November 3, 2019

Fall Break at Wichita, Kansas


Hello! Happy weekend everyone!

Entri kalini hanya sambungan dari entri ini. Sila baca kalau korang belum lagi baca. Heehhee. So, fall break Beeha, dua hari spend time untuk MAASU Leadership programme. Dua hari lagi lepak hotel je banyak. Kitaorang takda plan pun dekat Wichita. Lagipun takda apa yang best area situ. Hmm. Lebih kurang Indianapolis jugak. Kawasan sekolah and banyak perumahan. Tapi dekat Wichita ni banyak Asian punya restaurant. So, takda masalah nak cari Thai, Japanese or Vietnamese cuisine.

On Sunday, October 20, I woke up around 7.30am. Yang lain semua tidur lagi. Aku pun baring je sambil main phone. Scroll twitter, pastu buka instagram pulak. Then, tengok whatsapp pulak even though, takda sapa pun whatsapp waktu tu. Lepas itu, buka twitter semula. Sampailah dah pukul 10.30am, diaorang pun bangun. Geng laki dah keluar hangout dengan members dari universiti lain (kenalan diaorang kenal time MAASU Leadership). Aku dengan girls yang lain masih di hotel. Perut dah lapar sangat ni. Tengok dari tingkap, aku nampak Vietnamese restaurant. So, aku keluar and plan nak beli fried rice and shrimp roll (dah lama nak try makan benda ni). Finally, aku dapat merasa shrimp roll. Nak buat sendiri boleh, cuma aku tak tahu sos cicah tu rasa macam mana. Bila dah rasa, lah rupanya macam kuah rojak or kuah hitam makan dengan yong tau fu. Yeayy, boleh lah buat sendiri lepas ni!

Aku tak makan situ. Aku bungkus je dan makan dekat hotel. Dah habis makan, aku kembali bosan. Girls yang lain sibuk buat homework. Part yang aku rasa menyesal tapi tak menyesal sangat adalah sebab tak bawa laptop. Hahahha. Aku tak menyesal sebab Macbook Pro 15inch ni sumpah berat gilaa! Kalau aku letak dalam hand carry, memang susah nak angkat letak dekat cabin. Sebab tu aku decide tak nak bawak. Dan aku fikir mungkin nak jalan-jalan area sana, so bawa nanti pun tak guna pulak.

Tapi haritu, baru aku sedar aku kena hantar Asian Student Union (ASU) newsletter. Ni dah jadi rutin aku setiap hari Isnin kena update and hantar online newsletter. So, kawan aku aka my ASU president suruh pinjam la laptop dia dulu. Dah petang dalam pukul 2 macam tu, kitaorang yang girls ni decide nak pergi Kung fu Tea dan lepas tu my friend semua singgah Starbucks nak buat assignment.

In front Starbucks
Aku hanya melangut tengok awan dan langit. Hahahahha. Sambil menikmati air Kung Fu Tea. Kitaorang duduk luar Starbucks je even though, waktu tu angin macam kuat laa jugak. Sejuk sampai rasa ke tulang. Tapi, serba salah nak masuk buat kerja kat dalam sebab tak beli air Starbucks.

Pukul 5.00pm, kitaorang gerak pergi Paradise restaurant (Indian cuisine). Ni pun sebab one of my friend dia tak lunch dari tadi. Aku dah lunch tadi. So, perut masih kenyang dan penuh dengan air je sekarang ni. Aku ingat nak order mango pudding tapi diaorang tak jual pulak kat situ. Ingatkan ada las sebab Indian cuisine kat Indy ni ada jual mango pudding. Aku minum air je sambil sembang-sembang dengan kawan. Pukul 7.00pm kitaorang balik ke hotel. Mandi dan rehat. Esok dah flight kitaorang ke Indy.

Esoknya tu, kitaorang check out hotel pukul 11 pagi. Dan terus brunch. Hehehehe. Lepas brunch, kitaorang nak pergi ke Whicita University punya library. Nak lepak-lepak before flight kitaorang pukul 6.30pm. Dah sampai dekat library, diaorang semua buat kerja. Aku duduk dekat kerusi dan main phone je lagi. Hahhahah. Itulah padah tak bawak laptop.

Dalam pukul 1.00pm macam tu, salah sorang kenalan kitaorang masa program MAASU tu ajak join diaorang punya Asian Student Conference (ASC). Ini nama organization Asian student di Whicita University. So, tarik luggage pergi ke hall diaorang buat event tu. Macam lawak jugak laa kitaorang ni. Dari kedai makan tadi lagi asyik heret luggage je. Sampai tuan kedai makan tu tanya just nak stay sini for shelter ke atau nak makan. Hahahha. Itu macam malu je. Nasib kitaorang memang nak makan.

ASC buat pumpkin carving event on that day. That was my first time carved the pumpkin. OMG! Dah tiga tahun kat USA, itu pertama kali aku join event nak carving pumpkin. Event tu habis pukul 3pm. After that, student Wichita aka kenalan kitaorang tu ringan tulang nak hantar kitaorang ke airport. Alhamdulillah... Dan sempat lagi kitaorang singgah kedai Bobba Tea sebelum ke airport. Lepak kat situ sampai pukul 5pm jugak lah. Nasib 20 minit je ke airport. Dan kitaorang pun dah check in online.


Ride Skylink to another terminal

Flight memang tepat pukul 6.30. Dan time boarding tu, aku kena tukar seat. Diaorang bagi aku seat depan tapi bukan business class lah. Huehueehue. Macam dah penat gila waktu ni. Dah sejam lebih dalam flight... Landed pukul 8.15pm macam tu. Next boarding pukul 9 pm wehh. Hahaha. Then, kitaorang ride Skylink sebab nak kena pergi terminal lain. Alhamdulillah sempat je kejar boarding time. Kawan aku sempat beli makanan lagi nak makan dalam flight. Aku tak beli apa-apa sebab tak da apa yang best. Hmmm.

Dah boarding semua, tunggu punya tunggu lambat sangat dia nak depart. So, sampai Indy pun lambat sikit dari sepatutnya... Sekian, Beeha dah sampai Indy and continue study macam biasa. Tak sabar nak cuti lagi. hehehe




2 comments:

  1. alhamdulillah seronoknya travel ye Beeha, kak AJ singgah malam ke sini, happy blogging :)

    ReplyDelete
  2. I know how you feel about not bringing your laptop along.
    Went to visit my friend thousand miles away from Malaysia and I really wanted to bring my laptop with me but just like you, rasa macam kalau bawak nanti tak guna pun so tinggal la dekat rumah plus Macbook Air pun boleh tahan berat walaupun nampak ringan hahaha

    Tapi bila dah ada kat sana, rasa menyesal pun ada sebab airbnb kitorang takde tv, so bila nak a little bit of entertainment, kena hadap screen kecik kat phone je lah. And then bila balik baru terhegeh-hegeh fikir macamana nak transfer gambar dari dslr kawan to my hard disk, nak tunggu dia cuti next year baru boleh jumpa balik, so it is safe for me to say, laptop ni memang kena bawak hahahaha

    Aww kesian korang kena heret luggage everywhere, kalaulah setiap negara ada luggage storage all around the cities for tourist letak barang kan convenient. Sorry for the long comment btw.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)