Test Anxiety Makin Teruk??


Test anxiety or anxiety test?? Test anxiety maksudnya anxiety sewaktu nak ambil test dan anxiety test maksudnya anda ambil test untuk check tahap anxiety.. 

Sebelum tu, tak pelik ke tiba-tiba Beeha cakap pasal ni? Siapa jawab pelik tu, meh sambung baca story Beeha. Well... Siapa je tak pernah rasa resah dan risau bila nak hadap exam mahupun kuiz. Inilah yang terjadi dekat aku (rasa nak guna aku pulak dalam entri kali ni). Ye, aku tahu orang lain pun resah jugak bila nak jawab exam. 

Tapi, benda ni bukan biasa-biasa bila aku kena amik online test dan masatu dalam kelas pulak. Lagi membuak-buak rasa gelisah aku tu. Ni bukan pertama kali atau kedua. Ni dah banyak kali. Dari awal aku masuk uni lagi. T.T. Aku update pasal ni harini, sebab aku baru je habis online quiz untuk Organic Chemistry lab tadi. Ni kali kedua kitaorang kena bawa laptop masing-masing dalam kelas dan akan buat online quiz tersebut 10 minit before kelas tamat.

Before this, kitaorang buat kuiz on paper je. Dan tahun sebelum-sebelum ni, prof tu bagi je permission buat online kuiz dekat rumah. This semester je dia ubah pulak. Stress tahu tak. Sebab aku memang ada masalah kalau buat kuiz dengan time limit 10 minit dan lepastu hujung-hujung masa kelas pulak tu. Aku dapat 1/5 je tadi. Minggu lepas punya kuiz pun sama. Yang aku pelik bila buat on paper, aku boleh je betul semua or kadang salah satu. 

From google ^^
Ini dah teruk sangat aku rasa. Time kuiz tadi pun, dah kena kira-kira semua. Lepastu ada gambar rajah dalam soalan tu, tapi gambarnya tak appear. Benda tu jadi gangguan. Dah kena tunggu instructor lukis gambar kat whiteboard pulak. Masa 10 minit tetap berjalan. Tangan sebelah pegang kalkulator pun dah basah teruk. Boleh nampak air meleleh dari tangan.

Aku tak tahu tips apa nak buat untuk aku hilang rasa bimbang ni. Sebelum kelas, dah prepare baca buku and fahamkan topik tu. Dalam kelas pun, instructor dah terang balik topik tu. Time nak jawab test, aku jadi blank balik. Bila dah habis and dapat result, aku tengok balik soalan tu.. Then, dalam hati "wehh benda ni kenapa aku tak terfikir tadi." "Kenapa aku tukar jawapan, padahal jawapan yang awal tadi kau pilih dah betul dah." Sedih tahu tak.. Ini bukan careless dah bagi aku. Sebab aku tahu kelemahan aku adalah tak boleh jawab test on computer-based. Soalan Organic Chemistry ni, bagi aku kena conteng-conteng kat gambar rajah tu baru ada feel nak jawab.. Pastu terpaksa laa minta permission nak guna kertas. Dah tu aku terhegeh-hegeh pulak cari kertas dalam beg. Aku rasa dah bazir masa 2 minit dekat situ. 

Paling geram jugak tadi.. Tak tahu laa masalah canvas aku ke apa, soalan last aku tak jawab pun tadi sebab memang aku tengok takda pun. Bila keluar result tunjuk jawapan kita yang salah, dia tulis "you leave it blank". Whatttt.....!! 

Aku cerita dekat Ulfah, dia je tempat aku duk mengadu hari-hari. Dia pun mesti dah bosan sebab every week, aku mention benda yang sama jadi. Hahaha. Kalau Ulfah baca entri ni, thanks sebab jadi pendengar setia Beeha.  :)

Please anyone yang ada tips untuk hadap benda ni? Aku rasa aku tak leh control anxiety setiap kali jawab test on computer-based. Berpeluh-peluh tangan and mulut kering, pastu takut rasa nak nangis je. Bila ada perasaan takut tu, terus buat aku jadi blank.







Share:

4 Comments

  1. amalkan baca ni ye..
    La haula wa la quwwata illa billah
    (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)

    ammi follow beeha balik.

    ReplyDelete
  2. selalu jugak kena test anxiety ni.. and one thing yang i selalu buat is breathing exercise.. and always yakin dengan jawapan kita..

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah kena anxiety attack, tapi saya ada darah gemuruh / Nervous yang kuat . Kadang kita nak buat benda tu siap yakin awal-awal lagi sebelum pergi . End up bila dah sampai tempat tu , tangan jadi shaking and suara pun menggeletar . Paling jelas bila pegang hp pun tangan akan shaking gile . .

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)