Study ke Jalan-jalan?





Image result for study vs instagram gif

ASSALAMUA'LAIKUM | Dah kenapa Beeha ni tiba-tiba muncul tanya soalan study ke jalan-jalan. Tolong jawab semua... Beeha tengah study ke jalan-jalan. 

Jawapan: Mestilah study followersku. You know why I tiba-tiba je bikin entry macam ni? Terasa diperli apabila pengomen-pengomen di insta tulis "Asyik berjalan jaa Beeha ni, tak study ke?" I just think positive, be positive sebab kawan-kawan mana laa nak tahu yang kita ni study or not. Yang pasti bila scroll insta tengok Beeha asyik post gambar cantik-cantik, mesti ingat Beeha ni berjalan-jalan. *Of course laa cantik, I banyak edit gambar nak pastikan instafeed cantik dan kemas* 

Siapa cakap datang belajar di overseas ni senang dan syok sebab dapat elaun every month? Some of them said that we use the money untuk holiday dan berfoya-foya. Ini satu masalah pemikiran orang Malaysia, or budak Melayu ke macam mana ni? *Just tanya pendapat* 

Kadang-kadang Beeha ada baca di twitter, benda benda yang diaorang fikir sebenarnya tak macam pun apa yang diaorang sangka. Contohnya, yang tadi tu lah.. Berjalan-jalan. Yes, memang kitaorang pergi bercuti juga melawat tempat-tempat kat luar negara ni, tapi yang dekat-dekat dengan tempat tinggal je la. Di US, nak pergi state lain bukan macam dekat Malaysia, Penang pergi Alor Setar. Dekat sahaja, macam sekangkang kera kalau nak dibandingkan dengan sini.

Korang tak tahu, kadang-kadang mati-matian kumpul duit sebab nak visit tempat menarik tu sehinggakan sanggup jimat untuk makanan. Rela lagi berikat perut demi nak simpan duit nak jalan-jalan. Alhamdulillah, setakat ni Beeha tak mati lagi laa even berjimat untuk makanan. *Jangan fikir berjimat beli makanan ni sampai tahap makan roti sekali sehari. Masak seperti biasa.* Beeha rasa duduk di sini, istilah craving and starving tu sememangnya seperti di Malaysia. Rasa nak makan jer pun ada, tapi bila mood gila-nak-makan tu datang lah. Kalau hari-hari biasa, masak tengah hari sampai malam pun rasa kenyang. Malam aku paksa diri untuk tidak makan nasi jika lebih dari pukul 7 malam. *Biasalah orang nak jaga badan, walhal badan naik juga sebab tak bersenam langsung even hujung minggu.* Tapi kalau lapar, maggi lah jawabnya. Hahhhaha.

Sekarang dah sibuk dengan kelas Fizik, Engineering, Calculus semua... Gambar dekat insta dah malas nak post. Dah jadi takut-takut untuk post bila orang komen "Tak study ke asyik berjalan." Tapi ada juga yang nak buat Beeha ketawa sorang-sorang ni. Nak tahu sebab apa? Gambar yang dia komen tu sebenarnya gambar Beeha pergi sungai dekat dengan rumah. 10 minit jer naik kereta. See! I nak cakap kat sini, tempat kat US ni punya lawa sampaikan sungai belakang rumah pun orang ingat dah jalan-jalan jauh. Padahal just nak tenangkan fikiran je pergi picnic kejap tepi sungai dengan kawan-kawan.



P/S : Siapa rindu Beeha tolong komen banyak-banyak. Hehhee. If you guys ada nak request tuto ke, ada apa-apa persoalan, silakan komen. Rindu nak baca komen-komen followers. :D







You Might Also Like

5 Comments

  1. huhuhu..bertabah laaa...biasa la tu..bila situasi kita berlainan dengan org, people will start to judge. As long as you do what you need to do, persetankan je benda yang lain...

    take care!

    ReplyDelete
  2. beeha bagi laa tips cane nak edit gambo lelawa cam beeha.

    ReplyDelete
  3. well me lagi la duduk kat London ni , semua tempat lawa*perli* tapi tak ambik lak gmbr nak post ig , *london=lendu*

    ReplyDelete
  4. Studi rajin2 beeha. Ignore apa mereka kata. Dorang hanya nampak gambar bukan tahu kisah sebenar. Harap beeha sentiasa elok saja di sana =)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)