Di Mana Tempat Print Design Tudung?


Credit to Morgan Rapp

Hello dan assalamualaikum. Selamat pagi Malaysia! Beeha baru je start winter break sabtu lepas. So, harini baru rasa nak update my blog after a month I did not update anything.

Berkenaan dengan tajuk dekat atas tu, and yes Beeha tengah cari kat mana tempat nak print design tudung. Bila difikir-fikirkan balik, bukan senang ye kalau nak start business ni. Antara benda- benda penting yang kita perlu fikirkan adalah :-

1. Business apakah yang kita nak buat?

2. Berapakah modal yang diperlukan?

3. Di mana tempat nak dapatkan supplier?

4. Apa nama brand produk kita?

5. Berapa lama masa diperlukan untuk bermula berniaga?

6. Siapakah target pembeli kita?

Inilah diantara perkara-perkara yang Beeha fikirkan sekarang ini. Soalan pertama mungkin dah selesai. Beeha dan kawan bercadang untuk start perniagaan tudung. Dan kitaorang akan mulakan dengan printed tudung yang di designkan oleh kitaorang sendiri. Tapi masalahnya, MANA NAK CARI TEMPAT YANG BOLEH PRINT DESIGN TUDUNG??

Beeha rasa macam dah kena tipu dah dengan sorang kedai printing tudung ni. Dia tanya Beeha design apa yang Beeha nak print tu. Beeha pun kasi je lah design yang kitaorang plan tu. Tapi dua hari dah dia tak reply pun message Beeha. Dia senyap macam tu je. Padahal sebelum ni boleh je reply dalam masa sehari.

So, for this posting... Beeha sebenarnya nak tanya sesiapa yang tahu kat mana tempat boleh printing design tudung, sila lah share dekat komen di bawah. Beeha appreciate sangat kalau korang boleh suggestkan mana-mana kedai or kawan korang yang ada buat business printing tudung, sila lah share dengan Beeha.



You Might Also Like

0 Comments

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)