Selamat petang semua!
Harini tiba-tiba terdetik nak menulis and cerita kisah tentang root canal treatment (RCT) ataupun dalam Bahasa Melayu adalah rawatan akar gigi. Untuk sesiapa yang pernah baca kisah Beeha buat treatment ini, mungkin anda masih ingat ataupun dah terlupa?
Kalau terlupa kisah tersebut boleh check semula link entry di bawah. Untuk yang belum tahu, boleh baca dulu entry Part 1 and Part 2 Beeha sebelum anda teruskan baca entry di bawah.
Untuk yang dah baca kisah pertama dan kedua, terima kasih Beeha ucapkan. Hehe. Untuk yang Part 3 ni, jeng jeng jeng. Pasal apa pulak ye? Alkisahnya, gigi RCT Beeha tu sakit semula!!😓Padahal tak sampai 2 tahun Beeha buat treatment tu. Dari hujung Disember 2020, memang ada sakit sakit tu. Tapi rasa macam sakit sakit manja je. Tambah Beeha pulak masih dekat US, so nak pergi rawatan sana pun macam tak berbaloi je. Dah mahal sekali pergi and tak cover under insurance for dental, okay!!
Memikirkan awal Januari memang nak balik Malaysia for good. So, aku sabar je lah. Sementara tu masih amalkan kaedah lama ﹣kumur air garam yang suam. Better laa dari tahan sakit je. Even dah telan Tylenol (ubat tahan sakit aka paracetamol), tak jalan wehh. Buat kau tidur jer, bangun dari tidur masih sakit.
So, dah balik Malaysia awal Januari and kuarantin bla bla bla. Masa berlalu begitu sahaja. Hujung bulan tiga tu aku sakit gigi balik. Kali ni memang teruk sebab sampai tak boleh tidur malam. Dua hari tak hilang sakit. So, pergi klinik gigi kerajaan. Dia check and tanya semua kat mana aku buat RCT sebelum ni. And then, dia bagi ubat antibiotik and tahan sakit. Ubat tahan sakit tu berasid tinggi jugakla. Sebab Beeha ada gastrik. Bila nak makan memang make sure waktu tu perut memang on the good mood ye. If tak, memang rasa nak muntah and gastrik menjadi-jadi. Orang yang pernah gastrik, for sure akan faham macam perasaan dia.
Lepas seminggu habiskan ubat, datang balik untuk check gigi. Alhamdulillah, kurang lah dan tak sakit dah. Pastu, doktor pesan buat masa ni saya tak boleh nak buat RCT for second time sebab Beeha kata okay, tak sakit sangat macam haritu. Dan dia pulak suggest suruh aku cabut je gigi tu. Dalam hati, "Aishh dah laa mahal buat RCT haritu kat private, last-last nak kena buang terus je ke kan??" Dia kata if sakit semula baru datang sini and diaorang akan refer ke pakar which is kat klinik kerajaan area lain yang ada kemudahan untuk RCT.
Tup tup dua hari lepas jumpa doktor, gigi sakit balik. Aiyooo, dia ni memang mengada eh. Time jumpa haritu happy je tak sakit. Jadinya, Beeha pergi lah lagi klinik. Doktor tekan area gusi, tapi tak bengkak pun. Beeha pun tak mengaduh sakit sangat. Rasa biasa je time dia tekan gusi tu, cumanya memang kat bahagian dalam gigi ni rasa tak selesa and on off je sakit tu. Lastly, doktot bagi ubat tahan sakit lagi and tulis surat untuk refer Beeha ke klinik kerajaan lain untuk set appointment RCT. Doktor kata tunggu je ye call from doktor kat klinik sana, tapi memang lama lah, bukan dalam masa terdekat ni.
Balik rumah dengan keadaan hampa. Sebab sakit tu kejap ada kejap takda. Then, dah seminggu dua minggu gigi macam okay. Lepas je minggu ketiga, gigi sakit balik. Ubat tahan sakit haritu ada, so Beeha makan jer. Lima hari jugak Beeha tahan, sampai dah rasa gusi dah bengkak sangat. Cumanya pipi Beeha tak nampak benjol je dari luar. Bayangkan dari rangka pipi tu sampai ke bawah dekat dengan gigi memang sakit.
Ini lah bahagian pipi yang sakit tu |
So, decide untuk pergi private klinik yang Beeha pernah buat treatment pertama haritu. Tunggu klinik kerajaan call sampai sekarang Beeha update pasal ni pun still tak dapat call dari diaorang. Maybe sebab covid ni laa. Diaorang tak boleh nak terima banyak pesakit dalam satu masa. Hari Jumaat pagi, Beeha terus gerak pergi private klinik tu and doktor yang rawat aku tu dah pindah pergi klinik diaorang dekat cawangan lain. Luckily, 10 minutes je dari tempat tu.
Okayy, next Beeha akan cerita my second RCT di Root Canal Treatment Part IV.