July 23, 2019

Blogger Challenge: Day 7 - Best Advice


usaha dan tawakal

Day 7 - Best advice | Seingat aku, nasihat yang paling aku terkesan sekali waktu aku tengah buat preparation ke USA. Kitaorang kena belajar dekat KKTM Ledang selama 10 bulan. Time ni hanya buat persediaan untuk amik test TOEFL dan SAT.

Time tu rasa struggle sangat-sangat nak lepaskan requirement TOEFL dan SAT. Sejujurnya Beeha tak pass untuk first time buat TOEFL. So, kena belajar balik and repeat paper tu. Time tu sedih sangat-sangat sebab classmate ramai dah lepas. Aku risau jugak macam mana nanti tak dapat nak fly US sebab tak pass TOEFL ni. Tak nak sedihkan mak ngan abah. Tapi, memang rasa bodoh gila dengan English. Aku rasa memang tak mampu nak dapat 90 untuk TOEFL time tu.

So, bila dah jadi macam tu, cikgu English kelas aku still bagi semangat untuk aku repeat paper tu. At the same time, she reminded me untuk siap-sedia nak pilih uni apa dalam Malaysia sekiranya aku tak lepas jugak TOEFL tu. Aku memang dah 90% give up dah bila cikgu cakap macam tu. Sebab aku memang rasa tak nak repeat. Bila repeat kena bayar lagi $75 bersamaan dengan RM300+/-. Tapi parents aku cakap boleh je kakngah, try lagi. Sikit je lagi nak dapat 90 tu. Push laa lagi. So, aku on je laa walaupun tak yakin dengan diri sendiri.

Pastu, ada sorang ni bagi surat dekat aku. Dalam tu banyak laa kata-kata nasihat and dia siap quote lagi ayat-ayat dalam Al-Quran. Menangis jugak laa baca benda tu. Balik cuti ni, aku terjumpa surat tu. Rupanya tak buang lagi. Itupun aku lupa sebenarnya siapa yang bagi. Tapi aku rasa seorang budak laki yang bagi surat ni sebab tengok pada tulisan tu.

Bila dah buat challenge macam ni, sebab tu aku rasa nak share pasal surat yang aku jumpa tu. Surat ni pun dah 4 tahun. Tapi, aku boleh lupa siapa yang bagi. Aduhhh.


Dalam surat tu, dia ada cakap "Allah tahu Beeha, Dia tahu segala apa yang hang dah usahakan. Jadi, teruskan usaha sampai saat akhir. Bila dah usaha, tawakkal."

Surah Al-Imran Ayat 159, "Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".

Dia cakap lagi, "Yakin Beeha, Allah Maha Adil. One day, semua usaha tu, Allah akan balas dengan kebaikan. Dia pasti akan balas semua usaha Beeha. Where and when, Allah je yang tahu."


Bukan takat tu je, sebenarnya dua pages dia tulis surat kat aku.. Selang satu advice dia akan selitkan jugak ayat dari dalam Al-Quran. Antara pesanan yang aku ingat sampai sekarang.

Terima kasih sangat-sangat atas peringatan dan nasihat dia bagi tu, akhirnya alhamdulillah sampai jugak aku study dekat USA.


1 comment:

Feel free to leave your comment here. Thank you. ;)