Happy Birthday to Someone Special

By Beeha Azman - 5/13/2018 07:10:00 PM




Berapa haribulan eh harini?

14 Mei laa. Haishh dia ni.
Hmmm, memang la 14 haribulan. Harini birthday I laa. Merajuk laa macam ni.

Okay, lately ni memang banyak tarikh lahir orang yang aku lupa. Haritu birthday mak. Semalam birthday best friend aku pun aku hampir terlupa. Sorry Ainaa. Hmm. Nasib baik sempat lagi wish untuk Ainaa.

Harini nak wish birthday to my love. ^^ Sorry buat bloggers yang rasa geli geli sikit dengan blog post Biha harini. Tambah-tambah adik saya, Anis. Mesti geli membaca post aku kali ni. HAHAHHAH. Apa-apa pun korang boleh klik nama Anis tu untuk visit blog dia. Silakan. Anis, please say thanks to me sebab I promote your blog even though, followers kau lagi banyak dari aku. 😬


Back to my main topic, I wanna wish Happy Bithday to you, Irfan! I adore you so much. A talented boy, boleh nyanyi, pandai main drum, pandai buat lawak, pandai pujuk and paling susah nak marah. Tapi dia suka buat aku marah. Hmmm. First, tiba-tiba boleh minat kat dia ni sebab dengar dia gelak je dengan senyum. Aku memang pantang orang senyum manis ni. Tambah kulit sawo matang lagi laa aku cair, apatah lagi kulit warna hitam manis.

Tapi, I suka suka macam tu je laa. Then, satu malam tu nampak kat insta story senior ni, diaorang tengah practice for performance. And he played drum. Awwww, lagi aku cair beb! Aku suka gila laki pandai main alat muzik, sebab aku tak pandai main langsung apa-apa, even piano pun. Pernah minta dekat mak nak pergi kelas piano, hmm tapi sampai ke besar laa tak pergi-pergi pun. 😂

One day tu, ada performance dekat uni and dia main drum. Pastu, aku record je laa dia main. Kononya record satu team laa padahal aku zoom kat dia sorang. *malangnya aku dah delete video tu waktu pergi road trip winter haritu, sebab storage phone nak penuh rasanya.* When he twirled drumstick tu, lagi laa hati kecilku menjerit. So cool!! Omiagoddd, bongoknyaa kau Biha. Teruk betul laa dia punya suka sampai sanggup buat macam tu. Tambah waktu tu, aku duduk seat paling depan sekali. Senang nak record. HAHHA. Haaa, ada satu lagi rahsia yang aku tak cerita kat dia.

Before that performance, I ada tengok story snapchat dia. Dia post pasal a girl buat drum cover lagu PayPhone. Boleh klik SINI. Waktu tu I macam jealous gila ahhhh. Dalam hati "Apahal kau nak jealous Biha?" Jealous laa aku tak pandai main drum. That girl pro gila main siap twirl lagi drumstick. Haihhh. Dalam hati berkata lagi, "Hmmm confirm dia minat perempuan macam ni. Free hair, pandai main drum, cantik pulak tu. Haishhhh.."

Budak budak sungguh laa pemikiran aku waktu tu. That one dalam bulan 10 or bulan 11 tahun lepas. Lepas tu, lagi satu benda yang aku rahsia dekat dia adalah aku beli drumsticks jugak. HAHAHHAH. Wehh, aku rasa kelakar laa part ni. Bulan 12 tahun lepas, aku pergi road trip ke California. So, waktu singgah dekat kedai Hard Rock sebab teman roommate aku nak beli baju kat situ. Sambil-sambil pusing kedai tu, aku ternampak drumstick ni. Then, rasa cemburu betul dia post video perempuan tu main drum. Maka, aku pun belilah drumsticks tersebut. Bila dah beli tu, fikir balik.. I bought this but I dunno how to play. 😅Pastu fikir, nak beli satu set drum laa letak kat sini. Biar aku berlatih sorang2. Tapi nasib baik laa, roommate aku cakap tak perlu laa Bihaa. Membazir.. Dah drum bukannya murah. Pastu nak letak kat mana pulak? Rumah bukan besar pun. Hahhaha. So, terbantut laa kat situ. Aku hanya simpan drumsticks je laa buat kenangan.

If he read my blog, confirm dia gelakkan aku ni. Cukup laa cerita pasal drum ni and macam mana aku boleh minat kat dia. Yang penting, I wanna wish HAPPY BIRTHDAY TO YOU! May Allah bless you with a healthy and happy life sayang. May all your wishes and dreams come true. =)

P/S: Take care in Malaysia and have a safe flight. See you this Wednesday, sebab tolong hantar ke airport. 😭Sedihnya jauh. Sedih jugak tak dapat raya kat Malaysia this year. Hmm.





  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Laaa, adik-beradik ke? Baru tahu. Seronoknya ada adik blogger juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye adik beradik, tapi dia laa yg start dulu blogging. Hihi

      Delete
  2. Haah, beeha dengan anis adik beradik ea, like seriously? hahahhahah... happy birthday to someone special tu ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Kitaorang adik beradik, ni mesti sebab muka tak sama itu yang tak perasan sangat tu. Thanks for the wish, I'll tell him.

      Delete
  3. Untungnya someone special tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu laa dia baca ke tidak blog kita. ><

      Delete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)