Setelah Seminggu Online Classes
Hello bloggersku! Siapa rasa Beeha dah lama tak online di blog selama ni?? Last Beeha update pun pasal sambut birthday Beeha yang ke 23. Selepas tu, Beeha memang sibuk dengan exam. Tambah pulak dah start "Stay At Home" ni.. Semakin tiada mood nak update blog. Rasa macam tak boleh nak fikir content apa nak ditulis dekat sini.
Sejak 14 March, Beeha memang start cuti untuk Spring break. Kemudian, ditambah 2 minggu lagi cuti disebabkan Covid-19 ini. Dalam tengah duk cuti tu, dapat news Spring break akan dilanjutkan lagi seminggu dan kelas akan jadi online sehingga habis semester. Jadi, Spring break dah jadi dua minggu dan selepas tu barulah start online class. Sedih sebenarnya.. Macam-macam benda tergendala. Patutnya tahun ni commencement Beeha, tapi terpaksa ditangguhkan. My final design project pun buat setakat termampu je. Barang-barang yang kena guna power supply, mostly tinggal dekat lab dan building sekarang dah tutup. So, tak dapat nak amik barang-barang tu semua. Hanya barang yang ada adalah model kaki, wrap dan probe compartment je yang kitaorang pegang. Dah dapat arahan dari prof, kitaorang masih jalankan project tu setakat yang mampu dan kena record video untuk presentation.
Setakat ni study online kat rumah, banyaknya ke laut lah. Ada satu kelas ni, kitaorang macam kena study sendiri je. Dia takda bagi video lecture langsung. Belajar semata-mata notes yang dia tulis. Pening kepala jugak sebab tak banyak description untuk faham mathematical model dalam notes yang dia tulis tu. Nak buat homework pun tergaru-garu kepala tak faham. And Beeha banyak membebel je sebab tak tahu nak buat. Aku tenung lecture notes tu kat page 56 sampai tembus ke page 100 dah.
Macam gambar kat atas, buat homework sambil layan cartoon tak pun drama Melayu ataupun movie/series kat Netflix. Cakap pasal series kat Netflix, macam macam pulak cerita tengah hot sekarang. Tapi, Beeha masih simpan dan tak start tengok lagi series2 tersebut. Sebab, once aku dah start tengok. Satu kerja tak berjalan. Maklumlah, series tu dah ada episod sampai habis, memang sampai habis episod Beeha akan tengok! Barulah tenang nak buat kerja. Susah nak control diri-sendiri ni💆
14 Comments
Semoga dipermudahkan
ReplyDeleteAminn.. tq!
Deletesambil study tu boleh layan tengok movie dan drama..hehe
ReplyDeletebertabah la kene hadap laptop haha
ReplyDeleteHuhu. Dah sakit kepala asyik pandang laptop lama lama
DeleteGood luck beeha and stay safe at home! Jangan keluar g mana mana pulak tau. Take care...
ReplyDeleteBaik kak OM!
DeleteSamalah dengan Tqa, movie/tv series-wise. Kalau dah start melayan, tahu2 je tarikh dah tukar sebab tak sedar masa berlalu. So it's better for me to unsubscribe my Apple TV+ and tak renew my Netflix. Bila bosan, download movie baru je dekat telegram, layan kat laptop and kalau best, bukak kat tv for my family, settle. hehe
ReplyDeleteHope you are safe there along with other Malaysian students there. It scares me to see US current Covid19 statistic.
Saya tuition online, school work semua through Telegram.
ReplyDeleteSusah juga belajar online, kadang-kadang line tak elok.
Saya setuju, tambah dekat malaysia line internet tak berapa okay. Risau bila exam online je. Harapnya lecturer memahamilah situation murid murid ni
DeleteMay ALLAH ease everything for Beeha.. Take care of your health dear..
ReplyDeleteSalam Ramadan, selamat berpuasa ^^
Thanks Kak Nurul! ^^
Deleteeh kita sebayalah, hehe hi!
ReplyDeletebila dah online class ni memang banyaknya mengulor jelah kan. btw saya pun suka layan kartun gak stiap kali bukak youtube ke, netflix ke hahaha
I feel you hehe. bila dah start tengok mmg payah betul nak berhenti.
ReplyDeleteso kesudahannya memang unsubscribe semua.
FIGHTING!
May Allah ease everything for you.
Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)