu yang digunakan dalam filem ini sangat mengusik jiwaku. Iaitu :

Kau Masih Mawar Merah (Ronnie Hussien)
Cinta Adalah Anugerah (Nurhairy Abd Rahman)

Pengajaran:

Setiap manusia pernah mempunyai kisah silam masing-masing. Contohnya, macam Nadia yang pernah kecewa kerana ditinggalkan seorang lelaki di waktu hari bahagianya. Kadang-kadang ini membuatkan perempuan itu membenci lelaki dan tidak percaya lagi pada lelaki. Ataupun kata kata yang selalu disebut "Lelaki semua sama." Percaya atau tidak, Beeha pun rasa macam itu. Lelaki semua sama, tapi tidak salah kalau kita memberi peluang pada orang lain mungkin dia akan buat kita lebih bahagia. 😁 Dan Beeha sangat suka apabila Danial menunjukkan usahanya untuk mengambil hati Si Nadia. Bukan senang apabila seorang lelaki itu sanggup tunjukkan usahanya untuk baik dengan wanita itu. Saya sangat emo tengok cerita ni. 😢

Bagi yang belum menonton cerita ini, anda boleh klik link INI untuk menonton full HD filem Warna Cinta Impian.




  • Share

20 years old






Sunday, 19 February | Writing this because today is my birth date. Haha. Sorry, after long weeks I hiatus. 👀 I gonna write just a few sentences. Thank you to my friends, most important my gegirls (Ainaa, Mas, Adilah, Farah, Nisa, Ain), Fatin Nurain, Farhah, Khairul, and my roommates (Amalin and Ulfah) for the wishes guys! Paling sneak bila Amalin and Ulfah gigih nak celebrate juga my birthday dental but chocolate fruits siap ada candle lagi. So sweet diaorang ni. Aku terharu. It was 12 o'clock and rasa nak tertido dah.. Suddenly, Ulfah tarik tangan and nyanyi lagu happy birthday to me. So happy! Really made my day.

P/S; Right now, 1.58 a.m in USA. Takde mood nak tulis panjang2. Bye!
  • Share