Ready with New Blogger Interface?




Siapa yang sedar tentang New Blogger Interface? Apa itu interface? Dalam bahasa mudah adalah paparan. Jadi, blogger dah tetapkan bermula awal Jun semua pengguna akan menggunakan New Blogger interface. Tetapi anda masih lagi ada peluang untuk patah balik (revert) ke Legacy Blogger interface iaitu paparan yang lama sehingga akhir July sahaja. Selepas itu, blogger akan menggunakan New Blogger interface. The reason blogger team ubah benda ni adalah untuk memperbaiki lagi penggunaan blogger dan memudahkan buat pengguna telefon. Lagi mesra pengguna gituww.. 

Beeha perasan benda ni apabila dua post Beeha untuk bulan ni dekat Recent Post widget seperti di bawah. Anda perasan atau tidak? Biha wonder kenapa thumbnail dia begitu leper? hahhaha. Sakit mata memandang, tapi Beeha tiada solution untuk sementara ini. Biha check size image yang Beeha gunakan, sama sahaja. Kalau berbeza image gambar, mungkin itulah penyebab thumbnail tu tak sama macam sebelum ni..




So, dah research sikit mungkin ini effect from interface yang baru barangkali. Beeha pun dah start menggunakan New Blogger Interface. Beeha sarankan sangat untuk blogger yang lain menggunakan yang baru ini. Bukan apa, paparan dia agak janggal jugak untuk blogger yang dah lama dengan paparan yang sebelum ni. Beeha sendiri pun agak kekok dan rasa tak sedap memandang dengan paparan yang baru ni. Tapi, lagi nampak minimalist dan mengikut trend gituu.

Right now, Beeha nak share sikit certain part yang mungkin blogger akan terlepas pandang. Mungkin ada yang cakap interface baru ni tak user-friendly lah.. Kalau tak user-friendly, kenapalah blogger team susah payah untuk improvekan this platform right??

Meh laa kita tengok apa perbezaan interface yang lama dan baru..

Legacy Blogger Interface

New Blogger Interface
Paparan dashboard yang baru Beeha boleh kategorikan as minimalist lah. Di sebelah kiri, masih lagi ada option post, stats, comments and etc. Mereka cuma hapuskan list down untuk setiap option tersebut. Seperti posts option untuk interface lama anda masih boleh lihat listdown of draft and published dekat bawahnya. Tetapi untuk yang baru di mana?? Jangan risau.. Untuk yang baru, perhatikan kotak merah di New Blogger Interface di atas. Anda boleh jumpa draft dan published di situ dengan klik down button tersebut. Untuk view posts, Beeha lagi view Legacy Blogger dari New sebab yang lama takda gambar dan lagi banyak title post you akan nampak. Yang baru ni macam banyak makan ruang pulak sebab ada letak gambar lagi sebelah title post.

Seterusnya, marilah kita fokus kepada Posts. Paparan yang baru mungkin nampak lagi simple dari yang lama.

Legacy Blogger Interface
New Blogger Interface
Dekat post ni Beeha nak highlightkan part yang penting seperti size image dan juga url link. Awal-awalnya Beeha ingatkan interface yang baru dah tak kasi untuk set image kepada original size. Rupa-rupanya selepas diteliti, masih ada lagi option ini. Lihat di New Blogger Interface, kotak merah. Yang pensil itulah untuk korang ubah image kepada original size, small, medium or large. Manakala sebelah pensil itu adalah untuk letak caption. So, jangan pening-pening or gelabah cakap takda option nak letak caption atau ubah size okeyyy..

Kemudian, korang perasan tak Beeha ada bulatkan tiga titik di New Blogger Interface? Dekat situ, korang boleh jumpa option untuk buat strikethrough, format as code dan boleh format line spacing lagi! Rasa macam menulis dekat Microsoft Words je. Hahhaha. Format as code tu untuk sesiapa yang nak menulis dalam HTML. Sebab untuk Legacy Interface, compose or HTML. Untuk interface baru, option format as code telah menggantikan HTML.

Untuk URL link pulak, ini sedikit sedih.. Untuk interface baru, tidak lagi default untuk "open this link in new window". Tapi, untuk Beeha ini bukanlah masalah besar.. Apa susah, kalau tidak tick, tickkan sahaja di kotak tersebut sebelum korang publish post korang. 😉😉

Legacy Blogger Interface
New Blogger Interface
Sesiapa yang anda info baru tentang perubahan interface ini, silalah komen di bawah ataupun korang boleh share post korang di blog. Make sure tag Beeha or send me your link okey? Sebab Beeha nak baca!! Thank you yang sudi luangkan masa untuk baca entri Beeha kali ni. Stay safe you all. Walaupun PKPB, tapi berhati-hati lah dan jaga jarak anda. Make sure sanitize tangan dan pakai face mask di tempat yang ramai orang. Untuk lagi selamat, mandi setelah anda pulang ke rumah.

You Might Also Like

10 Comments

  1. Haritu Sis dah tukar ke baru, pastu nak upload gambar jadi lambat gile, balik semula ke lama hahaha..ni nanti kena tukar baru dulu laa, nak mahirkan kann..kang tiba bertukar, kelam kabut plakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sis, sebabtu Beeha sarankan untuk try jugak guna before betul betul dah kena guna nanti. ;)

      Delete
  2. Belum ready beeha, dh try guna ritu, mcm x best je..hurm haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, Beeha pun rasa benda sama juga awal-awal. Tapi, kita dah kena biasakan. Huhuhuu

      Delete
  3. Baru 2 minggu ni berjinak2 guna yg baru ni...benda baru kan, biasalah nak hadap tu rasa mcm x best kan...klu image tu, pilih original size..dlm draf memang dia besar gler, tapi bila dah publish dia ok seperti biasa... :)

    ReplyDelete
  4. Awal awal haritu tukar macam eh mana nak edit size image ni, tekan lah satu satu features sampai jumpa haha

    ReplyDelete
  5. I don't fancy the new blogger interface :( I have tried to use it few times but decided to stick with the legacy version for now.

    ReplyDelete
  6. The only problem I have with the new blogger interface is the photo upload thingy. Asyik error je, cuba lah macamana cara skali pun dia asyik error, in the end revert back to old interface and upload macam biasa.

    Cuma Tqa perasan dekat Safari, bila nak edit post, dorang masih old interface walaupun yang dekat home/dashboard tu dah new interface. Confused dah hahaha

    ReplyDelete
  7. I know how everyone want to keep it minimal today but really, this new interface is not my cup of tea. There's a few problem with layout button especially kalau the layout wasn't from Blogger itself. I still think it's pretty cool though.

    ReplyDelete
  8. ASsalamualaikum.. aahh, mula2 guna kekok jugak.. terkial2 nak blajar. tapi ye lah, new norm. mcm tu lah. mula2 tu terkejut beruk jugak. asalnya saya ada suka setting kt bahagian komen,bila dah save semua, tup tup bukak, awat interface dah lain. ingatkan sebab tu... terkial2 laa kita... rupanya memang dah tukar. tapi sekali sekala, ada terkeluar jugak yg lama. yg baru ni nmpak mcm lebih mesra. btw, done follow #666

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)