July 22, 2019

Melawat Taman Ular di Perlis



Hi Bloggers! Harini Beeha nak share pasal Taman Ular dekat Perlis. Jumaat lepas pergi Perlis saja-saja je nak pergi rumah mak cik and nak jumpa cousin-cousin. Satu family pergi. Padahal minggu lepas, Beeha, adik dan maktok dah pergi rumah mak cik. Minggu ni plan nak pergi Perlis sebab nak pergi masuk Istana Di Raja Perlis. Kawasan istana Arau ini dibuka setahun sekali untuk kunjungan orang awam sempena Ulang tahun baginda. Tetapi tak jadi sebab Raja Perlis gering, jadi kena tangguhkan dahulu.

So, kami masih teruskan plan pergi Perlis. Kami dah sewa homestay area situ. Satu malam hanya RM 180. Esok harinya, macam bosan tak tahu nak buat apa. So, mula-mulanya saja ikut pak cik and mak cik dengan cousin semua nak pergi balik rumah diaorang. Bosan duduk homestay takda astro nak tengok cerita best-best.

Tiba-tiba dah nak sampai rumah, ada plan nak pergi Taman Ular. Dulu kecik-kecik dah pernah pergi dah. Tapi dah lupa macam mana persekitaran. Yang aku ingat dulu ada macam kereta api yang diaorang boleh bawa pengunjung pusing satu Taman Ular. Tapi, kalini aku pergi kereta api tu tersadai je tepi pagar dan tayar pun dah pancit.

Harga masuk RM6/budak - RM8/dewasa. Aku takut sebenarnya dengan ular. Tapi cousin-cousin relax je tengok. Aku geli sangat tengok kulit-kulit dia. First masuk dalam ruang macam gallery seperti gambar dia atas. Ada la dalam 4-5 jenis ular. Kemudian, ada satu bahagian tu macam ular yang dah mati tapi dia awet dan simpan dalam kaca. Aku tak pergi dekat sebab takut dan geli. Terbayang macam movie Anaconda. So, tak jadi nak pergi dekat. Kahkah!

Kemudian, kitaorang jalan keluar dari gallery tu and lalu bahagian kaki lima. Tepi sebelah kanan dia ada letak ular King Cobra dua ekor. Besar gila! Dekat kaca tu pun dah tulis ular ini berbisa dan jangan sentuh kaca tersebut. Geli je tengok ular tu duk melingkar dua ekor dalam kaca tu.

Dalam Taman Ular ni bukan ular je ada, ada iguana, ayam kampong pun ada! So jalan lagi sebelah luar pulak nampak sangkar ular. Pergi-pergi tengok, tak semua sangkar ada ular pun. Kalau ada pun sama jenis je macam dekat dalam gallery tadi.

Lepastu kami jalan ke belakang lagi ada satu farm. Farm ni ada arnab, hamster, kura-kura dan ayam. Then, ada penjaga tu ternampak kitaorang and tanya nak bagi makan arnan dalam ni tak? Kalau nak bagi makan, seikat kangkung ni harga RM2. So, aku on je lah. Sebab dah lama tak bela arnab and bagi makan arnab.

My cousin, Auni seronok dapat bagi makan rabbit. Dia cakap dia paling suka yang brown ni.

My adik and yang belakang tu cousin aku, Thaqif

While me kenapa muncung-muncung tu? Hahahha

Thaqif tengah pegang ular. Berani betul dia!
 Lepastu kitaorang pusing ke belakang pulak, ada tiga sangkar besar yang penuh dengan kucing-kucing. Mak cik aku cakap, kucing-kucing kat sini banyaknya kucing terbiar atau orang yang tak nak bela kucing diaorang hantar ke sini. Patutla dalam sangkar tu kitoarang tengok ada je kucing yang lawa-lawa macam ada kacukan gitu. Dengan gebunya dan warna brown pulak! Tapi aku tak tahu tu jenis kucing apa.

Adik Auni kalau dah jumpa kucing tak boleh lepas. Dia buat kucing tu macam baby dah.
My cousin Auni dah lepas kucing tu ke bawah dan kitaorang sambung nak jalan pergi ke arah untuk tengok iguana. Kucing tu ikut je dari belakang. Meoww dia tak dengar langsung tapi nampak dia bukak mulut nak meoww. Kesian tengok tapi comel je duk ikut kitaorang.

Dekat bahagian tengah pulak dia buat dua tingkat. Ada ramp dari bawah untuk ke atas. Tapi, bahagian ni kosong sangat. Dekat bawah ada satu dua jenis ular. Lepastu, bahagian atas ada dua jenis iguana. Sangkar kaca yang lain semua kosong. Macam tak best dah ruang besar tapi haiwan tak ada sangat.

Langit pun dah nak hitam dan rasa hujan renyai-renyai. Kitaorang pun dah habis lalu tengok semua binatang dan terus balik. Balik rumah mak cik, makcik singgah beli laksa kilo dekat dengan Kuala Perlis. Sedap gilerr!! Beeha ni peminat laksa ^^



1 comment:

  1. Ada haiwan lain jugak ea, sebab serius geli dgn ular haha takleh tengok xD

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)