Istilah SAHABAT




Selamat petang !

Sekarang ni baru Beeha berkesempatan nak menaip di blog ni.. Tadi pagi tak datang lagi mood nak menaip nihh..

Beeha nak share apa perbezaan atau istilah yang betul untuk SAHABAT, KAWAN, RAKAN dan KENALAN. Kadang-kadang Beeha pun konfius antara kawan dan rakan. Ingatkan sama jea maksudnya.. tapi sebenarnya ada istilah yang betul untuk perkataan itu.



SAHABAT :

Sahabat adalah orang yang terdekat dengan kita selepas ahli keluarga. Walaupun tidak mempunyai hubngan pertalian darah, tetapi sahabat memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada ahli keluarga sahaja tetapi berupaya mewujudkan hubungan seakan adik-beradik.

KAWAN :

Kawan pula adalah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengetahui serba sedikit tentang latar belakang diri seseorang. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, sikap, minat dan pemikiran yang sama dengan dirinya.

RAKAN :

Rakan adalah perantaraan antara kawan dan kenalan. Contohnya ada rakan satu tingkatan, rakan sepasukan, rakan satu sekolah dan sebagainya. Rakan biasanya terdiri daripada orang yang boleh mewujudkan kersama di antara satu sama lain. Ada rakan yang rapat, ada juga yang dianggap sahabat mahupun kawan, dan ada juga yang mengganggap sebagai kenalan.

KENALAN :

Kenalan mungkin akan wujud sebagai rakan. Apabila mengenali seseorang itu dalam bentuk atau identititertentu, maka dia ialah kenalan. Kita tidak dapat mengesahkan identiti sebenar mereka tetapi kita pasti orang itu berinteraksi dengan kita. Alaaa, contoh macam kita chat kat FB dengan seseorang yang kita tidak kenal selama ini. 








You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)