Kasut Cantik Christy Ng




Hello my bloggers!

Dah seminggu ni Beeha tak update blog. Dua tiga hari lepas lagi macam macam rasa nak share and update. Tak tertulis pun sebab busy dengan assignments. Harini, rasa nak share pasal kasut dari Christy Ng. Beeha adalah peminat tegar heels and wedges. Tapi, pergi kelas pakai sneakers je. 😑

Major engineering ni, takda masa kot nak cantik cantik pergi kelas siap pakai heels lagi. Kalau kelas jauh, buat sakit kaki je nak pakai kasut tinggi ni. Selalunya Beeha pakai masa keluar jalan-jalan dengan boyfriend ke (opps, kita takda boyfriend pun), takpun pergi roadtrip. Kalau pergi roadtrip ni hanya bawak je heels untuk #OutfitOfTheDay a.k.a OOTD. Hehehehe. Tapi, selama Beeha pergi roadtrip ni, macam tak pernah pun bawak heels. 😅HAHAHA. 

Okay, baru ingat. Beeha pakai heels ni kalau pergi event macam annual dinner. Dah laa tak selalu pakai. Terjelopok haritu haa! Orang belakang Beeha pun tersenyum je, cover nak gelak. Malu habis laa.

--------

So, kita move on to Christy Ng punya kasut. Kalau korang nak tengok kasut-kasut yang lain, boleh pergi ke website ni ---->  https://www.christyng.com/. Selain kasut, beg tangan pun ada dijual di sini. Boleh laa usha usha kat website tu. Beeha nak share top 4 kasut yang paling Beeha suka!

Kalau korang scroll sampai bawah, korang akan perasan pilihan warna kasut Beeha semua pink nude or silver je. Sebab Beeha lagi suka color yang senang nak masuk dengan baju. Contoh color lain, hitam ataupun putih. Kadang-kadang warna pastel. Tapi, kalau beli pastel biru or hijau pun, korang masih perlu sesuaikan dengan outfit yang korang pakai. Kalau pilih warna macam Beeha ni, memang mudah sangat nak match dengan baju-baju warna lain.

CHARLIZE IRISH CREAM PATENT PUMPS
Ini adalah kasut paling simple yang Beeha suka. Ini kalau pakai dengan outfit pergi tempat kerja sangatlah sesuai. Untuk orang yang kerja pejabat lah. Kalau kerja dekat site, kau pakai heels macam ni... Memang makan tanah laa jawabnya. Balik rumah siap sakit pinggang lagi. Ada pelbagai warna untuk design ni. Nak tengok warnan lain, boleh klik dekat website yang Beeha bagi tadi.

Price: RM 199
4" heel and 0 platform approx.
Irish Cream
PU, microfiber and other man made materials
Threaded Sole

CHLOE DUSTY PINK HEELS
 Ini untuk santai santai memang sesuai, cuma masih ada heels la. Ini kalau nak keluar pergi makan dengan boyfriend or family sangatlah sesuai. Nak pergi kenduri kawin pun memang on design macam ni. Warna lain pun ada jugak. Boleh check di website Christy Ng okay!

Price: RM 139
3.5" heel approx with zero platform
    Textured PU, Cow Leather Back Counter and other man made materials
    Threaded Sole

CYNTHIA PLUTO SILVER SPECIAL EDITION
 Ini pun lawa jugakkk!! 😩I wanna cry sebab cantik sangat tapi tak boleh lagi. Nak jimat duit dan takda keperluan pun Beeha nak beli kasut ni. Cantik sangat dengan design bunga tu. Harga pun cantik jugak. Hahhaha. Ini Beeha suggestkan pakai untuk pergi event seperti annual dinner, majlis kahwin yang dekat hotel. Memang shine lah awak yang pakai tu.

Price: RM 350
3” approx., 0” platform
Ivory glitter
Genuine cow leather
Padded footbed

LOVE STORY SILVER WEDDING HEELS
Ini pun cantik. Alahai.. Nama kasut pun dah tulis wedding. Beeha tak kisah, wedding tak wedding. Kalau nak beli, Beeha akan beli jugak nanti. I really like platform pumps macam tu. Kasut tu dah tumit tinggi, tapi bila ada platform kat depan macam tu, ia akan mengurangkan sakit sebab bend kaki lama-lama.
Price: RM 299
Measures 4.5" heel with 0.75" platform approx
Peep Toe Platform Pumps
Satin, Cow Leather Back Counter and other man made materials
Synthetic Rubber Non Slip Sole (Beige color sole)


You Might Also Like

8 Comments

  1. Cantiknya Cynthia Pluto Silver tu Beeha! Happy sangat kalau dapat letak dalam koleksi kasut. Wedding ke casual tetap cantik dipakai

    ReplyDelete
  2. Allah, kasutnya lawa².. ini kalo Aien beli, simpan buat hiasan je laa.. haha

    ReplyDelete
  3. I like the second one the most!

    ReplyDelete
  4. Paling suka the first one tu! Tapi mak aii tinggi gila hahaha XD

    ReplyDelete
  5. Halah halah cantiknyaaaaa. 2nd tu mmg lawa sgt2. Ishh geram je tgok. Takut nak masuk website dia takut terbeli haha

    ReplyDelete
  6. Waaaa dengan Sis ko sekali jadi tersuka kasutnya, walau tidak lagi memakai tumit tinggi huhuhu,. kalau bag dia Sis dah banyak koleksinya, kasut baru 1, tu pun sandal je hehehe

    ReplyDelete
  7. Cantik nya kasut. Mcm Rabia beli kasut tinggi tapi jarang pakai.

    ReplyDelete
  8. earth tone colours.. semua cecantik. akak pencen da pakai heels ni..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)